You are on page 1of 48

PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIYIDINA ALI

Hadis 1 Mukmin Yang Bertambah Kuat Agamanya Hadis 2 Orang Yang Menyingkirkan Al Quran Hadis 3 Manusia Yang Didoakan Malaikat Hadis 4 Punca Tiap-tiap Ibadat Hadis 5 Tujuh Perkara Yang Diharapkan Jibril Hadis 6 Seelok-elok Manusia Hadis 7 Fadhilat Solat Berjamaah Hadis 8 Hamba Yang Dicintai Allah Hadis 9 Kebesaran Solat Dhuha Hadis 10 Tanda Kemuliaan Hadis 11 Tulisan Di Pintu Syurga Hadis 12 Pemilihan Hawa Nafsu Hadis 13 Ganjaran Orang Murah Hati Hadis 14 Doa Yang Tidak Ditolak Hadis 15 Kawan Yang Sejahat-jahatnya Hadis 16 Peringatan Yang Tiada Manafaat Hadis 17 Orang Yang Menjadi Keras Hatinya Hadis 18 Memelihara Lidah Hadis 19 Orang Yang Tiada Iman Hadis 20 Asal Makna Wara

Hadis 21 Diam Itu Ibadat Hadis 22 Akibat Banyak Tidur Hadis 23 Orang Yang Diberi Masuk Syurga Hadis 24 Kesukaan Dan Kebenciaan Allah Hadis 25 Hari Menjadi Saksi Hadis 26 Tiga Tanda Orang Mukmin Hadis 27 Tiga Tanda Orang Berakal Hadis 28 Tiga Tanda Orang Alim Hadis 29 Tiga Tanda Kebenaran Hadis 30 Tiga Tanda Orang Abid Hadis 31 Tiga Tanda Orang Soleh Hadis 32 Tiga Tanda Orang Yang Beruntung Hadis 33 Tiga Tanda Orang Sabar Hadis 34 Tiga Tanda Orang Bertaubat Hadis 35 Tiga Tanda Orang Kafir Hadis 36 Tiga Tanda Orang Munafiq Hadis 37 Tiga Tanda Orang Rosak Aqal Hadis 38 Tiga Tanda Orang Celaka Hadis 39 Tiga Tanda Orang Kecewa Hadis 40 Tiga Tanda Orang Dosa

Hadis 1 Mukmin Yang Bertambah Kuat Agamanya


Hai Ali! Sentiasa seorang mukmin di dalam bertambah kuat pada agamanya selama ia tidak akan makan barang yang haram dan barang siapa yang menceraikan ulama-ulama (menjauhkan diri dengan tidak menuntut ilmu akhirat dari mereka) nescaya mati hatinya dan buta ia daripada taat kepada Allah Taala.
Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha`rawi

Hadis 2 Orang Yang Menyingkirkan Al Quran


Hai Ali! Barang siapa yang membaca Al Quran sedangkan ia tidak menghalalkan yang halal dan tidak mengharamkan yang haram, maka adalah ia termasuk orang-orang yang menyingkirkan kitab Allah di belakangnya.

Hadis 3 Manusia Yang Didoakan Malaikat


Hai Ali! Sesungguhnya para malaikat memohon ampun bagi manusia selama ia berada di atas kesucian dan tidak berhadas (berwudhuk).

Hadis 4 Punca Tiap-tiap Ibadat


Hai Ali! Lazimkanlah (biasakan) atas dirimu solat tepat pada waktunya maka bahawasanya ia pokok tiap-tiap keutamaan dan punca tiaptiap ibadat.

Hadis 5 Tujuh Perkara Yang Diharapkan Jibril


Hai Ali! Jibril mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu solat lima waktu bersama imam, duduk bersama ulama, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minuman, mendamaikan orang yang bermusuhan dan memuliakan jiran tetangga dan anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau atas yang demikian itu.

Hadis 6 Seelok-elok Manusia


Hai Ali! Sembahyanglah olehmu di tengah malam walau sekadar masa memerah susu kambing. Maka orang yang sembahyang di tengah malam itu seelokelok perwajahan manusia.

Hadis 7 Fadhilat Solat Berjamaah


Hai Ali! Lazimkanlah atas dirimu solat berjamaah. Maka bahawasanya ia pada sisi Allah iaitu seperti jalanmu ke Haji dan Umrah. Dan tidak ada yang bersungguhsungguh melakukan solat berjamaah itu melainkan orang mukmin yang telah dicintai Allah. Tidak ada yang benci akan Dia melainkan orang munafiq yang telah dimurkai oleh Allah.

Hadis 8 Hamba Yang Dicintai Allah


Hai Ali! Hamba yang paling dicintai Allah iaitu seorang yang sujud yang berkata di dalam sujudnya Hai Tuhan! Bahawasanya aku telah menzalimkan diriku, maka ampunilah bagiku akan dosaku. Maka sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan engkau.

