You are on page 1of 13

Bab 5

Kaedah-Kaedah Fiqh
Kaedah Fiqh
 Definisi: asas atau dasar kpd sesuatu.
Hukum kulliy (menyelurh) atau
kebanyakan (majoriti) yang dgnnya boleh
diketahui hukum juz’iyat.
 Keistimewaan
 Faedah Mempelajari
 Perbezaan
– Qawa’id fiqhiyyah & qawa’id usuliyyah
– al-qa’idah (‫ )القاعدة‬dan dabit (‫(الضابط‬
 Lima kaedah utama
Definisi
 Dari Segi Bahasa: Asas atau dasar
sesuatu
 Dari Segi Istilah:

‫حكم أكثري ل كلي ينطبق على أكثر جزئياته لتعرف أحكامها منه‬.

Kaedah Fiqh ialah hukum kebanyakan –


bukan keseluruhan- yang terpakai ke atas
kebanyakan permasalah fiqh, untuk
mengetahui hukumnya berdasarkan
kaedah tersebut.
Kedudukan
 Mempunyai kedudukan yang penting
dan amat besar faedahnya
 Dapat menampilkan hakikat fiqh dan
tempat pengambilannya, sumber
dan rahsia-rahsianya
 Dalil sampingan bagi mengisbat dan
memahami permasalahan fiqh
Keistimewaan
 Mempunyai kaedah-kaedah yang
banyak
 Perkataan yang ringkas, tetapi
mengandungi makna yang umum
 Setiap kaedah menentukan ciri
khusus yang ada pada beberapa
himpunan permasalahan sekalipun
ia datang daripada pelbagai tajuk
dan bab yang berlainan
Faedah Mempelajari
 Memudahkan fuqahak dan mufti
menentukan hukum
 Mudah dihafal dan dihimpunlan pelbagai
masalah di bawah satu kaedah
 Membentuk kemampuan fiqh yang kuat
 Membentuk kebolehan membeza dan
membandingkan mazhab
 Boleh mengetahui rahsia dan hikmat
hukum
 Menyerlahkan keluasan cakupan fiqh
Islamiyy terhadap segala hukum masalah
yang berlaku
Perbezaan Antara Qawa’id
Fiqhiyyah & Qawa’id usuliyyah
 Usul Fiqh adalah neraca ilmu fiqh bagi
mengistinbat hukum yang sahih
 Kaedah usul dicipta bagi mengeluarkan
hukum, kaedah fiqh pula untuk
mengikat pelbagai masalah dengan
satu kaedah
 Hanya hukum yang ijmaliyy dibina di
atas kaedah usul. Kaedah fiqh pula
adalah ‘illah kepada hukum masalah
 Kaedah usul hanya terbatas dalam bab
usul fiqh sahaja, sedangkan kaedah
Perbezaan Antara Qawa’id
Fiqhiyyah & Qawa’id usuliyyah
 Kaedah usul yang disepakati tidak
mengecualikan apa-apa, tetapi
kaedah fiqh akan sentiasa
mempunyai pengecualian
 Kaedah fiqh adalah terkemudian
daripada kaedah usul dari segi
kewujudan
 Jika berlaku percanggahan, maka
hendaklah didahulukan hukum
Perbezaan antara al-qa’idah
)‫ (الضابط‬dan dabit )‫(القاعدة‬
 Kaedah menghimpunkan pelbagai furu’
daripada pelbagai bab. Dabit hanya
khusus untuk satu bab fiqh sahaja
 Kebiasaannya, kandungan kaedah
adalah disepakati di kalangan seluruh
atau kebanyakan ulama sesuatu
mazhab, tetapi dabit hanya tertentu
kepada satu mazhab sahaja, bahkan
kepada seseorang faqih sahaja
Perbezaan antara al-Qawa’id al-
Fiqhiyyah dan al-Nazariyyah al-
Fiqhiyyah
‫موضوعات فقهية أو موضوع يشتمل على مسائل فقهية أو قضايا فقهية‬ 
‫حقيقتها أركان وشروط وأحكام تقوم بي كل منها صلة فقهية تمعها‬
.‫وحدة موضوعية تكم هذه العناصر جيعا‬
 Satu atau beberapa tajuk dalam bidang fiqh
yang mengandungi permasalahan-
permasalahan atau isu-isu fiqh yang terdiri
daripada rukun, syarat dan hukum hakam
yang dihubungkaitkan oleh satu bentuk
hubungan fiqh, dan dihimpunkan oleh satu
kesatuan tajuk yang meletakkan hukum
terhadap elemen-elemen tersebut.
Perbezaan antara al-Qawa’id al-
Fiqhiyyah dan al-Nazariyyah al-
Fiqhiyyah
 Kaedah fiqh adalah pengawal
kepada teori fiqh.
Perbezaan antara kaedah fiqh
dan al-qa’idah al-tashri’iyyah

 al-Qawa’id al-tashri’iyyah adalah


kaedah yang diturunkan oleh
Allah dengan jalan yang diyakini
sama ada dari sudut wurud dan
dalalah.
 Kaedah fiqh hanya bersifat rajih
sedangkan al-qawa’id al-
tashri’iyyah bersifat yakin.
Lima Kaedah Fiqh Utama
 Segala amalan berdasarkan niat (‫المور‬
‫(بمقاصدها‬
 Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan
keraguan (‫(اليقين ل يزول بالشك‬
 Kemudaratan hendaklah dihilangkan
(‫(الضرر يزال‬
 Kesulitan membawa peringanan (‫المشقة تجلب‬
‫(التيسير‬
 Adat diterima sebagai hukum (‫(العادة محكمة‬

You might also like