You are on page 1of 84

PERUNDINGAN KAUNSELING IBU BAPA

Profesor Dr. Haji Othman Dato' Haji Mohamed Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

MODUL 1 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

TUJUAN Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber Pembelajaran 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Konsep perundingan secara umum 2. Konsep perundingan dalam kaunseling

Kaedah Belajar Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan uji sendiri. 2. Setelah anda berasa yakin dengan pencapaian anda, sila buat tugasan yang berikut :

" Fahamkan definisi perundingan dan bezakan dengan definisi kaunseling". Penulisan tidak melebihi 3 muka surat mengikut cara penulisan American Psychological Association.

Teks Wajib Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

TOPIK 1: KONSEP PERUNDINGAN KAUNSELING

PENGENALAN Latihan yang diterima oleh seorang kaunselor adalah seimbang, memberi fokus kepada kedua-dua pengetahuan tentang tingkahlaku manusia yang berbentuk afektif dan kognitif. Latihan demikian menyediakan seorang kaunselor itu sebagai ahli profesional yang unik dalam masyarakat sekolah kerana persediaan pengetahuan asasnya kepada kefahaman tentang aspek psiko-sosial dan pendidikan. Kaunselor

mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tingkahlaku kanak-kanak, remaja, serta proses pengajaran-pembelajaran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh digunakan dengan lebih berkesan secara berkongsi dan membantu guru-guru, ibu-bapa, atau kelompok yang signifikan untuk memahami tentang nilai, sikap, emosi serta tingkahlaku mereka. Penglibatan sedemikian secara langsung membantu ibu-bapa, guru, dan kelompok yang signifikan meningkatkan pengalaman dan pertumbuhan diri mereka. Aktiviti seperti ini adalah selari dengan konsep perundingan atau konsultasi.

DEFINISI PERUNDINGAN KAUNSELING Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan (1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2) memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orangorang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan mereka menanangi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan. Lippitt dan Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat. Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh digunakan di luar ruang rujuk masalah pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan

bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik. Tujuan proses adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus kepada cara melayan pelajar yang kurang berminat dalam suatu matapelajaran. Fokus perundingan dalam keadaan ini mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah pelajar tersebut, cara meyakinkan pelajar tersebut tentang pentingnya prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya. Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt dan Lippitt (1978). Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud ini memberi erti bahawa perundingan diperluaskan kawasan pengunaannya kepada kelompok, organisasi, selain daripada individu. Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka, ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik. Ciri-ciri seperti ini sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun, dalam kaunseling prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien mengatasi masalah psikologikal. Dalam proses perundingan, perunding boleh mengenalpasti masalah psikologikal klien melalui konsulti dan memberi saranan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya. Sehubungan ini, proses perundingan tidak berhasrat untuk menuju ke arah matlamat kaunseling secara langsung. Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara. Apabila perundingan itu di analisis sebagai satu kemahiran atau kecekapan yang terampil, maksud definisinya adalah terhad kepada ahli profesional. Apabila perundingan dianalisis sebagai satu proses maka terapanya adalah lebih condong kepada hasrat

bagi memperbaiki hubungan sesama insan dan lebih komprehensif. Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya peningkatan keterampilan melalui proses komunikasi terbuka yang dapat membantu penyelesaian masalah, di samping memastikan proses hubungan sesama insan yang berlangsung secara sukarela dilaksana di dalam sistem yang komprehensif. Proses perundingan melibatkan tiga peserta; perunding yang memberi khidmat bantuan itu menyampaikan khidmat kepada klien melalui orang tengah atau perantara. Perunding merupakan seorang yang mempunyai kepakaran. Kepakaran tersebut biasanya dikongsi dengan seorang orang tengah dan secara tidak langsung membantu pihak yang ketiga untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengubah tingkahlaku dan sebagainya (lihat Rajah 1) Dalam Rajah 1, orang tengah yang dimaksud itu dinamakan sebagai konsulti. Konsultilah yang akan menjalankan proses membantu klien bagi menanangi kerumitan yang sedang dihadapinya. Perunding pula merupaka seorang yang memberi tunjuk ajar kepada konsulti cara bagaimana untuk menanangi masalah yang dihadapi klien. Dalam keadaan demikian kontak klien secara langsung dalam menanangi masalahnya adalah dengan konsulti. Dalam proses perundingan, perunding menyalorkan kepakarannya kepada konsulti.

Dalam Rajah 2 pula, jelas dapat dipaparkan proses perundingan antara perunding (A) dengan konsulti (B). Manakala hubungan diantara konsulti (B) dengan klien (C) adalah proses menolong. Sehubungan ini, dalam keadaan yang di luar proses perundingan, apabila kaunselor menanangi masalah klien secara hubungan langsung, interaksi ini tetap ke arah proses kaunseling (lihat Rajah 3)
copyright
othmanmohamed

MODUL 2 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan seperti berikut: " Huraikan apakah yang dipentingkan dalam proses perundingan kaunseling". Teks Wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

TOPIK 1: Interaksi Perundingan

Pengenalan

Secara umum, perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang profesional. Antara elemen ciri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah seperti berikut:

Perunding sebagai seorang spesialis Konsulti yang memerlukan pertolongan Konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personel yang mempunyai keterampilan bidang berkaitan pertolongan yang diperlukan

Ciri ini boleh melibatkan seorang klien atau melebihi satu orang klien. Interaksi perundingan juga boleh melibatkan perancangan program atau pengurusan pentadbiran. Rajah 4 dapat memaparkan interaksi perhubungan perundingan antara kaunselor sebagai perunding dengan ibu bapa, guru, pengetua sebagai konsulti, dan klien. Manakala klien mendapat pertolongan daripada konsulti. Rajah 1 jelas menunjukkan aliran proses perundingan di antara kaunselor dengan konsulti. Pengilibatan ibu bapa, pengetua, atau guru tingkatan di sini sebagai konsulti memaparkan bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan klien biasanya pelajar di sekolah. Manakala Rajah 5 pula menunjukkan keadaan proses perundingan antara perunding dengan konsulti. Perhubungan yang jelas dalam perundingan adalah seperti berikut:

Tidak ada hairaki di antara perunding dengan konsulti Proses perundingan dijalankan secara sukarela Perundingan dijalankan antara dua orang profesional Perundingan bertujuan memperbaiki tugas konsulti Perundingan memperkembangkan kemahiran konsulti Berlakunya perhubungan koordinat. Perhubungan ini bermaksud pengetahuan yang diperolehi konsulti daripada perunding akan diserap ke dalam sistem pemikiran konsulti

Di dalam perhubungan perundingan, kedua-dua perunding dan konsulti dianggap sebagai pakar. Perunding tidak ada kuasa ke atas konsulti. Ini memberi implikasi bahawa konsulti boleh menolak saranan perunding. Implikasi selanjutnya kolsultilah yang bertanggungjawab ke atas segala tindakannya sendiri.

