You are on page 1of 59

Konsep Kohesi

Dalam Wacana

Maksud Wacana

Wacana ialah unit bahasa


yang melebihi batas ayat
(Harimurthi, 1982).
Unit bahasa ini juga
mengandung satu penyatuan
bahasa yang lengkap kerana
sesuatu wacana mungkin
terdiri daripada dua atau
beberapa gabungan ayat,

Maksud Wacana

Wacana turut menunjukkan


perkembangan fikiran
berurutan yang tersusun
dengan sempurna, selain
menghasilkan satu pemikiran
yang utuh. Dalam tatabahasa,
wacana terletak dalam
hierarki tertinggi yang hadir
selepas tingkat ayat.

Jenis Wacana

Terdapat dua jenis wacana


dalam unit bahasa, iaitu :
1. Wacana lisan.
2. Wacana tulisan.

Wacana Lisan

Dihasilkan secara lisan yang


melibatkan komunikasi secara
langsung antara penutur dengan
pendengar. Dalam wacana jenis
ini, ekspresi wajah, nada suara,
gerak badan dan sebagainya
berfungsi untuk menyampaikan
sesuatu perkara kepada
pendengar. Contohnya ialah
perbualan harian, temu ramah,
ceramah, ucapan, khutbah,

Wacana Tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana


yang disampaikan secara bertulis
yang melibatkan hubungan
antara penulis dengan pembaca.
Komunikasi yang berlaku ialah
komunikasi satu arah atau tidak
langsung. Penulis tidak
mendapat reaksi pembaca pada
masa itu kerana penulis tidak
berdepan dengan pembaca.
Contoh wacana tulisan ialah

Wacana

Wacana boleh dianggap


sebagai kesatuan bahasa
yang paling tinggi, iaitu
kumpulan kalimat yang
tertera dan
berkesinambungan sehingga
membentuk kesatuan yang
utuh.
Wacana terdiri daripada

Jenis-Jenis Wacana

(a) Berdasarkan Fungsi Bahasa:


(i) Wacana ekspresif;
Wacana ekspresif wacana ini
bersumberkan gagasan penutur
atau penulis sebagai saranan
ekspresi, seperti pidato.
(ii) Wacana fatis;
Wacana fatis wacana ini
bersumberkan saluran untuk
melancarkan komunikasi.

Jenis-Jenis Wacana

(iii) Wacana informasional;


Wacana informasi wacana ini
bersumberkan pesanan atau
informasi, seperti berita dalam
media massa.
(iv) Wacana estetik;
Wacana estetik wacana ini
bersumberkan pesanan dengan
tekanan keindahan, seperti puisi
dan lagu.

Jenis-Jenis Wacana

(v) Wacana direktif.


Wacana direktif wacana ini
diarahkan pada tindakan atau
reaksi daripada
mitra penutur atau pembaca,
seperti khutbah.

Jenis-Jenis Wacana

(b) Berdasarkan Saluran Komunikasi


(wacana lisan dan wacana penulisan),
Tanggapan Mitra Tutur atau Pembaca
(wacana transaksional dan wacana
interaksional) dan Pemaparan
(i) Wacana deskriptif;
Wacana deskriptif merupakan suatu
pernyataan atau rangkaian
pernyataan, sama ada dinyatakan
secara lisan mahupun tulisan serta
memiliki
hubungan makna antara
satuan bahasa dan

Jenis-Jenis Wacana

(ii) Wacana ekspositoris;


Wacana ini dapat berisi konsepkonsep dan logika yang harus diikuti
oleh penerima pesanan.
(iii) Wacana argumentatif;
Menurut Renkema (2004: 204),
perkara terpenting dalam sesebuah
teks argumentatif bukanlah hal
logiknya, tetapi cara argumentatif
(berhujah) tersebut dibangunkan.

Jenis-Jenis Wacana

(iv) Wacana persuasif;


Ialah seni pemakaian bahasa dalam
tulisan atau ucapan. Dalam penulisan
pemujukan, sama ada penyampaian
ideologi ataupun berbentuk
propaganda, wacana persuasif adalah
wahana dalam penulisan yang
boleh mempengaruhi sikap dan
pendirian orang ramai.
(v) Wacana hurtatoris;
Wacana mengenai sejarah
(vi) Wacana prosedural.

