You are on page 1of 25

ANALISIS KESILAPAN

DALAM PENULISAN RASMI :


MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
OLEH:

AZWATI BINTI MAHMUD


GS28024
PHD (BAHASA MELAYU)

KURSUS:
BBM6402 ANALISIS BEZAAN DAN KESILAPAN
PENSYARAH:
PROF.MADYA DR. ZAITUL AZMA ZAINOL HAMZAH
BAB I
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG
• Analisis Kesilapan (AK) dalam penulisan rasmi
merupakan suatu teknik mengukur kemajuan dalam sesuatu
penulisan.
• Corder (1981) mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai
bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang
menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.
• Menurutnya lagi, AK dapat memberikan maklumat tentang
daerah dan punca kesulitan.
• Analisis Kesilapan (AK) dalam penulisan rasmi dikenalpasti kesilapannya
daripada aspek morfologi dan sintaksis.
• Aspek Morfologi : struktur, bentuk, golongan kata
• Aspek Sintaksis : binaan /konstruksi ayat, hukum
atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah
penggabungan dan
penyusunan perkataan yang
membentuk ayat.
• Penulisan rasmi yang dianalisis;
1. Teks ucapan perasmian.
2. Maklumat penyata akaun bank.
PERNYATAAN MASALAH

• Kesilapan yang berlaku dalam penulisan rasmi dianngap


masalah terpencil kerana pengucapan (lisan) lebih
berkesan.

• Kajian kesilapan lebih rumit dengan penganalisisan satu


persatu perkataan atau ayat yang dilihat dari segi morfologi
dan sintaksis.
PERSOALAN KAJIAN

• Kesilapan bahasa dalam penulisan rasmi memberi


gambaran terhadap tahap penulisan rasmi yang ada.

• Kekerapan kesilapan bahasa menerusi morfologi dan


sintaksis yang dominan berlaku.

• Kewajaran alasan yang dikemukakan bagi setiap kesilapan


yang berlaku dalam penulisan rasmi yang dikenal pasti.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam penulisan


rasmi dari aspek morfologi.

2. Mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam penulisan


rasmi dari aspek sintaksis.

3. Menganalisis kesilapan dari aspek morfologi dan sintaksis.

4. Meningkatkan kecekapan berbahasa secara langsung


menerusi penulisan rasmi.
DEFINISI OPERASIONAL

Analisis Kesilapan
-teknik mengukur kemajuan bahasa secara merakamkan,
mengklasifikasikan, menginterpretasikan serta mencari
punca-punca kesilapan bahasa yang berlaku.

Penulisan Rasmi
-penulisan yang formal dan menggunakan standard bahasa
yang formal.
Morfologi
-cabang pengkajian tatabahasa dari segi struktur, bentuk
dan golongan kata.

Sintaksis
-cabang pengkajian proses pembinaan ayat, penyusunan
ayat dan hubungan perkataan dalam ayat.
KEPENTINGAN KAJIAN

• Penyelidik / pengkaji bahasa


-tuntutan dalam penyelidikan.
-garis panduan dalam penulisan rasmi.
-membantu meminimumkan kesilapan pada masa
hadapan.

• Audiens
-terdiri daripada pembaca (pelajar,orang umum). - dapat
mengetahui penulisan yang betul.
SKOP @ BATASAN KAJIAN

• Fokus kajian pada analisis kesilapan dalam penulisan


rasmi.
• Aspek kajian : Morfologi – imbuhan, perkataan,
bentuk perkataan
: Sintaksis - struktur ayat

• Penulisan rasmi :
1. Teks Ucapan Perasmian oleh PM ‘Model Baru
Ekonomi untuk Malaysia’ tahun 2010
2. Maklumat Penyata Akaun Bank Islam.
BAB II
SOROTAN LITERATUR

• Sabar Hj Mohamad, Esa Muhamad & Zamri Mahmood (2007): Analisis


Kesilapan Ejaan dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar
Sekolah Menengah. Penyelidik meninjau kesilapan ejaan yang berkaitan
sistem keselarasan vokal, kesilapan pada ejaan kata pinjaman, kesilapan
ejaan kata terbitan dan kesilapan ejaan kata terbitan dengan penggunaan
kata ganti singkatan dan imbuhan.

