You are on page 1of 57

Perbuatan Allah dan Perbuatan H

DISEDIAKAN OLEH:
AZIELAH MOHD ASRI
NURUL HIDAYAH ABD. HALIM
NUR ZAWANI AHMAD
ZURAIN ZAINI
6 PISMP PENGAJIAN AGAMA B
AFALULLA
H

Perbuatan Allah.
Setiap kejadian yang berlaku di alam ini
dengan kehendak dan iradat Allah.
Contoh: Siang dan malam, bencana alam.
Kekeliruan Memahami Af alullah
Kekeliruan Memahami Afalullah

Pergerakan makhluk atau manusia.

Pendapat ahli sunnah wal jamaah:


Allah memberi kuasa memilih kepada manusia
berdasarkan akal dan wahyu dalam melakukan perkara
atau perbuatan.

4
TIGA MASALAH POKOK
1 2 3
Allah SWT adalah Apakah maksud
yang mencipta kita firman Allah SWT Apabila Allah SWT
dan mencipta dalam surah Al- telah menentukan
semua perbuatan Nahl, ayat 93? diriku menjadi orang
kita. Mengapa Dia Dia menyesatkan yang celaka (ahli
menghisab sesiapa sahaja yang neraka), bagaimana
perbuatan jahat dikehendaki dan dengan amalku dan
yang kita lakukan, menunjuki sesiapa mengapa Dia
sedangkan Dia-lah sahaja yang menyeksaku?
yang menciptanya? dikehendaki.
1 MASALAH POKOK PERTAMA:
MENGAPA ALLAH MENGADILI PERBUATAN JAHAT MANUSIA?

Allah SWT adalah yang menciptakan kita dan


menciptakan semua perbuatan kita.
Mengapa Dia mengadili perbuatan jahat yang
kita lakukan, sedangkan Dia-lah yang
menciptanya?
Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya berjudul
Masalah Taqdir membahasnya dengan
memahami dua sifat Allah seperti berikut:

1. Bahawa Dia adalah Pencipta (al-Khaliq). Dialah


yang melakukan segala sesuatu.

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya


dan merekalah yang akan ditanyai.
(Surah Al-Anbiya : 23)
2. Bahawa Dia bersifat Adil dan tidak
menganiaya seseorang.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya walau


seberat zarah. (Surah Al-Nisa : 40)
Oleh sebab itu, seseorang tidak boleh
mengambil satu sifat sahaja dengan
mengabaikan sifat yang lain serta tidak
boleh mempercayai satu sifat sahaja dengan
membatalkan sifat yang lainnya.
Aliran Al-Jabariyah:
Meniadakan iradat dan ikhtiar manusia, malah
mereka mengatakan bahawa manusia itu
seperti bulu yang terapung di udara (tidak
mempunyai kebebasan sama sekali).

Aliran Al-Qadariyah:
Manusialah yang menentukan perbuatannya
sendiri tanpa ada campur tangan Allah di
dalamnya.
Allah SWT adalah pencipta segala sesuatu, tetapi Dia juga
bersifat Adil.

Adil dalam erti kata yang lain:

1. Allah tidak membebani (taklif) terhadap manusia kecuali


dengan sesuatu yang sesuai dengan keadaan (ciptaan)
manusia mampu untuk melakukannya dan juga tidak
mampu untuk melakukannya.

2. Allah membekalkan manusia dengan potensi,


menunjukkan jalan, menjadikan kemampuan pada diri
manusia dan memberikan kebebasan dan ikhtiar
kepadanya untuk melakukan sesuatu atau tidak
melakukannya.
Dasar dari permasalahan ini adalah daripada
firman Allah SWT:
...













Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai


dengan kemampuannya.
(Surah Al-Baqarah : 286)
2 MASALAH POKOK KEDUA:
ALLAH MENYESATKAN DAN MENUNJUKI SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI
Berdasarkan penjelasan tersebut, maka makna
ayat (Surah Al-Nahl : 93) adalah:

Dia menolong untuk mendapatkan kesesatan sesiapa


sahaja yang dikehendaki dan menolong untuk
mendapatkan petunjuk (kebenaran) sesiapa sahaja yang
dikehendaki.
Berdasarkan penjelasan tersebut, maka
makna al-hidayah dalam surah Al-Nahl, ayat
93 mengandungi dua pengertian:

1. Menunjukkan (Al-dalalah)
2. Pertolongan (Al-ianah)
Al-hidayah yang bererti menunjukkan (al-dalalah)
ditujukan kepada semua orang sama ada mukmin
ataupun kafir kerana Allah menunjukkan kepada
semua manusia terhadap manhaj-Nya dengan
mengutus para Rasul dan menurunkan wahyu,
tetapi manusia dengan ikhtiar dan sombongnya
lebih menyukai kesesatan daripada kebenaran.
Al-hidayah yang bererti pertolongan dan dorongan
untuk melakukan kebaikan pula, maka ia khusus bagi
orang yang mahu beriman kepada Allah dan menyerah
kepada petunjuk-Nya serta membenarkan. Seakan Allah
berfirman kepada mereka: Ketika kamu percaya
kepada-Ku, membenarkan manhaj-Ku dan datang
menyerah sepenuhnya kepada-Ku, maka sungguh Aku
menolong kamu dalam persoalan ini dan Kutetapkan
kamu atas kebaikan ini.
Jadi, kehendak Allah di dalam hidayah
(menunjuki) dan dhalal (menyesatkan) adalah
mutlak dan tidak dipersoalkan apa yang Dia
lakukan.

Tetapi Allah juga bersifat adil, maka tidak


mungkin Allah menyesatkan orang yang
berhak mendapat petunjuk dan tidak mungkin
Allah memberikan petunjuk kepada orang
yang berhak mendapat kesesatan.
3 MASALAH POKOK KETIGA:
MENGAPA ALLAH MENYEKSA ORANG YANG TELAH DITENTUKAN MASUK NERAKA?

Pertanyaan ini dapat dijawab dari dua segi:

1. Dari mana seseorang tahu bahawa Allah SWT telah


menentukan dirinya menjadi orang yang celaka
(penghuni neraka) dan akan mati dalam kekufuran?
Adakah dia telah membaca Luh Mahfuzh atau hanya
seseorang yang mengatakan kepadanya demikian?

2. Kita tidak dapat mengatakan bahawa seseorang


telah ditentukan untuk menjadi penghuni neraka
kecuali setelah mati dan dia dalam keadaan kufur.
Jika Allah telah menentukannya demikian, mengapa
Dia menyeksanya?
Jawapan 1

Allah menjawab sekelompok orang musyrik ketika mereka


berkata:

...






Jika Allah menghendaki, nescaya kami dan bapa-bapa kami


tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kami
mengharamkan barang sesuatu apa pun.
(Surah Al-Anam : 148)
Lalu Allah menjawab tipu muslihat mereka ini dengan
firman-Nya:

Katakanlah: Adakah kamu mempunyai sesuatu


pengetahuan sehingga kamu dapat mengemukakannya
kepada Kami? Kamu tidak mengikuti kecuali prasangka
belaka dan kamu tidak lain hanya berdusta.
(Surah Al-Anam : 148)
Jawapan Allah terhadap orang musyrik
tersebut adalah:

- Dari mana kamu tahu bahawa Allah telah


menghendaki kemusyrikan buat kamu dan telah
menentukan buat kamu?
- Adakah Allah telah membacakan kepadamu hal-
hal ghaib?
- Adakah kamu berdusta kepada Allah dengan
sesuatu yang tidak kamu ketahui?
Jawapan 2

Allah SWT bersifat dengan Al-Ilm (Maha Mengetahui). Ilmu-


Nya adalah menyeluruh, mengetahui yang telah lalu, sedang
dan akan terjadi, malah ilmu-Nya meliputi segala juziyat dan
kulliyat. Tidak seberat zarah pun di bumi dan di langit yang
luput dari ilmu-Nya.

