You are on page 1of 7

Kesan-kesan Peristiwa 13 Mei 1969

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Kehilangan Keuntungan
Nyawa dan Kepada Musuh-
Harta Benda Musuh Negara

Perpaduan
Nasional
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

• Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang


faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum
Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda
yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban,
kejadian seperti ini meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit
dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
• Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-
musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang
untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia
sebagai taklukan dan jajahan negaranya .
• Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah
keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang
berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas
hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .
• Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara
ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis
pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan
tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan
Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam
terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
Perpaduan Nasional
• Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan
kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat
sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang
kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik
sangka antara satu sama lain .
• Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati ,
bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti
berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum .
• Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama
di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada
kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan
istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini .
• Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati
kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di
kalangan masyarakat .
• Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah
mempunyai sifat perpaduan nasional , sedia berkorban untuk negara
kita dan peristiwa ini telah memberi keuntungan kepada musuh-musuh
negara dan kehilangan nyawa dan harta benda kepada rakyat Malaysia.

You might also like