Hadis 9 Kebesaran Solat Dhuha


Hai Ali! Lazimkanlah atas dirimu solat dhuha di dalam masa berpergian atau sedang berdiam di tempat. Maka bahawasanya apabila tiba hari kiamat akan ada yang menyeru dari atas anjung syurga, Manakah orang-orang yang solat dhuha? Silakanlah masuk dari dari pintu Dhuha dengan selamat dan aman. Dan Allah tidak membangkitkan seorang nabi melainkan Ia perintahkannya mengerjakan solat Dhuha itu.

Hadis 10 Tanda Kemuliaan


Hai Ali! Daripada tanda kemuliaan seseorang dari kamu itu ialah mempunyai isteri yang muafakat, solat berjamaah dan jiran yang mencintainya.

Hadis 11 Tulisan Di Pintu Syurga


Hai Ali! Aku telah melihat tertulis di atas pintu syurga, engkau diharamkan terhadap orang yang kikir (kedekut), orang yang derhaka kepada ibubapanya dan orang yang mengadu-ngadu.

si tanggang ?

Hadis 12 Pemilihan Hawa Nafsu


Hai Ali! Barangsiapa yang menyalahi (tidak ikut) hawa nafsunya nescaya adalah syurga tempatnya. Dan barangsiapa yang patuh terhadap hawa nafsunya adalah jahannam (neraka) itu tempatnya.

Hadis 13 Ganjaran Orang Murah Hati


Hai Ali! Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang Muslim dengan senang hati nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan Ia hapuskan daripadanya seribu kejahatan dan Ia angkat baginya seribu darjat.

Hadis 14 Doa Yang Tidak Ditolak


Hai Ali! Lazimkanlah atas dirimu berdoa di antara azan dan iqamah, maka bahawasanya itu doa yang tidak ditolak.

Hadis 15 Kawan Yang Sejahat-jahatnya


Hai Ali! Sejahat-jahat kawan ialah yang melalaikan dalam urusan kawannya dan membuka rahsianya.

Hadis 16 Peringatan Yang Tiada Manafaat


Hai Ali! Jikalau orang alim tidak takut pada Tuhan, nescaya menjadilah peringatannya terhadap segala hati manusia seperti setitik air di atas telur burung kasawari dan batu yang licin (tidak memberi manafaat).

Mirza Ghulam Ahmad

Hadis 17 Orang Yang Menjadi Keras Hatinya


Hai Ali! Apabila lalu di atas seorang mukmin empat puluh pagi wal hal ia tidak duduk bersama ulama, nescaya menjadi keras hatinya dan berani ia melakukan dosa-dosa besar oleh kerana ilmu itu nyawanya hati.

Hadis 18 Memelihara Lidah


Hai Ali! Allah menjadikan pada diri manusia yang terlebih utama itu lidah. Dengan sebabnyalah boleh masuk ke syurga dan masuk ke neraka. Maka penjarakanlah ia. Sesungguhnya lidah itu laksana anjing yang gila.

Hadis 19 Orang Yang Tiada Iman


Hai Ali! Barangsiapa yang tidak menegah diri daripada segala maksiat maka perut bumi (mati) itu lebih baik baginya daripada punggungnya oleh kerana orang itu tidak ada iman di dalam hatinya.

Hadis 20 Asal Makna Wara


Hai Ali! Asal makna wara itu ialah meninggalkan pekerjaan yang harus dan barang yang diharamkan oleh Allah. Dan kepala kemuliaan itu ialah dengan meninggalkan segala maksiat.

Muhammad Idris Al Marbawi

Hadis 21 Diam Itu Ibadat


Hai Ali! Kepala ibadat iaitu diam kecuali daripada zikrullah.

Hadis 22 Akibat Banyak Tidur


Hai Ali! Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokkan. Dan banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyesalan.

Hadis 23 Orang Yang Diberi Masuk Syurga


Hai Ali! Barangsiapa yang Allah beri nikmat kepadanya maka ia bersyukur, dan Allah beri cubaan maka ia bersabar, dan jika ia berbuat jahat maka ia memohon ampun, nescaya boleh ia masuk syurga dari pintu mana yang ia kehendaki.

Hadis 24 Kesukaan Dan Kebenciaan Allah


Hai Ali! Janganlah engkau bersuka ria kerana Allah tidak suka kepada orang yang bersuka ria. Lazimkanlah atas dirimu berdukacita. Bahawasanya Allah itu suka kepada tiap-tiap orang yang berdukacita.

Hadis 25 Hari Menjadi Saksi


Hai Ali! Tidak ada daripada hari yang baru melainkan ia berkata Hai anak Adam, aku hari yang baru dan terhadap amal mu akan naik saksi maka tiliklah (perhatikan baik buruk) apa yang engkau akan amalkan.