Jenis-Jenis Wacana

(c) Berdasarkan Bilangan Peserta


Komunikasi
(i) Wacana monolog;
(ii) Wacana dialog;
(iii) Wacana polilog.
Namun demikian, ada juga kalangan
sarjana bahasa yang membahagikannya
kepada empat, iaitu:
(i) Wacana narasi;
(ii) Wacana eksposisi;
(iii) Wacana deskripsi; dan
(iv) Wacana argumentasi.

Ciri-ciri Wacana

Sebagai unit bahasa yang


lengkap, wacana mempunyai
beberapa ciri penting.
Lazimnya, setiap wacana
mempunyai struktur, iaitu
terdapatnya:
pendahuluan,
Isi, dan
penutup.

Tujuan Wacana

Tujuan wacana penting untuk


memilih teknik penyampaian
wacana, sama ada secara naratif,
deskriptif, eksposisi atau
penghujahan.
Tujuan juga menentukan bentuk
wacana, sama ada ucapan,
ceramah, surat rasmi atau tidak
rasmi dan sebagainya.
Jika tujuan wacana adalah untuk
mendapatkan maklumat, ayat yang

Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud


keserasian hubungan antara unsur
linguistik dengan unsur linguistik
yang lain dalam sesebuah wacana.
Keserasian ditinjau daripada
hubungan antara sesuatu
perkataan, frasa atau ayat dengan
sesuatu perkataan dalam wacana
tersebut. Tautan dapat
mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan
sebahagian

Runtutan

Runtutan atau koheren


merupakan kesinambungan
idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana
sehingga menjadi satu teks
yang bermakna.
Runtutan merupakan asas
dalam pembinaan wacana.
Tanpa makna, teks

Penerimaan

Sesuatu wacana perlu mempunyai


pendengar atau pembaca yang
merupakan penerima sesuatu
wacana. Tahap penerimaan
seseorang itu
tinggi jika pendengar atau
pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang
disampaikan. Sebaliknya tahap
penerimaan adalah rendah jika
wacana

Maklumat

Setiap wacana juga perlu


mempunyai maklumat, iaitu
maklumat baharu dan
maklumat lama. Maklumat
lama adalah maklumat yang
telah
dinyatakan pada peringkat
awal dan diulang dalam
konteks berikutnya, manakala
maklumat baharu adalah

Keadaan

Sesuatu wacana juga perlulah


sesuai dengan keadaan.
Kesesuaian itu
menjadikan sesuatu wacana
relevan dengan situasi ujaran.
Pemilihan kata,
frasa dan susunan ayat yang
tepat amat penting untuk
menjadikan sesuatu
wacana itu sesuai dengan

Interteks

Interteks bermaksud sesuatu


wacana bergantung pada
wacana yang lain.
Dengan adanya interteks,
sesuatu wacana akan lebih
mudah difahami oleh
pembaca atau pendengar.
Kefahaman seseorang terhadap
sesuatu wacana
yang dibaca atau didengar

Makna dalam Wacana

Keutuhan sesuatu wacana adalah


penting dan dapat dilihat daripada
kewujudan
hubungannya dengan aspek makna
dengan berdasarkan penggunaan
tatabahasa
yang betul dan tepat, seperti
pernyataan dan contoh-contoh
berikut:
(a) Hubungan sebab dan akibat,
iaitu sebagai contoh: Ahmad tidak

Makna dalam Wacana

(b) Hubungan sebab dan tujuan,


iaitu sebagai contoh: Siti sangat
rajin menelaah buku. Dia ingin
berjaya dalam pelajaran.
(c) Hubungan sebab dan hasil, iaitu
sebagai contoh: Salmah begitu
rajin belajar. Dia lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan
akhir.
(d) Hubungan latar dan
kesimpulan, iaitu sebagai contoh:

Makna dalam Wacana

(e) Hubungan syarat dan hasil, iaitu


sebagai contoh: Pelajar-pelajar mestilah
belajar bersungguh-sungguh.
Kesungguhan akan menghasilkan
kejayaan.
(f) Hubungan perbandingan, iaitu
sebagai contoh: Rumah Romzi besar.
Rumah Rosli lebih besar.
(g)Hubungan penjelasan, iaitu sebagai
contoh,
Tsunami yang berlaku baru-baru ini
sungguh dahsyat. Bencana tersebut

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Wacana adalah sebagai
kesinambungan cerita dengan
bahasa mudah yang ditunjang oleh
jalinan maklumat. Dalam bidang
pendidikan, bahasa Melayu telah
diperkenalkan dengan beberapa
definisi wacana seperti berikut:

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Harimurti (1982:204)
"Wacana atau dalam bahasa
Inggerisnya ialah 'Discourse'.
Wacana merupakan satuan bahasa
yang lengkap, iaitu dalam hierarki
gramatikal merupakan satuan
gramatikal tertinggi ataupun
terbesar. Wacana ini direalisasikan
dalam bentuk karangan yang utuh
seperti novel, buku siri ensiklopedia

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Anton M. Moeliono (1995:407)
"Wacana adalah rentetan kalimat
yang berkaitan sehingga
terbentuklah
makna yang serasi di antara kalimat
itu.

