You are on page 1of 39

2.

PENILAIAN
KEUPAYAAN GALAS
TURAPAN

Penurunan terhadap kebolehkhidmatan


sesebuah jalan berlaku apabila
terdedah kepada lalulintas.
Penurunan ini memberi kesan negatif
kepada kelancaran lalulintas dan pada
tahap yg lebih teruk mengakibatkan
kemalangan jalanraya.
Untuk mengatasi masalah ini dari
berlaku, pemantauan yg kerap perlu
dilakukan terhadap jalanraya yang
telah dibuka kepada lalulintas

Penyelenggaraan perlu dilakukan


sekiranya perlu bagi membaikpulih
jalan-jalan yg berisiko dan
mengundang bahaya kepada
pengguna jalanraya.
Terdapat empat perkara yg biasa
dipertimbangkan sewaktu proses
mengukur keadaan atau kualiti
turapan sesebuah jalanraya
antaranya:

i- Kekasaran turapan
(roughness)
ii- Kerosakan pada
turapan (distress)
iii- Rintangan gelinciran
(skid), dan
iv- Pesongan pada
turapan (deflection)

KEKASARAN TURAPAN
(ROUGHNESS)
Kekasaran turapan merujuk kepada
tahap kekerutan (irregularities) pada
permukaan turapan di mana ia
mempengaruhi kesan kelancaran
pemanduan.
AASHTO (American Association Of
State Highway and Transportation
Officials) telah memperkenalkan dua
pendekatan dalam menilai
kebolehkhidmatan sesebuah jalanraya.

i- Penarafan
Kebolehkhidmatan Semasa
(PSR-Present Serviceability
Rating)
ii- Indeks Kebolehkhidmatan
Semasa
(PSI- Present Serviceability
Index)

Penarafan Kebolehkhidmatan
Semasa (PSR)
PSR merupakan proses penggredan
nombor terhadap sesuatu
seksyen/sampel turapan berdasarkan
kepada keupayaan dalam
kebolehkhidmatannya terhadap
lalulintas.
Ia dilakukan dengan cara peninjauan
dan pertimbangan oleh individu yang
melakukan penarafan ini.

Ujian jalan AASHTO (AASHTO Road


Test) mencadangkan proses ini
dilakukan dengan cara panel penaraf
perlu memandu pada
seksyen/sampel jalan yg hendak
dipertimbangkan dan penarafan
dibuat berdasarkan keselesaan yang
dirasai oleh penaraf sepanjang
pemanduannya.
Semasa proses penarafan ini lima (5)
mata diberikan kepada seksyen yg
memberikan pemanduan yg selesa

Indeks Kebolehkhidmatan Semasa


(PSI)
PSI merupakan suatu cara penilaian
yg dilakukan selepas penilaian PSR
dijalankan.
Penilaian PSI berdasarkan
pengukuran secara fizikal iaitu
pengukuran terhadap kekasaran
sesuatu seksyen jalan yang hendak
diuji.
Keadaan sesuatu turapan boleh
digambarkan dalam bentuk graf PSI

Apabila nilai PSI tinggi ini menunjukkan


permukaan turapan berada dalam keadaan
sangat baik. Manakala jika nilai PSI rendah,
ini menunjukkan permukaan turapan dalam
keadaan tidak baik.
Faktor utama yg mempengaruhi keadaan
PSI sesuatu turapan adalah beban lalulintas
yg ditanggung oleh turapan tersebut.
Apabila nilai PSI mencatat bacaan 2 maka
turapan tersebut perlu diselenggara untuk
memberikan keselesaan pemanduan
kepada pengguna dan mengurangkan
risiko kemalangan.

Untuk menjalankan kerja


penyelenggaraan perlu mengukur
kekasaran turapan tersebut.
Beberapa peralatan digunakan untuk
kerja-kerja pengukuran kekasaran
antaranya Profilometers, Mays Ride
Meter (MRM) dan Cox Road Meter.

Kerosakan pada turapan (Distress)


Kerosakan adalah menunjukkan
keadaan turapan yg sangat buruk
atau tidak boleh digunakan lagi.
Kerosakan permukaan dikategorikan
kpd keretakan, ubahbentuk dan
kerai.
Keadaan ini menyebabkan turapan
jalan berada dalam keadaan tidak
selamat dan kehilangan tahap
keselesaan pemanduan.

Pelbagai faktor yg telah dikenalpasti


menyumbang kepada berlakunya
kerosakan kpd turapan berbitumen.
Diantara faktor yg mempengaruhi
adalah pembebanan lalulintas,
amalan serta bahan yg digunakan
dalam pembinaan dan cuaca.

Rintangan Gelinciran (Skid)


Kegelinciran berlaku apabila sesuatu
permukaan jalan telah digunakan terlalu lama
oleh kenderaan yg tinggi jumlahnya.
Ini menyebabkan struktur turapan mengalami
penghausan dan menghasilkan kesan kurang
rintangan gelinciran terhadap tayar
kenderaan.
Masalah kegelinciran ini boleh diatasi dengan
membaikpulih turapan menggunakan kaedah
menurap semula lapisan haus serta
menggunakan teknik pembinaan yg betul.

