You are on page 1of 6

DISEDIAKAN OLEH : Tengku Nur Azlin Syuhada bt Ku Abdul Salam Hajar bt Abdul Aziz Siti Fatimah bt Mohd Nasir

Menjaga orang sakit menjadi tugas dan tanggungjawab umat islam. Kewajipan ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah radhiAllahuanhu: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, Hak seorang muslim kepada seorang muslim lain ada enam : sahabat bertanya: Apakah itu Ya Rasulullah? sabda nabi: Apabila bertemu dengannya berilah salam, apabila dia menjemput penuhilah jemputannya, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia mengucap alhamdulillah ketika bersin, maka ucaplah yarhamukallah, apabila dia sakit lawatilah dan apabila dia mati iringilah jenazahnya. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Menjaga orang sakit adalah amal kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam, kerana ia akan menguatkan hubungan silaturrahim dan sifat tolong-menolong dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud : Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian daripadanya, dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Daripada Ibnu Umar radhiAllahuanhuma: bahawa Rasulullah bersabda, Orang Islam saudara orang Islam, tidak boleh menzalimi atau membiarkan dizalimi. Sesiapa yang menolong hajat saudaranya, Allah akan menolong hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang Islam, Allah akan membebaskan kesusahan pada hari kiamat, dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.

y Penjagaan fizikal
Bilik 1. Menyediakan bilik yang selesa untuk pesakit. 2. Udara bersih dan cahaya matahari yang cukup. 3. Bilik air yang berhampiran dengan bilik pesakit. 4. Bersih daripada habuk dan hama. Tubuh badan 1. Pesakit sentiasa bersih. 2. Pakaian ditukar dengan yang bersih mengikut keperluan. 3. Mengubah kedudukan pesakit yang tenat atau terlantar. 4. Memandikan pesakit mengikut masa yang ditentukan. Ubatan 1. Memberi makan ubat mengikut peraturan yang ditetapkan. 2. Menjauhkan ubat daripada pesakit. 3. Mengasingkan jenis ubat dalam bekas yang dikhaskan. 4. Mendapatkan rawatan dan ubat daripada doktor. Pemakanan 1. Menyediakan makanan segar dan seimbang. 2. Makan mengikut masa yang ditetapkan. 3. Makanan yang berkhasiat , bersih dan halal.

y Penjagaan rohani

Ibadah 1. Menyediakan peralatan solat seperti sejadah. 2. Menyediakan tempat wudhu atau membantu mengambil wudhu. 3. Hadapkan pesakit kearah kiblat. Nasihat 1. Membimbing pesakit berzikir atau berdoa. 2. Berdoa untuk pesakit agar segera sembuh. 3. Beri nasihat kepada kepada pesakit supaya sabar dan tabah. 4. Mengajar kalimah syahadah kepada pesakit nazak.

yang

Tutur kata 1. Merendahkan suara ketika bercakap dengan pesakit. 2. Tidak menceritakan perkara yang boleh menyedihkan pesakit. 3. Bercakap perkara yang dapat menceriakan pesakit. 4. Menjawab pertanyaan pesakit dengan sopan dan menyenangkan. Menjawab 1. Sentiasa manis muka apabila berhadapan dengan pesakit. 2. Bersopan ketika melalui disisi pesakit. 3. Elakkan perlakuan yang boleh menyinggung perasaan pesakit. 4. Tidak bertengkar dihadapan pesakit. Layanan 1. Ucap salam ketika masuk atau keluar bilik pesakit. 2. Mendoakan kesejahteraan pesakit agar segera sembuh. 3. Melayan kerenah pesakit dengan sabar. 4. Melayani pesakit dengan mesra dan bertimbang rasa.

You might also like