You are on page 1of 57

KULIAH 2

ELEMEN-ELEMEN
KOMUNIKASI
ULANG KAJI
Memberitahu

FUNGSI
Menghibur KOMUNIKA Mendidik
SI

Membujuk
Intrapersonal

Awam Interpersonal
BIDANG
KOMUNIK
ASI

Massa Kumpulan
Komunikasi Secara umum ______ diertikan
Pengertian MASSA
INTERPERSONAL sebagai:
Orang yang tidak saling
Komunikasi ini ialah proses yang mengenal

terjadi di dalam individu mulai Berjumlah banyak

daripada kegiatan menerima Anggotanya heterogen


pesan atau informasi, mengolah, Berkumpul di suatu tempat dan
tidak individualistik
menyimpan dan menghasilkan
kembali. Memiliki kesadaran diri yang
rendah
Tidak dapat bergerak dengan
tersusun
tidak bertindak untuk dirinya
sendiri melainkan terdapat
dalang di belakangnya yang
berfungsi
Pengertian Komunikasi
INTERPERSONAL

adalah interaksi yang dilakukan dari


orang ke orang, bersifat 2 arah, baik
secara verbal dan non verbal,
dengan saling berbagi / bertukar
informasi dan perasaan antara
individu dengan individu atau antara
individu di dalam kelompok kecil.
KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL
Takrif 1:proses interaksi bersemuka dalam kalangan
individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri
sebagai ahli kumpulan yang saling bergantung dan
mempengaruhi antara satu sama lain (Beebe &
Masterson, 1994)
Takrif 2: proses anggota kumpulan bertukar dan berkongsi
maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi
antara satu sama lain sama ada secara bersemuka atau
tidak (on-line) (Tubbs,1998)
Faktor-faktor yang
MENEGUHKAN KUMPULAN
1. Perjuangan dan pegangan 6. Perancangan, perlaksanaan dan
penilaian
2. Komunikasi
7. Saling kenal mengenali, saling
3. Struktur
memahami, saling memberi dan
4. Kepemimpinan menerima, saling mempercayai
5. Hubungan 8. Semangat setiakawan
9. Penglibatan ahli secara iltizam
10. Ahli bertindak rasional dan
berlaku adil
PENGIRIM PENGEKODAN MESEJ PENYAHKODAN PENERIMA

GANGGUAN

MAKLUM BALAS TINDAK BALAS

PROSES KOMUNIKASI
How to introduce
Yourself?
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
Sumber / Pengirim / Penyampai
Penerima
Mesej
Saluran / Media
Maklum Balas
Gangguan
SUMBER / PENGIRIM /
PENYAMPAI
Sumber juga dikenali sebagai pengirim.
Sumber boleh terdiri daripada orang perseorangan, sesuatu kumpulan
dan boleh juga terdiri daripada sesebuah organisasi.
Fungsi sumber itu sendiri adalah menghasilkan utusan.
Mesej pula mungkin terhasil daripada perasaan yang hendak diluahkan,
pendapat dan idea-idea yang hendak disampaikan kepada pihak lain.
Mesej yang dihasilkan ada pelbagai tujuan sama ada untuk
perbincangan, kefahaman, memberikan maklumat dan arahan.
Cuba anda fikirkan bagaimanakah sumber dapat mewujudkan
komunikasi yang berkesan?
PENYAMPAI DALAM
ELEMEN KOMUNIKASI
APA ITU PENYAMPAI?
Menurut Ee Ah Meng (1995) dalam bukunya yang berjudul Sekolah Dan
Perkembangan Kanak-Kanak, mendefinisikan komunikasi sebagai satu
proses di mana seseorang menyampaikan sesuatu maksud
kepada orang lain.
Noresah Baharum et al. (2000) mentakrifkan menyampaikan sebagai
membawa dan menyerahkan, mengirimkan, memberikan atau
mengunjukkan kepada. Manakala maklumat bermaksud makluman,
pemberitahuan dan pengumuman.
SUMBER / PENGIRIM /
PENYAMPAI

Sekiranya anda sebagai sumber, apakah


kriteria yang perlu ada pada diri anda
yang dapat menentukan kejayaan
sesuatu komunikasi?
SUMBER / PENGIRIM /
PENYAMPAI
Untuk memastikan komunikasi berlaku secara berkesan,
penyampai haruslah mematuhi beberapa perkara:
i. Kemahiran berkomunikasi
ii. Pengetahuan tentang bidang atau mesej yang disampaikan
iii. Sikap penyampai
iv. Status sosial masyarakat
v. Mengurangkan gangguan yang mungkin diterima penerima,
dan sebagainya
i. Kemahiran berkomunikasi

Sebagai punca utusan, kemahiran berkomunikasi amat penting.