Ciri Perundingan

1. Di dalam perundingan kesihatan mental, dua orang yang dianggap sebagai profesional akan terlibat dalam perundingan. 2. Konsulti memberi penjelasan tentang masalah yang sedang dihadapi seperti:

1. 2. 3. 4.

kecelaruan mental personaliti antara personel pengurusan

1. Perunding perlu memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang bidang yang dikemukan di dalam perenggan 2 di atas. 2. Tanggungjawab pengurusan, pentadbiran tentang masalah konsulti adalah hak konsulti. 3. Konsulti tidak terikat dengan saranan perunding. 4. Perhubungan secara koordinat atau perhubungan sama rata tanpa hairaki membolehkan pertukaran idea yang selesa di antara perunding dengan konsulti. 5. Proses perundingan biasanya tidak berpanjangan. Lazimnya pertemuan akan berlaku sebanyak di antara dua hingga tiga sesi perundingan. Ciri proses perundingan yang baik dapat dilihat seperti di dalam Rajah 6.

MODUL 3

EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Konsultasi kesihatan mental Caplan. 2. Perundingan modaliti perkhidmatan insan Lippitt & Lippitt. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan."Huraikan perpezaan antara pendkatan Caplan dengan pendekatan Lippitt & Lippitt". Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Pengenalan Sebagai seorang pengasas dalam ilmu perundingan kesihatan mental, Caplan telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam proses perundingan seperti berikut: 1. Perundingan dilakukan di antara dua orang profesional. 2. Definisi masalah adalah seperti yang dikemukakan oleh konsulti. 3. Tanggungjawab kerja pentadbiran dan tugas perlaksanaan adalah ditanggung oleh konsulti. 4. Idea perunding tidak semestinya diterima oleh konsulti. 5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak ada hairaki. 6. Biasanya perunding berasal dari luar organisasi di mana konsulti berkhidmat. 7. Pertemuan di antara perunding dengan konsulti adalah sekalisekala. 8. Pemberian maklumat oleh perunding tidak menyeluruh kerana perlu mengelakkan pergantungan oleh konsulti kepada perunding. 9. Terdapat dua matlamat di dalam proses perundingan: 1. memperbaiki kefahaman 2. meningkat kemahiran konsulti 10. Tujuan perundingan biasanya adalah bagi meningkatkan dan memperbaiki prestasi kerja konsulti.

11. Perundingan tidak fokas kepada masalah peribadi. 12. Perunding peka kepada perasaan yang diluahkan oleh konsulti. 13. Peranan tidak terhad kepada tugas perundingan dalam keadaan kecemasan.

JENIS PERUNDINGAN Caplan membezakan antara empat jenis perundingan: 1. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan yang dialami klien. 2. Fokus perundingan berkaitan dengan kerumitan pentadbiran. 3. Matlamat perundingan bagi memberi maklumat. 4. Matlamat perundingan bagi memperbaiki daya penyelesaian masalah konsulti.

Topik 2: Perundingan Modaliti Perkhidmatan Insan Lippitt & Lippitt Pengenalan Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978) pula memberi fokus kepada interaksi serta proses yang berlaku semasa perundingan di antara perunding dengan sistem. Sistem di sini bermaksud individu, keluarga dan juga masyarakat. Model yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt ini lebih meluas berbanding dengan model Caplan. Lippitt dan Lippitt menamakan modelnya sebagai

Perundingan Perkhidmatan Insan. Definisi yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu seperti berikut:

2. Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalah secara sukarela. Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsulti.

3. Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsulti memperkembangkan sikap dan kemahiran, supaya membolehkan konsulti berfungsi dengan lebih berkesan.

4. Matlamat di dalam proses perundingan adalah : 1. Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga, iaitu klien. 2. Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan lebih berkesan.

5. Di samping ini, perhubungan dan proses perundingan adalah setaraf di antara perunding dengan konsulti.

6. Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifat seperti: 1. Kerelaan hati perunding

2. Pandangan yang terbuka oleh perunding

3. Ketulenan diri oleh perunding

4. Wujud rasa empati oleh perunding

Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang dikemukakan oleh kedua-dua Caplan dan Lippitt & Lippitt, maka agak terserlah bahawa wujud keserupaan antara kaunseling dengan perundingan. Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling itu dianggap sebagai strategi intervensi orde yang pertama. Manakala pendekatan perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde kedua. Jelas bahawa di dalam pendekatan perundingan sasaran utama iaitu klien tidak bersemuka secara langsung dengan kaunselor yang memberikan khidmat sebagai perunding. Klien mendapatkan pertolongan melalui konsulti. Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi mewujudkan perubahan yang positif dalam sistem emosi klien melalui pertolongan yang disampaikan oleh konsulti. Perubahan ini boleh berlaku dengan dua cara:

5. Secara pasif. Perubahan emosi melalui cara pasif dimana kuasa perubahan tidak terkawal oleh konsulti yang berkenaan. Dalam keadaan ini, kaitan secara langsung tentang tindakan yang di ambil ke atas mengubah emosi klien di lakukan selain dari konsulti. Ini bermakna bahawa konsulti hanya bertindak sebagai pemangkin perubahan.

6. Secara aktif. Perubahan emosi adalah hasil daripada usaha sistem itu sendiri yang mengarah penyelesaian masalah dan pencapaian maklumat. Dalam keadaan ini, konsulti itu sendiri yang memainkan peranan bagi menggerakkan tindakan perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti berperanan aktif dengan melakukan pelbagai tindakan yang mempunyai unsur-unsur bagi mengubah emosi dan perlakuan klien.

copyright

othmanmohamed

MODUL 4 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 7. Pandangan umum tentang kandungan modul 8. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 9. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 10. Cara perlaksanaan perundingan modaliti Perkhidmatan Insan. 11. Perubahan dalam perundingan. 12. Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan. "Pilih tiga cara

perlaksanaan modaliti Perhubungan Insan dan huraikannya besertakan contoh dalam pengalaman anda". Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Cara perlaksanaan perundingan modaliti Perkhidmatan Insan Pengenalan Dalam modaliti ini terdapat lima cara bagi melaksanakan proses perundingan seperti 1) Secara langsung; 2) Sebagai perantara; 3) Secara kolaboratif; 4) Sebagai sistem sokongan; 5) Kepekaan tentang sikap dan perasaan. Cara atau elemen perlaksanaan ini penting kerana tersemat di dalamnya ciri yang akan memudahkan proses perundingan di antara perunding dengan konsultinya.

Secara langsung. Dalam keadaan ini, konsulti mendapatkan perkhidmatan secara langsung dari perunding. Manakala perunding pula tidak keberatan menjalankan proses intervensinya secara langsung ke atas sistem sasarannya. Keadaan ini dapat di paparkan seperti di dalam Rajah 6. Dalam contoh ini, konsulti telah meminta perunding menjalankan satu latihan di dalam organisasinya yang melibatkan ahli di dalam organisasi. Ahli tersebut boleh

dianggap sebagai klien dalam erti kata definisi oleh modaliti Lipit & Lipit. Apabila perunding bersetuju dengan perlaksanaan latihan tersebut, perunding akan juga menangung sepenuhnya tanggung jawab ke atas hasil latihan yang akan dijangkakan ke atas sasarannya.

