You are on page 1of 61

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN

CHEPA, KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

ii

PENGAKUAN Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

05.01.2004

. (NORMA BINTI HAJI HASSAN) 2001108735

iii

PENGESAHAN

Kajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Darul Ridzuan.

(En. Azhar bin Ahmad) Penyelia

. (Dr. Marzita Puteh) Ketua Jabatan Matematik Univertiti Pendidikan Sultan Idris

iv

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat saya menyempurnakan latihan ilmiah ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah ini iaitu Dr. Lim Chong Hin dan En. Azhar bin Ahmad selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah meluluskan permohonan kajian ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, yang telah memberikan kebenaran bagi kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar, guruguru, dan pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu kajian ini dijalankan. Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Sekian,terima kasih.

Norma Binti Haji Hassan, PKPG Matematik 2001/2004, UPSI, Tanjong Malim, Perak. Januari 2004.

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini telah dilaksanakan di Sek.Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 36 orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengukur minat pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif, di mana ujian statistik telah diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.

vi

ABSTRACT The purpose of this research done is to study the connection between the usage of teaching instrument and the interest of the students towards mathematic subject. At the same time is to make sure the right criterice and type of of teaching instrument that will attract the interest of the students. This research has been done at Sek. Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu , Kelantan. The sample of this research included 36 of Year 5 students. The instrument of this research that was used in the form questionaire. Descriptive method was used to get min, standard deviation, and percentage. The result of the research shows that positive relationship exists between the using of teaching instrument and the interest of the student. Therefore teaching instrument is one of the way to motivate and will interest the student towards mathematic. The right teaching instrument must take into consideration by the concerned teaching.

vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

ii iii iv v vi vii x xi

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

PENDAHULUAN Pengenalan Pernyataan Masalah Soalan Kajian Kesignifikan Kajian Batasan Kajian 1 4 7 7 8

BAB 2 2.1 2.2

TINJAUAN LITERATUR Minat Pelajar Terhadap Matematik Hubungan minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 9 12

viii 2.3 2.4 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 13 15

BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.6 3.7

METODOLOGI Reka bentuk Kajian Instrumen Kajian Sampel Kajian Prosedur Kajian Analisa Data 16 17 19 19 20

BAB 4 4.1

DAPATAN KAJIAN Penganalisaan Data 4.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar Berdasarkan skor min dan minat 4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 22

23 25 27

BAB 5 5.1

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Perbincangan 5.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar 5.1.2 5.1.3 5.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 31 32 33

34 35

Kesimpulan

ix

5.5

Cadangan Kajian

36 38 41 44 49

RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 3.2 3.3 4.1 4.2 4.3 4.4 Skala Pemeringkatan Likert Analisis skor bagi min Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Mengajar Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar

Muka Surat 18 20 21 23 25 25 27

xi

SENARAI RAJAH

Rajah 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Bahan Bercetak Bahan Bukan Bercetak Bahan 3 Dimensi Bahan Tayang Bahan Audio Bahan Video / TV / Komputer

Muka Surat 26 27 28 28 29 29 30

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta batasannya.

1.1

Pengenalan

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.

2 Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan, arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik. Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha menjayakan agenda tersebut. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik

minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan.

3 Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. . Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58), pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan

4 dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran matematik termasuklah: a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya. b. c. d. e. f. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol. Alat permainan dan teka teki matematik. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

1.2

Pernyataan Masalah

Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yang sukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatu cabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku?

5 Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga dianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja? Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita. Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru. Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi, mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

6 Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya. Dibuat dengan perincian yang tepat. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. Rupa bentuk dan warna yang menarik Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah. Mudah diubah alih dan dipasang semula. Fleksible dan pelbagai guna. Operasinya mudah Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983, m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980, m.s. 165).

7 Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktivitiaktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman, 1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru

meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287). . 1.3 Soalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini. 1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar tahun 5 terhadap matematik. 2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik

1.4

Kesignifikan Kajian dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.

