You are on page 1of 87

Konsep Interaksi Antara Tamadun

• Interaksi antara tamadun bermaksud


perhubungan, pertemuan, komunikasi dan
sebagainya yang terjalin antara satu tamadun
dengan satu tamadun atau beberapa tamadun
lain dalam masa yang sama.
• Interaksi berlaku secara langsung atau tidak
langsung dalam satu jangka masa yang panjang.
• Interaksi antara tamadun boleh berlaku di
peringkat nilai, idea, institusi dan insan. (Azhar Hj.
Mad Aros dll., 2001: 38)
Tamadun Melayu
Pandangan Semesta Tamadun Melayu
Aspek Tauhid
•Prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan
Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan
untuk menjadi satu tanda bagi wujudnya Rabb al-Alamin.
•Dibahagikan kepada :
•Tauhid Uluhiyyah – Penyembahan, pemujaan,
penghargaan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan
yang satu.
•Tauhid Rububiyyah – mempercayai Allah sebagai
Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.
Nilai-nilai murni Masyarakat Melayu
•Kehidupan lebih teratur dari segi susunan masyarakat
dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketaatan dan
kepatuhan kepada sultan dan pemimpin.
•Berpegang teguh kepada adat tradisi yang sebati
dengan amalan kehidupan seharian.
•Menjaga adat resam dan pantang larangan yang
diamalkan oleh nenek moyang dahulu.
•Mengatur perjalanan kehidupan dari segi pergaulan
dan juga hubungan sesama manusia.
•Menitik beratkan hal-hal kekeluargaan dan juga
hubungan sesama manusia.
•Mengajar umatnya mengutamakan ikatan kekeluargaan
dan hubungan silaturrahim.
Interaksi antara Tamadun Melayu
dengan Tamadun China
• Pertalian Tamadun Melayu Dengan Tamadun Cina
Zaman Prapenjajah Barat telah wujud sebelum
permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han
(140-117S.M).
• I-Tsing (Yi Jing) telah menterjemahkan buku agama
Buddha dari Sanskrit ke bahasa Cina dan menulis 2
buah buku tentang Tamadun Melayu Srivijaya.
Hubungan melalui Laksamana Muhammad Cheng Ho
(Zeng He) - antara Melaka - China. (persahabatan,
perdamaian & perniagaan).
• Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun
Cina berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-3
M. Mencapai kemuncaknya semasa zaman Dinasti
Tang dan Dinasti Ming.
• Hasil interaksi ini telah membawa beberapa
perubahan dan asimilasi budaya dalam kedua-dua
tamadun ini. Interaksi antara dua tamadun ini
berlaku dalam suasana aman, iaitu melalui misi
diplomatik, migrasi dan perdagangan.
• Kemuncak interaksi berlaku ketika zaman
kesultanan Melaka (1400-1511) di mana Melaka
dan China saling mengutuskan wakil mereka.
• Interaksi tersebut diperkukuh lagi dengan
perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur
Syah dengan Hang Li Po(Puteri Cina).
• Perkahwinan ini merupakan salah satu saluran
kemasukan pengaruh tamadun Cina dalam
masyarakat tempatan.
• Kesan interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah
memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan
makanan seperti taugeh, tauh, kicap dan beberapa
jenis sayuran.
Interaksi Tamadun India Dalam
Tamadun Melayu
• Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sejak
abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada
menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud
Semenanjung Melayu.
• Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan
Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan
penduduk tempatan yang sebelumnya memegang
kepercayaan animisme. Tinggalan pengaruh ajaran
Hindu (Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang
ketika kerajaan Chola menguasai Kedah)
• Hasil daripada interaksi dengan Tamadun Melayu
telah menyebabkan sistem pemerintahan kita pada
hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep
ketuhanan agama Hindu berdasarkan konsep
”Dewaraja”. Kesannya, warisan ini masih
dikekalkan seperti membesarkan keagungan dan
kedudukan Raja dalam upacara pertabalan raja.
• Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu
dahulu juga telah dipengaruhi oleh sistem kasta.
Keadaan ini membawa kepada kemunculan
masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat
Melayu
• Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga
turut menerima pengaruh daripada agama Hindhu
iaitu amalan jampi dan mantera.
• Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau
dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan.
• Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga,
bersanding dan berinai serta mencecah garam dan
menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat
Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat
India.
• Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh
interaksi kedua-dua tamadun ini. Tamadun Melayu
menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah
sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Penemuan
Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh
bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika
itu.
• Unsur terakhir yang telah dipengaruhi dalam interaksi
ini ialah kesusasteraan. Contohnya, kesusasteraan
Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata.
Hikayat Seri Rama telah diinspirasikan daripada Epik
Ramayana.
Pencapaian Tamadun Melayu
a) Bidang Persuratan
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua
franca (wilayah kepulauan Melayu) dan digunakan oleh
golongan peniaga serta pengembara asing.
- Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula
dengan bahasa Sanskrit , seterusnya bertukar kepada
bahasa Arab (jawi), dan akhirnya kepada bahasa
Roman (rumi).
- Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti
sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga
sastera pengaruh Islam .
b) Bidang Kesenian
- Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi
oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi
dan seni yang mempunyai hubungan yang berkait
rapat dengan kehidupan manusia .
- Oleh itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan
hasil seni yang dibina dan merangkumi pelbagai
bentuk kesenian .
c) Bidang sains & teknologi