Sebagai perantara. Dalam keadaan ini perunding dianggap sebagai memainkan peranagn orang perantaraan. Pada biasanya, keadaan berlaku di mana masalah yang timbul melibatkan terputusnya komunikasi akibat pertelingkahan di antara individu atau pun kelompok. Perunding di sini menerima tanggung jawab membuat analisis masalah yang berlaku dengan pertolongan konsulti dan ahli lain yang terlibat dngan masalah komunikasi tersebut.

Secara kolaboratif. Dalam keadaan ini, perunding mempunyai anggapan bahawa konsulti adalah sebagai rakan sekerjanya di dalam proses menghasilkan perubahan dalam sistem sasaran. Biasanya keadaan ini agak teserlah apabila sistem persekolahan itu diambil sebagai satu contoh. Sasaran yang mungkin relevan adalah pelajar sebagai klien yang memerlukan pertolongan. Guru sebagai rakan sekerja kaunselor sekolah akan mendapatkan perkhidmatan perundingan sebagai satu cara bagi menanangi masalah yang dihadapi dengan pelajarnya baik di dalam bilik darjah atau pun dalam interaksi biasa di luar bilik darjah. Peranan kaunselor yang mewajarkan imej melaksanakan tugas secara kolaboratif ini akan dapat merapatkan lagi perhubungan dirinya sebagai seorang profesional dengan guru dan personel sekolah yang lain.

Sebagai sistem sokongan. Perundingan adalah merupakan sebagai sebahagian daripada cara pertolongan mekanisme penyelesaian masalah. Dalam alam realiti, perundingan tidak dapat digunakan secara bersendirian. Perundingan merupakan sebagai satu dari alternatif mekanisme

pertolongan seperti kaunseling, kocing dan dalam keadaan yang spesifik penyeliaan. Namun, perundingan mengambil tempat istimewa dalam menyerlahkan kaedah pengajaran secara bersahaja bagi mewujudkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran konsulti.

Kepekaan tentang sikap dan perasaan. Dua elemen, sikap dan perasaan ini penting. Namun, perunding wajar menumpukan tindakan yang berasingan terhadap kedua elemen ini. Perunding mesti faham tentang hipotesis berkaitan isu yang sedang menghindar konsulti dari berfungsi secara optima. Contohnya, perasaan yang disimpan oleh konsulti mesti dapat diselami oleh perunding. Ada kemungkinan konsulti masih memendam sesuatu perasaan yang belum dapat diselesaikan. Dalam keadaan demikian, adalah menjadi tanggungjawab perunding dapat persetujuan dari konsulti bagi menggerakkan proses penyelesaian perkara yang belum selesai itu melalui proses kaunseling. Biasanya bagi mengelakkan timbul isu perhubungan penduaan maka kaunseling dijalankan oleh seorang kaunselor selain dari perunding. Perunding juga akan berhadapan dengan isu sikap dalam perhubungan di antara perunding dengan konsulti. Sikap adalah dipunyai secara tersendiri oleh konsulti. Setiap konsulti sebagai seorang insan memang mewajarkan ciri personaliti yang pelbagai. Cara melayan konsulti adalah amat penting. Layanan yang menyerupai layanan seperti di dalam proses kaunseling adalah sebahagian dari seni yang begitu halus mesti diperolehi perunding. Dalam perkara ini, kemahiran kaunseling amat penting diterapkan ke dalam perlaksanaan proses perundingan.

Topik 2: Perubahan dalam perundingan

Pengenalan Perundingan adalah strategi intervensi yang melibatkan perhubunganantara seorang penolong profesional, kliennya dan sistem sebagai sasaran yang berkehendakkan pertolongan. Pada biasanya, perhubungan adalah bersifat sementara namun produktif apabila perhubungan itu berbentuk sukarela (Lipit dan Lipit). Dari definisi ini dapat satu implikasi sekiranya dilihat dari aspek keterampilan, maka perundingan hanya dapat diberi khidmat serta dinikmati oleh orang profesional sahaja. Namun, apabila perundingan itu sendiri seperti mana yang dikemukakan oleh Lipit dan Lipit sebagai satu proses, maka kawasannya lebih meluas mengabungi hubungan sesama insan.

Prinsip yang boleh melibatkan perubahan 7. Bagi perundingan dapat menikmati kejayaan, perkhidmatan ini perlu mendapat sokongan oleh orang-orang yang paling berkuasa di dalam sistem sasaran.

8. Perubahan dapat dilihat sebagai mengurangkan kerja, tanggungan yang semasa.

9. Sesuai dengan nilai dan idealisma sistem sasaran.

4. Menawarkan matlamat, penyelesaian, pengalaman yang diminati oleh sistem sasaran.

5. Sistem sasaran tidak merasa bahawa intervensi perunding menggangu keselamatan dan otonominya.

6. Disokong secara sebulat suara oleh sistem sasaran.

7. Sistem sasaran faham, bersetuju tentang masalah pokok yang sedang dialaminya.

8. Sistem sasaran mengalami sokongan kepercayaan, keyakinan penerimaan dalam perhubungan antara perunding konsulti.

9. Sistem sasaran juga terlibat dalam proses penilaian.

Topik 3: Matlamat perundingan modaliti Perkhidmatan Insan Pendahuluan Matlamat perlu dicapai di dalam sesuatu proses perkhidmatan pertolongan. Matlamat dapat memberi arah tujuan bagi melaksanakan sesuatu perancangan dan tindakan yang baik. Dalam perundingan modaliti Perkhidmatan Insan matlamat perundingan menumpu ke arah mengoptimumkan keberkesanan sistem sasaran.

10. Timbulkan satu perasaan aktif tentang kesedaran diri konsulti dan sistem sasaran.

11. Wujudkan suatu suasana di mana pembelajaran serta kefahaman diberi penghargaan.

12. Pengaruh sistem sasaran agar lebih terbuka bagi menerima perubahan.

13. Tanamkan satu perasaan keyakinan dan perasaan penuh kemahiran terhadap kebolehan sistem sasaran itu berupaya menyesuaikan dengan perubahan yang positif.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 5 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Peringkat dalam perundingan. 2. Kemahiran perundingan. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila sila buat tugasan yang disarankan. 1. "Bincang dan bezakan peringkat perundingan dengan kaunseling"? 2. "Bagaimanakah perlunya kemahiran kaunseling diterap ke dalam proses perundingan kaunseling keibubapaan"? Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Peringkat dalam perundingan Pengenalan Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), mencadangkan peringkat seperti berikut: 1. Kemasukan. Sebaik sahaja seorang perunding bersedia melibatkan diri dalam proses perundingan, beliau sudah boleh menilai dirinya dan persediaan konsulti menerima proses tersebut. Di samping itu perunding sudah dapat mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan. Dalam keadaan yang sama perunding besedia menggunakan strategi membentuk hubungan bekerja secara bersepakat `teamwork'.

