You are on page 1of 38

TEORI-TEORI DASAR AWAM

LUTFAN BIN JAES


PENSYARAH
PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


OBJEKTIF

1. Memahami teori utama dalam proses pembuatan
dasar awam.
2. Menyenaraikan ciri-ciri utama dalam setiap teori yang
dibincangkan.
3. Menganalisis kepentingan setiap kepentingan teori
dalam proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu
dasar.
4. Mengenalpasti kewajaran penggunaan teori-teori
tersebut dalam proses pembuatan dan pelaksanaan
sesuatu dasar.
PENGENALAN
Teori penting untuk memahami, menganalisis dan
menilai bagaimana setiap teori digunakan dalam proses
pembuatan dasar.

Teori bertujuan menerangkan, mengadili, memandu dan
memberi panduan kepada pengkaji dasar awam.

Pemahaman terhadap teori amat penting untuk elakkan
sebarang kekeliruan dan kesulitan untuk memahami
proses penggubalan, perlaksanaan, penilaian dan
analisa dasar awam.
TEORI-TEORI DASAR AWAM

Dasar awam pada masa dahulu dan sekarang
sediakan satu rangka kerja tentang sesuatu
keputusan yang dibuat oleh individu yang berkisar
kepada semua aspek kehidupan manusia.

Keputusan yang dibuat disifatkan sebagai satu dasar.

Thomas R. Dye(1972) pengkajian terhadap teori-teori
bertujuan memberikan pemahaman tentang dasar
awam;
i. Memudah dan menerangkan pemikiran
terhadap kerajaan dan politik.
ii. Mengenalpasti tenaga politik yang
penting dalam masyarakat.
iii. Menghubungkan pengetahuan yang
relevan tentang kehidupan.
iv. Pertanyaan secara langsung mengenai
politik
v. Mencadangkan beberapa
pernyataan politik dan kesannya kepada
masyarakat.


Antara teori yang digunakan dalam proses
membuat keputusan ialah;

a. Institusionalisme
b. Neo- Institusionalisme
c. Kelompok
d. Elit
e. Rasionalisme
f. Incrementalisme
g. Permainan
h. Sistem
i. Anarki

1. Teori Institusionalisme

Polisi sebagai aktiviti yang institusional.

S. Politik merupakan disiplin ilmu yang mengkaji
institusi seperti parlimen, kongres, presiden,
perdana menteri, kerajaan negeri, parti politik dan
sebagainya.

Institusi-institusi kerajaan bertanggungjawab
dalam menentu, melaksana dan menguatkuasakan
dasar awam dalam bentuk peraturan, program,
rancangan dan projek.






Institusi kerajaan melihat dasar dengan cara yang
berbeza;
i. Kerajaan mendapat legitimasi atau pengesahan kepada
polisi tertentu. Cth : Rokok merbahayakan
kesihatankerajaan melarang merokong di tempat
awam.kerjasama daripada Kementerian Kesihatan dan
mengadakan dan menguatkuasakan undang-undang.

ii. Hanya polisi kerajaan sahaja yang bersifat menyeluruh dan
Universal. Cth Dasar Kerajaan : Penswastaan Dasar
Syarikat : Penjualan syer kepada pihak umum.

iii. Kerajaan berkuasa dan mampu memonopoli sepenuhnya
masyarakat dan berupaya untuk kenakan paksaan
terhadap rakyat. Cth: Kugen curi kereta Ah Seng. Ah Seng
tak boleh hukum Kugen. Polis (institusi) boleh hukum
Kugen.

Teori ini membuktikan institusi boleh membentuk tingkah
laku individu. Cth. Pusat Pemulihan Dadah (Institusi)
dengan dasar yang di jalankan maka penagih dadah
sudah tidak ambil dadah lagi..

Masalah teori ini polisi hanya kadang-kadang
diterangkan tetapi jarang dianalisis. Cth : Jabatan Alam
Sekitar ada macam-macam undang-undang dalam
bentuk penaltitetapi di manakah penguatkuasaannya?

