You are on page 1of 25

Analisis kontrastif

-Analisis Perbandingan
Pembentukan Kata Bahasa
Melayu & Bahasa Inggeris
NURUL AIN NABIILAH BINTI HASBULAH
(2015165697)

STRUKTUR
ESEI

1.0 PENGENALAN
2.0 KERANGKA ANALISIS
3.0 ANALISIS
4.0 KESIMPULAN

Pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa


sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami
oleh penuturnya

1.0
PENGENALA
N

Empat bentuk kata dalam bahasa Melayu ialah kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
Analisis pembentukan kata bahasa Melayu berpandukan buku
Tatabahasa Asas edisi kedua yang diterbitkan bersama oleh Pustaka
Salam Sdn Bhd dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Analisis perbandingan pembentukan kata bahasa Inggeris
berpandukan buku Applied English Grammar yang ditulis oleh
Patricia Byrd dan Beverly Benson, penerbit buku ini ialah Phyllis
Dobbins.

2.1 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu.


proses pengimbuhan
Proses pemajmukan
Proses penggandaan
Proses pengakroniman

2.0
KERANGKA
ANALISIS

2.2 Proses Pembentukan Kata Bahasa Inggeris.


affixation,
compounding,
acronym,
borrowing,
clippings,
blends,
Backformation
coinage.

3.1 Persamaan proses pembentukan kata bahasa


Melayu & bahasa Inggeris
3.1.1 Proses Pengimbuhan & affixation
3.1.2 Proses pemajmukan & compounding

3.0
ANALISIS

3.1.3 Proses pengakroniman & acronym


3.2 Perbezaan proses pembentukan kata bahasa
melayu & bahasa Inggeris
3.2.1 Proses Penggandaan
3.2.2 Blends
3.2.3 Clippings
3.2.4 Borrowing
3.2.5 Backformation
3.2.6 Coinage

3.1.1 Proses
Pengimbuhan

Terdapat empat jenis imbuhan dalam BM & BI


terbitan berawalan, prefix
kata terbitan berakhiran, suffixes
kata terbitan berapitan, infixes
kata terbitan bersisipan, circumfixes

Kata terbitan berawalan

Awalan

Kata Contoh

Nama

Perkataan

Pe-

Pesuruh,
Pelaut, Petinju

Awalan Kata
Kerja
Me-

Contoh

Awalan

Kata Contoh

Perkataan

Adjektif

Perkataan

Merasa,

Ter-

Terkuat,

Melantik,

Terbesar,

Meraung

Terhandal

prefix
prefix
AntiMicro
Multi

Maksud
Berlawanan
Sangat kecil
Banyak

Contoh
Anti-racist (anti terhadap perkauman)
Microchip (chip yang sangat kecil)
Multimedia (banyak media)

Akhiran
Kata Nama

Contoh
Perkataan

Akhiran
Kata Kerja

Contoh
Perkataan

-an

Tujuan,
Harapan,
Mainan

-kan

Tunjukkan,
Buatkan,
Mainkan

Kata Terbitan berakhiran

Akhiran
Kata
Adjektif
-is

Contoh
Perkataa
n
Cerpenis,
Novelis,
Artis.

Kata terbitan berakhiran ialah akhiran diletakkan selepas kata dasar.

suffixes dalam bahasa Inggeris


Terdapat dua jenis suffixes iaitu derivational suffix dan inflectional suffix.
Derivational suffix ditambahkan pada akhir kata akan menyebabkan perubahan kelas kata.
Derivational suffix juga dikenali sebagai proses pembentukan kata turunan.
Manakala inflectional suffix akan ditambah di akhir kata, yang memberi variasi
tatabahasanya tanpa mengubah kelas kata dan makna

Derivational suffix
Suffixes
Contohnya:
Noun suffixes (akhiran Sad (adjective) + -ness = sadness
kata nama)
(noun: kesedihan)
Verb suffixes (akhiran kata Apology (noun) + -ze = apologize
kerja)
(verb: memaafkan)
Adjective suffixes (akhiran Care (verb) + -less = careless
kata sifat)
(adjective: tidak peduli)
Adverb suffixes (akhiran Quick (adjective) + -ly = quickly
kata keterangan)
(adverb: dengan cepat)
Inflectional suffix
-s

Contoh kata
Book- books

Penambahan s / es pada noun menyebabkan Worker- workers


noun tersebut bermakna plural (jamak)
-ed, -d, -t
Learn- learned /
Penambahan ed/-d/-t pada base form learnt
(bentuk asas) regular verb (kata kerja tetap) Wash- washed
mengubah bentuknya menjadi simple past
dan past participle

Apitan juga dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak bagi mengapit
kata dasar, yakni satu sebelum dan satu lagi selepas kata dasar
Apitan Kata Contoh
Nama
Perkataan
Pe--an
Pelantikan,
peperiksaan,
Pemakanan

Apitan Kata Contoh


Apitan Kata
Kerja
Perkataan
Adjektif
Me--kan
Merasakan,
Ke--an
Melaksanakan,
Mewujudkan