• Norizan binti Che Su (2009) : Analisis Konstrasif Sintaksis Bahasa


Melayu dan Bahasa Thai. Beliau melihat sintaksis pelajar B1 dan
menentukan punca kesalahan dan kesilapan dalam aspek sintaksis dalam
kalangan pelajar B1 yang mempelajari B2.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN

REKA BENTUK KAJIAN


KERANGKA TEORI :
TEORI ANALISIS KESILAPAN (TAK)(Error Analysis)
• Terhasil daripada penyelidikan Noam Chomsky (1957)
• Kesilapan merujuk pada ketidaksempurnaan ujaran atau penulisan
yang menyimpang daripada kebiasaan penggunaan sesuatu
bahasa.
• 5 prinsip asas TAK;
1. Pemerolehan B2 sebagai pengaruh B1
2. Faktor intralingual dan interlingual
3. Proses pembina kreatif
4. Bahasa antara 5. Sistem bahasa antara.
KERANGKA KONSEPSI
TAJUK : ANALISIS KESILAPAN DALAM PENULISAN RASMI :
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

OBJEKTIF: TEORI: Teori Analisis Kesilapan


1. Mengenal pasti kesilapan
penulisan rasmi dari aspek morfologi ALAT KAJIAN: Sampel teks ucapan
2. Mengenal pasti kesilapan dan maklumat penyata akaun
penulisan rasmi dari aspek sintaksis bank
3. Menganalisis kesilapan morfologi
dan sintaksis dengan wajaran alasan
4. Meningkatkan kecekapan KAEDAH KAJIAN: Analisis Kandungan
berbahasa menerusi penulisan. Kajian ke perpustakaan

BATASAN KAJIAN : Penulisan rasmi


: Aspek morfologi
dan sintaksis

PENGANALISISAN DATA: Kekerapan dan


interpretasi data
ALAT KAJIAN
• Sampel teks ucapan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan akhir ‘Model
Baru Ekonomi untuk Malaysia pada 3 Disember 2010 di
Putrajaya International Convention Centre (PICC).
• Sampel maklumat penyata akaun bank (Bank Islam Malaysia)
TATACARA KAJIAN
• Dua sampel penulisan rasmi dijadikan alat kajian.
• Kerangka teori sebagai dasar analisis penyelidikan.
• Untuk melihat beberapa kesilapan yang terdapat dalam penulisan
rasmi berdasarkan aspek morfologi dan sintaksis
PENGANALISISAN DATA

• Penyelidik mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam


sampel yang dipilih.
• AK dilakukan berdasarkan dua aspek utama iaitu morfologi
dan sintaksis.
• Setiap kesilapan yang dikenal pasti dan ditandai dengan
kategori kesilapan sama ada aspek morfologi mahupun
sintaksis mengikut tujuan kajian.
• Jadual analisis disediakan bagi menyenaraikan sejumlah
kesilapan atau kekerapan yang terdapat dalam penulisan rasmi
yang di pilih.
BAB V
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

PERSEMBAHAN DAPATAN
• Analisis Kesilapan Morfologi
1. Bentuk Kata Imbuhan
Kesilapan Pembetulan
1. MBE memainkan peranan 1. MBE memainkan peranan yang
pemungkin yang membolehkan membolehkan ETP mencapai
ETP mencapai potensinya yang potensinya yang maksimum…
maksimum…
Teks Ucapan PM (perenggan : 3)

• Imbuhan awalan pe- fungsi untuk membentuk KN


• Analisis Kesilapan Morfologi
2. Bentuk Kata Imbuhan
Kesilapan Pembetulan
1. ...dalam Rancangan Malaysia 1. ...dalam Rancangan Malaysia
Ke-sepuluh. Kesepuluh.
2. ...dalam Rancangan Malaysia 2. ...dalam Rancangan Malaysia
Ke-sebelas. Kesebelas.
3. ...teras ke-empat bertujuan... 3. ...teras keempat bertujuan...
4. Teras ke-dua MBE... 4. Teras kedua MBE...
5. Teras ke-tiga MBE... 5. Teras ketiga MBE...
Teks Ucapan PM

• Imbuhan awalan ke- fungsi untuk membentuk KN bukan KSN perlu


dieja rapat.
• Imbuhan awalan ke-(ditulis dengan gabungan huruf = Ke-10, ke--11ke-
4, ke-2, ke-3)
• Analisis Kesilapan Morfologi
3. Bentuk Kata Terbitan Imbuhan

Kesilapan Pembetulan
1. Penilaian MPEN ke atas ekonomi 1. Penilaian MPEN ke atas ekonomi
telah mengenengahkan telah mengetengahkan
penambahbaikan yang perlu penambahbaikan yang perlu
dilakukan… dilakukan…
Teks Ucapan PM (perenggan : 6)

• Imbuhan dengan kata dasar terbitan


meN + ketengah + kan = mengetengahkan (k = ng)
• Analisis Kesilapan Morfologi
4. Kata Sendi Nama
Kesilapan Pembetulan
1. Kebanyakan dari mereka... 1. Kebanyakan daripada mereka...
Teks Ucapan PM (perenggan 13)

1. ...yang mencukupi di dalam


1. ...yang mencukupi didalam akaun... akaun...