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.
Anton M. Moeliono (1995:407)
"Wacana adalah rentetan kalimat
yang berkaitan sehingga
terbentuklah
makna yang serasi di antara kalimat
itu.

Konsep Kohesi dalam Wacana

Di samping itu juga, wacana


letaknya lebih tinggi daripada ayat
pada skala tatatingkat tatabahasa
dan mempunyai keteraturan fikiran
logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam strukturnya.
Wacana dicirikan oleh
kesinambungan
maklumat. Makna kesinambungan
di sini diertikan sebagai kesatuan
makna.

Konsep Kohesi dalam Wacana

Unsur-unsur penting dalam wacana


adalah seperti, satuan bahasa,
terlengkap, mengatasi ayat atau
klausa, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan
atau tulisan awal dan juga akhir
yang nyata.

Konsep Kohesi dalam Wacana

Kohesi (Cohesion)
Kohesi merupakan aspek formal bahasa
dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah
'organisasi sintaktik'. Organisasi
sintaktik ini adalah merupakan wadah
ayat-ayat yang disusun secara padu dan
juga padat. Dengan susunan sebegitu
organisasi tersebut adalah untuk
menghasilkan tuturan.
Dengan penguasaan dan juga
pengetahuan kohesi yang begitu baik, ia
akan dapat menghasilkan wacana yang

Konsep Kohesi dalam Wacana

1. Perujukan
Perujukan ataupun rujukan ini
merujuk kepada unsur sebelum atau
selepas yang berkaitan dengan
hubungan semantik.
Perujukan ini dilihat dari dua sudut,
iaitu :
1.1. Perujukan Eksoforik
1.2. Perujukan Endoforik.

Kohesi dalam Wacana

1.1. Perujukan eksoforik


Perujukan eksoforik merujuk
kepada hal-hal yang di luar
daripada konteks.
Dalam situasi ini kaedah perujukan
eksoforik digunakan untuk
menunjukkan sesuatu yang telah
berlaku pada ketika sesuatu ujaran
itu berlaku.
Perujukan eksoforik ini
mengandungi tiga perkara iaitu,

Kohesi dalam Wacana

1.1.1. Konteks Segera


Konteks segera ini juga dikenali
sebagai Immediate Context .
Contoh: "... aku tidak mudah
percaya dengan kepura-puraan ini".
Beberapa
pandangan dilemparkan kepada
kami. Aku gelisah dengan
pandangan itu.
(Leman Ahmad, 1984: 39)

Kohesi dalam Wacana

1.1.2. Pengetahuan Dikongsi


Bersama
Pengetahuan dikongsi bersama ini
juga dikenali sebagai shared
knowledge.
Contoh:
Congo mengalami wabak virus pada
akhir 1990 yang meragut 120
nyawa. Pihak berkuasa kesihatan di
negara jiran, termasuk Afrika
Selatan, mengeluarkan amaran

Kohesi dalam Wacana

1.1.3. Pengetahuan dalam Satu


Dunia Wacana
Contoh:
Bukti awal sudah ketara apabila
lagunya Tangisan Dalam Kerinduan
kini menjadi siulan anak muda.
(Media Permata, 9/10 April 2005:
11)

Kohesi dalam Wacana

1.2. Perujukan Endoforik


Perujukan endoforik ini pula merujuk apa
yang hanya ada di dalam sesebuah teks.
Seperti apa yang telah diterangkan oleh
Halliday dan Hasan (1976) yang
mengatakan bahawa perujukan endoforik
ini merujuk kepada teks sahaja iaitu,
merujuk hanya apa yang ada di dalam
teks.
Harimurti Kridalaksana (1982)
memberikan pendapat bahawa perujukan
endoforik ini adalah hal atau fungsi yang