Contoh
Perkataan
Keakraban,
Kecinaan,
Kebaratan

Infixes hadir di antara kata dasar dalam sesuatu perkataan. Infixes adalah hampir sama seperti
imbuhan sisipan dalam bahasa Melayu tetapi berubah dari segi perkataan manakala dalam
bahasa Melayu imbuhan seperti el-, -er-, -em-, dan in- dipancangkan ke dalam sesuatu
perkataan tanpa mengubah bentuknya.
Contoh pembentukan kata melalui proses infixes seperti goose menjadi geese (angsa), man
menjadi men (lelaki) dan tooth menjadi teeth (gigi). Proses infixes boleh berlaku dalam kata
nama beberapa majmuk dan contoh kata kerja chose menjadi choose digantikan dua o.

Sisipan merupakan sejenis imbuhan yang ditambah atau disisipkan dalam kata dasar.
Dalam bahasa Melayu ada empat bentuk sisipan iaitu em, -el, dan in
Sisipan
Kata
Nama
-el-

Contoh
Sisipan
Perkataan Kata
Kerja
Telunjuk,
-elpelatuk,
kelangkang
.

Contoh
Sisipan
Perkataan Kata
Adjektif
Jelajah,
-elGeledak

-em-

Contoh
Perkataan
Selerak,
Gelembung
, Kelebak.
Gemuruh,
Kemetot,
Gemilanng

Circumfixes hadir di hadapan dan sebahagian di belakang kata dasar. Dalam bahasa
Inggeris, tidak banyak imbuhan apitan yang membentuk kata sepertimana dalam bahasa
Melayu.
Circumfixes
en--ment
em--ing
un--able
re--ment
un--ful

Contohnya
Enlargement
Empowering
Uncountable
Replacement
Unfaithful

Maksud
Pembesaran
Memberi kuasa
Tidak terkira
Penggantian
Setia

Proses pemajmukan bahasa Melayu & compounding


Pemajmukan merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan bentuk kata
yang terhasil bersifat sama seperti satu perkataan, dan membawa makna tertentu
Kata majmuk rangkai yang terdiri daripada kata bebas bahasa Melayu

Kata majmuk jenis ini merupakan gabungan kata-kata dasar daripada mana-mana
golongan kata. Contohnya: balai raya, nasi minyak, terima kasih, kapal terbang,
tengah hari dan kuning langsat.

Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus

Kata majmuk jenis ini merupakan istilah dalam sesuatu bidang ilmu dan nama-nama
jawatan. Contohnya: mata pelajaran, Menteri Besar, Raja Muda, gambar rajah, kaji
bumi, dan reka bentuk.

Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Semua simpulan bahasa merupakan kata majmuk kerana terdiri daripada dua perkataan
atau lebih, dan mengandungi makna yang khusus. Contohnya, kaki bangku, ringan
tulang, anak emas, gulung tikar, ringan tulang dan makan angin

Compounding dalam bahasa Inggeris merupakan


perkataan yang dibentuk dengan menggabungkan dua
atau lebih perkataan untuk membentuk makna baru.
Terdapat tiga jenis compounds iaitu compound nouns
(kata nama), compound verbs (kata kerja) dan
compound adjectives (kata adjektif).
Compound nouns
Contoh:

Compound verbs

sunshine, Contoh: carbon-copy

birth control

(noun + verb)

Compound adjectives

Contoh: Capital-intensive
(noun + adjective)

(noun + verb)
Contoh: software, fast Contoh: bad-mouth

Contoh: coffee-table

food

(noun + noun)

(adjective + noun)

(adjective + noun)

Pengakroniman
Pengakroniman merupakan satu proses pembentukan kata baharu
dalam bahasa Melayu, terutamanya bagi pembentukan kata yang
berkaitan dengan istilah. Kata akronim ialah kata yang dibentuk
dengan cara menggabungkan bahagian-bahagian daripada beberapa
perkataan sehingga menjadi satu perkataan baharu

Acronym ialah kata-kata yang berasal daripada huruf


awal beberapa perkataan dan menggunakannya
sebagai satu perkataan baru. Contoh penggunaan
acronym dalam bahasa Inggeris seperti SWOT
(strengths, weaknesses, opportunities and treats),
SCUBA (self-contained underwater breathing
apparatus), Radar (Radio Detecting and ranging) dan
UNESCO (United Nation Educational Scientific and
Cultural Organization).