Allah mengetahui Dia akan mencipta manusia ini dan


mengetahui ketika Dia menciptanya: mencipta dalam
keadaan diberikan pilihan (ikhtiar) dalam sebahagian
perbuatannya, dan tidak diberikan pilihan dalam sebahagian
perbuatannya yang lain.
Semua perbuatan yang tidak ada ikhtiar di dalamnya tidak
akan dihisab dan tidak ada seksa di dalamnya seperti
membunuh seseorang kerana keliru tanpa sengaja. Amalan ini
tidak ada seksa di dalamnya kerana dianggap tidak memiliki
iradat dan ikhtiar di dalamnya.

Perbuatan manusia yang ada ikhtiar di dalamnya pula, maka


akan dihisab dan diseksa seperti meninggalkan solat atas
pilihannya. Amalan ini dihisab dan diseksa kerana manusia
memiliki iradat dan ikhtiar di dalamnya.
Pertanyaan:
Adakah Allah itu bersifat memaksa hamba
tersebut kepada kekufuran?

Jawapan:
Ilmu Allah tidak memiliki sifat ijbar
(memaksa). Dia hanya memiliki sifat inkisyaf
(menyingkap), iaitu mampu menyingkap
segala sesuatu sesuai dengan hakikatnya.
Pengajaran &
kesimpulan
Allah telah membekalkan kemampuan pada diri
manusia untuk melakukan sesuatu atau untuk
meninggalkannya.
Allah telah memberikan akal untuk membezakan
antara yang baik dan yang buruk.
Allah menggariskan manhaj yang sempurna agar
kita mengetahui perintah yang wajib
dilaksanakan dan larangan yang wajib
ditinggalkan.
Allah SWT memiliki kehendak mutlak di dalam
sesuatu perkara, tetapi kehendak Allah disertai
dengan keadilan-Nya.
Allah menyeksa hamba-Nya atas amalan jahat
yang termasuk dalam lingkup kemampuan
dan ikhtiarnya. Amalan yang di luar lingkup
kemampuan dan ikhtiarnya, maka tidak akan
dihisab dan diseksa.
Allah mengetahui secara azali tentang hamba-
Nya bahawa seseorang itu akan memilih jalan
kekufuran dan akan mati dalam kekufuran,
tetapi ilmu Allah itu hanya memiliki sifat
inkisyaf, dan bukan sifat ijbar.

Perbuatan Hamba/M
SENARAI KANDUNGAN

a)PENDAHULUAN
b)PAHALA DAN DOSA
c)SYURGA DAN NERAKA
d)QADA QADAR
PENDAHULUAN
Zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, zaman
ulama salaf terdahulu-
Persoalan perbuatan makhluk atau manusia tidak pernah
dibangkitkan (kerana iman yang teguh terhadap qudrat dan
iradat Allah S.WT)

Namun, apabila masyarakat Islam telah bertembung dengan


pengaruh kebudayaan dan falsafah maka perbahasan
ulama tauhid telah bertukar corak menjadi ilmu kalam iaitu
bertukar corak dari aliran pemikiran yang mudah kepada
aliran pemikiran falsafah.
PANDANGAN ALIRAN ILMU KALAM
TERHADAP AFALUL IBAD

Jabariah
Qadariah
Mutazilah
Ahlu Sunnah wal Jamaah
AFALUL IBAD
Perbuatan manusia
Tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar sendiri.
Cth: makan, minum,rajin
Allah telah mencipta manusia mempunyai kehendak dan
kekuatan untuk memilih samaada untuk melakukan sesuatu
perkara ataupun tidak.
BAHAGIAN AFALUL IBAD
Ijbari Ikhtiari
Perkara yang berlaku Sesuatu yang berlaku
bukan atas pilihan atas kemahuan
sendiri. sendiri.
Cth: kecacatan Cth: makan dan
anggota badan. minum

Tidak melibatkan dosa pahala Melibatkan dosa pahala


ALIRAN JABARIAH

Dua perdebatan dalam masalah perbuatan manusia iaitu


Jabariah Ekstrim dan Jabariah Moderat.

Jabariyah Ekstrim : mengatakan bahawa manusia tidak


mampu berbuat apa-apa, ia tidak mempunyai daya.