8 Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. dapat: a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru matematik khasnya. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan

1.5

Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja. Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2003 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan dan anakanak tentera Batalion 8 Bridget. Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak. Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan asas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuah sekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam bidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1

Minat Pelajar Terhadap Matematik

Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya. Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan

10 Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik adalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik kurang memuaskan. Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s. 18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi minat dalam sesuatu perkara. Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktivitiaktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di dalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan pelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata pelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang

11 mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai, menarik dan menyeronokkan. Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986, m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang penting dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya konsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dan kurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan penting terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72% pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itu kebolehan mereka dalam matematik sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang minat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah kepada kegagalan. Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

12 2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. 5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

13 Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

2.3

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

14 Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat. Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti berikut: 1. tepat dengan tajuk 2. tahan lama dan ekonomi 3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. mudah disimpan 5. kepelbagaian penggunaan. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama

15 pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.

2.4

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya.

16

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Kebangsaan Kem. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data.

3.1

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians. Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam proses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang pengumpulan data dan dikemukakan. Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja

maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat.

17 Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini.

3.2

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumatmaklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik minat mereka. Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik.. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antara ciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar oleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan Bantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item

18 lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian pelajar bila digunakan. Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6 kumpulan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan sebagainya. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah, peta dan sebagainya. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem bergerak dan sebagainya. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan sebagainya. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana, dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya. Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah. Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan Likert Aras Persetujuan Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Setuju ( S ) Sangat Setuju (SS) Skor 1 2 3 4

19 3.3 Sampel kajian

Kajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kem. Sampel dalam kajian ini melibatkan 40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolah berkenaan. Sampel ini telah di ambil secara rawak.

3.4

Prosedur Kajian

Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu diambil oleh penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan pihak sekolah yang telah dipilih. Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat Fakulti Sains dan Teknologi untuk menjalankan kajian tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah langkah-langkah selanjutnya dilaksanakan. Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada Kememterian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan akhir sekali dari pihak sekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian serta tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan. Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.

20 3.5 Analisis Data

Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang diberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap skor ditunjukkan seperti di jadual 3.2. Jadual 3.2 Analisis skor bagi min. Skor Min 1.00 2.00 2.01 3.00 3.01 4.00 4.01 5.00 Petanda Sangat Negatif Negatif Positif Sangat Positif pembelajaran Matematik. Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual analisis

Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah positif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan tersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari analisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan untuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik. Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oeleh guru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai panduan bagi menunjukkan hubungan positif atau negatif.

21 Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai pekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearson boleh mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positif atau negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s. 469 ) Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama. Manakala nilai pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada hubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakin kuat hubungan di antara faktor-faktor itu. Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yang dipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ). Jadual 3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) Nilai ( r ) 0.00 hingga 0.20 0.21 hingga 0.30 0.31 hingga 0.60 0.61 hingga 0.80 0.81 hingga 1.00 -0.00 hingga -0.20 -0.21 hingga -0.30 -0.31 hingga 0.60 -0.61 hingga -0.80 -0.81 hingga -1.00 Kekuatan hubungan Korelasi boleh diabaikan Korelasi positif lemah Korelasi positif sederhana Korelasi positif kuat Korelasi positif sangat kuat Korelasi negatif boleh diabaikan Korelasi negatif lemah Korelasi negatif sederhana Korelasi negatif kuat Korelasi negatif sangat kuat

22

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini dibentangkan dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dijalankan. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisaan data-data yang telah dipunggut dari jawapan responden. Ianya merupakan keputusan statistik hasil dari penganalisaan data-data kajian berkenaan.

4.1

Penganalisaan Data

Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian: a. b. c. Hubungan di antara minat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar.

Terdapat seramai 40 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada ietm-item yang telah dikemukakan. Item 1 hingga 16 untuk mendapatkan data tentang minat pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Data tentang ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dan jenis Bahan yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari

23 item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnya seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Penyelidik telah memilih dua cara bagi menganalisa hubungan minat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Pertamnya melalui Skor min dan sisihan piawai. Manakala cara ke dua ialah dengan melihat hubungan Korelasi antara kedua pembolehubah tersebut.