Pemesongan pada turapan


(Deflection)
Pemesongan yg berlaku pada turapan
jalan akan mengakibatkan kehilangan
keselesaan terhadap pemanduan.
Pemesongan berlaku akibat dari
pelbagai faktor antaranya:
Jenis tanah yg digunakan pada sub-gred
Kandungan lembapan dan kepadatan
sub-gred
Kualiti, keadaan dan ketebalan turapan

Keadaan saliran pada jalan


Kekuatan permukaan turapan, dan
Beban roda pada kenderaan
Pemesongan ini boleh diukur
menggunakan dua ujian iaitu Ujian
Tanpa Musnah (Non-destructive
tester) dan Ujian Musnah
(Destructive tester)
Ujian yg sering digunakan di
Malaysia adalah Ujian Tanpa Musnah.

Ujian ini dipilih kerana ujian


dijalankan di tapak dan keputusan
lebih tepat.
Peralatan Ujian Tanpa Musnah terdiri
daripada - Benkelman Beam,
- Falling Weight Deflectometer
(FWD),
- Heavy Weight Deflectometer,
- Lacroix Deflectograph, dan
- Road Rater.

Data pengukuran yg diperolehi melalui ujian


digunakan untuk menghasilkan turapan yg
lebih baik dan tahan lasak untuk pembinaan
masa hadapan.
Kaedah pengukuran yg digunakan dalam
ujian tanpa musnah adalah:
- Mengukur pesongan akibat beban statik
- Mengukur pesongan akibat beban dinamik
atau berulang,
- Mengukur pesongan akibat beban implus,
dan
- Pengukuran ketumpatan lapisan turapan
menggunakan sinar radiasi

Benkelman Beam
Penggunaan Benkelmen Beam oleh JKR
sejak dahulu kerana peralatan ini mudah
digunakan dan menghasilkan keputusan
yg memuaskan.
Ia terdiri daripada rasuk lurus, berfungsi
untuk mengukur pesongan yg maksimum
disebabkan oleh roda kenderaan.
Pengukuran juga menggunakan rasuk
aluminium dan alat pengukur (Dial
Gauge).

Dua kaedah penilaian pesongan yg


digunakan antaranya
- Kaedah Rebound, dan
- Kaedah Transient
Peralatan ini digunakan apabila alatan
yg mahal tidak dapat digunakan dan
kegunaannya lebih kepada kawasan
kerja yg kecil.
Penggunaannya juga sesuai digunakan
pada kawasan yg mempunyai laluan
kenderaan yg sedikit.

BENKELM
AN BEAM

https://www.youtube.com/watch?v=4dDs2oHW1c

Falling Weight Deflectometer (FWD)


Di Malaysia alat Falling Weight
Deflectometer digunakan secara meluas
untuk mengukur pesongan yg terdapat pada
turapan.
Peralatan ini terdiri daripada Silinder Falling
Weight yg boleh diubahsuai sehingga 300kg.
Cara pengujian dilakukan dengan pemberat
dijatuhkan pada ketinggian antara 200mm
hingga 400mm ke atas spring dan plat yg
telah disusun atas permukaan jalan.

Ini bertujuan untuk menghasilkan beban


yg dalam masa yg singkat.
Di Malaysia pemberat 180kg sesuai
digunakan bagi mengelakkan terjadinya
ubah bentuk jalan kerana suhu yg tinggi.
Pesongan diukur dengan pemindahan
aruh seismik yg terletak pada ujian plat
bulat berjejari 300mm.
Beban dinamik oleh FWD adalah sama
dengan kedalaman saiz dalam tempoh
beban bergerak 30km/jam.

Pesongan lekok dianalisa


menggunakan ketebalan model
elastik (MET) yang berpandukan
kepada persamaan Boussineqs.

Falling Weight Deflectometer (FWD)


https://www.youtube.com/watch?v=kU8LS43dbQ

Heavy Weight
Deflectometer
Peralatan ini digunakan untuk

pengujian pesongan di lebuhraya dan


lapangan terbang.
Ia mempunyai persamaan dengan
FWD.
Beban ujian antara 30KN 240KN
meliputi separuh gandar kenderaan
sederhana berat seperti beban yg
dikenakan oleh tayar tunggal kapal
terbang BOEING 747.

Lacroix Deflectograph
Digunakan secara meluas bagi menilai
keadaan turapan.
Kaedah ini menyerupai kaedah Benkelman
Beam.
Kaedah ini berfungsi untuk mengukur
pesongan terhadap turapan berdasarkan
kepada bebanan yg dikenakan.
Pesongan maksimum dapat diketahui
dengan mengambil bacaan masa dan
kedudukan beban.