Jabariyah Moderat : mengatakan bahawa Tuhan


menciptakan perbuatan manusia, perbuatan baik dan
perbuatan buruk tetapi manusia mempunyai peranan di
dalamnya.
SYURGA DAN NERAKA-
Syurga dan neraka tidak kekal kerana tidak ada yang kekal selain
zat Allah S.W.T.
Yang dimaksudkan dengan kekal yang dinyatakan dalam Al-
Quran bermaksud lama.
Bagi mereka, Allah juga tidak dapat dilihat diakhirat kelak.

QADA QADAR-
Makhluk bergantung kepada qada dan qadar semata-mata atau
sepenuhnya.
Mereka melaksanakan semua itu dengan kehendak Allah S.W.T
Mereka seperti kapas yang terbang di udara.

-SURAH AZZUMAR AYAT 62-


ALIRAN QADARIAH
Aliran ini mengatakan bahawa segala tingkah laku
manusia dilakukan atas kehendak sendiri, baik perbuatan
buruk atau perbuatran baik, dan oleh sebab itu dia berhak
mendapat pahala atas kewajipan dan juga berhak
mendapat hukuman atas kejahatan yang dibuatnya.

Tetapi aliran Qadariah berpendapat bahawa tidak


sepatutnya bagi manusia untuk dilakukan sedemikian bagi
tindakan salah yang dilakukan bukan atas keinginan dan
kemampuannya sendiri.
PAHALA DAN DOSA-
Manusia sendiri memberi kesan kepada perbuatannya.

QADA DAN QADAR


Mereka percaya Allah tidak membuat apa-apa takdir
terhadap manusia.
ALIRAN MUTAZILAH
Aliran ini memandang manusia memiliki daya yang besar
dan bebas, oleh kerana itu Mutazilah menganut paham
Qadariyah, perbuatan manusia bukanlah diciptakan Tuhan
pada diri manusia tetapi manusia sendirilah yang mewujudkan
perbuatannya.

Dengan paham ini aliran Mutazilah mengakui Tuhan


sebagai pencipta awal sedangkan manusia berperanan
sebagai pihak yang beraksi untuk mengubah bentuknya.
PAHALA DAN DOSA-
Golongan ini percaya bahawa orang yang melakukan dosa
besar selain syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir tetapi
fasik.
Mereka mengambil jalan tengah ketika menghukum
kedudukan.

SYURGA DAN NERAKA-


Almanzilah bainal Manzilatain.
Percaya syurga dan neraka serta balasan baik dan buruk.
ALIRAN AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

Golongan yang mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W

Manusia dan hamba tidak dipaksa dan tidak diserahkan


sepenuhnya, serta tidak memberi kesan terhadap usaha
manusia yang dilakukan secara sengaja.

Iktikad ASWJ yang sederhana dan pertengahan manakala


Iktikad Qadariah dan Jabariah adalah melampau.
PAHALA DAN DOSA-
ASWJ beriktikad sederhana dan manusia yang membuat baik
akan mendapat pahala dan yang sebaliknya akan mendapat dosa
tetapi manusia sendiri ada pilihan terhadap pilihan mereka sama
ada baik atau buruk, kecuali dosa itu diampunkan oleh Allah
S.W.T.
SYURGA DAN NERAKA-
Mereka percaya balasan baik akan dimasukkan ke dalam syurga
manakala balasan dosa akan dimasukkan dalam neraka tetapi
mereka berpegang pada pendapat urusan syurga dan neraka
adalah urusan Allah.