4.1.1 Hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar 4.1.1.1 Berdasarkan Skor Min dan Sisihan piawai Penyelidik menyenaraikan tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam satu susunan jadual mengikut pengiraan min per item berdasarkan Jadual 4.1. Item-item yang dipaparkan dalam borang soal selidik ada yang bersifat positif dan negatif. Namun begitu penganalisaan dibuat secara positif, di mana item negatif ditukar terlebih dahulu semasa penganalisaan. Jadual 4.1 Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pernyataan item Minat belajar matematik jika guru guna BBM Tidak suka belajar Matematik tanpa BBM Bosan belajar Matematik tanpa BBM Seronok belajar Matematik dengan adanya BBM BBM menjadi motivasi untuk belajar Matematik Tidak dapat menumpukan perhatian walaupun ada guru gunakan BBM Seronok belajar Matematik jika guru menggunakan BBM 3.53 0.51 3.55 0.50 Min 3.53 3.65 3.60 3.50 3.50 Sisihan Piawai 0.51 0.48 0.63 0.60 0.64

24 Penggunaan BBM dapat mengekalkan minat Minat bertambah jika guru guna BBM Minat buat latihan yang disedia oleh guru dalam lembaran kerja Penggunaan BBM tidak langsung menarik minat Pembelajaran tidak menarik dengan BBM Penggunaan BBM mendorong minat supaya lebih rajin belajar Pembelajaran jadi lebih menarik adanya BBM Minat membuat latihan dalam buku rujukan Berjaya menyelesaikan masalah matematik jika belajar guna BBM 2.95 0.83 3.68 3.50 3.40 0.53 0.60 0.71 3.53 3.80 3.18 0.55 0.46 0.87 3.35 3.45 0.62 0.60

Berdasarkan Jadual 4.1 yang menunjukkan min perkaitan hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran Matemaik. Secara keseluruhannya, didapati skor min yang diperolehi bagi setiap item di bahagian A adalah tinggi. Dengan merujuk pada Jadual 3.2, skor yang diperolehi sekitar 3.01 hingga 4.00. Ini bermakna pembolehubah Bahan Bantu Mengajar dan minat mempunyai hubungan positif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar setuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar merupakan satu cara untuk menarik minat mereka. Kecuali Item 16, skor minnya agak rendah iaitu 2.95 sahaja. Julatnya berada di antara 2.01 hingga 3.00 iaitu hubungan negatif. Ini bermakna penggunaan Bahan Bantu Mengajar kurang membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik terutama yang bersifat agak kompleks. Namun begitu pelajar tidak menolak bahawa Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik.

25 4.1.1.2 Berdasarkan pekali Korelasi Pearson Jadual 4.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pembolehubah Minat Bahan Bantu mengajar Nilai Korelasi Pearson, r = 0.670 Nilai = 0.000 Korelasi signifikan pada aras keertian 0.01 Jadual 4.2 menunjukkan keputusan Ujian Korelasi Pearson untuk menentukan hubungan antara minat pelajar dalam pembelajaran matematik dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Hasil ujian menunjukkan bahawa hubungan positif kuat antara minat dan bahan Bantu Mengajar. Oleh kerana nilai 0.670 merupakan satu hubungan yang positif, ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara kedua pemboleh ubah tersebut dengan nilai signifikannya ialah 0.000 iaitiu lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Signifikan

4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai Dalam menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang mahu digunakan, para guru perlulah memastikan terlebih dahulu ianya memenuhi ciri-ciri yang berkaitan seperti yang ditunjukkan di bawah. Jadual 4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Kesesuaian Kejelasan Menarik minat Kekemasan 3.35 3.33 3.80 3.48 Min Sisihan Piawai 0.74 0.73 0.41 0.55 90% 95% 100% 97.5% Setuju Tidak Setuju 10% 5% 2.5%

26 Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka sesuai dengan topik yang diajarkan. Item kejelasan pula,minnya3.33 menyetujui Bahan Bantu Mengajar tersebut jelas dan untuk item menarik minat min 3.80, dimana responden mengakui yang Bahan Bantu Mengajar yang digunakan menarik minat mereka. Manakala bagi item kekemasan pula min 3.48, menunjukkan responden turut bersetuju Bahan Bantu Mengajar yang digunakan kemas dari segi binaan dan mudah digunakan.

