You are on page 1of 4

Masyarakat Islam

Konsep Ummah
Tamadun islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus
dewan,ummah bermaksud umat dan berasal daripada perkataan Arab
Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang dibina tidak berasaskan kepada
bangsa ,warna kulit ,atau sempadan geografi. Setiap masyarakat Islam tanpa mengira bangsa,
warna kulit mahupun sempadan geografi dikira sebagai satu ummah.
Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasaaannya
pembentukan masyarakat atau ummah berdasarkan kepda bangsa seperti :
a)Tamadun China yang berlandaskan bangsa China
b)Tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi
Perkataan ummah telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang bererti
masyarakat ,kumpulan atau umat manusia
Konsep ummah berbeza dengan konsep masyarakat. Konsep masyarakat terbatas dengan
geopolitik , bahasa , negara, dan bangsa tertentu
Dalam islam , konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh pelbagai
jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen terhadap islam. Oleh itu, setiap individu
Muslim bersatu berasakan tauhid dan bukan erlandaskan warna kulit, bagsa , dan bahasa.
Ummah pula terbahagi kepada dua,iaitu ;
a)Ummah berteraskan ukhuwah Insaniah( hubungan sesama manusia )
b)Ummah berteraskan ukhuwah Islamiah ( hubungan sesama muslim )

Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW


USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak
di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya
Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua
rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan
pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa
hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang
dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa
Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
* Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-SiddiSampai ke Madinah
pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11H/ 8 Jun 632m

Masyarakat Arab Sebelum Islam

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu


bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman
kedatangan Islam (610 M). Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai
nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.

Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M.


Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada
tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.

Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan


agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk
agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih
merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan
adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk
sebahagian daripada budaya hidup mereka.

You might also like