You are on page 1of 9

ANAK TIKUS MELANCONG

Ibu tikus menyuruh anaknya melancong


bagi memperluas pengetahuan dan
pengalamannya.

Anak tikus menceritakan pengalaman


kepada ibunya sekembalinya daripada
melancong.
Kata anak tikus itu, “Saya ternampak seekor haiwan
yang besar dan cergas. Di atas kepalanya ada jambul
yang besar dan suaranya yang nyaring! "

"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa
lagi yang kau temui? " tanyanya lagi.

Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor


haiwan yang lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai
empat kaki, berekor panjang, dan bulunya lembut serta
cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' , ibu. "
"Adakah kamu menghampirinya?” tanya ibu
tikus kebimbangan. Jawab anak tikus itu,
"Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi
apabila saya terdengar suara ayam jantan, saya
melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "
"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah
lembut sifatnya itu ialah kucing. Ia suka
menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris
kamu ditipuinya."

Kata anak tikus sambil mengangguk-


anggukkan kepalanya, "Oh, barulah saya faham
sekarang, ibu! Lain kali apabila saya mendengar
bunyi 'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"
SOALAN 1:
Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya
melancong ?
A Mencari makanan
B Menemui kawan-kawannya
C Menemui kucing
D Memperluas pengetahuan dan
pengalaman
SOALAN 2:

Anak tikus menceritakan haiwan pertama


yang ditemuinya ialah__________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
SOALAN 3:

Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua


yang ditemuinya ialah__________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
SOALAN 4:

Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap


dan makan apa?
A ulat
B tikus
C ayam jantan
D itik

You might also like