100 90 80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 10 90

100 95

97,5

5 0 Kesesuaian Kejelasan

2,5 Menarik Minat Kekemasan

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Setuju Tidak Setuju

Rajah 4.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

27
4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar

Jadual 4.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Bahan bercetak Bahan bukan bercetak Bahan 3 Dimensi Bahan tayang Bahan audio Bahan video/TV/ computer Min 3.33 3.20 2.98 3.45 2.93 3.73 Sisishan Piawai 0.89 0.91 0.95 0.68 1.08 0.51

Berdasarkan jadual 4.4 di muka surat sebelah, didapati responden memilih bahan video/ TV/ komputer sebagai Bahan Bantu Mengajar yang paling mereka minati itu min 3.75. Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan kedua responden pula bahan tayangan min 3.45. Seterusnya bahan bercetak dan bahan bukan bercetak pula min masing-masing ialah 3.33 dan 3.20. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahan 3 Dimensi dan bahan audio kurang diminati dan min yang ditunjukkan hanya 2.98 dan 2.93 sahaja. Graf 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan peratus yang diperolehi oleh setiap jenis Bahan Bantu Mengajar tersebut.

17.5

Setuju Tidak Setuju

82.5

Rajah 4. 2 Bahan Bercetak

28

22.5

Setuju Tidak Setuju


77.5

Rajah 4. 3 Bahan Bukan Bercetak

Setuju Tidak Setuju

25%

75%

Rajah 4.4 Bahan 3 Dimensi

29

Tidak Setuju 10%

Setuju 90%

Rajah 4.5 Bahan Tayang

30%

Setuju Tidak Setuju

70%

Rajah 4.6 Bahan Audio

30

Tidak Setuju 3%

Setuju 97%

Rajah 4.7 Bahan Video/TV/Komputer

31

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Di dalam bab ini akan dijelaskan tentang aspek perbincangan dan kesimpulan dari dapatan analisis data. Rumusan dan kesimpulan ini berdasarkan Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4. Ekoran dari perbincangan dan kesimpulan ini, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi usaha untuk menarik dan meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran matematik khususnya.

5.1

Perbincangan

Sebagaimana yang telah dijelaskan di awal kajian ini, minat yang mendalam terhadap subjek matematik akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, pelajar yang meminati matematik tidak akan menganggap ianya suatu yang susah dan membosankan. Sebaliknya mereka merasakan bahawa mempelajari matematik merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Tetapi fenomena sebaliknya terjadi pada pelajar yang tidak minat matematik. Jadi tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan adakah Bahan Bantu Mengajar merupakan salah satu cara dalam menarik minat pelajar-pelajar ini supaya meminati atau sekurang-kurangnya wujud kemahuan dalam diri mereka untuk belajar

32 matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey). Seramai 36 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tahun lima, Sek. Keb. Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih untuk diedarkan soal selidik.

5.1.1 Hubungan antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar

Berdasarkankan kepada jadual 4.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan min yang diperolehi bagi setiap item di bahagia A ini adalah tinggi. Didapati sebahagian besar pelajar memberi respon positif terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pelajaran matematik. Mereka meyokong serta memberi sambutan yang baik terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar kerana bagi mereka tanpa Bahan Bantu Mengajar proses pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Ini ditambah lagi dengan anggapan sedia ada pada diri mereka yang matematik merupakan satu subjek yang sukar. Manakala berdasarkan pekali Korelasi Pearson yang telah diperolehi, maka bolehlah disimpulkan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat menarik minat pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Kem, Peng. Chepa terhadap matematik. Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar berpendapat bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pembelajaran matematik telah mendorong dan memotivasikan diri mereka supaya lebih rajin belajar. Di mana penggunaan Bahan Bantu Mengajar ini telah menimbulkan rasa seronok pada diri pelajar. Justeru itu mereka lebih rajin untuk membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru matematik. Ini termasuklah latihan dalam lembaran kerja ataupun yang terdapat dalam buku kerja dan rujukan lainnya.

33 Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar, Ini seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Dale (1963, m.s 67), mendapati terdapat tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokong oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.

5.1.2

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Pada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat pada bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang soal selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi bilangannya tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 4.3 dan rajah 4.1, untuk ciri kesesuaian dan 90% sahaja bersetuju dan 10% lagi tidak menyetujuinya. Bagi mereka, mungkin guru boleh menggunakan Bahan Bantu Mengajar lain yang lebih relevan dengan tajuk yang diajar berbanding dengan bahan yang telah guru gunakan. Manakala dari segi kejelasan pula seramai 5% menafikan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin disebabkan faktor jarak antara pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya peta atau carta. Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan.