Dalam masa yang sama..dasar hanya mendatangkan
faedah kepada golongan tertentu sahaja. Cth. Dasar
Perindustrian Negara sediakan banyak peluang.


Dye(1978)- pendekatan institusional tidak perlu
terlalu sempit dan deskriptif.
Mengaitkan hubungan peraturan institusi dengan
kandungan polisi awam tersebut.
Cth. Masalah setinggan, pencemaran, kesesakan
lalu lintas di suatu kawasan perbandaran. Apakah
bentuk dasar yang akan digubal? Institusi yang
bertanggung jawab ialah Majlis Perbandaran, Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.

2. Teori Neo Institusionalisme.
Merupakan aliran baru yang berdasarkan
pembangunan analitikal yang sofistikated.
Menyifatkan dasar awam merupakan subsistem
dalam proses membuat dasar.
Dasar awam diklasifikasikan kepada;
i. Pengagihan semula.
Kuasa diagihkan keseluruh polity berdasarkan
skala atau ukuran asas yang tertentu.
Melibatkan konflik kepentingan antara kelompok
dalam masyarakat yang disebabkan oleh
masalah birokrasi dalam pentadbiran.
Cth. Konflik orang kaya dan miskin.

ii. Pengagihan
Memberi faedah secara langsung kepada
individu tetapi tidak melibatkan kos yang jelas.

iii. Kawalan
Berbeza dengan dasar pengagihan,
melibatkan kos kepada kelompok tertentu.

iii. Peraturan
Memberi kesan secara langsung kepada
manusia sebagai aktor politik.
Meletakkan semula nilai politik dan ekonomi
melalui struktur sosial ia sendiri.
Neo-institusionalisme membuat ramalan
berdasarkan dua dimensi;
i. Kebarangkalian paksaan
ii. Sasaran paksaan.
Kebarangkalian paksaan mungkin lambat atau
cepat.
Kebarangkalian paksaan mungkin cepat kerana
orang yang melanggar undang-undang Persektuan
dihukum secara individu.
Manakala sasaran paksaan mungkin dikenakan
secara individu atau keseluruhan.
Dalam dasar peraturan dan pengagihan semula,
kerajaan cuba memanupulasikan perlaksanaan sistem
itu sendiri.
Cth. Perubahan dalam kadar cukai kenderaan import
beri kesan kepada tahap pelaburan automobil. Namun
dasar ini tidak memilih secara individu sebagai sasaran
atau paksaan samada membeli kenderaan atau buka
syarikat pemasaran kenderaan import.
Lowi- bidang polisi dikenalpasti melalui sasaran dan
paksaan kerajaan, wujud jenis paksaan yang berbeza.
Cth; dasar pengagihan gabungkan kecenderungan
politik secara pemilihan dan pemencaran
(decentralising). Sebaliknya dasar pengagihan semula
mempunyai penyokong yang rendah dan terpusat.


3. Teori Kelompok

Andaian asas ialah interaksi yang wujud antara
kelompok dalam masyarakat berkaitan dengan fakta
utama yang berpusat dalam politik.

Individu-individu akan membuat tekanan kepada
kerajaan untuk memenuhi permintaan dan
kepentingan mereka.

David Truman;

Satu kelompok yang berkepentingan (Interest group)
akan membuat tuntutan ke atas kelompok yang lain
dalam masyarakat dengan menggunakan saluran
politik
Kelompok yang berkepentingan ini akan menjadi
lebih bersifat politik apabila mereka membuat tuntutan
terhadap institusi kerajaan.
Politik merupakan medan perjuangan mereka untuk
mempengaruhi dasar awam.
Kelompok tersebut akan menjadi jambatan antara
individu, masyarakat dan kerajaan.
Perjuangan kelompok ini menyebabkan berlakunya
konflik.
Menjadi tanggung jawab sistem politik untuk
menguruskan konflik tersebut dengan cara;
i. Wujudkan peraturan.
ii. Mengatur kompromi dan mengimbangi
kepentingan mereka.
iii. Mengenakan kompromi tersebut dalam bentuk
dasar awam (cth.kontrak sosial).
iv.Kuatkuasa segala kompromi tersebut (tolak
ansur dan keseimbangan).