Bagaimana kalau kita berkomunikasi dengan orang yang bisu atau
buta?
Sebagai komunikator kita perlu mencari pendekatan yang berbeza
berbanding orang yang normal.
Ini bertujuan memberikan kesan kepada komunikasi yang berlaku.
Jadi, latihan berkomunikasi dan kemahiran menyesuaikan diri
dalam pelbagai konteks komunikasi amat penting dalam
memastikan keberkesanan proses komunikasi.
ii. Berpengetahuan
Pengetahuan merupakan elemen yang mampu menjadikan proses
komunikasi agar lebih lancar dan berkesan.
Mengapa ia memainkan peranan yang penting?
Cuba kita berkomunikasi tentang topik proses komunikasi dengan tukang
kebun sekolah, sudah tentu dia tidak dapat memberikan maklum balas
dengan baik.
Jika ada pun maklum balas daripadanya mungkin berbentuk umum sahaja.
Selain itu, perbincangan yang berlaku tidak diberikan perhatian yang serius
dan tidak ada sebarang keputusan.
Justeru, pengetahuan sumber dan penerima dapat menentukan
kelangsungan komunikasi dan pemikiran seseorang.
iii. Sikap
Sikap dalam konteks sumber bermaksud sikap terhadap diri sendiri,
kedua sikap terhadap mesej yang hendak diperkatakan serta apa
yang orang lain boleh dapat daripada mesej tersebut.
Ini bermakna sikap sumber hendaklah selari dengan sasarannya /
penerima.
Jika berlaku sesuatu yang bertentangan, maka komunikasi yang
berlaku tidak mendatangkan faedah atau tidak berkesan.
Jadi, kita sebagai sumber hendaklah bijak supaya apa yang hendak
dikomunikasikan selaras dengan sasaran agar komunikasi kita itu
memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak.
iv. Status sosial
Terdapat peraturan yang perlu diikuti apabila kita berkomunikasi dengan orang
lain. Pernahkan anda memikirkan peraturan-peraturan tersebut?
Mungkin kita terfikir bahawa yang penting kita sudah memberitahu pihak kedua,
tetapi bagaimana sistem budaya sesuatu masyarakat itu?
Sistem budaya juga amat penting kerana melibatkan imej dan adat. Contohnya,
ketika bercakap dengan ketua di pejabat kita memerlukan keadaan yang lebih
formal berbanding berkomunikasi di luar dengan rakan-rakan yang tidak formal.
Kenapa hal tersebut sedemikian?
Sudah tentu disebabkan oleh peraturan-peraturan dan sosiobudaya yang sedia
wujud.
Soal status memang perlu diberi perhatian. Jika tidak, komunikasi kita dengan
orang lain akan sia-sia.
CARA PENYAMPAIAN YANG
EFEKTIF
Mempunyai kemahiran dalam bertutur dan cekap dalam
berbahasa.
Mengetahui cara penyampaian yang betul.
Membuat persediaan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat.
Bijaksanaan memilih dan menyusun ayat dengan efektif.
Nuraini Yusoff et al. (2005) mendefinisikan susunan sebagai satu proses
yang melibatkan susunan dalam teks pengucapan.
Konsep 4M seperti yang dikemukakan oleh Eddy Rosyadie (2007)
untuk pengucapan awam sesuai untuk diaplikasikan ke dalam konsep
penyampaian maklumat yang berkesan.
KONSEP 4M DALAM
PENYAMPAIAN MAKLUMAT
4M tersebut ialah memahami, menghayati, menghafal dan melafaz.
Memahami adalah merujuk kepada tahap faham pengucap tentang
topik yang hendak disampaikan.
Manakala menghayati merujuk kepada tahap penghayatan topik
dengan penuh emosi.
Menghafal berkait rapat dengaan ketajaman fikiran dan kelancaran
pengucap.
Melafaz bermaksud mengeluarkankan perkataan-perkataan dengan
penuh yakin.