2. ...tertakluk kepada kadar... 2. ...tertakluk pada kadar...

3. ...caj yang dikenakan akibat dari 3. ...caj yang dikenakan akibat


daripada kecurian...
kecurian...
4. ...di talian 03-26900 900... 4. ...ditalian 03-26900 900...
5. ...dialamat...
5. ...di alamat...
Maklumat Penyata Akaun BI
• Analisis Kesilapan Morfologi
5. Pembentukan Kata Majmuk (Istilah Khusus)

Kesilapan Pembetulan
1. Halatuju umum dasar ekonomi 1. Hala tuju umum dasar ekonomi
yang dicadangkan oleh MPEN… yang dicadangkan oleh MPEN…
Teks Ucapan PM (perenggan : 1)

1. Transaksi urusniaga.
1.Transaksi urus niaga.
2. Transaksi matawang.
2. Transaksi mata wang.

• dua kata dasar yang dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit tanpa
menerima penyisispan.
• Analisis Kesilapan Morfologi
6. Kata Pemeri
Kesilapan Pembetulan
1. ...mereka adalah pasaran utama 1. ...mereka ialah pasaran utama
kita. kita.
Teks Ucapan PM (perenggan 13)

1. Jumlah maksima Ta’widh adalah 1. Jumlah maksima Ta’widh ialah


RM50.00. RM50.00.
2. Berikut adalah 3 peringkat kadar 2. Berikut ialah 3 peringkat kadar
keuntungan… keuntungan…
Maklumat Penyata Akaun BI
Kata pemeri ialah berada di hadapan kata nama dan kata kerja.
Kata pemeri adalah berada di hadapan kata adjektif.
• Analisis Kesilapan Morfologi
7. Ejaan
Kesilapan Jumlah Kekerapan Pembetulan
1. Negara 25 1. negara
2. Kerajaan 13 2. kerajaan
3. Berjaya 1 3. Berjaya
1
4. tren 4. Trend
(aliran/pergerakan
)
Teks Ucapan PM

1. Deraf
3 1. Draf
2. Beserta
1 2. berserta

Maklumat Penyata Akaun BI


• Analisis Kesilapan Sintaksis
1. Perpindahan Kata

Kesilapan Pembetulan
1. Ekonomi tumbuh pada kadar 2. Pertumbuhan ekonomi pada
10.1 peratus pada suku pertama. kadar 10.1 peratus pada suku
Teks Ucapan PM (perenggan : 11) pertama.

• Kedudukan ayat 1 dan ayat 2 masih membawa pengertian yang sama


tetapi kesilapan pada struktur perkataan.
• Analisis Kesilapan Sintaksis
2. Ayat Perintah

Kesilapan Pembetulan
1. Simpanan salinan pendua deraf 1. Simpan salinan pendua draf
jualan dan sahkan jumlah jualan dan sahkan jumlah
pembelian bulanan dengan penyata pembelian bulanan dengan penyata
kad anda. kad anda.
Maklumat Penyata Akaun BI
• Jenis ayat suruhan tanpa KGN kedua sebagai subjek.

Kesilapan Pembetulan
2. Sila jangan hantar wang tunai 2. Jangan hantar wang tunai melalui
melalui pos. pos.
Maklumat Penyata Akaun BI

• Kata larangan dan kata silaan dalam satu ayat.


BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood
(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chomsky, Noam. (1957). Syntactic Structure. The Huge: Mouton& Co.
Chomsky, Noam. (1965). Aspects of the Theory of Syntax. Cambridge, Mass:
M.I.T. Press.
Goh Ong Sing dan Teh Kean Hoe. (1993). Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis
Struktur Sintaksis Ayat berdasarkan Teori Tatabahasa Generatif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liew Siew Lin, Yahya Othman, dan Abdul rashid Jamian. (2003). Kesalahan
Bahasa dalam Karangan Pelajar cina Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. Jilid
3, bil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md Daud Taha. (1992). Compentency in Malay language Among the Malay
students at the upper secondory level in Brunei Darussalam. Dissertation,
University Putra Malaysia.

You might also like