Dasar awam merupakan perimbangan yang
dicapai antara kelompok-kelompok yang
berjuang.(DEB)(DPN)
Wujud anjakan atau perubahan untuk
mengimbangi tuntutan daripada kelompok lain.
Kegagalan dalam mempengaruhi penggubal
dasar akan menyebabkan konflik yang
berterusan.
Pengaruh kelompok dalam masyarakat diukur dari segi
bilangan, kekayaan, kekuatan organisasi, kepimpinan
dan hubungan dengan pembuat dasar.
Satu kelompok akan bangkit menggugat kelompok yang
lain jika berlaku ketidakseimbangan dan mengancam
mereka.
Untuk selesaikannya perlu ada proses tawar menawar,
toleransi dan hormat menghormati.
Di Malaysia kerajaan laksanakan dasar untuk semua
pihak. Cth. Dasar Pendidikan Malaysia, DEB dll.


4. Teori Elit
Merujuk kepada elit politik.
Harold D. Lasswell(1952);

Elit politik merupakan golongan yang mempunyai kuasa
dalam sistem politik dalam sesebuah negara
Elit Politik terdiri daripada dua iaitu;
a. Elit tradisional (elit agama dan bangsawan)-
mufti/raja
b. Elit baru atau moden (pendidikan, tempat lahir,
umur dan pekerjaan ibu bapa).

Dasar Awam merupakan pilihan dan nilai elit yang
memerintah.
Rakyat bersifat apati (tidak kisah) iaitu tidak ambil
tahu tentang dasar awam.
Pengaruh elit sangat besar sehingga mereka
boleh membentuk pandangan masyarakat tentang
dasar awam.
Kadangkala dasar yang dibuat mencerminkan
kepentingan elit itu sendiri.
Bagi melaksanakan dasar elit politik akan
memberikan arahan kepada pentadbir.
Terdapat beberapa unsur penting yang didalam
teori ini;

i. Kuasa
Mereka yang berkuasa mampu
mempengaruhi dan membentuk nilai-nilai
masyarakat melalui dasar awam.

ii. Jumlah
Segelintir sahaja yang berkuasa(minoriti)
iii. Mobiliti
Pergerakan golongan bawahan untuk
mencapai kedudukan elit agak perlahan dan
berterusan.
iv. Elit berkongsi pendapat ramai berhubung
nilai-nilai asas dalam sistem sosial dan
pengekalan sistem tersebut.
v. Nilai elit
Dasar Awam melambangkan nilai-nilai elit itu
sendiri dan bukan permintaan rakyat itu
sendiri. Rakyat tidak mempengaruhi politik
tetapi politik yang mempengaruhi rakyat.
vi. Darjah apati
Keaktifan dan keghairahan golongan elit
bergantung kepada darjah apati rakyat.
Semakin apati rakyat, maka lebih mudah elit
menguasai rakyat.
Beberapa kesan teori elit untuk analisa dasar awam;
i. Dasar awam melambang kehendak elit sahaja dan
bukan kehendak ramai.
ii. Dasar Awam hanya akan melakukan beberapa
pindaan sahaja dan jarang diganti.
iii. Dasar Awam yang dibuat bukan tanggung jawab
rakyat tetapi tanggung jawab elit itu sendiri.
iv. Semakin apati dan pasif rakyat, semakin tinggi
monopoli elit orang ramai.
v. Rakyat tidak akan menentukan sebarang bentuk
dasar awam, tetapi ditentukan oleh elit politik untuk
dilaksanakan kepada rakyat.

vi. Peranan rakyat hanya di dalam pilihan raya
sahaja.
vii. Kestabilan dan kelangsungan sistem elit
bergantung kepada suara orang ramai.
5. Teori Rasionalisme
Rasional ialah sesuatu yang waras, bijak
mengambil kira pelbagai aspek dan yang terbaik
pada pendapat golongan pemerintah.
Menekankan pengambilan keputusan yang rasional
dan secara menyeluruh sebelum dasar awam
dilaksanakan.
Elemen akademik diterapkan.
Pendekatan yang sistematik iaitu
i. menggunakan fakta dan data yang sesuai
untuk menganalisa ma
ii. Mengenalpasti setiap pilihan sehigga menemui
pilihan yang rasional.