- Antara contoh kemajuan sains dan teknologi


yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam
bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan
juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses
pengairan pertanian seperti penanaman padi dan
sebagainya. Dalam bidang teknologi alam bina juga,
orang Melayu mahir dalam pembinaan rumah dan
masjid .
d) Bidang Pendidikan
- Pada awal perkembangan tamadun,
masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan
tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan
bahasa Arab.
- Kemudahan yang disediakan untuk orang
Melayu ialah pembinaan pondok yang didirikan di
sekitar sekolah agama ini.
Pandangan Semesta
Tamadun China
1. Konsep Tian
- Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada
binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-
kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada
masyarakat Cina.
- Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou.
- Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam
semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
2. Konsep Dao
-Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong".
-Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao
digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara
kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau
buruk.
- Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme
menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan
kepada keseluruhan alam semsta.
3. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
- Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan
konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan
muktamad.
- Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses
pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam
tanpa pengakhirannya.
- Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap,
basah, lembut.
- Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah,
kering, keras.
• 4. Keharmonian Tian dan Manusia
- Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-
ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan
bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
- Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan
duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar
biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau
tanda kemarahan Tian dan amaran.
- Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini
berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan
falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
5. Prinsip Zhongyong (The Golden Mean)
- Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan
bersesuaian.
- Norma masyarakat yang dapat menyumbang
terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
- Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang
diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai
apabila segala objek atau benda di dunia ini
dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan
saksama, tanpa membazir dan digunakan demi
kepentingan umum.
Interaksi Tamadun Cina
• Tamadun Cina yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan
tamadun luar apabila orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat
luar.

• Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil telah


menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar samada untuk
melakukan aktiviti ekonomi ataupun mencari penempatan baru.

• Penggabungan etnik-etnik cina yang kemudiannya dikenali


sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang
besar dan berpengaruh.

• Interaksi tamadun Cina dengan tamadun luar boleh dibahagikan


kepada dua bahagian iaitu interaksi budaya Cina dengan kawasan
bulatan budaya dan juga interaksi budaya Cina dengan kawasan
luar lingkaran bulatan budaya.
Interaksi dengan kawasan bulatan budaya

Korea
• Pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke
11 SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai
satu entiti kawasannya tersendiri.
• Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk
mengelakkan peperangan dan seksaan politik.
• Pada tahun 108 SM, empayar Han berjaya
diperluaskan ke kawasan orang-orang Korea
termasuk kawasan yang diperintah oleh Wiman.
• Semasa pemerintahan Han, orang Korea telah
dipaksa supaya mengamalkan kebudayaan Cina.
• Proses perkembangan kebudayaan Cina mencapai
kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai
sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa
pemerintahan dinasti Li (1392 – 1910).
• Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat
berpengaruh di Korea ialah konfisianisme dan
Buddhisme.
• Pengaruh konfusianisme dan buddhisme pada Korea
sangan kuat sehingga kerajaan Korea menubuhkan
institusi pendidikan untuk mengkaji konfusianisme dan
buddhisme disamping menjadikan fahaman ini sebagai
bahan pengajaran.
• Tidak cukup dengan itu, demi mengukuhkan lagi
fahaman ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar
ke China untuk mempelajari konfusianisme dan
memahami sistem pentadbiran China.
• Oleh itu, setiap perkembangan dan konsep
konfusianisme telah diamalkan sepenuhnya oleh Korea.
Selain daripada kepercayaan, bahasa dan tulisan Cina
juga mempengaruhi Korea.
• Pada kurun ke-15, Korea telah mencipta sistem
tulisan Korea berpandukan kepada grafik
tulisan Cina.

• Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa


Korea berasal dari istilah-istilah tulisan atau
bahasa Cina.

• Pengaruh Cina mula terhakis apabila Jepun


menakluki Korea pada tahun 1910.
Jepun
• Hubungan Cina dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM
iaitu di zaman dinasti Qin (221-206SM).
• Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan perbuatan perkakas
besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang Cina.
• Pengaruh kebudayaan Cina berkembang denga pesatnya pada
zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867) di
mana bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik
dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang
dihantar ke China.
• Sistem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada sistem
tulisan Cina iaitu Kanji.
• Falsafah konfusianisme Cina yang bersendikan Dao begitu
terpengaruh dalam sistem pembelajaran, politik dan tatasusila
orang-orang Jepun.
• Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan
Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan
Dewi Amaterasu.
Vietnam
• Vietnam merupakan negara Asia Tenggara yang paling kuat
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina.
• Ini adalah kerana Vietnam merupakan negara yang terdekat
dengan China dan pernah menjadi sebahagian daripada
empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939).
• Penaklukan ini meniggalkan kesan yang mendalam kepada
pembentukan kebudayaan tempatan.
• Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam
pentadbiran, pendidikan, kesusateraan dan sebagainya
sebelum Vietnam ditalukki oleh kuasa Perancis.
• Ajaran konfusius juga dijadikan panduan dan rujukan bagi
golongan pemerintah dalam pengetahuan politik, ekonomi
dan juga perancangan pendidikan.
• Terdapat juga aspek-aspek harian lain seperti pakaian, seni
binaan dan juga budaya hidup orang-orang Vietnam seolah-
olah mencerminkan kehidupan orang-orang Cina.
Interaksi dengan kawasan luar budaya –
Asia Tenggara, India, Dunia Islam dan
Barat
• Penghijrahan orang Cina ke Negara-negara Asia
Tenggara secara tidak langsung juga menyumbang
kepada interaksi antara budaya.

• Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai


orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam
usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga
buruh telah mewujudkan satu kolompok masyarakat
Cina dan India di Negara-negara Asia Tenggara.

• Budaya dan pegangan kehidupan pendatang ini telah


mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan.
Tamadun China- Malaysia

• Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah


bermula sebelum kegemilangan kerajaan
Parameswara Melaka, tetapi hubungan ini
bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming,
yang dihantar Maharaja China untuk berdagang
dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan
Melaka.
• Interaksi antara dua tamadun ini berlaku dalam
suasana aman, iaitu melalui misi diplomatik,
migrasi dan perdagangan.
• Interaksi tersebut diperkukuh lagi dengan perkahwinan
Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Syah dengan Hang
Li Po. (Puteri Cina)
• Perkahwinan ini merupakan salah satu saluran
kemasukan pengaruh tamadun Cina dalam masyarakat
tempatan.
• Kesan interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah
memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan
makanan seperti taugeh, tauh, kicap dan beberapa
jenis sayuran.
• Bekas dan perkakas dapur, rumah, tenun, muzik dan beberapa
teknologi seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas juga
diperkenalkan semasa berlaku interaksi tersebut.

• Selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru, teknologi


penghasilan barangan seperti gula, tebu, samsu, kain, bahan
letupan, kasut dan lilin juga diperkenalkan.

• Tamadun China juga memperkenalkan perusahaan sutera di


Kepulauan Melayu.

• Pembinaan, pertanian yang lebih baik, bahkan nilai kerja dan


estetika yang baru turut diperkenalkan.

• Tamadun Cina memperolehi hasil ekonomi seperti rempah, produk


haiwan dan tumbuhtumbuhan yang kesemuanya memperkaya
kebuduyaan kebendaan tamadun Cina.
Tamadun China-India
• Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di
Asia Tenggara.
• Interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran
baru dalam konsep kepercayaan buddha.
• Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep
Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan
dalam tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya
menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang
dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab
Mahayana dan Hinayana.
• Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini
terus berlaku bukan sahaja dalam kontek pegangan
kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak
kehidupan kedua-dua tamadun ini.
• Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi
pembuatan kertas dari China telah dibawa masuk ke
India dan teknologi membuat gula dari India telah
dibawa masuk ke China.
Tamadun China- Barat
• Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat,
pertembungan dua tamadun ini banyak memberi kesan positif
kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini.