Recovery deflection terjadi sekiranya


masih terdapat pesongan setelah
beban dialihkan.
Pengukuran pesongan dilakukan
apabila berat kenderaan melepasi
kawasan turapan yg diuji.
Dengan menggunakan kaedah ini
bacaan dan ukuran pesongan secara
automatic di catat oleh Electronic
Transducers.
Pengukuran diambil sepanjang setiap
laluan roda dengan menggunakan

Semasa mengambil bacaan


kenderaan bergerak sepanjang
turapan pada kelajuan 2kph.
Ujikaji dijalankan sepanjang jalan
sehingga mencapai jarak 3.8m

Lacroix Deflectograph

Road Rater
Merupakan alat penilaian tanpa musnah yg
menggunakan konsep getaran untuk
mendapatkan keputusan.
Alat ini mengandungi beban getar terkawal
seberat 1 tan pada 25Hz melalui ujian plat
yg mempunyai ukuran jejari 450mm
Pesongan bowl di ukur menggunakan
empat penggerak halaju yg terletak di
tengah beban dan pada jarak offset 300,
600 dan 900mm

Hasil daripada keputusan ini


dinilaikan bagi menganggarkan
modulus subgred dengan
menggunakan model elastic Hogg-2
lapisan.
Pada masa yg sama model ini boleh
mengukur keseluruhan kekukuhan
dan ketegaran turapan.

Road Rater

PENYELENGGARAAN TURAPAN
Penyelenggaraan turapan jalanraya
adalah merangkumi semua kerjakerja baik pulih dan kerja-kerja
selenggara yg dapat menh=gekalkan
keadaan dan ciri-ciri asal turapan.
Kerja-kerja membaik pulih termasuk
penyelenggaraan ke atas kerosakan
turapan akibat penggunaan secara
berterusan.

Tujuan penyelenggaraan turapan adalah


untuk mengekalkan dan memelihara
turapan jalan supaya berada dalam
keadaan baik dan dapat memberi
keselesaan dan perkhidmatan yg
memuaskan kepada pengguna jalanraya.
Pelbagai teknik turapan penyelenggaraan
yg boleh digunakan antaranya:
- Penstoran semula (restoration)
- Penurapan semula (resurfacing)
- Kitar semula (recycling)
- Pembinaan semula (reconstruction)

Penstoran semula (restoration)


Merupakan proses mengembalikan semula
bentuk asal turapan akibat kerosakan.
Pelbagai teknik digunakan antaranya
pembalikmuda, penutupan retak, potong
dan tampal dan tindihan nipis berbitumen.
Tindihan nipis berbitumen adalah
merupakan penyelenggaraan berkala di
mana teknik ini adalah untuk
mengkedapkan permukaan jalan, menutup
lekukan kecil dan menguatkan turapan jalan.

Terdapat tiga kaedah tindihan yg biasa


digunakan iaitu:
- Kedapan buburan (slury seal) merupakan
campuran aggregat halus, pengisi dan
bitumen emulsi terubahsuai polimer yg
setebal 60mm hingga 200mm.
- Dandanan permukaan (surface dressing) di
bina samada dalam satu atau dua lapisan
serta terdiri daripada agregat dan bitumen,
- Campuran panas nipis (thin hot mix) terdiri
satu lapisan berketebalan kurang daripada
40mm untuk memperbaiki keadaan
permukaan tetapi tidak memberi
penambahan kekuatan.

Penurapan semula (resurfacing)


Merupakan proses yg boleh
memanjangkan jangka hayat jalan
berturap sebelum kerosakan major
berlaku.
Tujuannya adalah untuk
meningkatkan kekuatan turapan
serta meningkatkan kualiti
pemanduan, meningkatkan
kehilangan rintangan kegelinciran
dan meningkatkan kekedapan jalan.

Sebelum proses penurapan semula


dijalankan, penilaian keadaan
permukaan perlu dilakukan untuk
mengenal pasti kerosakan dan
kegagalan jalan.
Kerosakan seperti keretakan blok
atau buaya, ubahbentuk permukaan
jalan dan kecacatan permukaan
sesuai menggunakan kaedah ini.
Terdapat dua jenis bahan yg
digunakan dalam proses penurapan
semula turapan iaitu:
Tindihan tebal bahan berasfal

Kitar semula (recycling)


Satu kaedah menggunakan bahan
asal untuk meningkatkan keupayaan
dan membaiki pengikisan, lelehan
dan rintangan terhadap kegelinciran.
Terdapat beberapa teknik kitar
semula anataranya:
Kitar semua panas (hot recycling)
Kitar semula sejuk (cold recycling)
Kitar semula tapak (base recycling)

Pembinaan semula (reconstruction)


Pembinaan semula dilakukan apabila
berlaku kegagalan disebabkan oleh
tapak jalan atau sub-gred.
Terdapat dua jenis pembinaan semula
iaitu:
Pembinaan semula sepenuhnya (full
reconstruction) diperlukan apabila lapisan
sub-gred mengalami kegagalan
Pembinaan semula separa (partial
reconstruction) dilakukan apabila tapak
jalan yang mengalami kerosakan

You might also like