Thomas R. Dye dan Ahmad Atory Hussien;

Satu dasar yang rasional ialah satu model yang
merangka untuk memaksimumkan Pencapaian Nilai
Bersih (NVA).
NVA bererti semua nilai yang relevan dalam sesebuah
masyarakat diketahui dan jika terdapat mana-mana
perjuangan dalam satu atau lebih nilainya dikehendaki
oleh satu dasar


Rasionaliti saling berubah/bertukar dengan konsep
kecekapan. Kecekapan ialah nisbah diantara input dan
ouput yang dinilai;
Kecekapan = INPUT : OUTPUT
Nisbah antara nilaian yang dicapai dan nilaian yang
dikorbankan itu positif dan lebih tinggi daripada mana-
mana alternatif polisi.
Dye;
Idea kecekapan melibatkan semua nilai termasuk politik,
ekonomi dan sosial atau nilaian yang dicapai oleh satu-satu
dasar awam dan tidak hanya ditukarkan kepada simbol yang
bersifat kuantitatif sahaja.

Teori ini menekankan perlunya maklumat yang
lengkap tentang dasar-dasar alternatif, bijak meramal
dan menghitung betul akan nisbah kos untung.
Perlu tahu semua pilihan polisi dan kesan daripada
setiap pilihan yang diambil.
Langkap Pengambilan Keputusan Rasional
Kenalpasti masalah
Tentutan alternatif bagi penyelesaian
Siasat dan analisa fakta yang berkaitan dgn tiap-
tiap alternatif.
Membuat perbandingan bagi penyelarasan tiap2
alternatif
Membuat pemilihan untuk penyelesaian

6. Teori Incrementalisme
Dye;
Dasar Awam dilihat sebagai penerusan atau
sambungan daripada aktiviti kerajaan yang
lalu dengan hanya membuat beberapa
penambahan dan pengubahsuaian.


Teori ini sebagai kritikan kepada teori rasional.
Terdapat halangan-halangan untuk membuat
dasar dalam teori ini iaitu seperti masa,
kebijaksanaan dan kos dan politik.
Dalam teori incremental, polisi perbelanjaan
dipertimbangkan sebagai asas, dan perhatian
dipusatkan kepada program baru , iaitu samada
ditambah atau dikurangkan atau mengubahsuai
program-program yang terkini.


Pendekatan incremental digunakan dalam
pembuatan dasar kerana;
i. Pembuat dasar tidak banyak masa, kurang
pengetahuan dan pengalaman.
ii. Pembuat dasar menerima legitimasi (keabsahan)
polisi-polisi yang lalu kerana ketidaktentuan
tentang kesan.
iii. Mewujudkan dasar yang baru memerlukan kos
atau pelaburan yang besar.
iv. Incremental secara politiknya adalah
bijak.Konsensus akan mudah dicapai dalam
pembuatan keputusan sekiranya item yang
bertelagah dan berkonflik hanya ditambah atau
dikurangkan perbelanjaan.
Bagi pembuat dasar, adalah lebih selamat bagi
mereka meneruskan dasar yang ada dan hanya
melakukan sedikit perubahan atau penambahan.

7. Teori Permainan
Satu kajian terhadap keputusan yang rasional.
Dasar dianggap sebagai pilihan yang rasional dalam
permintaan yang berasingan oleh pembuat dasar.
Terdapat dua atau lebih pembuat dasar (pemain)
yang mana masing-masing mempunyai pilihan
masing-masing, tetapi keputusan membuat pilihan
tersebut bergantung kepada peserta lain dalam
kumpulan tersebut.
Terdapat peserta yang mampu mempengaruhi peserta
lain, tetapi pilihan-pilihan yang dibuat bergantung antara
satu sama lain.
Setiap pemain mesti sesuaikan idea (pendirian) dan
kebolehannya dengan pemain-pemain lain.
Tujuannya supaya pemain boleh menjangka tindakan
yang dibuat oleh pemain lain.
Pilihan terbaik ialah yang boleh memberi kesan atau
tidak.

