DENGAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DISEDIAKAN OLEH: TEH YI CHENG WOON QIN HUAN LEONG MUNG TING JONG SUK JOO 1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) - Peraturan Pendidikan khas 2013
2. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta
685) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
BAB 8 – PENDIDIKAN KHAS
MENTERI HENDAKLAH MENGADAKN PENDIDIKAN KHAS SEKSYEN 40. - Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yg ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. KUASA UNTUK MENETAPKAN TEMPOH DAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS SEKSYEN 41 (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan Pendidikan Khas; c) Kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yg sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud bab ini. SEKSYEN 41 ( 2) • Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di bawah perenggan 1(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukan di bawah akta ini. SEKSYEN 41 ( 3) • kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan 1( b) hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685)
Akses kepada pendidikan
Akses kepada rekreasi, santai
dan sukan Akses kepada pendidikan (1) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak- kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat. (2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya. (3) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan setara mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut: (a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran; (b) untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak; dan (c) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial. Akses kepada rekreasi, santai dan sukan • untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai serta sukan, termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan; Implikasi Akta Pendidikan 1996
1.Pelaksanaan Pendidikan inklusif / Percantuman
• 1962 kelas ini telah dimulakan apabila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa denganbantuan guru khas resos. • 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L)Methodist Kuala Lumpur . • Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP. 2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas. • Satu jabatan ditubuhkan yang membolehkan pelajarkurang upaya terbela dari segi akademik.-Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM.-1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional 3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan • Terlaksanannya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi.
• Bagi pihak kerajaan pula akta ini
membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan. 4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel • Akta Pendidikan 1996 (Bah.11/4) membolehkan pihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik P&P mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. • Memberi peluang kepada guru membentuk dan reka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup di peringkat rendah dan menengah. KAHOOT TIME !!!!