You are on page 1of 11

BENTUK-BENTUK FALSAFAH PERHUBUNGAN AWAM

1. Memanipulasi dan mempengaruhi perubahan pendapat, pemikiran serta tindakan seseorang individu yg menjadi sasaran aktiviti PR. -Pendekatan yang terlibat adalah bersifat manipulatif (manipulative approach). 2. Mendorong peningkatan keuntungan & produktiviti sesebuah organisasi yg menyandarkan pelaksanaannya menggunakan pendekatan promosional (promotional approach). 3. Menjana peggemblengan ilmu yg luas & keterampilan yg menyeluruh bagi menjayakan pelaksanaannya, iaitu secara pendekatan pendidikan (educational approach).

4. Dilaksanakan dengan misi secara terencana, terancang dan berstruktur serta berorganisasi. Mempunyai misi atau tujuan yang jauh & aktivitinya tidak pernah tamat selagi organisasi wujud. Pendekatan bermisi (missionary approach) adalah menjadi teras kepada kegiatan PR.

PENCARIAN FAKTA

PERENCANAAN

PENILAIAN

KOMUNIKASI

~Dilakukan bagi mengetahui tahap situasi & pendapat publik terhadap kegiatan organisasi yg melibatkan penonjolan barangan &perkhidmatan. 1. Membuat pemerhatian terhadap segala aktiviti &perkembangan sosial, ekonomi, politik & teknologi yg berlaku di sekeliling publik, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. 2. Mengumpul segala data & fakta yg boleh dipantau untuk dijadikan maklumat komunikasi. 3. Menganalisis maklumat agar sesuai dengan keperluan pengurusan organisasi.

4. Menyediakan maklumat yang menyeluruh kepada setiap unit dalam organisasi.

5. Melengkapi maklumat yg dianggap masih tidak mencukupi.

6. Mengemas kini data & fakta maklumat dengan menyelenggarakan dokumentasi.

1. Tinjauan mesti melibatkan situasi semasa, terutama tentang sesuatu isu yg melanda publik yg ada kepentingannya dengan organisasi.

2. Tinjauan tentang hasil @ reaksi daripada publik terhadap aktiviti PR organisasi.

3. Tinjauan mengenai prinsip asas kegiatan PR yg sedang dilaksanakan oleh organisasi : objektif, matlamat, strategi & peralatan PR.

4. Penilaian mengenai reaksi publik terhadap faktor2 lain yang mempengaruhi strategi pelaksanaan aktiviti PR.

-Merupakan komponen penting dalam usaha pengumpulan pendapat publik. - Merupakan proses lanjutan dari aktiviti pencarian fakta. - Hasil tinjauan yang dilakukan oleh seseorang PR perlu disusuli oleh proses perencanaan iaitu dengan menilai faktor sosiologi, psikologi, situasi sosial politik, ekonomi, teknologi serta maklum balas publik terhadap mesej

komunikasi organisasi agar fokus perencanaan dapat


dilakukan. - Terdapat beberapa tahap dalam perencanaan iaitu :

1. Merumuskan fokus tujuan & matlamat aktiviti PR. 2. Mengolah fakta & data yg diperolehi mengenai sosial, politik, ekonomi & sebagainya. 3. Merumuskan strategi publisiti, iaitu cara @ kaedah bagaimana mesej & maklumat perlu disebarkan. 4. Mengenal pasti teknik & strategi komunikasi. 5. Menilai tahap kesempurnaan maklumat yg didapati dalam proses pencarian fakta. 6. Melakukan proses perbandingan antara pengalaman organisasi lain dengan pengalaman organisasi sendiri agar rumusan & tindakan yang baik dapat dilakukan. 7. Membuat analisis terhadap maklumat yg terkumpul & kemudian merumuskannya agar dapat disesuaikan dengan program tindakan.

-Melibatkan proses perencanaan mengenai cara bagaimana sesuatu mesej PR dikomunikasikan. - Mesti dapat menjelaskan perspektif komunikasi 5W/H. - Pendekatan komunikasi yg diaplikasikan boleh berbentuk lisan, bertulis, visual atau melalui penggunaan lambang-lambang tertentu yg berupaya merealisasikan 5W/H berkenaan dalam kalangan publik yang menjadi sasaran aktiviti PR.

-Bertujuan menilai impak @ kesan yang telah dilalui semasa proses komunikasi berlangsung. - Impak @ kesan tersebut perlu dinilai agar dapat memperlihatkan tahap pencapaian atau @ kejayaan perencanaan aktiviti PR yg telah dikomunikasikan. - Proses penilaian yang biasa digunakan dalam menilai kesan @ impak aktiviti PR perlulah bersifat kuantitatif. - Penilaian kuantitaif pastinya memberikan rasional @ logik yg kukuh bagi tindakan PR yg seterusnya.

You might also like