Bagaimana kita bercakap agar orang lain


mendengar?
PENERIMA MESEJ
Sasaran sesuatu utusan.
Terdiri daripada individu, kumpulan kecil, organisasi atau sejumlah
orang ramai.
Dalam komunikasi penerima dikenali sebagai khalayak.
Memiliki beberapa ciri tertentu:
i. Kemahiran komunikasi
ii. Sikap
iii. Tahap pengetahuan
iv. Kedudukan dalam sistem sosiobudaya
i. Kemahiran Komunikasi

Mesti ada daya mengimbang dan menafsir sesuatu mesej yang diterima.
Berkebolehan untuk mendekod / menyahkod (mendengar dan membaca).
Ada mesej yang diterima secara lisan dan bukan lisan atau secara
bersemuka dan tidak bersemuka.
Kemahiran perlu disesuaikan dengan bentuk dan cara mesej diterima.
ii. Sikap

Mesti bersikap positif.


Jika berlaku pertentangan antara sikap dan mesej, maka komunikasi yang
berlaku tidak mendatangkan faedah.
Keberkesanan mesej amat bergantung kepada sikap penerima.
iii. Tahap Pengetahuan

Penentu kepada pemahaman mesej


sama ada mudah difahami atau
sebaliknya.
Memberi kesan kepada tindak balas atau
maklum balas penerima.
Walau bagaimana pun tahap
pengetahuan BUKAN PENENTU kepada
tindak balas yang positif.
iv. Kedudukan Dalam Sosiobudaya

Penerima harus mengetahui norma, peraturan dan budaya sesuatu


masyarakat.
Tujuannya untuk pastikan komunikasi lancar dan tidak timbul salah
faham.
MESEJ
Mesej merupakan maksud yang terkandung dalam perkataan atau simbol yang
digunakan oleh sumber.
Mesej terdiri daripada simbol-simbol bukan lisan atau perkataan lisan yang
digunakan oleh sumber untuk menyampaikan sesuatu makna.
Mesej juga ada yang tersurat dan yang tersirat.
Sebagai penerima kita hendaklah mentafsirkannya mengikut persekitaran
termasuk pengetahuan dan pengalaman.
Di dalam mesej terkandung perutusan idea dan perasaan yang ingin disampaikan.
3 ciri utama mesej ialah kod mesej, isi / kandungan mesej dan pengolahan mesej.
i. Kod Mesej

Kod ialah kumpulan simbol, apabila disusun teratur boleh memberi


makna.
Kod didapati dalam bahasa yang kita gunakan.
Perkataan dalam bahasa merupakan simbol lisan yang melambangkan
sesuatu benda atau idea.
Simbol tanpa lisan komunikasi tanpa perkataan. Contoh?
ii. Isi / Kandungan Mesej
Setiap mesej mesti ada kandungan yang jelas; iaitu maklumat yang
diperoleh daripada mesej yang dihantar /dienkod oleh sumber.

iii. Pengolahan Mesej


Kandungan mesej jika tidak diolah dengan baik tidak akan difahami dan
tidak mendatangkan kesan bermakna kepada penerima.
Pengolahan dilakukan oleh kedua-dua pihak, sumber dan penerima.
CARA PENYAMPAIAN MESEJ
Lisan
Bertulis (SMS, surat, nota, memo, e-mel)
Pendengaran (nada suara atau cara percakapan)
Penglihatan (pandangan atau pergerakan mata)
Sentuhan (pelukan mencetuskan emosi dan perasaan)
Bau, rasa, pergerakan badan, mimik muka dan hubungan mata.
Simbol, lambing, warna
SALURAN
Saluran - alat atau perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej daripada
sumber kepada penerima.
Pemilihan saluran penting kepada kejelasan dan ketepatan maklumat
komunikasi.

Adakah menggunakan saluran yang


banyak lebih baik berbanding
menggunakan satu saluran untuk
menyampaikan mesej
atau
Saluran yang berkualiti itu adalah lebih
penting?
SALURAN
Kesesuaian memilih saluran yang berkesan adalah lebih penting.
Terdapat banyak saluran yang digunakan dalam komunikasi.
Kalau kita berkomunikasi dengan rakan, kita dikenali sebagai saluran
bersemuka.
Proses komunikasi seperti ini biasanya dalam situasi yang sama.
Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk:
(i) Saluran bersemuka interpersonal.
(ii) Saluran perantara televisyen atau radio.
(iii) Saluran melalui mesej tanpa lisan bahasa isyarat. Nyatakan
saluran-saluran
lain
MAKLUM BALAS
Maklum balas merujuk kepada reaksi / respons penerima apabila
menerima sesuatu mesej daripada sumber.
Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan.
Jawapan yang diberikan atau riak wajah yang ditunjukkan merupakan
maklum balas spontan oleh penerima.
Dalam proses komunikasi massa, maklum balas berlaku lambat (ada
kalanya secara pasif atau agresif).
Perkembangan teknologi memungkinkan tindak balas segera.