Perbezaan Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris


Proses Penggandaan bahasa Melayu
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar
Penggandaan penuh
ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh penggandaan penuh kata tunggal:
Meja-meja, Sekolah-sekolah, Buku-buku, Tadika-tadika dan Rumah-rumah
Penggandaan separa
ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Terdiri daripada penggandaan separa
kata tunggal dan penggandaan separa kata berimbuhan
Siku menjadi Sesiku, Pohon menjadi Pepohon, Tikus menjadi Tetikus dan gelang
menjadi gegelang.
Ber- (berlari-lari, berkata-kata,) Ter- (Tersenyum-senyum, Tercengang-cengang)

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu. Terdiri daripada
-*Penggandaan berentak pengulangan vokal
memperlihatkan semua vokal dalam kata dasar tidak berubah tetapi bunyi konsonan yang
berubah kepada konsonan yang lain
Sayur-mayur, hiruk-pikuk, cerai-berai, lauk-pauk dan gotong-royong.
-* Penggandaan berentak pengulangan konsonan
memperlihatkan pengekalan bunyi konsonan tetapi bunyi vokal berubah kepada bunyi vokal
yang lain.
Contohnya, batu-batan, hukum-hakam, huru-hara, bolak-balik, mundar-mandir dan
kucar-kacir.
-*Penggandaan berentak bebas
tidak menunjukkan ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya ialah lintang-pukang, simpang-siur, ulang-alik, lemah-longlai, kusutmasai, dan ipar-duai.
-*Penggandaan melibatkan pengulangan seluruh kata dasar dan kata dasar itu menerima
sisipan em-.
Contohnya, tali menjadi tali-temali, jari menjadi jari-jemari dan gilang menjadi gilanggemilang.

Blends Dalam Proses Pembentukan Kata Bahasa


Inggeris
Blends dalam bahasa Inggeris mempunyai persamaan
dengan compounds iaitu menggabung sesuatu kata
namun beberapa kata dipadam. Contohnya ialah
Motor + hotel menjadi motel, breakfast + lunch
menjadi brunch (sarapan lewat pagi), wireless +
fidelity menjadi wi-fi dan sheep + goat menjadi
shoat.

Clippings Dalam Proses Pembentukan Kata Bahasa


Inggeris
Clippings merupakan perkataan baru yang dibentuk
dengan mengurangkan sebahagian daripada suku
awalan atau akhiran yang membentuk perkataan
yang pendek. Clippings, juga merupakan
pengurangan perkataan lebih daripada satu suku kata
dalam satu bentuk yang lebih pendek, biasanya
dalam ucapan yang santai. Contohnya seperti cellular
menjadi cel, fanatic menjadi fan, situation comedy
menjadi sitcom dan photograph menjadi photo.

Borrowing Dalam Proses Pembentukan Kata Bahasa


Inggeris.
Pembentukan kata dalam bahasa Inggeris melalui
proses pinjaman atau borrowing daripada bahasa
asing seperti bahasa Arab, bahasa Itali, bahasa Turki
dan sebagainya.
Penggunaan kata pinjaman tersebut ialah alcohol
daripada bahasa arab, piano pula berasal daripada
bahasa Itali manakala kata yoghurt merupakan
pinjaman daripada bahasa Turki.

Backformation Dalam Proses Pembentukan Kata


Bahasa Inggeris

Backformation, adalah jenis pengurangan yang


sangat khusus. kebiasaanya berlaku apabila satu
perkataan daripada satu jenis (biasanya kata nama)
noun dikurangkan untuk membentuk perkataan yang
lain daripada jenis yang berbeza (biasanya kata kerja)
verb.

Contohnya: ialah Donation (noun) kepada donate


(verb), Option (noun) kepada opt (verb) dan
babysitter (noun) kepada babysit (verb). Selain itu,
pengurangan perkataan yang lama untuk suku kata
tunggal akan ditambah ke akhir dengan y dan ie.
Contohnya: television kepada telly, Barbecue kepada
Barbie dan breakfast kepada breakie.

Coinage dalam Proses Pembentukan Kata Bahasa


Inggeris

Coinage merujuk kepada penciptaan istilah baru,


ke dalam bahasa. Kebanyakan kata tersebut
diperolehi melalui nama oleh pereka cipta, nama
produk atau nama syarikat.

Coinage juga merujuk khusus kepada satu yang lebih


umum. Contohnya ialah: Kleenex, Xerox dan Kodak.
Pada permulaannya, dinamakan atas produk yang
lebih spesifik, tetapi sekarang digunakan secara
meluas oleh jenama yang berbeza bagi produk yang
sama.

Terdapat contoh lain, melalui proses coinage seperti


dibawah.
Coinage
netbook

Maksud
Komputer riba yang kecil, yang mempunyai skrin 7 hingga 10

e-

inci
Pengambilan pekerja melalui atas talian.

cruitmen
t
Notspot

Terdapat kawasan di mana, akses internet lambat atau tiada


sambungan.

Kesimpulannya:
Proses pembentukan kata dalam bahasa Inggeris
mengalami banyak proses berbanding pembentukan
kata dalam bahasa Melayu.
Aspek persamaan pembentukan kata bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris ialah melalui proses
pengimbuhan, proses pemajmukan dan proses
pengakroniman.
Dalam bahasa Melayu berlaku proses penggandaan
berbeza dengan bahasa Inggeris yang tidak melalui
proses tersebut. Aspek pembentukan kata lain dalam
bahasa Inggeris mengandungi proses blends,
clippings, borrowing, backformation dan coinage

You might also like