You are on page 1of 18

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai.

DPN dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif

DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi.

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan kawasan bandar dan luar bandar.

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif.

Mengurang dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi.

Memajukan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri.

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.

Memastikan perlindungan terhadap alam sekitar dan ekologi.

Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan.

Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) ke arah meningkatkan dan mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

Pendekatan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Penekanan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan kepada golongan termiskin.

Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa

DPN mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha bagi memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga dapat mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi.

Wawasan 2020

Penyertaan semua kaum di negara ini sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh itu pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pembasmian Kemiskinan

Kadar kemiskinan yang terlalu tinggi melibatkan perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besarbesaran kepada petani-petani kecil. kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta.

Program-program yang telah dijalankan Pendidikan Latihan

Kesihatan

Pengangkutan

Perumahan

Bekalan air dan elektrik

Jalan-jalan luar bandar

Penyusunan Semula Masyarakat

Matlamat DPN : Untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan..

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

` `

Pengalaman krisis kewangan asia tahun 1997-1998 Tujuan RRJP3 untuk mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan dan kekangan serta cabaran persaingan dunia Tujuan dwn untuk membina bangsa malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni. Meneruskan usaha-usaha dalam rancangan pembangunan lepas disamping memperkukuh asas peralihan kepada sebuah negara maju. Mengabungkan strategi utama deb dan dpn.

i.

membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarak semangat, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dikalangan dan di dalam kumpulan etnik wilayah mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. meningkat dayasaing bagi menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik bagi meningkat nilaitambah bagi semua sektor ekonomi. mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

ii.

iii.

i. ii.

iii.

iv.

membangunkan malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berpengetahuan menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing(fdi) yang berterusan ke dalam bidang strategik. menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi. membasmi kemiskinan dikalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, orang asli dan kumpulan minoriti bumiputera di sabah dan sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulanpendapatan 30 peratus terendah. mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurangkurangnya 30 peratus menjelang 2010 meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Pelengkap kepada DEB dan DPN. penting menentukan matlamat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju dan perpaduan negara tercapai.

You might also like