You are on page 1of 5

Pengendalian dan Penyelenggaraan Gergaji Berantai

Sinopsis

Mesin gergaji berantai merupakan salah satu peralatan kebombaan yang perlu dikendalikan mengikut prosedur yang betul supaya dapat berfungsi dengan berkesan dan mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pengguna. Seringkali anggota kita di perlukan untuk bantuan serta ada ketikanya kita perlu menggunakan mesin gergaji untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini dapat melahirkan pegawai yang berkemahiran di dalam aspek pengendalian dan penyelenggaraan mesin gergaji berantai dengan cekap, berkesan dan selamat.

Pergerakan Kursus Kursus dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori dan praktikal dengan menggunakan teknik syarahan dan perbincangan. Dari segi teori ianya akan dilakukan di dalam kelas dan melibatkan nota, buku panduan, powerpoint, serta tanyangan video manakala dari segi praktikal pula ia banyak tertumpu pada hutan di Akademi serta adakalanya akan dilakukan di hutan simpan sekayu dengan kerjasama Pegawai Penjaga, Hutan Simpan Sekayu.

Kursus dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori dan praktikal dengan menggunakan teknik syarahan dan perbincangan. Dari segi teori ianya akan dilakukan di dalam kelas dan melibatkan nota, buku panduan, powerpoint, serta tanyangan video manakala dari segi praktikal pula ia banyak tertumpu pada hutan di Akademi serta adakalanya akan dilakukan di hutan simpan sekayu dengan kerjasama Pegawai Penjaga, Hutan Simpan Sekayu.

Kaedah kursus diadakan dalam 2 bentuk iaitu:Teori - 30% Praktikal - 70%

Tujuan

Menyediakan garis panduan untuk kursus pengendalian dan penyelenggaraan gergaji berantai bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Objektif Beberapa objektif telah pun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus ini: Memberi pengetahuan dan kemahiran dari aspek pengendalian dan penyelenggaraan mesin gergaji berantai.

Memberi pengetahuan mengenai aspek keselamatan semasa mengendalikan mesin gergaji berantai. Memberi pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik menebang dan mengatang pokok.

Jangka masa Kursus

Kursus ini dilaksanakan selama 5 hari dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus ini hingga tamat. Sekiranya kurang dari tempoh berkenaan akan menjejaskan segala keperluan teori dan amali yang bakal diperolehi oleh pelatih. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Penyelaras Kursus untuk kelulusan Pegawai Latihan Negeri.

Kadungan kursus

1. Pengenalan Gergaji Berantai -Mengenal komponen-komponen gergaji berantai dan fungsinya -Pemegang gergaji berantai -Kunci keselamatan pendikit -Suis -Rantai keselamatan -Penghadang belakang -Anti getaran -Brek -Kaedah mengendalikan gergaji berantai -Kaedah menghidupkan gergaji berantai -Menghidupkan gergaji berantai di atas tanah -Menghidupkan gergaji berantai di celah peha

2. Keselamatan Semasa Pengendalian -Keselamatan kepada pengguna -Keselamatan gergaji berantai -Keselamatan terhadap persekitaran

3. Asas Teknik Menebang Dan Mengatang Pokok -Teknik tebangan berarah -Teknik muka tebangan -Teknik ensel -Teknik potongan sendeng -Penyediaan muka tebangan -Menebang pokok bermasalah -Kaedah melepaskan mata gergaji tersepit -Teknik mengatang pokok -Konsep tekanan -Konsep tegangan -Konsep penggunaan baji -Konsep pemotongan

4. Teknik Asahan Mata Gergaji -Peralatan mengasah -Saiz rantai dan pengikir -Sudut asah mata gigi atas

-Sudut asah mata gigi tepi

5. Penyelenggaraan Mesin Gergaji Berantai -Teori rantai gergaji -Binaan mata rantai gergaji istilah rantai gergaji -Penyelenggaraan gergaji berantai -Penyelenggaraan harian -Penyelenggaraan berkala -Penyelarasan kaburator -Laraskan L -Laraskan H -Laraskan T

7. Latihan Amali Menebang Dan Mengatang Pokok -Teknik tebangan berarah -Teknik mengatang pokok

You might also like