Teori ini juga merujuk kepada strategi yang rasional
yang dirangka untuk mengurangkan kerugian dan
menjaminkan keuntungan yang minimum daripada
kerugian yang besar.
Contoh: Kerajaan melancarkan Dasar Persyarikatan
tetapi akhirnya terpulang kepada pihak korporat
bagaimana hendak berinteraksi dengan dasar yang
ada.
8.Teori Sistem.
Pendekatan ini memikirkan dasar awam sebagai satu
rangsangan bagi satu sistem politik terhadap gerak
kuasa persekitaran.
Gerak kuasa itu wujud dalam persekitaran yang
kemudiannya mendatangkan kesan terhadap sistem
politik yang dianggap sebagai input.


Output bagi sistem politik ialah nilai-nilai
peruntukan yang autoritatif bagi sistem tersebut
yang seterusnya mewujudkan dasar awam.
Permintaan dan sokongan merupakan input-
input yang diterima dalam sistem politik.
Permintaan -berlaku bila individu atau
kumpulan tersebut memberi respon terhadap
keadaan persekitaran.
Sokongan- berlaku bila masyarakat menerima
keputusan pilihan raya, mematuhi undang-
undang, membayar cukai serta mengikut apa
sahaja keputusan dasar.
Rakyat bersedia memberi sokongan kepada
kerajaan sekiranya permintaan mereka dipenuhi.
Kerajaan akan mengubah tuntutan/permintaan
dalam bentuk dasar.
Ringkasnya- Input boleh disifatkan sebagai bahan
mentah yang akan diproses oleh kilang (sistem
politik) dan akan menghasilkan barangan siap
(output) yang boleh digunakan oleh rakyat.

9. Teori Anarki Terancang.

Diperkenalkan oleh John W. Kingdon.
Terdapat 3 aliran dalam proses pembuatan polisi;
i. Aliran masalah
- Menfokuskan kepada perhatian orang
awam dan pembuat dasar mengenai
masalah sosial tertentu.
- Mengenal pasti masalah dengan cara
mengawasi data sosial secara rutin dan
menfokuskan kepada peristiwa tertentu.
- Masalah ditakrifkan dalam bentuk
perbandingan. Cth. Pengangkutan OKU
merupakan masalah pengangkutan @ hak
asasi.


ii. Aliran politik
- Agenda kerajaan menyenaraikan isu-isu atau
masalah untuk diselesaikan.
- Peserta utama dalam agenda kerajaan ialah ahli
politik, presiden, ahli kongres, media, NGO dan
aktor yang terlibat dalam pilihan raya.
- Persetujuan sebulat suara dicapai melalui sikap
tolak ansur tetapi pada masa yang sama wujud
bandvagon (berat sebelah).
iii. Aliran polisi.
- Agenda keputusan atau spesifikasi dibentuk.
- Agenda keputusan ialah senarai alternatif
daripada polisi awam yang dipilih
untuk selesaikan masalah.



Peserta terdiri daripada pentadbir awam, ahli
akademik, penyelidik dan perunding dll.
Senarai pendek dibuat bukan melalui tolak ansur
tetapi melalui perdebatan dan pujukan.
Hasil penggabungan maka terhasillah dasar awam
yang dikenali sebagai tingkap terbuka.
Tingkap terbuka berlaku bila berlaku perubahan
dalam pentadbiran, kongres atau bila berlaku
tekanan dalam masalah awam.
Liberalisasi sektor awam baru2 ini.

KESIMPULAN


Tujuan mempelajari teori ialah untuk memahami dasar
awam dan memudahkan pengkajian tentang dasar
awam secara lebih akademik.

Kejayaan membuat dasar adalah bergantung kepada
peranan pembuat dasar dalam menyediakan dasar yang
sesuai untuk sesebuah negara seperti Malaysia.

You might also like