• Tamadun Barat yang terkenal dengan kemajuan sains, telah


menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara
lebih mendalam empat penemuan agung tamadun Cina.

• Tamadun Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan


masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina sebagai
penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi.

• Pertembungan tamadun ini telah menyedarkan para intelektual cina


supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai Gerakan
Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China.
Pencapaian Tamadun China
Perubatan
• Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah
empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan
manusia dan beberapa jenis penyakit.
• Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh dari karya-
karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina.
Contoh: Inner Cannon (Nei Ching)
• Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing
dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan
Eropah.
• Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah
berdasarkan teori Yin dan Yang dan juga teori lima elemen.
• Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai
sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman
seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah
secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.
• Dalam masyarakat cina, penyakit boleh dirawat
melalui tiga cara iaitu :
• Materia medica: menerusi rawatan secara pemberian
bahan-bahan seperti herba dan bahan galian
• Moksibusi : cara perubatan yang menggunakan
sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu
untuk dilekatkan.
• Akupuntur: rawatan dengan memasukkan jarum pada
tempat tertentu
Bidang Matematik
• Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan
dalam bidang matematik.
• Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat
pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli
matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak
digunakan secara meluas sehingga masa yang
lebih lewat.
• Ahli matematik Cina juga mengenai pasti
sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
• Kesemua kemajuan dalam bidang matematik
ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Bidang Astronomi
• Semasa pemerintahan dinasti Zhou orang Cina
telah mampu menyediakan katalog bintang,
mencatat rekod tepat tentang gerhana dan
komet.
• Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah
penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna, dan tepat .
• Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu
sistem yang paling awal, maju dan tepat
berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Sains dan Teknologi
• Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina
sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM.
• Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat
menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya
kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina
bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk
mengawal banjir Sungai Kuning.
• Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan
menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran
porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah
wujud pada masa yang lebih awal lagi.
• Keunggulan teknologi Cina menarik perhatian dunia Barat
dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan
teknologi dari China ke Barat.
• Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan
porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China.
Ciptaan kertas dan Percetakan
• Berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan.
• Teknologi membuat kertas telah
diperkenalkan ke dunia Barat dan tiba di
Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
• Teknologi teknik pencetakan (printing) telah
mula diperkenalkan semasa pemerintahan
dinasti Tang.
• Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik
percetakan bergerak dan mula
menggunakannya secara umum.
Bahan Letupan
• Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta
oleh ahli-ahli kimia Cina
• Pada mulanya, bahan letupan ini digunakan
untuk membuat bunga api.
• Kemudiannya, pihak militari telah
menggunakannya secara meluas untuk
peperangan.
• Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan
diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13
dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke
negara Eropah.
Pandangan Semesta
Tamadun India
a. Sifat Penerimaan
• Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman
malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim, dan
Inggeris.

• Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan


munculnya unsur-unsur budaya, tradisi, agama,
falsafah, bahasa, ideal dan sebagainya.

• Memang berlaku perbezaan dari segi kebaikan dan


keburukan, toleransi dan kefanatikan, perpaduan dan
perpecahan, kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama
dan individualism, keadilan dan ketidakadilan.
b. Sifat Toleransi
• Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah
Inggeris.Walaupun ianya bertentangan dengan pendidikan
tempatan,namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka
kerana ilmu yang terkandung di dalamnya.Kebanyakan ahli-ahli
pendidik menganggap mempelajari lebih dari satu bahasa akan
membawa manfaat kepada rakyat.

• Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan bahasa


berdasarkan negeri masing-masing.Mereka sanggup mempraktikkan
sikap kebebasan berbahasa.

• Bahasa,agama,kedudukan geografi semuanya membezakan rakyat.


Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah
menyatupadukan mereka.
Interaksi Tamadun India Dalam
Tamadun Melayu
a. Agama
• Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sejak
abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada
menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud
Semenanjung Melayu.

• Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan


Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan
penduduk tempatan yang sebelumnya memegang
kepercayaan animisme.

• Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi


Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan
Chola menguasai Kedah.
b. Struktur Mayarakat
• Hasil daripada interaksi dengan tamadun Melayu telah
menyebabkan sistem pemerintahan kita pada hari ini juga
mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu
berdasarkan konsep ”Dewaraja”.

• Kesannya, warisan ini masih dikekalkan seperti


membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam
upacara pertabalan raja.

• Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu dahulu


juga telah dipengaruhi oleh sistem kasta. Keadaan ini
membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
• Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga
turut menerima pengaruh daripada agama Hindu
iaitu amalan jampi dan mantera.

• Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga,


bersanding dan berinai serta mencecah garam dan
menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat
Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat
India.
BAHASA
• Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa
Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa
Melayu.

• Penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan


Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan
pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno
ketika itu.

• Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi


bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara
(perkara) dan vela (bila). Unsur terakhir yang telah
dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan.
• Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik
Ramayana dan Mahabhrata. Hikayat Seri Rama telah
diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala
versi tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat
Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat Panda
Delima dan Hikayat Sang Boma.
Interaksi Tamadun China dan India
a. Agama
• Penyebaran agama Buddha ke China pada masa
pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada
interaksi antara Tamadun India dan China.

• Ajaran Buddha sendiri adalah penghasilan daripada


Tamadun India yang disebarkan ke dalam masyarakat
China.

• Oleh kerana Budhisme muncul dalam kerangkan budaya


masyarakat India, maka telah berkongsi banyak aspek
kebudayaan dengan agama Hindu dan aspek-aspek
budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan
sebagainya.
b. Teknologi
• Selain daripada agama Buddha, hasil interaksi antara
Tamadun India dan China turut menyebabkan beberapa
alat muzik dan struktur muzik India diasilasikan dalam
Tamadun China.

• Muzik dan tarian india telah menjadi tarian yang popular di


istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti
Tang, teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India
diperkembangkan di Tamdun China.

• Kesan posotif kepada India pula didapati di mana beberapa


ciptaan sains dan teknologi orang China telah berkembang
di dalam masyarakat India.

• Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan


letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain.
• Interaksi antara tamadun turut berlaku melalui
usaha-usaha penterjemahan. Semasa pemerintahan
Dinasti Sui sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi India
bernama Gautama telah diambil berkhidmat dalam
kerajaan Dinasti Tang.

• Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem


kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727
Masihi. Jawatan tersebut terus dipegang oleh
keturunan beliau selama empat generasi.
c. Kesusasteraan
• Kitab ajaran agama Buddha merupakan contoh hasil sastera
yang penting.

• Kewujudan pelbagai puisi, cerita dongeng, kisah-kisah


tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah
dipengaruhi penulisan sastera China.

• Kesusasteraan turut menyumbangkan beberapa


perbendaharaan kata sanskrit dan pali ke dalam bahasa China.

• Pengajian fonetik bahasa China telah berkembang hasil


pengaruh Tamadun India, perkembangan ini amat penting
semasa zaman Dinasti Sui.
Interaksi Antara Tamadun India dengan
Tamadun Asia Tenggara
a. Agama
• interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan
agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara.

• Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting


dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara seperti
Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain.

• Mazhab agama Hindu yang utama ialah mazhab Saivism,


Vishnuism dan Brahmanism.

• Agama Hindu turut mempengaruhi sistem politik Asia


Tenggara dengan kewujudan konsep ’Devaraja’. Konsep ini
meletakkna kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa.
• Konsep inilah yang menjadi asas kepada konsep
daulat dalam tradisi Melayu. Konsep ’devaraja’ ini
berkembang dalam masyarakat Khmer terutamanya
semasa zaman kerajaan Angkor.

• Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga


telah menyebabkan pengaruh agama Buddha masuk
ke Asia Tenggara.

• Dua mazhab agama Buddha yang berkembang di Asia


Tenggara ialah Mahayana dan Hinayana.
b. Sosial
• Golongan Brahmin adalah golongan pemimpin agama
yang menguasai bidang pendidikan.

• Dalam kerajaan Angkor, golongan Brahmin memainkan


penting dalam perkembangan pendidikan.

• Di samping itu interaksi ini juga menyebabkan wujudnya


tulisan-tulisan tempatan.

• Bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting di istana.

• Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabrata dan Ramayana


menjadi sumber pengajaran awal di Asia tenggara.
• Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini
kemudiannya telah dilakukan selepas wujudnya
interaksi antara Asia Tenggara dengan Tamadun
Islam.