Dalam suasana demikian segala nilai, keperluan, anggapan pekerjaan sudah dapat dijelaskan dengan baik, tujuan mengeratkan bekerja secara bersepakat. 2. Memulakan perhubungan perundingan. Hubungan yang positif mementingkan hubungan yang sama rata di antara perunding dengan konsulti. Komunikasinya adalah terbuka, bermakna prosedur ini memberi peluang kepada kedua-dua perunding dan konsulti menyatakan kehendak masing-masing, gaya bekerja masing-masing. Di samping itu kedua-dua pihak adalah terikat dengan kerahsiaan dan komunikasi maklomat. Taraf tidak berhairaki adalah penting di antara perunding dengan konsulti. Walaupun perunding tidak mempunyai kuasa yang formal, kuasanya tersemat dalam penghormatan yang diberi kepadanya oleh konsulti berasaskan kepakarannya. 3. Penentuan keperluan. Sebelum satu persetujuan diperolehi berhubung dengan keadaan masalah yang sebenar, proses konsultasi tidaklah wajar untuk dimulakan. Cara penilaian masalah sebenar adalah berbeza. Walau bagaimana pun, penaksiran keperluan perunding -- konsulti biasanya tidak terkeluar daripada model perundingan. 4. Penentuan masalah dan matlamat. Masalah yang hendak diselesaikan perlu dijelaskan secara terperinci dan mantap. Kedua-dua pihak perlu membuat analisis tentang dasar yang akan dilaksanakan. Konsep tentang ruang rujuk kerja yang paling sesuai wajar di kenalpasti dan difahami oleh semua pihak yang terlibat. Keseluruhan proses kefahaman yang asas ini adalah untuk menentukan bahawa perundingan dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar. 5. Pemilihan strategi. Selepas penjelasan matlamat secara jelas, perunding perlu meneroka segala altenatif yang berkemungkinan. Dalam hal ini, perunding membantu konsulti meneroka altenatif merancang satu strategi yang baik. Prinsip teori bersistem yang berasaskan kepada konsep `equifinality' adalah penting kerana di dalam satu sistem terdapat pelbagai strategi ke arah mencapai matlamat yang sama. 6). Melaksanakan strategi. Peringkat ini akan menentukan sama ada segala konsep yang diterokai semasa persediaan proses benar-benar dapat dijayakan. Oleh yang demikian, segala perancangan dan perlaksanaan wajar bermotif fleksibel. Masalah yang tidak diduga berkemungkinan berlaku dan perlu dihadapi secara sistematik. Perhubungan yang konsisten antara perunding dan konsulti adalah penting untuk mengukur perkembangan yang semasa. 7. Penilaian. Setiap proses perundingan perlu mempunyai satu sistem bagi mengukur perancangan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dijalankan secara formatif, apabila kaedah serta proses tidak formal tidak begitu ketara. Dalam penilaian seperti ini, tujuan adalah bagi mengenalpasti dan memantau sejauh manakah tindakan perlaksanaan konsultasi berjaya seperti dirancangkan pada peringkat yang tertentu.

Biasanya kerjasama adalah antara perunding dengan konsulti sahaja, dan tidak melibatkan pihak lain. Penilaian secara summatif mementingkan laporan yang formal. Maklombalas biasanya adalah diperlukan oleh pihak yang berkuasa tentang perlaksanaan suatu dasar terhadap organisasi. 8. Tamat. Peringkat ini memberi satu formaliti bahawa proses perundingan diberhentikan secara persetujuan antara perunding dengan konsulti. Bagaimana pun kesan dan hasil daripada proses perundingan itu tetap terjalin dengan klien yang menerima khidmat tersebut.

Topik 2: Kemahiran perundingan Baker (1981), mencadangkan bahawa perunding di alam pendidikan perlu mempunyai kemahiran yang berikut: 1). Kebolehan secara berkesan untuk menyampaikan kemudahan khidmat perkhidmatan kepada bakal pelanggan. 2). Kefahaman tentang menggunakan satu sistem untuk menganalisis dan menjalankan proses perundingan. 3). Memberi latihan kepada konsulti tentang kemahiran asas untuk melayan klien. 4). Faham tentang perkaitan antara proses psiko-sosial dengan proses pendidikan. 5). Membantu konsulti mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi. 6). Membantu konsulti menggubal strategi yang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. 7). Membantu konsulti melaksanakan strategi penyelesaian masalah. 8). Patuh kepada syarat etika dan segala peraturan undang-undang.

Kemahiran yang berguna dalam peringkat perundingan

Peringkat kemasukan. 1. 2. 3. 4. 5. Perhubungan antara insan Mendengar secara aktif Empati Pengluahan swadiri Refleksi

Peringkat mengenalpasti masalah. Peringkat ini berkaitan dengan penentuan keperluan , di samping menentukan masalah dan matlamat. Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Memberi fokus Parafrasa Mengulang Penentuan matlamat Empati Ketulenan diri Komitmen Penjelasan

Peringkat susulan. 1. 2. 3. 4. Berani mengambil risiko Sikap terbuka Tegas Ketahanan diri

Peringkat perlaksanaan. Peringkat ini menumpu kepada aliran strategi semasa melaksanakan proses perundingan. Kemahiran yang sesuai adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Maklum balas Kesabaran Fleksibel Hubungan antara insan Empati

6. Ketulenan diri 7. Mengatasi perasaan negatif 8. Mengatasi rintangan swadiri

Peringkat tamat. 1. Memberi dan menerima maklumbalas 2. Parafrasa 3. Empati


copyright
othmanmohamed

MODUL 5 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Perundingan kesihatan mental Caplan.

2. Ciri perundingan modaliti Caplan. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan. "Apakah ciri terpenting dalam perundingan modaliti Caplan".

Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Pengenalan Pendekatan ini memberi tumpuan kepada konsep kesihatan mental komuniti. Fokus adalah kepada pendekatan psikodinamik di antara konsulti dengan perunding dan apabila proses pertolongan di ambil alih oleh konsulti, fokusnya beralih kepada konsulti dengan kliennya. Elemen yang ditumpukan di dalam proses perundingan adalah aspek wawasan psikologikal. Maka dari segi hasil yang hendak dicapai daripada perundingan ada persamaannya dengan proses terapi psikodinamik. Tiga perkara yang terserlah di dalam pendekatan perundingan Caplan adalah seperti berikut: 1. Konsep perhubungan setaraf atau egalitarian di antara perunding dengan konsulti. 2. Gangguan tema.