34 Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciri berkenaan. Ini mungkin disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan Bahan Bantu Mengajar berkenaan bukanlah terdiri bahan yang benar-benar berkualiti atau mungkin pelajar yang menggunakan bahan berkenaan kurang teliti semasa penggunaannya. Perkara di atas mendapat sokongan dari para pengkaji sebelum ini. Sebagaimana kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahim (1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12 ) yang menyatakan adalah penting bagi memastikan Bahan Bantu mengajar yang digunakan benar-benar berfungsi dan memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Fakta yang dikemukakan haruslah kemas dan teknik yang digunakan pula perlu jelas sesuai dengan saiz penglihatan pelajar. Begitu juga dari segi daya penarik yang perlu ada pada bahan itu selaras dengan kajian Razali (1990 dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 15) dan Kajian oleh Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 22)

5.1.3

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut Pilihan Pelajar

Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan Bahan Bantu Mengajar yang diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Rajah 4.2, di mana 97% pelajar lebih cenderung memilih bahan video, TV atau komputer sebagai pilihan utama mereka. Ini selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75), beliau mendapati bahan pengajaran melalui komputer memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas daripadanya. Ciri interaktif yang ada meningkatkan dalam perisian komputer berpotensi motivasi belajar. Antara ciri-ciri perisian yang baik seperti mesra

35 pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benarbenar tercapai,tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan. Begitu juga penggunaan video, di mana pita rakaman atau vcd mengenai pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh mendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV Pendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui ASTRO. Kemudahan ini telah disediakan di sekolah oleh pihak yang berkenaan. Namun begitu bahan Bahan Bantu Mengajar yang lainnya juga turut menjadi pilihan pelajar. Berdasarkan Rajah 4.4, 90% pelajar bersetuju dengan penggunaan Bahan Tayangan. Manakala Jenis Bahan Bantu Mengajar yang kurang mendapat sambutan dari pelajar ialah Bahan Audio iaitu 70%, sahaja pelajar memilih bahan jenis ini. Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahu mengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikut iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim, 2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliau mendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkan keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan ingin tahu dan imaginasi pelajar.

5.1

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar berpendapat Bantu Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik minat mereka. Dengan kata lain memang wujud hubungan positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam kelas

36 matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap matematik. Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian bahan dengan isi pelajaran yang diajar penting bagi memastikan isi pelajaran yang disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya kekemasan, kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak Bahan Bantu Mengajar yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan Bantu Bantu Mengajar tersebut. Jelaslah kepada kita dari kajian ini, jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling diminati oleh pelajar berbentuk bahan elektronik selaras denagn keperluan masa kini. Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan suasana pembelajaran yang memberangsangkan minat pelajar.

5.3

Cadangan

Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa cadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran matematik berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

5.3.1 Cadangan Untuk Guru.

a.

Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan Bahan Bantu Mengajar.

b.

Pengendalian pengajaran Matematik dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar hendaklah dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif.

37
5.3.2 Cadangan Untuk Pihak Sekolah

a.

Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di mendapatkannya. pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi

b. c.

Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini terutama media alat pandangan dengar. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang terancang dan berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.

5.3.3

Saranan Untuk Kajian Pada Masa Depan.

a. b. c.

Kajian adalah mengenai persepsi pelajar tahap dua terhadap tahap pengunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru matematik sewaktu pengajaran mereka. Mengkaji secara khusus jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dengan menilai tahap keberkesanannya dan pengaruhnya kepada pelajar. Masa dan waktu soal selidik haruslah dipanjangkan dan disesuaikan supaya responden kajian dapat menjawab dengan lebih berhati-hati dan ini akan memberikan keputusan yang lebih tepat.

38
RUJUKAN

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1) m.s. 22 26. Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30. Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 15. Sejauh manakah kita

Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men. Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM Crow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (Terjemahan Habibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dale, E. (1969). Audio Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston. Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM. Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan. Kertas Kerja dalam seminar Konvokesyen Pendidikan ke 5 di Johor Bahru. Anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Kerjaya. Mohd Nawi Ab Rahman (1998). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia. Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November, Kuala Lumpur: Adabi. Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. hlm. 23 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.