• Ini kerana kitab-kitab ini diterjemahkan ke dalam


bahasa Melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi
iatu tulisan yang datang dari Tamadun Islam.

• Istialh-istilah Sanskrit turut memperkayakan


perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.
c. Kesenian
• Interaksi Asia Tenggara dengan Tamadun India juga
membawa banyak pengaruh dari segi kesenian
terutamanya alat muzik dari segi seni tarian.

• Dalam aspek seni bina kita dapati unsur-unsur seni


bina India telah bercampur dengan unsur-unsur seni
bina tempatan sehingga menghasilkan seni bina yang
unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.
Sumbangan
Tamadun India
a. Matematik
a.Geometri:
Digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan.

b.Algebra:
Mempunyai algebra sehingga mereka dapat membezakan di antara
nombor abstrak dengan nombor kuantiti
objek dan keluasan ruang. (Cth:untuk mencipta cara kiraan algebra
mereka menggunakan nombor asas dgn simbol 0 hingga 9)

c.Angka sifar :
Tamadun India juga memperkenalkan angka sifar.
Dapat dilihat dalam transkrip awal India yang ditemui di Gujerat tahun
595 m membuktikan bahawa tamadun India telah menggunakan simbol
Yunani, Romawi & Hebrew.
d.Karya Matematik:
mewariskan karya matematik iaitu Bakshali &
Aryabhatiya yang menggunakan nombor dalam cara 10
angka.

e.Perpuluhan matematik:
Telah mencipta sistem perpuluhan matematik.
Ciptaan mereka telah diambil oleh orang arab.
Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab
sebagai Hindisat
b. Astronomi dan Kalendar
a.digunakan untuk menentukan masa upacara
pengorbanan.

b.kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim,


tahun, bulan dan hari.

c.bidang Astrologi sangat berkembang di zaman Gupta.


(9 planet dan 27 bintang dipercayai dapat
mempengaruhi kehidupan manusia)
c. Kimia
a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan untuk
memanjangkan usia, membuat racun dan sebagainya.

b.penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid dan


garam logam dihasilkan melalui proses kimia
perubatan.

c.ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yang mudah


seperti pembakaran dan penyulingan.
d. Logam
Tamadun India sangat mementingkan bahan besi dalam
seni bina seperti :

a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi


dalam pertukangan besi. Contohnya boleh dilihat
dengan jelas pada tiang besi di Delhi dalam abad ke 5m.
(Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter. Kelebihannya
ialah tahan karat.)

b.barangan keluaran tamadun India mendapat


pengiktirafan daripada tamadun lain seperti tamadun
Romawi dan Asia Barat.
Pandangan Semesta
Tamadun Jepun
• Wujudnya dua konsep ketuhanan.

• Konsep pertama, mengenai entiti kuasa luar biasa yang


memberikan pemeliharaan, menjaga dan mengasihi.

• Antaranya termasuklah konsep syurga dan dunia


Konfusianisme, Amida dewa-dewa Shintoisme, dewa-
dewa tempatan dan nenek moyang.

• la dibayangi pula di dalam kekuasaan politik serta


keibubapaan.

• Upacara keagamaan yang diamalkan terhadap entiti ini


adalah dengan bercirikan penghormatan iaitu
mengharapkan restu dan membalas segala pemberian.
• Konsep kedua, adalah lebih sukar untuk dijelaskan.

• la mungkin dianggap asas kepada kejadian atau


realiti bagi asas dalaman.

• la dapat dilihat sebagai Tao oleh orang Cina; Neo-


Konfusianisme Li, yang kebiasaannya diterjemahkan
sebagai 'taakulan' dan Hsin atau hati dan pemikiran.

• Li pula terdapat dalam konsep Buddha-alam semula j


adi dan Kami, Shintoisme iaitu di dalam interpretasi
falsafahnya.
• Kedua-dua konsep ketuhanan ini tidaklah seharusnya
dianggap saling bersaing dan sekiranya terdapat
sedikit konflik keagamaan ia akan diselesaikan
dengan teori tahap kebenaran iaitu konsep
ketuhanan.

• Mazhab-mazhab dan tanah asal iaitu negara China


yang menekankan kepercayaan kepada Amida iaitu
Dewa dalam pandangan semesta ini masih boleh
menerima interpretasi metafizik.