Kohesi dalam Wacana

1.2.1. Perujukan Anaforik


Ada yang mengatakan bahawa perujukan
anaforik ini adalah merujuk kepada unsur
sebelum.
Contoh: Bersua dengan Farah memang
menyeronokkan kerana sikap peramahnya
menyebabkan seseorang akan merasa
cepat mesra dengannya. Kedua, Gadis
'Breep, Breep' ini cepat-cepat menyangkal
bahawa populariti telah mengubahnya,
sebaliknya memberitahu dia masih Farah
yang dulu. (Media Permata, 9/10 April
2005:11)

Kohesi dalam Wacana

1.2.2. Perujukan Kataforik


Perujukan Kataforik ini juga
dikatakan merujuk kepada unsur
selepas.
Contoh seterusnya:
Dia seorang budak berani, cergas
dan cerdik.
Oleh sebab kehidupan ibu bapa Hang
Tuah di Melaka susah, mereka lalu
berpindah ke Pulau Bentan. (Harun
Aminurrashid, 2001:8)

Kohesi dalam Wacana

2. Penggantian
Penggantian ini dikenali sebagai
substitution. Penggantian adalah
alihan atau pertukaran bagi sesuatu
segmen kata, frasa atau klausa oleh
kata ganti yang lainnya. Penggantian
ini juga ada penggantian nomina,
penggantian verba dan penggantian
klausa.

Kohesi dalam Wacana

2.1. Penggantian Nomina


Contoh selanjutnya:
Kini kereta itu dijumpai semula oleh
Polis ... Kedua, Walau bagaimanapun
kereta itu sudah bertukar wajah
menjadi "besi buruk."
(Media Permata, 8 April 2005:1)
2.2. Penggantian Verba
Contoh:
A: Liz berkata kamu minum terlalu
banyak.

Kohesi dalam Wacana

2.3. Penggantian Klausa


Contoh:
A: "Oh, saya berhutang dengan
awak"
B: "Saya pun begitu".
(Ann M. Martin, 1995:97)
3. Pengguguran
Pengguguran juga dikenali sebagai
penghilangan atau elipsis.
Pengguguran ini mengandungi
pengguguran nomina, pengguguran

Kohesi dalam Wacana

3.1. Pengguguran Nomina


Contoh:
A: "Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya
anak akan lebih bererti hidup
."
B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal itu?"
(Leman Ahmad, 1984: 24)
3.2. Pengguguran Verba
Contoh:
A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan
basikal?"
B: "Ya, pernah."

Kohesi dalam Wacana

3.3. Pengguguran Klausa


Contoh:
Guru: "Apakah kamu mahu
mendapat biasiswa dari kerajaan?"
Pelajar: "Ya, tentu"
(Tarigan, H.G., 1995:147)
4. Konjungsi (Conjunction)
Ada Konjungsi yang mempunyai
kebalikan, tambahan, temporal dan
sebab.

Kohesi dalam Wacana

4.1. Kebalikan (Adversative)


Contoh: Kekuatan Awang Semaun yang
luar biasa ini dikatakan kerana ia telah
makan sejenis ikan yang bernama 'sumpitsumpit' yang sangat ganjil dan kononnya
ikan ini memang mempunyai kekuatan
yang luar biasa. Cerita ini mungkin hanya
sebagai suatu dongeng yang diceritakan
oleh orang tua-tua kita. Walau
bagaimanapun, kekuatan Awang Semaun
itu memang dari aspek keadaan bentuk
badannya yang tegap sasa.
(Harun Aminurrashid, 2001:25)

Kohesi dalam Wacana

4.2. Tambahan (Additive)


Contoh: Aku melangkah ke depan.
Sebentar menoleh ke kanan dengan
ucapan assalatu lailahaillallah. Dan ke kiri
juga. Itu nilai aku sendiri. Nilai orang aku
tak kisah. Itu pun buat masa ini.
(Leman Ahmad, 1984: 31-32)
4.3. Temporal
Contoh: Rantai itu terlalu panjang. Pada
mulanya rantai itu hendak dibuangnya
tetapi ada sesuatu yang menarik hatinya
pada rantai itu. Lalu rantai itu
dibasuhnya bersih-bersih.

Kohesi dalam Wacana

4.4. Sebab
Contoh:
Mansor kerap kali datang ke sekolah
dengan tidak membawa wang
belanja, sebab ayahnya telah
meninggal dunia.
Lima orang itu sangat masyhur
ceritanya hingga hari ini kerana
mereka terkenal sebagai pahlawan
Melayu pada zaman Kerajaan Melayu
Melaka dahulu.