3. Empat pendekatan perundingannya seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Pendekatan pemusatan klien Pendekatan pemusatan konsulti Pendekatan pemusatan program pentadbiran Pendekatan pemusatan konsulti pentadbiran

Topik 2: Ciri perundingan modaliti Caplan 1. Kaedah dilaksanakan di antara dua orang profesional. 2. Modaliti ini banyak tertumpu kepada aspek kesihatan mental. Perunding dianggap sebagai pakar dalam bidangnya. Fokus masalah yang ditangani adalah seperti: 1. Kecelaruan mental yang merangkumi psikosis; neurosis; kecelaruan personaliti; masalah penyesuaian; dan kecelaruan perlakuan. 2. Pertumbuhan kesihatan klien. 3. Masalah antara insan. 3. Perunding tidak ada tanggungjawab pentadbiran ke atas konsulti. 4. Perunding tidak terpaksa menerima idea, cadangan perunding. 5. Perhubungan di antara perunding dengan konsulti tidak berhairaki. Wujud kebebasan menerima atau menolak idea. Keadaan ini adalah selari dengan perhubungan koordinat. 6. Biasanya di dalam bentuk modaliti Caplan, perunding datang dari luar institusi. Penglibatannya adalah untuk seketika sahaja. 7. Siri temuduga di antara perunding dengan konsultinya adalah pendek dan mengambil hanya lebih kurang dua atau tiga pertemuan sahaja. Sungguh pun begitu perbincangan dan perjumpaannya tidak tetap. 8. Di samping pertemuan yang pendek, ianya tidak semesti berterusan. 9. Pada lazimnya, perunding bergerak balas ke atas kehendak konsulti. 10. Selain membantu memperbaiki masalah konsulti, perunding juga memperbaiki kefahaman konsulti tentang masalahnya yang semasa. Di samping itu, prosesnya juga dapat membantu meningkatkan kemahirannya menanangi masalah akan datang. 11. Memperbaiki harga diri klien hasil dari usaha memperbaiki kemahiran konsulti. 12. Tidak fokus kepada masalah peribadi konsulti.

13. Sekiranya ada tumpuan kepada masalah peribadi konsulti, ianya lebih kepada perbincangan dan bukan dalam erti kata proses kaunseling. 14. Mengguna kaedah perundingan yang bersesuaian. Di sini konsep vicarious liability tetap diambil perihatin bagi menjaga keselamatan konsulti dan juga klien.

Pindah ke laman forum dan maklumbalas

MODUL 7 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model Pemusatan Klien

2. Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila buat tugasan yang disarankan. "Berasaskan Rajah 7 dalam modul, apakah yang anda faham tentang proses perundingan kaunseling mengikut model Pemusatan Klien"?

Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Model Pemusatan Klien

Fokus: Membuat satu perancangan yang dapat membantu klien cara yang sepsifik. Matlamat: Menasihati konsulti tentang rawatan terhadap klien. Peranan perunding: Tanggungjawab menilai. Selanjutnya cadangan tindakan. Contoh: Kaunselor sebagai perunding diminta membuat diagnosis tentang masalah penteng sekolah. Pada biasanya akan berjumpa dengan klien konsulti.

Dalam model pemusatan klien, konsulti akan meminta bantuan daripada perunding tentang cara bagaimana menanangi kes yang dianggapnya rumit (Lihat Rajah 7) .

Perunding akan secara langsung memeriksa dan membuat diagnosis terhadap masalah yang dihadapai klien. Perunding dirujuk oleh konsulti sebagai seorang pakar atau spesialis. Di samping memberi diagnosis, perunding akan memberi saranan preskriptif secara lisan kepada konsulti apakah cara rawatan yang paling sesuai. Sasaran dalam proses perundingan di sini adalah kemajuan klien. Inilah yang diharapkan sebagai suatu hasil perundingan. Namun, tanggungjawab proses pertolongan masih di dalam kawasan konsulti.

Cara menangangi kes Topik 2: Langkah Perundingan Model Pemusatan Klien Pengenalan

Langkah I Wujudkan kontak permulaan. 1. Perbincangan awal tentang cara dan prosidur perundingan. 2. Perlu dihuraikan peranan masing-masing di antara perunding dengan konsulti.

Langkah II Perunding menjalankan penilaian terhadap klien. 1. Diagnosis oleh perunding dianggap penting. 2. Mengumpulkan data secara pentigasegian.

Langkah III Sebaik mendapat mengumpulkan data, perunding akan kemukakan satu laporan. 1. Perbincangan secara bersemuka dengan konsulti tentang bagaimana diagnosis dilakukan serta memberi penjelasan ke atas pengumpulan data dan diagnosis. 2. Perbincangan juga meliputi cara bagaimana untuk mengelakkan sala faham dan salah komunikasi antara perunding dengan konsulti. :

Langkah IV Peranan perunding menyerlahkan perhubungan koordinat dalam perancangan proses perundingan. Langkah V Susulan. 1. Penilaian dan perancangan memperbaiki untuk keperluan yang mendatang.

copyright

othmanmohamed

MODUL 8 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang pembentukkan konsep perundingan dalam kaunseling. 1. Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat.

2. Perundingan kesihatan mental Caplan: Modaliti Pemusatan Konsulti. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini sila buat tugasan yang disarankan. "Bincangkan bagaimana mekanisme beladiri boleh menjadi penghalang dalam proses perundingan kaunseling"? Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Perhubungan setaraf dan perhubungan koordinat Pengenalan Konsep perhubungan setaraf atau perhubungan eglitarian sangat dituntut dalam proses perundingan modaliti Caplan. Malahan di dalam pelbagai pendektan perundingan selepas Caplan, konsep ini juga diterima pakai bagi menjalinkan suasana penerimaan di antara perunding dengan konsulti. Di dalam Rajah 8, dan lihat juga Rajah 5, di dalam Modul 2, jelas menunjukkan tidak adanya tahap berhairaki di antara perunding dengan konsulti. Malahan, perhubungan sama taraf atau perhubungan egalitarian ini boleh merangsangkan suatu penerimaan perbincangan di antara perunding dengan konsulti tanpa rasa terancam.

Dalam perundingan modeliti yang dikemukakan oleh Caplan, konsep perhubungan koordinat ini memainkan perang yang penting kerana segala prosedur proses berandaian bahawa perhubungan koordinat ini lumrah wujud dan difahami oleh kedua pihak perunding konsulti. Konsep perhubungan koordinat memberi maksud wujudnya elemen yang berikut: 1. 2. 3. 4. Rasa hormat menghormati. Wujudnya sokongan. Adanya penglibatan yang aktif. Wujudnya suatu jangkaan untuk mengambil rasa tanggungjawab ke atas rawatan yang di beri.

Keseluruhan elemen yang disebutkan di atas memberi pengertian bahawa dalam perhubungan di antara perunding dengan konsulti sewajarnya berlaku kesalingan faham memahami. Di samping di antara perunding dengan konsulti juga digalakkan suatu kesalingan perhubungan yang sama rata.

