You are on page 1of 35
018/0128/038 SAINS FORMAT KERTAS SOALAN Kertas soalan terbahagi kepada dua, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Masa keseluruhan yang diperuntukkan bagi menjawab ialah 1 jam 15 minit (75 minit) Bahagian A terdiri daripada 30 item aneka pilihan dengan 4 pilihan jawapan. Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 45 minit. 30 markah diperuntukkan untuk bahagian ini Bahagian 8 terdiri daripada 5 soalan berdasarkan Kemahiran Proses Sains (KPS). Masa yang dicadangkan untuk menjawab Bahagian ini adalah 30 minit. Bahagian ini memperuntukkan 20 markah. Calon dikehendaki menjawab setiap soalan di ruang-ruang yang disediakan di dalam kertas soalan itu mengikut pecahan soalan. PRESTASI KESELURUHAN ‘Sebahagian besar calon cemerlang menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan-soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Bagi Bahagian B, sebahagian besar calon telah menunjukkan prestasi yang cemeriang. Mereka mempamerkan penguasaan KPS yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan respon yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan ramai calon telah menguasai KPS yang diuji di Bahagian B Calon prestasi sederhana dan rendah menguasai sebahagian KPS yang ditaksir di bahagian B. Calon sederhana menghadapi masalah memberikan respon yang baik dalam soalan-soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula menghadapi masalah dalam kebanyakan KPS. yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan-soalan pembolehubah dan corak sahaja. ‘Sains 7 “Kupasan Muni Jawagpcns UPSR 2008 PRESTAS! MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab soalan menepati kehendak soalan. Persembahan jawapan baik dengan penggunaan istilah, kosa kata dan nahu (grammar) yang betul yang dapat membezakan tugasan soalan dengan jelas. Penguasaan bahasa Inggeris dianggap baik dengan penggunaan struktur ayat yang mudah dan tepat. Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini menjawab menggunakan bahasa Inggeris. Hanya sebahagian kecil yang menjawab dalam bahasa Melayu/Cina/Tamil atau dalam dwibahasa. Dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir, sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasainya dengan baik. Selain itu, sebahagian besar calon juga mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mengaplikasi dengan baik terhadap konsep/prinsip sains yang dipelajari Sebahagian besar calon juga faham tentang kosa kata lain yang membawa maksud "veriables’ iaitu ‘informations’ sebagaimana dalam ceraian soalan 3(b) Contoh: (by State one information gathered in this investigation. : Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini. The syeeel.. Of... fer. Hanya sebahagian kecil calon yang masih belum menguasai Kefahaman yang mendalam tentang beberapa konsep/prinsip asas sains seperti faktor-faktor yang menyebabkan persaingan dalam situasi yang diwujudkan dalam penyiasatan yang dibuat. Calon Dalam Kumpulan Sederhana Mutu jawapan calon dalam kelompok ini masih balk, mudah difahami dan menepati tugasan. Calon telah menguasai pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan KPS yang ditaksir. Kehilangan markah disebabkan calon tidak memahami tugasan soalan dengan tepat n Bains Kiypasan Mite Jowapan UPSR 2008 Contoh: Predict what happen to the chicks after four hours. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada anak-anak ayam itu selepas empat jam. Soalan tidak merujuk kepada bilangan anak ayam. Kumpulan ini menguasai pengetahuan asas tentang beberapa konsep dan prinsip sains dan KPS yang ditaksir, tetapi tahap penguasaan calon dalam aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Contohnya, calon tidak memahami konsep ‘competition’ dalam soalan 1, sebaliknya menganggap soalan ini berkisar tentang konsep ‘basic needs’ Contoh: 2) State one reason (inference) based on these information. Nyatakan satu inferens berdasarkan maklumat-maklumat ini.” Because the theese fi, -Ee enough {basic Bagi soalan 2(d), calon tidak menguasai prinsip ‘parallel and series circuit’ menyebabkan mereka tidak menjawab mengikut tugasan soalan. Contoh: ‘What can you conclude from this investigation? Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat berdasarkan penyiasatan ini? Calon dalam kumpulan ini gagal untuk memahami KPS dengan baik yang menyebabkan mereka tidak dapat membuat hipotesis, kesimpulan dan pola perubahan. ‘Sains 3 ‘Kuganan Mut Jawapan UPSR 2008

You might also like