Apakah beza maklum balas dengan


tindak balas
TAPI??EMMM TAK SAMA..
BOLEH KOMUNIKASI?
GANGGUAN / HALANGAN
Dalam proses komunikasi mungkin terdapat beberapa
gangguan yang boleh menyebabkan penerima tidak
dapat menerima mesej dengan jelas seperti mana yang
disampaikan oleh sumber.
Hal ini bertentangan dengan pendapat yang mengatakan
seseorang boleh memahami segala informasi yang
diterima selagi menggunakan bahasa yang difahami oleh
kedua-dua pihak.
Sejauh mana benarnya pandangan ini?.
Selepas
Sebelum
3 Faktor Utama
1. Gangguan mental
Gangguan seperti ini berpunca dari dalam diri sendiri. Contohnya, apabila
kita menghadapi masalah kewangan, perasaan, dll - keadaan menjadi
tidak tenteram dan mempengaruhi proses kita berkomunikasi.

2. Gangguan fizikal
Gangguan seperti ini biasa dikaitkan dengan persekitaran seperti
keadaan lalu lintas yang bising, keadaan bilik yang panas dan pembesar
suara yang tidak berfungsi dengan baik ketika kita berkomunikasi.
3. Gangguan fisio-psikologi
Gangguan jenis ini lebih menekankan kepada keupayaan diri dan tanggapan terhadap
orang lain.
Bagaimana hal ini boleh berlaku?
Ini disebabkan budaya yang berbeza dan kesediaan diri sama ada pihak sumber mahupun
penerima itu sendiri.
Apakah tahap pengetahuan kita menjadikan gangguan seperti ini berlaku kepada diri
kita?
Pengalaman dan pengetahuan kita dalam sesuatu peristiwa atau bidang memberikan
impak kepada komunikasi.
Pernahkah anda mendengar bualan orang yang mengatakan macam ayam bercakap
dengan itik.
Kata-kata ini menggambarkan ketidakselarasan dua belah pihak apabila berkomunikasi
Faktor kesamaan pengetahuan dan pengalaman memainkan peranan yang penting dalam
menentukan keberkesanan interaksi.
HALANGAN KOMUNIKASI
BUDAYA
Hanya kerana Anda mengamalkan / percaya akan filosofi
sesuatu, tidak menjamin pasangan Anda melakukan hal yang
sama.
Jangan andaikan apa yang pasangan Anda fikirkan atau
rasakan tentang suatu masalah.
Jika Anda menemukan perbezaan, ambil waktu mengapa
mereka memandangnya berbeza.
Hormati pilihan mereka dan temukan beberapa dasar umum
yang dapat Anda berdua kerjakan / terima.
3)KEJUJURAN DAN KEBENARAN
Halangan utama komunikasi adalah kurangnya kebenaran
dan kejujuran.
Komunikasi baik dapat dilakukan jika kedua-dua pihak
menyedari pentingnya kejujuran, jika tidak, kebenaran
akan terhalang.
Berapa ramai yang sanggup berlaku jujur jika sesuatu itu
boleh mendatangkan keuntungan kepada diri? Sekalipun
terpaksa untuk tidak berlaku jujur atau berkata benar.
4)HARAPAN
Apa harapan kamu?
Berapa kali kamu tidaK setuju apa yang masing-masing
harapkan dari yang lain?
Jika kamu tidak jelas meletakkan apa yang diharapkan
dalam peranan yang kamu mainkan, kamu akan sering
bertemu dengan ketidaksetujuan tersebut.
5)SALAH PENGERTIAN
Ketidaksetujuan berasal dari satu hal, yaitu salah
pengertian.
Seseorang menginterpretasikan sesuatu berbeza-beza.
Jika anda berada dalam ketidaksetujuan, cari segera
mungkin apa yang menjadikan salah pengertian.
6)PENGALAMAN MASA LALU
Sebahagian besar orang menerapkan filosofi masa lalu
sebagai petunjuk.
Ini baik jika masa lalu anda tidak diliputi dengan salah
percaya, penyelewengan dan pengalaman negatif lain.
Ingat pasangan anda adalah seseorang yang baru, jangan
bandingkan dia dengan pengalaman masa lalu.