39 Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 4 Mei, 1992. Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994). Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. M.s. 22 34. Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 8 Dis, 1987. Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd. Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd. Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan guru-guru Sek. Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda, UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). Diperolehi Ogos19,2003 daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm. Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1992). Psikologi, Strategi pengajaran dan Penilaian Matematik, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM. Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 280. Mohd. Nashuha Zainudin dan rakan-rakan. (1992). Kemahiran Berfikir dan belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

40 Musa Daia. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan di Malaysia: Pustaka aman Press, 1966. Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 65. Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia. Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni. Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM. Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Men Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas, Johor. UTM. Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan sastera. Latihan ilmiah. UM. Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

41
LAMPIRAN A

Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar) Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut. Rujukan pernyataan:
Aras persetujuan Skor 1 2 3 4

Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju (TS) Setuju (S) Sangat Setuju (SS)

Bahagian A

Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1. Saya sangat minat belajar Matematik bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa Bahan Bantu Mengajar.. 3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 4. Saya merasa seronok belajar Matematik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar.

STS

TS

SS

1 1

2 2

3 3

4 4

42 5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru menjadi motivasi kepada saya untuk mengikuti pelajaran Matematik. 6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar 8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada subjek Matematik. 9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajarannya. 10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada Matematik. 12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru telah mendorong minat saya untuk lebih rajin belajar Matematik. 14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 15. Saya minat membuat latihan Matematik yang terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi oleh guru. 16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika mengajar.

1 1

2 2

3 3

4 4

1 1

2 2

3 3

4 4

1 1

2 2

3 3

4 4

1 1

2 2

3 3

4 4

43
Bahagian B Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas. 19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru menarik perhatian saya. 20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru kemas dan mudah digunakan.

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan oleh guru semasa mengajar.
Jenis BBM 21. Bahan bercetak STS 1 TS 2 S 3 SS 4

22. Bahan bukan bercetak 23. Bahan 3D

1 1 1 1 1

2 2 2 2 2

3 3 3 3 3

4 4 4 4 4

24. Bahan Tayangan 25. Bahan audio 26. Bahan video dan komputer

*SELAMAT MENJAWAB* *TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*

44
Lampiran B

Frequency Table
A1 Frequency 19 21 40 Percent 47.5 52.5 100.0 A2 Frequency 14 26 40 Percent 35.0 65.0 100.0 Valid Percent 35.0 65.0 100.0 Cumulative Percent 35.0 100.0 Valid Percent 47.5 52.5 100.0 Cumulative Percent 47.5 100.0

Valid

3 4 Total

Valid

3 4 Total

A3 Frequency 1 13 26 40 Percent 2.5 32.5 65.0 100.0 Valid Percent 2.5 32.5 65.0 100.0 Cumulative Percent 2.5 35.0 100.0

Valid

1 3 4 Total

A4 Frequency 2 16 22 40 Percent 5.0 40.0 55.0 100.0 Valid Percent 5.0 40.0 55.0 100.0 Cumulative Percent 5.0 45.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

A5 Frequency 1 17 22 40 Percent 2.5 42.5 55.0 100.0


A6 Frequency 18 22 40 Percent 45.0 55.0 100.0 Valid Percent 45.0 55.0 100.0 Cumulative Percent 45.0 100.0

Valid

1 3 4 Total

Valid Percent 2.5 42.5 55.0 100.0

Cumulative Percent 2.5 45.0 100.0

Valid

3 4 Total

45

A7 Frequency 19 21 40 Percent 47.5 52.5 100.0 Valid Percent 47.5 52.5 100.0 Cumulative Percent 47.5 100.0

Valid

3 4 Total

A8 Frequency 3 20 17 40 Percent 7.5 50.0 42.5 100.0 A9 Frequency 2 18 20 40 Percent 5.0 45.0 50.0 100.0 A10 Frequency 1 17 22 40 Percent 2.5 42.5 55.0 100.0 A11 Frequency 1 6 33 40 Percent 2.5 15.0 82.5 100.0
A12 Frequency 3 3 18 16 40 Percent 7.5 7.5 45.0 40.0 100.0 Valid Percent 7.5 7.5 45.0 40.0 100.0 Cumulative Percent 7.5 15.0 60.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 7.5 50.0 42.5 100.0