Hadis 26 Tiga Tanda Orang Mukmin


Hai Ali! Bagi orang mukmin tiga alamat: iaitu benci akan harta yang tidak menolong untuk akhirat dan benci akan perempuan yang menjadi fitnah dalam agama dan benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia.

Hadis 27 Tiga Tanda Orang Berakal


Hai Ali! Bagi orang berakal iaitu tiga alamat: iaitu menggunakan dunia untuk manfaat akhirat dan menanggung kekasaran orang dan sabar atas segala kesusahan.

Shamil Basayev

Ibn al Khattab

Hadis 28 Tiga Tanda Orang Alim


Dan bagi orang alim itu tiga alamat: iaitu berkata benar, menjauhkan yang haram dan merendahkan diri.

Hadis 29 Tiga Tanda Kebenaran


Hai Ali! Bagi kebenaran itu tiga alamat iaitu: menyembunyikan ibadat dan menyembunyikan sedekah dan menyembunyikan musibah.

Hadis 30 Tiga Tanda Orang Abid


Hai Ali! Bagi orang yang abid (ahli ibadat) itu tiga alamat: iaitu ia benci akan nafsunya dan ia menghisab dunianya dan memanjangkan berdiri pada hadhirat Allah Taala.

Hadis 31 Tiga Tanda Orang Soleh


Dan bagi orang soleh itu tiga alamat: iaitu ia memperbaiki barang yang di antara Allah dengan dirinya dengan amal soleh dan ia memperbaiki agamanya dengan amal dan ia suka bagi manusia akan barang yang ia suka bagi dirinya.

Hadis 32 Tiga Tanda Orang Yang Beruntung


Hai Ali! Bagi orang yang beruntung itu tiga alamat: iaitu makanan yang halal dan duduk bersama ulamak dan solat fardhu bersama imam (berjamaah).

Hadis 33 Tiga Tanda Orang Sabar


Hai Ali! Bagi orang yang sabar itu tiga alamat: iaitu sabar atas menjalankan taat kepada Allah dan sabar atas menghadapi musibah dan sabar atas menerima qadha (ketentuan) Allah.

Hadis 34 Tiga Tanda Orang Bertaubat


Hai Ali! Bagi orang yang taubat itu tiga alamat: iaitu menjauhkan yang haram dan gemar menuntut ilmu dan tidak akan kembali berbuat dosa sebagai mana tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.

Hadis 35 Tiga Tanda Orang Kafir


Hai Ali! Bagi orang kafir iaitu tiga alamat: iaitu ragu-ragu pada zat Allah dan benci terhadap segala hamba yang mengabdi kepada Allah dan lalai daripada taat kepada Allah.

Firaun

Hadis 36 Tiga Tanda Orang Munafiq


Hai Ali! Bagi orang munafiq itu tiga alamat: iaitu apabila berkata-kata ia dusta dan apabila berjanji ia menyalahi dan apabila diberi amanah ia khianat dan tidak bermanafaat akan dia peringatan.

Hadis 37 Tiga Tanda Orang Rosak Aqal


Hai Ali! Bagi orang yang rosak aqalnya itu tiga alamat: iaitu meremehkan segala yang difardhukan Allah. Banyak berkata-kata dari zikrillah dan mencela pada Allah.

Hadis 38 Tiga Tanda Orang Celaka


Hai Ali! Bagi orang celaka itu tiga alamat: iaitu makanan yang haram dan menjauhkan diri dari orang alim dan solat bersendirian.

Arak HARAM !!!

Hadis 39 Tiga Tanda Orang Kecewa


Hai Ali! Bagi orang yang kecewa itu tiga alamat: iaitu banyak berdusta dan banyak bersumpah palsu dan banyak berhajat kepada manusia.

Pinochio ?

Hadis 40 Tiga Tanda Orang Dosa


Hai Ali! Bagi orang berdosa itu tiga alamat: iaitu suka kerosakkan dan membahayakan segala hamba Allah dan menjauhkan petunjuk yang benar.

McDonalds memasuki pasaran Israel pada tahun 1993 dan kini mempunyai 80 buah restoren di serata Israel, menyumbangkan 3000 peluang pekerjaan kepada rakyat Israel.
Terima kasih kerana menyumbang. Kami akan bunuh dan usir semua warga Palestin sehingga negara Palestin hilang dari peta dunia .

Surah Huud Ayat 113

TAFSIR PIMPINAN AR RAHMA N MUKA SURAT 536


Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. * Yakni janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau berkerjasama, atau bersubahat, ataupun menyetujui perbuatan orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang yang menjadi musuh Islam dan musuh umat Islam.

You might also like