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan Konsulti Pengenalan Fokus di dalam modaliti adalah kepada konsulti. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian kaunseling yang dijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam interaksi perunding dangan konsulti.

Elemen utama di dalam modaliti Pemusatan Konsulti Fokus: Memperbaiki fungsi profesional konsulti, terutama kepada kes yang spesifik.

Matlamat: Mendidik konsulti. Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut. Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor pelajar meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.Dalam menanangi kes seperti ini perunding tidak ada hubungan secara langsung dengan klien konsulti.

Masalah yang lazim dihadapi oleh konsulti dalam modaliti pemusatan konsulti dan cara mengatasinya adalah seperti di dalam Jadual 1.

Pindah ke laman forum dan maklumbalas

MODUL 9 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Gangguan tema Pengenalan Dalam proses menjalankan perundingan, perunding mesti berinteraksi dengan konsultinya. Konsulti pula ada kalanya berhadapan dengan pelbagai masalah yang

menjadi rintangan dalam melaksanakan perjalanan kaunseling atau pertolongan dengan kliennya. Keadaan tersebut boleh berlaku hasil daripada pelbagai pengalaman negatif yang dilalui oleh konsulti sendiri. Pengalaman lampau itu boleh menjadi penghalang bagi membuka minda konsulti kepada suatu persepsi yang agak tidak berbelah bagi apabila menghadapi dengan masalah yang diajukan oleh kliennya. Keadaan yang dialami oleh konsulti itu mungkin merupakan satu masalah atau kegagalan. Pengalaman yang dilalui itu pula menyerap didalam tahap bawah sedar konsulti sehingga mempengaruhi segala jangkaan yang boleh merumitkan tugasnya sebagai seorang penolong yang berkesan semasa menjalakna sesi pertolongan dengan klien. Keadaan ini menyerupai suatu silogisma yang mana konsulti tidak dapat mengelakkan kaitan diantara satu keadaaan yang pernah dialaminya dengan kesan atau hasil yang tidak diinginkan. Sebagai contoh:

`A memberi suatu pernyataan keterangan tentang sesuatu keadaan yang biasa berlaku pada dirinya. Perkara ini dimaklumkan kepada kaunselornya. Namun, pernyataan `A itu belum ada penyelesaian yang boleh dicapai oleh kaunselor dan juga `A. Pengalaman ini terterap di dalam minda tahap bawah sedar kaunselor.

`B pula menghampiri kaunselor dengan keterangan pernyataan yang serupa dengan apa yang sudah dialami oleh `A. Manakala `B pula menyatakan hasil dari pengalaman yang dilaluinya menghasilkan suatu kesan yang tidak menyenangkan bagi dirinya.

Kaunselor sebagai konsulti di sini menjelmakan suatu hubungan rangkai di dalam persepsinya tentang sesuatu keadaan dengan kesan yang kurang menyenangkan. Ciri pengtakrifan am secara sejagat ini akan menggerakkan seorang individu itu membuat satu kesimpulan mudah bahawa apabila keadaan seperti `A berlaku maka kesan sebagaimana yang dialami oleh `B akan tetap wujud (lihat Rajah 9).

Silogisma berlaku apabila kaunselor sebagai konsulti tetap akan mempunyai persepsi keadaan "1" akan menghasilkan keadaan "2". Dalam keadaan yang serupa, konsulti akan sentiasa bertindak bahawa pengalaman "A" adalah sama dengan pengalaman

"B". Hasilnya adalah sama juga dan memang tidak ada penyelesaian bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi klien. Bagi konsulti, pengalamannya berkaitan dengan gangguan tema ini menyebabkan dirinya merasi begitu tidak berupaya serta kehilangan daya minda yang kreatif sehubung usha bagi meneroka penyelesaian masalah kliennya. Sehubungan ini, konsulti apabila melaksanakan cara penerokaan dengan kliennya sering kali akan terlibat dengan ciri tergesa-gesa dan tidak begitu berkesan. Suasana minda yang dialami oleh konsulti ini ada kaitannya dengan ciri tahap bawah sedar konsulti sendiri. Ciri intra psikik ini biasanya yang mempengaruhi tingkahlaku konsulti sehinggakan kehilangan pedoman yang objektif dan tidak berbelah bahagi dalam usaha meneroka masalah sebenar yang dilalui oleh kliennya. Namun begitu, ada beberapa kaedah yang boleh diambil oleh perunding bagi membantu konsulti mengatasi masalah gangguan tema. Dua cara yang biasa diguna bagi mengatasi masalah gangguan tema adalah: 1. memutusakan rangkaian persepsi; 2. mengurangkan gangguan tema.

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Cara mengatasi gangguan tema Pengenalan Konsulti yang mengalami masalah gangguan tema akan memerlukan pertolongan daripada perunding. Keadaan ini memastikan perunding bersedia dengan beberapa cara mahu pun kaedah yang dapat diguna tujuan membantu konsulti. Dua cara yang biasa diguna bagi mengatasi masalah gangguan tema adalah:

1. Memutusakan rangkaian persepsi 1. Mengurangkan gangguan tema.

Memutuskan rangkaian persepsi Dalam kaedah ini, perunding menggunakan segala pengaruhnya melalui perbincangan dan anggapan rasional bagi menukar persepsi yang tersemat di dalam minda konsulti. Biasanaya, perunding akan menyampaikan ciri persepsi yang berlainan dan meminta konsulti melihat kliennya dari aspek perspektif baru. Cara ini ada kaitannya dengan teknik gambaran imejeri, di mana konsulti dapat mengikiskan gambaran asal terhadap kliennya, di samping mengetepikan pemikiran yang menyeleweng persepsinya. Cara memutuskan rangkaian persepsi melalui perubahan persepsi ini adalah satu kaedah yang boleh berjaya. Namun, Caplan tidak begitu setuju dengan cara ini kerana beliau berpendapat bahawa gangguan tema tetap wujud dan akan tetap berulang dalam masa jangka pendek. Oleh yang demikian, cara yang sesuai adalah dengan mengurangkan gangguan tema dan bukannya bermatlamat bagi menghapuskannya sama sekali.

Mengurangkan gangguan tema Gangguan tema adalah satu gejala pengolahan minda yang bergerak di tahap bawah sedar. Gangguan tema juga sangat berkaitan dengan segala konsep dan elemen yang bersamaan dengan mekanisme bela diri. Dalam menanangi masalah mekanisme beladiri, banyak kaedah pentafsiran diguna sealiran dengan teknik psikoterapi psikoanalisis. Di samping ini, biasanya pentafsiran digandingkan dengan interaksi pujukkan serta melahirkan wawasan psikologikal kepada konsulti. Terdapat empat kaedah bagi mengurangkan gangguan tema:

1. 2. 3. 4.