QADA DAN QADAR-


Allah menentukan takdir namun Allah memberi manusia akal
untuk berikhtiar
MUTAZILAH: Manusia
menciptakan perbuatan dirinya
sendiri yang ikhtiyariyyah
DIJAWAB: Tidak,tetapi Allah-lah
yang menciptakannya.
Allah-lah pencipta segala sesuatu.
Hamba tiada kuasa menciptakan
apa-apa. Berdasarkan :
Surah Al-Hajj:73
Ringkasnya:
-tidak ada pencipta selain Allah
-Manusia mempunyai kasab atau berbuat dan
beramal.(makan,minum,duduk,dll)
- Manusia berakal(punya perasaan yang dapat
membezakan baik buruk, serta menilai yang haq
dan yang batil, mencari manfaat dan membuang
yang berbahaya,dll).
Surah An-Nisa
ayat 110
-Allah menyandarkan amal hamba, menganiaya

dirinya dan istighfar

-Ampunan dan rahmat disandarkan kepada Allah

apa yang Dia sandarkan untuk diriNya sendiri, dan


marilah kita sandarkan kepada hamba apa yang
telah Allah sandarkan kepadanya.

-Tidak ada dosa bagi kita dalam ;hal ini, dengan

cara begini.
Makna qadar @ takdir_ sayyid sabiq :
akidah islam



Maksudnya :
segala sesuatu di sisi Allah adalah dengan
ketentuan takdir
(Ar-Rad : 8)
++segala sesuatu terlaksana
dengan takdir Tuhan++






Maksudnya :
dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi
Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak
menurunkannya melainkan dengan menurut
kadar dan masa yang tertentu.
(Al-Hijr :21)

++ segala sesuatu dalam


perbendaharaan takdir
Tuhan++
)(

Maksudnya :
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap
sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
(Az-Qamar : 49)

++segala sesuatu diciptakannya


dengan takdir++
Kaitan QADA&QADAR dengan
AFALUL IBAD??
Orang yang mengaku beriman wajib
mempercayai dan mematuhi ketentuan yang
ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Mempercayai dan berkeyakinan bahawa
Allah berkuasa menentukan dan mengatur
sesuatu di alam ini dengan kebijaksanaan
dan kehendak-Nya.
QADA QADAR
Perlaksanaan Ketetapan yang
ketentuan Allah telah ditentukan
sejak azali oleh Allah kepada
Cth:siang dan makhluk sejak
malam, hidup dan azali
mati Cth:Ajal,rezeki,
buruk baik manusia

*TAKDIR ialah Allah S.W.T menentukan nasib seseorang manusia


namun Allah jualah yang memberikan akal dan kemampuan
memilih kepada manusia. Manusia dipertanggungjawabkan atas
pilihan tersebut.*
TAWAKAL

Berserah kepada Allah mengenai


sesuatu urusan atau perkara setelah
melakukan usaha dan ikhtiar dengan
bersungguh-sungguh.
Disertai dengan
AZAM,USAHA,DOA & YAKIN
Kesan Penghayatan Qada Dan Qadar
Terhadap Peradaban Manusia
Hindarkan perasaan putus asa dan
bersungguh-sungguh membina kehidupan
Hilangkan sifat angkuh,sombong dan lain-lain
Lahirkan masyarakat yang bersyukur dgn
nikmat dan kurniaan Allah dan memelihara diri
agar sentiasa berada dalam kebaikan
Mewujudkan insan yang berani
menghadapi cabaran untuk capai
kejayaan
Jadikan masyarakat punyai sifat sabar
dan redha dgn Qada Qadar
KESIMPULAN

Manusia mempunyai kebebasan berkehendak, namun


kebebasan tersebut tidak akan mampu dicapai tanpa Iradah dan
Kudrah Allah.
Allah telah menciptakan manusia dengan memiliki kebebasan
untuk memilih apa yang mereka inginkan.
Allah SWT tidak menciptakan kecuali hanya kebaikan.
Sedangkan keburukan yang diturunkan Allah menurut manusia
adalah merupakan sesuatu kebaikan dengan bentuk hikmah
disebalik keburukan menurut manusia.
Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan dan
mengatur sesuatu yang terdapat di alam ini dengan
kebijaksanaan dan kehendakNya
Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudah
ditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlak
mengikut peraturan dan ketetapanNya (Qadha &
Qadar)
Setiap perkara yang berlaku di alam ini adalah
bertepatan dengan ilmu dan iradat Allah mengikut
peraturan-peraturanNya
Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudah
ditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlak
mengikut peraturan dan ketetapanNya (Qadha &
Qadar)

You might also like