Kohesi dalam Wacana

5. Kohesi Leksikal
Kohesi Leksikal diperoleh dengan
cara memilih kosa kata yang serasi.
Ada dua cara bagi mencapai aspek
leksikal kohesi ini, iaitu:
5.1. Reiterasi dan
5.2. Kolokasi.
5.1. Reiterasi (Pernyataan Semula)
Reiterasi atau pernyataan semula
berlaku melalui tiga cara, iaitu
pengulangan kata, sinonimi,

Kohesi dalam Wacana

5.1.1. Pengulangan Kata (repitition)


Kata yang sering kali diulang ini
terdiri daripada 'kata isi' (content
word). Ini bermakna kata itu adalah
kata yang amat penting bagi sesuatu
ayat
yang dibentuk dan dibina bagi teks
ataupun wacana. Kata isi ini boleh
dikenal pasti melalui dua cara.
Cara yang pertama ialah kata itu
atau 'kata
isi' tersebut akan dijadikan sebagai

Kohesi dalam Wacana

Cara yang kedua ialah jika kata


tersebut tidak diulang maka
berkemungkinan teks itu akan
terganggu sifat kesatuannya.
Contoh:
. amaran daripada penculikpenculiknya bahawa pasukan
Amerika akan cuba membunuhnya
datang menghantuinya
"Saya serta-merta teringatkan apa
yang diberitahu oleh

Kohesi dalam Wacana

5.1.2. Sinonim
Sinonim ialah suatu kata yang
mempunyai makna yang sama
dengan 'kata seerti'. Sinonim ini
digunakan untuk mengelakkan
kebosanan bagi
pengulangan kata yang sama di
dalam teks. Selain itu, sinonim juga
memberikan variasi kepada sesuatu
teks. Sesetengah kata boleh menjadi
sinonim apabila dua kata yang

Kohesi dalam Wacana

Contoh:
Gambar lukisan memastikan Iwo
Jima terus menghidupkan kenangan
Amerika, tetapi bagi kebanyakan
warga Jepun pertempuran pulau
berdarah adalah langkah
."Peperangan adalah
sesuatu yang tidak boleh difahami
melainkan ia dialami," Endo, yang
pernah
"Perjuangan itu menjadi

Kohesi dalam Wacana

5.1.3. Superordinat
Superordinat ialah penggunaan kata
yang lebih khusus atau
'hiponimkepada kata yang lebih
umum atau dikenali sebagai
'hiperonim'.
Contoh:
Semua yang ada di desa seperti
kambing, biri-biri, kerbau, lembu
dan ayam, harus dibuatkan
kandangnya secara teratur. Ketua

Kohesi dalam Wacana

Superordinat bagi contoh


tersebut ialah kata umum yang
merujuk 'kambing, kerbau, biribiri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata
'kambing, kerbau, ayam' ialah
kata khusus yang juga dikenali
hiponim.

Kohesi dalam Wacana

5.1.4. Kata-kata Umum


Kata-kata umum ialah kata-kata
yang tidak tentu kelasnya.
Contoh:
Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh
sesuatu hasil perburuan atau
berkarang, sebelum perolehan itu
dibawanya balik ke rumahnya
(Harun Aminurrashid, 2001:25)

Kohesi dalam Wacana

5.2. Kolokasi
Kolokasi boleh dilihat dari dua
sudut, iaitu sudut sintaksis dan dari
sudut semantik.
5.2.1. Dari Sudut Sintaksis
Contoh:
Ketika itu nama Brunei dikenali
sebagai Puni, kerana ibu kotanya
bernama Puni. Pada zaman Sultan
Muhyiddin, iaitu Sultan Brunei yang
ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu

Kohesi dalam Wacana

Contoh:
Di perkarangan itu, ditanam
keperluan dapur sehari-hari;
umpamanya: bayam, tomato, cili, ubi
kayu, kacang panjang, lobak, kubis
dan lain-lain. Di perkarangan itu,
ditanam bahan ubat-ubatan
tradisional; misalnya: misai kucing,
lengkuas, halia, kunyit dan
sebagainya.. dijual ke pasar:
sebagai contoh: bayam, cili, halia,

Kohesi dalam Wacana

5.2.2. Dari Sudut Semantik.


Contoh:
Kerajaan berusaha bersungguhsungguh meningkatkan
perhubungan di tanah air kita, iaitu
perhubungan darat, laut dan udara.
Dalam bidang
perhubungan darat telah digalakkan
pemanfaatan kereta api dan
kenderaan bermotor. Kenderaan ini
meliputi kereta, motosikal dan

You might also like