Dont judge people you dont know

Never Judge people by their appearance


7)ORANG KETIGA
Bagaimana Anda dapat dengan efektif berkomunkasi
dengan seseorang jika Anda harus berbicara dengan dua
atau lebih orang?
Ini adalah masalah seseorang yang menjadi orang ke tiga.
Hubungan yang paling sukses terjadi ketika pasangan
membuat komitmen kuat untuk tidak membiarkan orang
lain memasukkan unsur negatif dalam hubungan.
Faktor Lain:
Penggunaan bahasa
Latar belakang sosio budaya
Perbezaan budaya
Umur
Tiada pengetahuan Jantina

Faktor fizikal individu Status sosial

Deria
Penampilan Persekitaran,dll

Sikap dan emosi


Teknikal
Perhatian
KESIMPULAN
Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau
lebih manusia.
Bagi memastikan proses komunikasi berjalan lancar, elemen-elemn penting
komunikasi perlu diberi perhatian.
Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya
penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing
dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif.
Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan
sopan dipatuhi, akan membolehkankomunikasi mencapai matlamat yang diinginkan.
Justeru segala halangan dan kelemahandalam mencapai komunikasi efektif perlu
diberi perhatian dan diperbaiki bagimeningkatkan kepentingan komunikasi dalam
kehidupan seharian.
Halangan-halangan komunikasi dapat diatasi dengan cara-cara tertentu.
HALANGAN PSIKOLOGI
HALANGAN FIZIKAL

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang


melibatkan kedua-dua belah pihak.

Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima


dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap
intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat
ketara dalam komikasi.

Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang


agak kasar dan ada juga yang lemah lembut.

Justeru ia menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-


dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang
kemahiran komunikasi sejak kecil.
Halangan sikap penghantar

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah,


mengancam, memberi amaran dan menghakimi
menyebabkan kesan kepada penerima di mana mereka
akan menjadi pasif,tidak kreatif, takut dan terkongkong.

Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi


akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif.

Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu


juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan
penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan.
1. Halangan alam sekitar

Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap


atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses
komunikasi.

Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak
menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.

Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam


keadaan persekitaran yang tegang.

Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada


gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut
petit dan banjir.

Proses kominikasi sering terjejas kerana medium yang


menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana
alam.
Halangan sikap penerima

Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi


terhadap mesej yang hendak disampaikan.

Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin


disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu
membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain.

Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana


menganggapnya tidak perlu.

Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan
lihat sahaja.

Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat


pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan
menganggap ada mesej yang tersirat.
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
BERKESAN DAN KAEDAH
MENGATASINYA.
Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan
persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi
dapatdilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan
menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,
maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai
bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan
untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau
mental mereka.Menurut howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk
menyampaikan fikirandan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan
fikiran dan perasaan dari oranglain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima
idea-idea dan perasaan dengantujuan untuk menukar perilaku orang ramai (everett M.
Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat
atau pendapat atau idea dengantulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana
kombinasi ketiga-tiga unsur tersebutsupaya bahan yang dikomunikasikan difahami
dengan jelas oleh sesiapa yangterlibat(sillars ).
Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa magic atau sakti.Ia
boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam.
Ia berupayamenimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan
tindakan manusia. (Sigmundfreud).Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu
penghantar, penerima dan saluran atau medium.Komunikasi berkesan
apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh
penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar
dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat
mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej
yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi
dikatakan berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang
mendengar
Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran
menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan,
mengenalpasti keistimewaan oranglain, membawa topik perbualan yang
anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah
kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh
perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit
menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan
yang positif dan bertanyasoalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar
perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang
wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan
mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka,
pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya
duduk atau berdiri
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang
menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya
adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak
mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai
makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip),
keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan
sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak
mampu meluahkan apa yangdifikirkan), kejadian yang baru
berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua
halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan
fizikal, halangan bahasa,halangan sikap penghantar, halangan
sikap penerima dan halangan alam sekitar.

You might also like