You are on page 1of 18

PROSES

KEJADIAN
INSAN
OLEH:
NUR SYUHAIDAH BINTI ROSLI
ULEEN NUHA BINTI ISMAIL
NUR SURAYA BINTI SAMSUDIN

KONSEP INSAN
Manusia adalah sebahagian daripada makhluk Allah SWT,
berketurunan Nabi Adam AS dan dijadikan daripada tanah,
mempunyai akal fikiran , nafsu, dan naluri untuk melakukan
sesuatu. Allah SWT telah menciptakan dan
menganugerahkan akal yang membezakan mereka dengan
haiwan atau makhluk Allah SWT yang lain. Hakikat kejadian
manusia itu merupakan sebaik-baik kejadian sebagaimana
firman Allah SWT .

DEFINISI
INSAN :
Makhluk istimewa ciptaan Allah SWT yang
dikurniakan akal fikiran, nafsu, dan fitrah(naluri) agar
boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan, dan
berkehendak.

M A N U S I A M A K H LU K
I S T I M E WA
Dikurniakan akal fikiran supaya dapat mengenali Tuhan dan
berfikir serta membezakan antara yang baik dengan yang
buruk.
Dilantik sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi untuk
memakmur dan mentadbir alam. Supaya manusia dapat hidup
secara bertamadun dan mengamalkan budaya yang murni.
Diberikan ganjaran terhadap semua amalan dan perbuatan
mereka sama ada baik atau buruk.

Allah SWT telah melantik rasulnya daripada


kalangan manusia untuk menyampaikan risalah
dakwah kepada umat manusia dan jin dan makhluk
yang paling dekat dengan Allah SWT iaitu Nabi
Muhammad SAW.
Dijadikan daripada unsur-unsur jasmani dan rohani
yang dapat membezakan antara penciptaan manusia
dengan penciptaan malaikat dan jin.
Manusia dikurniakan tubuh badan dan fizikal yang
sempurna dan pancaindera yang unik.

HIKMAH MANUSIA
SEBAIK-BAIK
MAKHLUK DI DUNIA
Supaya manusia menginsafi diri bahawa Allah SWT
menciptanya dalam keadaan sempurna.
Supaya manusia bersyukur di atas nikmat kurniaan
Allah SWT yang telah mencipta diri sebaik-baik
kejadian.
Supaya manusia tunduk kepada perintah Allah dan
melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.
Memboleh dan memudahkan manusia menjadi
khalifah di bumi untuk menegakkan Islam dan
memakmurkan alam.

DALIL KEJADIAN
INSAN:

PROSES KEJADIAN
MANUSIA
Peringkat Nutfah = Sperma lelaki dan ovum perempuan bercantum
dan disenyawakan di dalam rahim perempuan.
Peringkat Halaqah = Setelah 40 hari percantuman tersebut, nutbaah
akan menjadi segumpal darah beku (alaqah). Pada peringkat ini
seseorang ibu akan merasa pening, loya-loya, dan sering muntah.
Peringkat Mudghah = Selepas 40 hari, alaqah akan berubah menjadi
seketul daging (mudghah). Manusia pada peringkat ini belum sempurna
tetapi sudah terbentuk tangan, kepala, kaki, dan tulang rusuk.

Peringkat Pembentukan Tulang dan Daging = selepas 40


hari berikutnya, daging (mudghah) akan membaluti tulang
dan lembaga manusia akan mula terbentuk dengan jelas
seperti otak, jantung, hati, kulit, limpa, dubur, dan alat
jantina.
Peringkat Seterusnya = Setelah 40 hari kemudiannya
akan menjadi janin. Pada peringkat ini, Allah akan
meniupkan roh ke dalam tubuh janin yang berusia 4 bulan
dan telah bersaksikan bahawa Allah adalah Tuhan yang
Maha Berkuasa.
Dilahirkan ke dunia = Apabila genap 9 bulan 10 hari, bayi
tersebut akan dilahirkan ke dunia.

KEISTIMEWAAN
INSAN
MENJADI RASUL: - Allah SWT melantik daripada
kalangan manusia untuk menyampaikan risalah-Nya
untuk disampaikan kepada manusia.
MENJADI KHALIFAH: - Manusia dilantik oleh
Allah SWT untuk mentadbir dan memakmurkan
bumi.

BERBUDAYA DAN BERTAMADUN: - Manusia


ialah makhluk yang berbudaya dan bertamadun yang
sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
mereka.
MEMILIKI AKAL FIKIRAN: - Manusia dapat
mengenali tuhan dan dapat membezakan perkara
yang baik dan buruk.
MEMPUNYAI FIZIKAL: - Manusia mempunyai
bentuk fizikal yang sempurna dan menarik.

TANGGUNGJAWAB
INSAN
Tanggungjawab ini dipikul oleh manusia kerana selain
kejadiannya yang sempurna, memiliki rohani dan
pancaindera yang sempurna, manusia juga dianugerahkan
pelbagai keistimewaan.
Kepada Allah SWT:
Mematuhi segala perintah Allah SWT serta menjauhi
segala larangan-Nya.
Sentiasa berfikir dengan memuji dan menyebut namanama serta sifat-sifat Allah SWT sebagai tanda
mengasihinya.
Bersyukur atas rahmatNya dengan cara menggunakan
nikmat pemberianNya dengan sebaik-baikNya

Kepada diri sendiri:


Tidak melakukan perbuatan yang boleh
merosakkan diri sendiri seperti membunuh diri,
minum arak, dan sebagainya.
Menjaga keluarga masing-masing supaya
terselamat dan terhindar daripada malapetaka
dan azab Allah SWT.
Sentiasa menjaga kesihatan diri, tubuh badan, dan
akal fikiran.

Kepada sesama insan:


Saling menghormati dan bertoleransi dalam
masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman
dan harmoni.
Menjalinkan hubungan silaturahim tanpa mengira
bangsa, keturunan, darjat, warna kulit, dan
agama.
Membantu orang yang memerlukan bantuan.
Memelihara hak sesama insan seperti memelihara
hak-hak jiran.

Kepada alam:
Memakmurkan alam dengan mengurus secara
bijaksana melalui pembangunan yang terancang
tanpa merosakkan alam persekitaran.
Memelihara dan memulihara alam agar tidak
berlaku kepupusan habitat haiwan dan tumbuhan
yang menjadi sumber makanan dan perubahan.

AKIBAT PENGABAIAN
TANGGUNGJAWAB INS AN
Dimurkai oleh Allah SWT dan kehidupan tidak
akan diberkati.
Menjadi sesat dan bersikap tidak amanah dalam
menjalankan tugas.
Diazab oleh Allah SWT pada hari akhirat jika tidak
bertaubat kepadaNya.
Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH..

You might also like