You are on page 1of 75

INTERAKSI TAMADUN JEPUN DARI

ASPEK AGAMA DAN PENDIDIKAN


YANG RELEVAN KEPADA MALAYSIA
PENGENALAN
• Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia
Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau yang utama iaitu
Hokkaido, Honshu, Kyushu, Shikoku dan lebih 3 ribu
kepulauan kecil.
Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun dikenali
secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit.

• Sejarah ketamadunan jepun dapat dibahagikan kepada tiga:


1. Zaman Awal – Jomon & Yayoi
2. Zaman feudal – Sistem Feudal
3. Zaman Moden – Pemerintahan Meiji
ASAL-USUL ORANG JEPUN
Pada dasarnya - berketurunan Monggol yang rapat pertalian
dengan jirannya di negara Korea dan negara China.

Pada hakikatnya, Orang Jepun berketurunan Monggol,


merupakan penduduk yang pertama menduduki pulau Jepun
adalah nenek moyang orang Ainu.

 Mengikut teori umum - orang Jepun yang mula menduduki


kepulauan Jepun adalah dari Selatan melalui Pulau Farmosa
dan Ryukyu, tetapi bukti dari segi kaji purba menunjukkan
dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun
yang mula-mula sampai ke Jepun melalui Korea.
Pengenalan
• Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia
Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau yang utama
iaitu Hokkaido, Honshu, Kyushu, Shikoku dan lebih 3
ribu kepulauan kecil.
• Sejarah ketamadunan jepun dapat dibahagikan
kepada tiga:
1. Zaman Awal – Jomon & Yayoi
2. Zaman feudal – Sistem Feudal
3. Zaman Moden – Pemerintahan Meiji
ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN
JEPUN
1. Zaman Yayoi
2. Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi )
3. Zaman Kamakura
4. Zaman Kesyogunan Ashikaga
5. Zaman Sengoku Jidai
6. Zaman Kesyogunan Tokugawa
7. Zaman Meiji
ZAMAN YAYOI
Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-
alat logam dari benua asia terutamanya dari
negara China.
Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi
dan teknik-teknik pengairan telah digunakan
dengan meluas yang telah menyebabkan
berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi.
Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan
sosial dan politik juga wujud di antara pihak
pemerintah dan rakyat.
Lama-kelamaan lebih ramai pemimpin-
pemimpin politik mula muncul di jepun,
seperti di Yamato(kini merupakan daerah Nara)
dan Kyushu.
Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenek-
moyang keluarga Imperial Jepun yang
bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat
keunggulan ke atas golongan-golongan lain
yang dipanggil Uji.
Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu
dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai
Shinto. Shinto atau “cara tuhan-tuhan” (ways of the
gods) telah wujud lebih awal daripada Confucianisme
atau Buddhisme di Jepun.
ZAMAN NARA
Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan
berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara,
Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan
China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi
oleh sistem pemerintahan di China iaitu
pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906
Masihi).
Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara,
maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik
untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan
Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China.
Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah
selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621
Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan
menambah kekuasaan mereka serta menunjukan
tanda-tanda yang mereka bersedia hendak
merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku
rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-
Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.
ZAMAN HEIAN
 Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap
bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di
Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada tahun
1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan
tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan
Minamoto-no-Yoritomo.
Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman
yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi
perhatian kepada hidup berperaturan, beradab
dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan
serta kesenian. Zaman Heian merupakan
kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang
gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan
dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan,
ukiran dan seni bina.
 Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan
susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga
Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik
berkahwin dengan keluarga diraja.
Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan
terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memeritah
selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja.
ZAMAN KAMAKURA
Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh
Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik sebagai
Sei-I-Taishogun.
Kamakura terletak diwilayah sagami telah
menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik
Jepun.
Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan
keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera
yang pertama dalam sejarah negara Jepun.
Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan
“Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun.
Dalam Zaman Kamakura menyaksikan
pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian
atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen.
Ini adalah hasil daripada pertumbuhan
feudalisme.
Dengan itu secara tidak langsung
menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan
pusat kepada pengusaha-pengusaha wilayah
dan tuan-tuan tanah wilayah.
Calon-calon bagi jawatan Jito dan Shugo
ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura.
Ini terbukti semasa pemerintahan Yorimoto
telah memberi keutamaan kepada golongan
tentera atau perwira yang dikenali sebagai Buke
untuk mendapat tempat dalam jawatan
tersebut.
Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan
pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah
Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan
pertambahan hasil sektor pertanian yang besar.
Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman
Kamakura ialah krisis politik Bakufu Kamakura.
Beberapa ancaman dan permasalahan dalam
kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis
utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri
kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh
Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-
pengganti raja Hojo.
Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun 1333
Masihi akibat timbulnya cubaan dari beberapa
orang maharaja Jepun yang berusaha
menggulingkan kerajaan tersebut.
Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo (1288-1339)
dengan bantuan jeneral-jeneral utama seperti
Kosunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada
(1301-1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358).
Akhirnya maharaja Godaigo berjaya
mengambilalih namun selepas dua tahun
baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya.
Ini adalah kerana baginda sendiri tidak mampu
melawan kuasa kelas-kelas tentera wilayah,
termasuklah golongan Shugo dan Jito.
Zaman Kesyogunan Ashikaga
 Pemerintah pada zaman kesyogunan Ashikaga
Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah
pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan
Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di
sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja
Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di
bawah pentadbirannya
Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan
Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur
pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan
dan perpaduan.
Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan
pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi
adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif
untuk dikawal.
Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan
ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan
kuasa yang diperkenalkan.
Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat
disatukan melalui pembinaan Bakufu.
Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh
kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan
pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami
kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat
seterusnya mengalami kejatuhan.
Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu
Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah
diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang
meninggal dunia tiga tahun kemudian.
Yoshiaki telah dilantik sebagai Syogun oleh
Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang
daimyo yang paling berkuasa di Jepun.
Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh
Nobunaga dalam tahun 1573.
Keadaan ini telah menamatkan zaman
pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun.
Zaman Sengoku Jidai
Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun
1460 hingga 1573 masihi.
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan.
Dimana pada zaman ini, pertempuran dan dan siri
peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku.
Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini,
daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang
dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem
pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal
Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi
menjadi pemangku raja dan menakluki pulau
Shikoku.
Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua
menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi
menakluki Kyushu.
Toyotomi Hideyoshi berjaya menguasai Istana
Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di
wilayah Sagami.
Toyotomi berkuasa ke atatas wilayah Kanto
apabila berjaya mengalahkan kebangkitan di
Mitsu dan Dewa.
Penaklukkan terhadap wilayah Kii dan Izuma
merealisasikan usaha penyatuan Jepun.
Pada tahun 1598 Toyotomi Hideyoshi meninggal
dunia.
Zaman Kesyogunan Tokugawa
Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa
Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai Perang
okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa.
Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan
menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai.
Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun
dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya
iaitu Hidetada.
Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di
Jepun.
Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga
badan terpenting pentadbiran.
Peringkat tertinggi digelar Tairo (majlis penasihat-
penasihat agung). Tairo berperanan dan
bertanggungjawab untuk meemberikan
nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar
penting negara menjadi pemangku raja jika syogun
yag dilantik belum dewasa.
Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis
negara dengan keanggotaannya berubah mengikut
keperluan pentadbitan feudalisme. Roju
berperanan dan bertanggungjawab untuk
menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana
raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan
daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain
mengawasi tempat-tempat suci(biara).
Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah
majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan
kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui
beberapa jabatan penting dalam pentadbiran
feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab
hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman
kerana tidak wujud pemisahan bidang kuasa yang
jelas antara kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa
kehakiman.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti
berikut:
Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan
kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-
kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal
yang dianggap mencurigakan.
Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo
dengan memberikan tugasan yang dianggap
membebankan sumber kewangan antaranya
membaiki kerosakan-kerosakan istana.
Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat
dengan memperkenalkan peraturan menghadkan
keluasan istana-istana daimyo ini dan perkahwinan di
kalangan daimyo dikawal.
Keempat, pengenalan suatu kod panduan tatatertib
dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke so-
hatto(peraturan bagi rumah-rumah tentera). Kelima,
mengukuhkan kekuatannnya melalui pengumpulan
harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas
tentera dan daimyo-daimyo Tozama.
Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen
menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik
pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang
telah terasing turut juga mengkritik Shogun
Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan
dengan orang-orang asing tidak dibincangkan
terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah
inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan
Tokugawa di negara Jepun.
Zaman Meiji
Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan
suatu peristiwa yang penting dalamsejarah Jepun.
Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan
Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar
sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan
pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo.
Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar
kepada Tokyo.
Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus
kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat
dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi
menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun.
Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran
telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah
diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang
seragam di negara tersebut.
Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan
bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8
kawasan pelajaran dan pendidikan.
Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin
Meiji telah membuat pembaharuan.
Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian
Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30 Julai 1912.
Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang
dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji,
Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang moden
dan berkuasa.
Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah
memainkan peranan yang penting dalam sejarah
Jepun.
Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke dalam
bidang politik antara bangsa sebagai sebuah
negara yang moden dan berkuasa.
Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat
sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa
memperlihatkan bahawa proses-proses
perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan
menakjubkan.
Zaman Awal
Dipanggil sebagai Jomon (800-300 S.M)
Jomon merujuk kepada tanah liat yang digunakan
untuk membuat peralatan.
Manusia pada zaman itu hidup secara nomad dan
primitif.
Zaman kedua ialah zaman Yayoi. Perkembangan
tamadun tahap kedua berlaku.
Zaman Feudal
Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-
1338 s.m.)
Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan
tanah dan ladang-ladang oleh individu.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan
sistem feudal ialah Yoritomo
Kuasa Maharaja disingkirkan
KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN
 