Cumulative Percent 7.5 57.5 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 5.0 45.0 50.0 100.0

Cumulative Percent 5.0 50.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 2.5 42.5 55.0 100.0

Cumulative Percent 2.5 45.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 2.5 15.0 82.5 100.0

Cumulative Percent 2.5 17.5 100.0

Valid

1 2 3 4 Total

46

A13 Frequency 1 11 28 40 Percent 2.5 27.5 70.0 100.0 A14 Frequency 2 16 22 40 Percent 5.0 40.0 55.0 100.0 A15 Frequency 1 2 17 20 40 Percent 2.5 5.0 42.5 50.0 100.0
A16 Frequency 1 12 16 11 40 Percent 2.5 30.0 40.0 27.5 100.0 Valid Percent 2.5 30.0 40.0 27.5 100.0 Cumulative Percent 2.5 32.5 72.5 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 2.5 27.5 70.0 100.0

Cumulative Percent 2.5 30.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid Percent 5.0 40.0 55.0 100.0

Cumulative Percent 5.0 45.0 100.0

Valid

1 2 3 4 Total

Valid Percent 2.5 5.0 42.5 50.0 100.0

Cumulative Percent 2.5 7.5 50.0 100.0

Valid

1 2 3 4 Total

A17 Frequency 1 3 17 19 40 Percent 2.5 7.5 42.5 47.5 100.0 Valid Percent 2.5 7.5 42.5 47.5 100.0 Cumulative Percent 2.5 10.0 52.5 100.0

Valid

1 2 3 4 Total

47

A18 Frequency 2 21 17 40 Percent 5.0 52.5 42.5 100.0


A19 Frequency 8 32 40 Percent 20.0 80.0 100.0 Valid Percent 20.0 80.0 100.0 Cumulative Percent 20.0 100.0

Valid

1 3 4 Total

Valid Percent 5.0 52.5 42.5 100.0

Cumulative Percent 5.0 57.5 100.0

Valid

3 4 Total

A20 Frequency 1 19 20 40 Percent 2.5 47.5 50.0 100.0 B21 Frequency 2 5 11 22 40 Percent 5.0 12.5 27.5 55.0 100.0 B22 Frequency 2 7 12 19 40 Percent 5.0 17.5 30.0 47.5 100.0 Valid Percent 5.0 17.5 30.0 47.5 100.0 Cumulative Percent 5.0 22.5 52.5 100.0 Valid Percent 5.0 12.5 27.5 55.0 100.0 Cumulative Percent 5.0 17.5 45.0 100.0 Valid Percent 2.5 47.5 50.0 100.0 Cumulative Percent 2.5 50.0 100.0

Valid

2 3 4 Total

Valid

1 2 3 4 Total

Valid

1 2 3 4 Total

48

B23 Frequency 4 6 17 13 40 Percent 10.0 15.0 42.5 32.5 100.0 B24 Frequency 4 15 21 40 Percent 10.0 37.5 52.5 100.0 B25 Frequency 6 6 13 15 40 Percent 15.0 15.0 32.5 37.5 100.0 B26 Frequency 1 9 30 40 Percent 2.5 22.5 75.0 100.0 Valid Percent 2.5 22.5 75.0 100.0 Cumulative Percent 2.5 25.0 100.0 Valid Percent 15.0 15.0 32.5 37.5 100.0 Cumulative Percent 15.0 30.0 62.5 100.0 Valid Percent 10.0 37.5 52.5 100.0 Cumulative Percent 10.0 47.5 100.0 Valid Percent 10.0 15.0 42.5 32.5 100.0 Cumulative Percent 10.0 25.0 67.5 100.0

Valid

1 2 3 4 Total

Valid

2 3 4 Total

Valid

1 2 3 4 Total

Valid

2 3 4 Total

49
Lampiran C

Correlations
Descriptive Statistics BBM Minat terhadap Matematik Correlations BBM Minat terhadap Matematik Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pearson Correlation Mean 3.50 82.3000 Std. Deviation .38 14.2976 N 40 40

BBM 1.000 . 40 .670 .000 40

Minat terhadap Matematik .670 .000 40 1.000 . 40

Sig. (2-tailed) N ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

You might also like