Fokus secara lisan kepada klien. Menggunakan kiasan. Fokus tanpa lisan kepada kes. Fokus tanpa lisan tentang perhubungan pertolongan.

Fokus secara lisan kepada klien

Dalam kaedah ini, kes konsulti berkaitan dengan kliennya akan di selidik secara terperinci oleh perunding bersama konsulti. Secara bersama, perunding dan konsulti berbincang dan perunding menyampaikan persepsinya terhadap kes kepada konsulti. Juga secara bersama perunding dengan konsulti bersetuju dengan jangkaan hasil pertolongan yang akan dicapai oleh konsulti dengan kliennya. Kedua perunding dengan konsulti berbincang tentang persepsi baru tersebut. Isu yang penting boleh diketengahkan dan suatu resolusi dicapai bagi membolehkan kejayaan "menang menang" untuk kedua-dua konsulti dan juga kliennya. Ini bermaksud bahawa konsulti faham tentang gangguan tema yang dihadapinya dan cara bagi mengurangkannya; di samping klien pula dapat sekurang-kurangnya mengurangkan tahap masalah yang sedang dihadapinya. Perunding akan memberi ketegasan bahawa kemungkinan hasil yang dijangkakan tidak dapat mengelakkan masalah yang dihadapinya secara sepenuhnya. Namun, ada kemungkinan beberapa perkara yang tidak begitu berat dipikul oleh kliennya dapat juga terhasil dari usaha yang baru itu.

Menggunakan bahasa kiasan, pepatah, metafora Bahasa kiasan, pepatah dan metafora memang sudah menjadi resam dalam perbualan seharian di dalam masyarakat Melayu. Ciri bunga bahasa ini boleh menjana ketajaman minda serta upaya kreativiti dalam interaksi perbualan. Di samping memberikan suatu gaya yang penuh dengan ciri keistimewaan cendikiawan yang disegani baik oleh masyarakat orang biasa mahupun orang yang berilmu. Di dalam interaksi kaunseling dan perundingan, bahasa merupakan antara elemen yang terpenting bagi melahirkan gerak balas yang berkesan di anatara kaunselor klien; konsulti perunding. Keupayaan menggunakan intonasi bahasa juga dapat melahirkan keistimewaan makna dan maksud sesuatu istillah bagi memastikan perasaan yang sedang dilalui oleh klien atau konsulti. Semasa proses kaunseling atau pun konsultasi, kefahaman yang dituntut oleh kedua pihak memastikan keupayaan pemikirannya sentiasa cergas dan peka dengan istilah yang boleh memberi makna spesifik ke atas perlakuan yang hendak dihasilkan. Bagi perunding, pengalamannya yang pernah dilalui boleh digunakan dalam perundingan dan disampaikan kepada konsulti secara percontohan kiasan. Keadaan ini sangat memerlukan perunding pandai menukarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebagai satu contoh dengan melambangkannya dalam satu bentuk kiasan kepada konsulti. Prinsip yang asas di sini adalah menuntut konsulti agar dapat mengguna penaakulan di dalam mindanya mentafsirkan analogi atau kiasan yang diterima tadi dan mengalihkannya kepada pengalamannya sendiri. Amndaiannya menuntut supaya

konsulti dapat satu persepsi yang baru hasil daripada penaakulan dalam mindanya sendiri.

Fokus tanpa lisan kepada kes Prinsip yang diguna dalam cara fokus tanpa lisan kepada kes memberi tumpuan kepada keperihalan konsulti terhadap sesuatu pengalamannya yang perunding menganggapkan sebagai keterlaluan. Perundingan akan menggerakkan satu perbincangan dengan konsulti tentang kecemasan yang dilaluinya. Di samping menunjukkan bahawa kecemasan itu sebenarnya keterlaluan dalam persepsi konsulti. Perbincangan dilaksanakan dalam keadaan yang tenang di samping perunding dapat mengajukan pentafsiran dan persepsi dari perspektif yang baru terhadap masalah yang dialami konsulti.

Fokus tanpa lisan kepada perhubungan perundingan Dalam penghalangan tema, persepsi dan juga perasaan konsulti biasanya tersisih dan konsulti menganggapkan masalahnya sebagai satu kes peribadi yang begitu unik. Konsulti secara langsung juga terperangkap di dalam mekanisme bela diri pindahgantian dan mengkaitkannya di dalam hubungan perundingan tersebut. Peranan perunding dalam keadaan demikian adalah untuk menunjukkan kepada konsulti bahawa ekspektasi atau jangkaannya adalah salah dan tidak tepat. Kesabaran amat dituntut dalam diri perunding apabila berhadapan dengan konsulti yang melahirkan pindahgantian ini. Perbincangan yang berlangsung juga mesti dilaksanakan dalam keadaan yang penuh ketenangan.

Pindah ke laman forum dan maklumbalas

MODUL 10 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN

copyright othmanmohamed

Topik 1: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan Pentadbiran Konsulti

Pengenalan Fokus di dalam modaliti adalah kepada cara pengurusan dan pentadbiran konsulti menjalankan tugasnya di dalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh konsulti. Kekurangan tersebut dipercayai akan mengurangkan kefungsian pertolongan dan pengurusan yang dijalankan oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau tidak disedari oleh konsulti. Namun, di dalam proses ini, klien langsung tidak terlibat di dalam interaksi perunding dangan konsulti.

Fokus: Memperbaiki fungsi cara pentadbiran dan pengurusan profesional konsulti, terutama kepada kes yang spesifik dalam organisasinya. Matlamat: Mendidik konsulti. Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca kerumitan yang dihadapi oleh konsulti berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut. Contoh: Seorang guru atau pun kaunselor pelajar meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah interaksi di kalangan masyarakat guru di sekolahnya. Dalam menanangi kes seperti ini perunding tidak ada hubungan secara langsung dengan guru yang terlibat sebagai "klien" konsulti.

Perundingan yang jalankan bermatlamat bagi memperbaiki fungsi profesional ahli pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Perunding memang mempunyai satu komitmen bekerja dengan konsulti dalam jangka masa yang panjang bagi melahirkan matlamat yang dituntut itu. Perunding juga diberi kebebasan oleh pihak atasan

organisasi untuk bergerak di semua tahap organisasi. Ini penting bagi memastikan perunding mudah memperolehi maklumat yang diperlukan. Namun, dalam keadaan yang kontranya pula, alhi di dalam organisasi tersebut terutama ahli eksekutif mungkin merasa curiga dengan kebebasan ini. Dalam modaliti perundingan ini, kedua pihak baik perunding mahu pun konsulti begitu aktif bekerjasama bagi memastikan kejayaan matlamat perundingan yang dipersetujui. Perunding bergerak sebagai pemangkin, mendapat dan juga memberi maklumat yang sangat releven bagi memastikan kejayaan yang diidamkan. Di samping itu, perunding kerap akan melakukan pencerapan ke atas segala cara yang sudah di tunjuk ajar kepada konsulti bersabit cara perlaksanaan pengurusan atau pentadbiran yang bersesuaian dengan organisasi tersebut. Sudah tentunya, cara perlaksanaan hanya akan dapat kejayaan apabila adanya sokongan yang kukuh darai pihak atasan organisasi. Antara implikasi ke atas menenpah kejayaan modaliti ini adalah pentingnya berlaku satu jaringan kerja yang berkesan di semua tahap lapisan jabatan di dalam organisasi.