Zaman Kamakura

Keluarga Fujiwara

Keluarga Taira

Keluarga Minamoto

Tentera Hojo

Maharaja Go Daigo

Ashikaga Takauji

Sengoku Jidai

Shogun Tokugawa
Zaman Moden
Permodenan Meiji pada tahun 1868
Mengembalikan kedudukan Maharaja
Penghapusan sistem feudal dan sistem hierarki sosial.
Sistem Nilai dan Budaya Jepun
• Nilai-nilai utama yang diamalkan oleh masyarakat jepun.

1) On atau giri-ninjo – hutang budi dan membalas budi.


2) Budaya malu
3) Perikemanusiaan (nasake)
4) Wa (kerukunan)
5) Menepati janji dan berdisiplin
6) Cintakan ilmu – budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah
mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada
pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam
terhadap maklumat-maklumat.
7) Mura Ishiki – kesedaran sekampung
Budaya Ilmu Dalam Masyrakat Jepun
1. Telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an -1880an).
2. Pada akhir tahun 1888, terdapat hampir 30,000 pelajar
yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo.
3. Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja
dan pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari
Timur dan Barat.
4. Contohnya buku Yukichi Fukuzuwa, Galakan
Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah pada
tahun 1882. Buku tersebut menyatakan:
”Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau
miskin, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain.
Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan
baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang
jahil akan menjadi papa dan hina”.
Agama Dalam Tamadun Jepun
Buddhisme
Shintoisme
Konfusianisme
Masyarakat Jepun Dan Modenisasi
• Politik
1. Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada
Maharaja Jepun dan pusat pentadbiran dipindahkan
dari Kyoto ke Edo (Tokyo).
2. Menghapuskan sistem feudal yang selama ini
dipraktikkan oleh Kesyogunan Tokugawa.
3. Reformasi politik – sistem demokrasi. Pengenalan
Dokumen Gokajo no Goseimon (Carta Pengakuan
Lima Artikel). Maharaja adalah pemerintah tertinggi
dan penubuhan Parlimen yang dipanggil Diet yang
terdiri dari Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat.
Pendidikan
1. Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-
pelajar dihantar ke Barat untuk mempelajari ilmu
sains dan teknologi, mengimport tenaga professional
daripada Barat, mendirikan pusat-pusat pengajian
berasaskan sains dan teknologi di samping bidang-
bidang lain.
Ekonomi
1. Modenisasi di bidang ekonomi – berasaskan
Kapitalisme khususnya industri
2. Menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai
serta pembinaan saliran
Sains dan Teknologi Jepun
Pembangunan teknologi Jepun
Jepun adalah technological leader
Etika Kerja Jepun
Dedikasi
Menepati masa
Prinsip perniagaan yang teguh
Profesionalisme
Mengubahsuai idea
Pengurusan Jepun
Terdapat 4 prinsip asas
a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya
dianggap bijak dan dapat meningkatkan produktiviti
dan kualiti tugasannya.
b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan
kualiti kerja mereka.
c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu
keluarga besar
d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu
pekerja
Pengurusan Jepun
Konsep Kaizen
1. Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang
berterusan untuk memperbaiki hasil kerja di kalangan
pihak pekerja.
2. Ia adalah satu proses penambahbaikan yang
berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih
tinggi dari semasa ke semasa.
Konsep Mottainai
1. Konsep paling penting dalam Masyarakat Jepun.
2. Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran
atau anugerah daripada Tuhan.
3. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-
harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa
pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu
kesalahan besar.
Kesan – Kesan Interaksi
 Bidang Pertanian
 Budaya penanaman padi yang menjadi pekerjaan
tradisi masyarakat China dan Jepun.
 Teknik-teknik dan peralatan baru telah memajukan
pertanian kedua-dua tamadun.
 Barangan Logam
 Penemuan barangan logam  seperti gangsa dan logam
wujud sejak zaman pra-sejarah.
 Logam besi - membuat alatan pertanian
 Senjata       - pedang dan tombak dan loceng.
Kesan – Kesan Interaksi
Budaya makam atau “ tomb culture”
 Sesuatu kubur itu mempunyai ruang yang sangat besar
yang menempatkan pelbagai barangan yang ditanam
bersama-sama mayat.
Signifikan Tamadun Jepun Dengan
Tamadun Malaysia

Masyarakat yang cintakan ilmu, kecemerlangan


berterusan, berwawasan, peranan wanita, sifat positif
dan rajin, semangat ingin tahu, sifat kesenian yang
tinggi.
Dalam usaha meralisasikan Wawasan 2020 Malaysia,
negara jepun boleh dijadikan model Malaysia dan Asia
dalam aspek pembangunan dan kecemerlangan
walaupun bukan keseluruhan. Jepun juga dianggap
pemimpin asia.
Wawasan 2020
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat dikongsi bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri
sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai
serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral
dan beretika.
Wawasan 2020
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman matang, demokrasi. Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada banyak negara membangun.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur, rakyat pelbagai kaum, bebas mengamalkan
idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
masing pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan kepada satu negara.
Wawasan 2020
Mewujudkan masyarakat yang bersaintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan
memandang ke depan, yang bukan sahaja penggunaan
teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi.
Perkaitan Budaya Kerja Jepun Dengan Islam

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam


kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu
sama lain dengan kebenaran serta bersabar.”

(surah al-Asr :1-3)


“Maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan
maka tegaklah. Dan hanya kepada Tuhanmu
hendaklah engkau berharap.”

(94:7-8)
Kecekapan dan sistematik

“sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di


jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan
mereka seperti suatu bangunan yang tersusun
kukuh.”

(al-Saff :4)
Kerja dan Perubahan

Konsep Perubahan Dalam Islam

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada


pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri.”
Keterangan Ayat di atas ialah:
Perubahan sikap
Sentiasa memperbaiki mutu kerja
Mesti berusaha untuk berjaya
Tidak boleh malas/berpeluk tubuh
Mesti berikhtiar
 
Menurut Hamka ayat tersebut menyentuh :

Sentuh ttg disiplin kerja


Kerja sungguh-sungguh
Jgn bertangguh
Jgn jadikan keletihan sbg alasan
Kesimpulan
 Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan
setanding dengan negara barat. Apa yang penting
ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan
negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh
kepada negara Asia yang lain.
 Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran
iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri…..”

You might also like