You are on page 1of 8

Staple hatiku~

OBJEKTIF LDK
• Mengenali dan mengingat nama adik-adik dalam kumpulan
• Mewujudkan rasa keterikatan dan kebersamaan dalam kalangan adik-
adik
RADAS
• Stapler
• Kertas A5
• pen
MASA
• 45 minit
PELAKSANAAN
1. Fasi memulakan majlis dengan ummul kitab Al-Fatihah.
2. Fasi memberikan kertas bersaiz A5 seorang satu kepada adik-adik.
3. Dalam masa 5 minit, adik-adik hendaklah menulis biodata diri adik-adik
seperti nama,umur,tempat tinggal,hobi dan makanan kegemaran.
4. Setelah selesai menulis, adik-adik diminta untuk memperkenalkan diri
masing-masing berdasarkan apa yang ditulis sebentar tadi.
5. Kemudian, adik-adik hendaklah menyambungkan kertas adik-adik
diantara satu sama lain.
6. Sambungan kertas tersebut mestilah dicantum dibucu kertas dengan
menggunakan stapler.
7. Setiap sambungan tersebut mestilah dicantumkan samada memanjang
atau lain-lain mengikut kreativiti.
PERBINCANGAN
• Apa perasaan adik-adik apabila kertas adik bercantum dengan kertas
Rakan disebelah?
• Mengapa rasanya kita mencantumkan kertas-kertas tadi?
• Apa simbolik stapler ini dalam mengikat kertas-kertas kita tadi?
KESIMPULAN
1. Kehidupan tidak akan lengkap tanpa ada sahabat. Tugas sahabat ialah
untuk membantu jika ada masalah dan menegur jika ada terbuat silap.
2. Cara untuk mendapatkan sahabat ialah dengan kita berkenal-kenalan
atau “Taaruf”. Apabila bertaaruf, kita akan dapat mengenali seseorang
dengan lebih baik. Di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 Allah berfirman:
“….”
3. Taaruf akan mewujudkan suatu ikatan perhubungan (ukhwah) di antara
manusia. Ikatan ini akan menjadikan seseorang lebih rapat dengan
sahabatnya, dan akan bertambah kukuh setiap kali kita bertaaruf.
4. Perkenalan dengan seseorang berkait rapat dengan konsep 4Ta’ iaitu
Taaruf, Tafahum, Ta’awun dan Takaful.
ANDAIAN
• Mereka tidak menyangka bahawa perkenalan mereka yang hanya
mengenali nama, rupanya banyak lagi yang mereka tidak tahu
mengenai kawan-kawan mereka.
• Mereka akan lebih mengenali kawan-kawan mereka.
• Akan lebih memahami nilai persahabatan.

You might also like