You are on page 1of 2

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga

keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Terdapat banyak masalah yang melanda dunia pada ketika ini. Kebanyakan diantara masalah ini adalah masalah yang berkait dengan alam sekitar. Alam sekitar di definisikan sebagai sesuatu di sekeliling yang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi secara dalaman atau luaran terhadap sesuatu organism. Sesuatu organism selanjutnya boleh dipengaruhi secara positif atau negative dengan keadaan alam sekeliling. Para saintis bersetuju bahawa dengan berterusanya globalisasi masalah loka akan ditransformasikan kepada isu isu yang akan membawa kesan di peringkat dunia antarabangsa. Sesungguhnya hanya terdapat beberapa masyarakat yang tidak tersentuh dengan masalah masalah alam sekitar. Satu daripada masalah masalah alam sekitar yang terbukti di dunia kini ialah pencemaran. Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang berlaku di persekitaran dan selanjutnya membawa ancaman besar kepada kewujudan organism organism. Satu daripada bentuk pencemaran ialah pencemaran udara. Pencemaran udara meliputi semua pencemar pencemar yang dijumpai di atmosfera dan ia boleh dalam bentuk partikel partikel atau gas gas. Bahan bahan ini dianggap sebagai berbahaya kepada organism kerana ia boleh meracuni ataupun membunuh. Sumber sumber pencemaran boleh berasal dari manusia atau semulajadi . Walaubagaimanapun, dalam dunia hari ini manusia telah mendominasi dalam menghasilkan peningkatan amaun pencemaran kerana mereka merupakan majoriti yang menghasilkan bahan pencemar ke udara. Sebagai tambahan kepada masalah pencemaran udara, masalah alam sekitar yang lain pula ialah lambakan sisa terhadap alam sekitar. Manusia selalu melambakan sisa sampah yang sangat berbahaya kepada organisma. Disebabkan berterusanya perkembangan industri tahap sisa berbahaya juga terus berkembang. Kebanyakan manusia tidak mampu mengelak dari menghasilkan sisa berbahaya disebabkan tiadanya kesedaran terhadap masalah alam sekitar ini. Lambakan sampah bermula apabila seseorang mula membuang sampah tanpa menyedari ia boleh membahayakan alam sekitar. Keadaan sampah itu tidak menjadi hal, tetapi fakta yang sebenar sisa akan termendap ke tanah dan suatu masa akan membahayakan organisma Selain dari masalah masalah yang disebutkan tadi, alam sekitar kini juga sedang berhadapan dengan masalah serius iaitu kerosakan hutan hujan. Namun, bila dibandingkan dengan masalah masalah lain, isu ini menjadi perhatian media yang utama. Disebalik larangan untuk melakukan pembalakan , masalah ini masih terus wujud. Beberapa kes dilaporkan berlaku berkenaan dengan pembalakkan satu daripadanya kes yang berlaku di Brazil. Direkodkan bahawa di Brazil kawasan pembalakkan adalah seluas negara Nebraska. Moreso hutan hujan Amazon , hutan yang dikenali sebagai kawasan tarikan hutan hujan seperti Zaire, Indonesia, venuzela dan Columbia telah mencatatkan pengurangan yang sebelumnya merupakan hutan dara. Pemanasan global juga merujuk sebagai kesan rumah hijau ia merupakan antara maslaah alam sekitar yang dihadapi dunia kini. Isu ini telah menjadi perhatian dunia pada hari ini. Beberapa badan seperti kerajaan, para saintos dan environmentalis mengambil keperihatinan yang tinggi mengenai isu ini kerana ia merupakan suatu isu terbesar yang mengancam manusia dan organisma. Pemanasan global berlaku apabila gas gas begrgabung di atas permukaan bumi dan membentuk bumi yang dlindungi dengan rumah hijau. Gas gas ini kemudian memerangkap haba yang berhampiran dengan permukaan bumi yang selanjutnya bakal mengancam alam sekitar. Pemanasan global yang berlaku dengan pantas amat berbahaya kerana ia diramal akan meningkatkan suhu bumi yang akan mengancam alam sekitar dengan lebih dahsyat. Ribut, kemarau dan banjir merupakan beberapa petanda yang diakibatkan oleh pemanasan global dan environmentalis percaya ia akan lebih merbahaya daripada sekarang. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung hidup kepada sumber-sumber semulajadi di mukabumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang Iuas dijadikan sebagai tempat tinggal kita, gunung-ganang pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di Iautan. Air dengan keanihannya, angin dengan keajaibannya dan Iangit pula penuh dengan rahsianya. Oleh yang demikian, wajar bagi manusia yang telah dikurniakan tuhan dengan akal fikiran yang sempurna diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara serta mengekalkan kesejahteraan alam ini supaya menjadi tempat yang sesuai untuk penghidupan kini dan masa akan datang. Di Malaysia, pengurusan alam sekitar telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Pengurusan alam sekitar di negara ini secara bersepadu telah bermula seawal tahun 1970an berikutan perwartaan Akta Kualiti AIam Sekeliling 1974 bagi mencegah dan mengawal pencemaran serta memelihara alam sekitar. Negara kita sering berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar. Punca pencemaran terlalu banyak malah tidak mengenal sempadan. Pada tahun 1997, seluruh negara berhadapan dengan jerebu, pencemaran udara paling teruk pernah kita alami disebabkan pembakaran hutan di negara jiran. Ini telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar, kerugian kepada ekonomi negara dan kesihatan penduduk terancam. Isu pelupusan buangan berbahaya secara haram semakin meningkat, kejadian tumpahan minyak, hakisan tanah, pembangunan tanah tinggi, pembalakan haram, pembangunan zon pantai dan sebagainya. Pencemaran lain adalah gas-gas yang dilepaskan daripada kenderaan bermotor dan industri-industri. Pencemaran sungai semakin ketara tahun demi tahun. Sungai yang baik dan terkawal kebersihannya menjadi tercemar apabila mengalir atau melintasi kawasan-kawasan yang sedang dibangunkan. Kelodakan daripada aktiviti kerja-kerja tanah menjadi punca pencemaran sungai selain pembuangan sampah kedalamnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini di kalangan masyarakat kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan bahawa alam sekitar perlu dipelihara telah meningkat, tetapi tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih di peringkat yang rendah. Malah ramai yang masih beranggapan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru itu program pendidikan dan kesedaran amatlah perlu bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar.

You might also like