• Kebanyakan mazhab dan pergerakan kebangsaan


menekankan kombinasi kedua- dua konsep ini.
Interaksi antara Tamadun Jepun
dengan China
a. Agama
• Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara
penting ke dalam Tamadun Jepun.

• Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan.

• Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun


Jepun.

• Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal


orang-orang Jepun iaitu agama Shinto.

• Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti


ajaran Buddha.

• Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah


mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.
b. Tulisan
• Tulisan China telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan
Katakana.
• Pengaruh tulisan China telah memainkan
peranan kepada perkembangan intelektual
dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun.
• Di samping dua kesan positif yang penting ini,
Tamadun China turut meninggalkan
pengaruhnya ke atas upacara-upacara
tertentu di Jepun, contohnya upacara minum
teh, seni taman, serta struktur pembinaan
bandar.
c. Ajaran Konfusianisme
• Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut
diasimilasikan dalam Tamadun Jepun.

• Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada


institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga
Jepun.

• Manakala konsep mandat dari syurga telah


memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang
dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu.

• Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah


berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam
Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun
Jepun.
Sumbangan
Tamadun Jepun
a. Pekerjaan
• Tamadun Jepun menekankan sistem pertanian moden
dengan menggunakan peralatan moden, sistem batas,
pemilihan tanah dan baja serta biji benih.

• Selain daripada itu, orang Jepun juga menyimpan stok atau


hasil pertanian di dalam gudang seperti hasil padi.

• Zaman tamadun Jepun juga telah memperkenalkan teknik


pengairan yang cekap, sistem penanaman dan penuaian
yang telah diperbaiki.

• Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam


turut diperkenalkan.
• Kegiatan perdagangan mulai berkembang.

• Kemahiran pembinaan kapal dan penghasilan alatan


perang dipertingkatkan.

• Seni tembikar dan pembuatan barangan logam


seperti alat pertanian dan senjata kerja sampingan
juga diperkenalkan.

• Maka, berdasarkan kemahiran-kemahiran yang


terdapat pada orang Jepun banyak memberi
kelebihan terhadap ketamadunan manusia. Sehingga
kini juga, barang-barang keluaran industri dari Jepun
telah diiktiraf dunia.
b. Pendidikan
• Pada zaman meiji, agenda utama pendidikan mereka
ialah dengan menandingi kemajuan barat.
• Ramai penuntut dihantar keluar negara untuk
menimba ilmu dalam pelbagai bidang sains,
pentadbiran dan teknologi.
• Pada tahun 1886, sistem pelajaran sekolah rendah
selama lapan tahun dimulakan dan sekolah menengah
menawarkan kursus selama empat tahun.
• Pendidikan moden wujud di Jepun selepas
pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta
pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun-tahun
seterusnya.
• Jepun tetap mengutamakn bidang pendidikan
walaupun negaranya sudah maju.
c. Politik
• Jepun telah mengamalkan konsep demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran raja perlembagaan.
• Jepun menggunakan slogan"kerajaan rakyat, oleh
rakyat dan untuk rakyat.”
• Selain daripada itu juga, Jepun mengamalkan sistem
negara raja berperlembagaan yang amat mengehadkan
kuasa Maharaja Jepun.
• Jepun juga memiliki sebuah keluarga diraja yang
diketuai oleh seorang Maharaja yang juga merupakan
ketua negara Jepun.
• Di Malaysia, sistem demokrasi berparlimen di bawah
pentadbiran raja perlembagaan diamalkan di
manasesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan
rakyat.
d. Sosial
• Jepun mengamalkan prinsip bekerja seperti dedikasi,
menepati masa, prinsip perniagaan yang teguh,
profesionalisme dan kreatif.
• Prinsip yang diamalkan di Jepun ini telah berjaya melahirkan
pekerja maju.
• Berdasarkan prinsip yang dipegang oleh rakyat Jepun,
negara Malaysia telah melaksanakan pelbagai program
berdasarkan kepada dasar pandang ke timur (DPT)untuk
meningkatkan kecekapan kekesanan dan penghasilan kerja
yang lebih baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
• Ramai pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun
untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek
pengurusan dinegara tersebut.
• Di antara program yang telah dijalankan adalah Perubahan
Struktur, Perubahan Sikap, Latihan dan Kursus
Terima Kasih

You might also like