You are on page 1of 10

Pedang bukan sebarang pedang,

Pedang tajam tersisip sisi,


Datang bukan sebarang datang,
Datang membawa pidato bervisi.
Sejambak kasih seharum kasturi buat
saudara saudari peneraju majlis kombinasi
kehakiman yang berlandaskan neraca
keadilan, guru-guru penggerak generasi
wawasan, seterusnya warga dewan yang
dikasihi sekalian. Assalammualaikum
warahmatulah hi wabarakatuh.
Pada hari yang berbahagia ini, saya
ingin menyampaikan sebuah pidato
yang bertajuk Kokurikulum
Membentuk Watak Cemerlang.
Menurut kamus dewan edisi keempat
kokurikulum didefinisikan sebagai
kegiatan atau aktiviti selain
matapelajaran yang diajar dalam bilik
darjah tetepi dianggap sebagai
sebahagian kursus pendidikan pelajar
di sekolah-sekolah.
Membentuk pula diertikan sebagai
menjadikan atau membuat sesuatu
manakala watak pula ialah sifat zahir
dan batin merangkumi budi pekerti,
tabiat, tingkah laku, jiwa serta
pemikiran. Cemerlang pula bermaksud
bersinar, gilang-gemilang atau
berkilauan.
Secara keseluruhannya, kegiatan
kokurikulum mampu membentuk
watak cemerlang, insan berkualiti yang
akan mendukung aspirasi Negara
dalam semua bidang seterusnya
mampu melahirkan modal insan yang
gemilang merangkumi aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial yang
bakal menerangi arus globalisasi yang
kian mencabar hari dari hari.
Para hadirin yang budiman
Bicara kata saya yang pertama
Kegiatan kokurikulum banyak
manfaatnya kepada pelajar kerana ia
melahirkan warga yang berkualiti,
membimbing pelajar-pelajar supaya
menjadi pemimpin-pemimpin pada
masa hadapan. Dengan menyertai
kegiatan kokurikulum pelajar-pelajar di
Negara ini terdidik dengan semangat
daya saing yang sihat dan para pelajar
juga akan berwawasan tinggi.
Ciri-ciri pemimpin sebeginilah yang diperlukan
Negara di masa akan datang bagi memacu Negara
Malaysia yang maju serta mampu berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan Negara
Negara maju di dunia ini.

Sidang hadirin yang dirahmati


Bicara kata saya yang kedua, kokurikulum
penjana daya kreativiti. Bak kata pepatah melayu
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya begitu juga dengan pelajar-pelajardi
Malaysia ini jika tidak dicungkil bakat mereka
mana mungkin mereka tahu bakat dan kreativiti
mereka ke arah mana.
Ramai pelajar dicungkil oleh guru-guru disekolah untuk
dibimbing dan dibentuk agar kreativiti mereka
mendapat bimbingan yang sempurna. Ini kerana
pelajar-pelajar ini adalah aset Negara yang amat
penting bagi membantu Malaysia agar tidak
ketinggalan dalam apa jua bidang di dunia ini.
Siding hadirin yang dihormati
Bicara saya yang ketiga, kegiatan kokurikulum
mampu membendung gejala sosial kerana melalui
kegiatan kokurikulum para pelajar dapat
memanfaatkan masa senggang mereka dengan
melalui kegiatan berfaedah seperti aktiviti sukan dan
permainan, berkhemah, berkayak dan lain-lain lagi. Ini
secara tidak langsung membendung mereka daripada
terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.
Siding hadirin sekalian
Bicara kata saya yang terakhir, kokurikulum
memupuk nilai murni dan jati diri pelajar. Melalui
kegiatan kokurikulum juga kita dapat menanam
nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling
bekerjasama, melahirkan semangat 1 Malaysia
bagi rakyat yang berbilang kaum seperti yang
dihasratkan oleh perdana menteri kita Datuk Seri
Najib Tun Razak. Malah kegiatan kokurikulum juga
memupuk keberanian serta belajar berdikari
melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Malah, di
Malaysia ini, memalui kokurikulum terdidik
dengan nilai-nilai positif dalam diri mereka.
Tampaknya, masa begitu pastas
berlalu, sebelum saya akhiri bicara ini,
saya ingin tegaskan kegiatan
kokurikulum memberi sumbangan
yang begitu bermakna dalam
membentuk serta mencanai watak
insan cemerlang. Justeru itu, kita
janganlah memandang enteng tentang
kegiatan kokurikulum dijalankan di
sekolah-sekolah di Malaysia ini.
Saya tinggalkan sebaris kata diinspirasikan
dari kata-kata Dato dr Nordin Kardin Mantan
Naib canselor Universiti Utara Malaysia..
insan yang berdaya saingan mampu
memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan
seiringan perkembangan zaman.
Renungkanlah.. fikirkanlah.. cernakanlah..
Sekian terima kasih..
Wabillahitaufik wal hidayah ..
Wassalammualaikum warahmatullah
wabarakatuh..

You might also like