Proses perundingan Perunding biasanya akan dijemput oleh staf sesuatu organisasi untuk menangani sesuatu tugas pengurusan. Contohnya seperti menjalankan satu latihan program perkembangan, cara menyediakan perlaksanan dasar, atau cara dan latihan bersabit dengan pengurusan personel. Keseluruhan ini mempunyai unsur pengjaran. Dalam perlaksanaan perundingan modaliti ini, sudah tentunya ciri perhubungan koordinat wajar disedari berlaku semasa proses interaksi di antara perunding dengan konsulti. Penting juga bagi perunding memastikan keupayaannya untuk mengenalpasti perbezaan kuasa yang dipunyai oleh pelbagai para eksekutif di dalam organisasi tersebut. Keupayaan ini adalah perlu supaya perunding cepat dapat mengenalpasti akan masalah yang mungkin berlaku bagi staf tersebut dengan jabatannya. Konsulti pula dijangka dapat meneroka tentang cara bagaimana penyelesaian sesuatu masalah dapat di atasi pada peringkat awalan sebelum dibawa kepada perunding bagi peneguhan atau mencari penyelesaian yang sebenar. Ini merupakan tanggungjawab konsulti. Tanggungjawab perunding pula adalah memberi sokongan, dan memberi bantuan memperkembangkan keupayaan konsulti meneroka konsep masalah yang dihadapinya.. Tugas perunding di sini adalah sebagai seorang fasilitator, sentiasa menolong bagi mencari cara untuk mengatasi masalah yang di alami konsulti bersabit

organisasinya.. Contoh masalah yang dihadapi mungkin melibatkan emosi staf seperti ketegangan, rasa hampa, stres yang mana secara langsung boleh menjejas prestasi kekberkesanan organisasi.

Topik 2: Perundingan Kesihatan Mental Caplan Modaliti Pemusatan Program Pentadbiran

Pengenalan Fokus di dalam modaliti ini adalah kepada program pentadbiran yang dijalankan di dalam sesuatu organisasi. Modaliti ini beranggapan bahawa konsulti iaitu organisasi yang memerlukan perundingan tetap mempunyai beberapa kekurangan. Sehubungan ini, perunding berusaha untuk memperbaiki serba kekurangan yang dihadapi oleh organisasi tersebut. Kekurangan tersebut dipercayai mengurangkan kefungsian keberkesanan organisasi. Dalam keadaan demikian, kekurangan ini tidak pasti sama ada disedari atau tidak disedari oleh pihak organisasi.

Fokus: Memperbaiki fungsi program di dalam sesuatu organisasi. Matlamat: Mendidik konsulti. Peranan perunding: Secara implisit, perunding wajar berupaya mengenal pasti punca kerumitan yang dihadapi oleh organisasi berkaitan cara pengurusan dan pentadbiran. Selanjutnya bertindak secara tidak langsung bagi memperbaiki kerumitan tersebut. Contoh: Sebuah organisasi yang meminta bantuan tentang cara bagi mengatasi masalah penentuan missi organisasi.

Tumpuan yang dikenalpasti dalam modaliti ini bersabit dengan program pentadbiran yang dikehendaki sebagai satu matlamat organisasi. Biasanya masalah yang ada berkaitan dengan perkembangan program baru. Sehubungan ini sudah tentunya masalah yang dikemukakan berkaitan dengan pengurusas, maka perunding wajar memahami dan berpengetahuan tentang pelbagai teori organisasi, perancangan,

kewangan dan juga isu perjawatan dan personel. Perunding mesti aktif dalam usaha pengumpulan data dan faham cara menganalisisnya. Bagi menyahut kehendak dan tuntutan kefahaman masalah yang bersabit dengan pelbagai isu yang terdapat di dalam sesuatu organisasi, maka perunding mesti faham tentang organisasi yang menjadi konsulti. Di sina perunding wajar diberi segala kerjasama sehubungan dengan usahanya bagi meneliti semua dokumen bertulis yang relevan. Contohnya, semua dokumentasi berkaitan dengan perkara berikut: 10 matlamat organisasi; 20 misi organisasi; 3) peranan organisasi; 4) struktur organisasi; 5) produk yang dikeluarkan; 6) segala macam memo yang berkaitan; 7) laporan jabatan, cawangan dan sebagainya; 8) isu yang muktakhir yang mungkin menjejas keberkesanan organisasi. Semua data ini perlu bagi menjamin perunding betul-betul faham akan perkara yang dihadapinya sebagai masalah. Cara bagi mengumpul data ini boleh dilakukan secara temuduga, soal selidik, pencerapan perlakuan staf atau pun secara pencerapan bagaimana prosedur dilaksanakan.

Proses perundingan Dalam modaliti ini, perunding dijemput oleh pihak pentadbir organisasi bagi menjalankan perundingan. Dalam keadaan demikian, kepakaran perunding amat ketara dalam keupayaannya menanangi masalah yang dihadapi konsulti. Biasanya konsulti sudah kenalpasti keupayaan pelbagai perunding sebelum membuat satu pemilihan perunding yang paling sesuai bagi menanangi masalah yang dihadapi organisasi sewajarnya. Namun, tanggunagjawab berkaitan dengan perlaksannan acara perundingan masih dipegang oleh konsulti. Proses perundingan akan mengikuti cara kemasukan yang biasa dilakukan di dalam perundingan kaunseling. Urutan proses sangat dipengaruhi dengan cara pegangan kuasa atau autoriti yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Peranan pegawai atau eksekutif mesti diambil kira oleh perunding agar ianya tidak mewajarkan rasa terancam atau pun dirasai sebagai melanggar kuasa yang selama ini dipunyai oleh pegawai tersebut. Perhubungan yang rapat di antara perunding dengan semua lapisan masyarakat organisasi adalah sangat dialukan. Tugas mengumpul data di dalam sesuatu organisasi tidaklah sebetitu mudah yang dijangka. Perunding mesti berani dan sabar menghadapi segala rintangan dalam usaha ini. Kerahsiaan serta penyebaran maklumat terhad bersabit data yang diperolehi sangat diperlukan dan mesti mengambil tempat yang istimewa dalam perlaksanaan segala acara yang dirancang oleh perunding. Kuasa dan peranan kuasa mesti difahami oleh perunding bagi menjamin perhubungan yang mesra.

Di dalam proses perundingan modaliti ini, perhubungan koordinat di antara perunding dengan staf atau kelompok staf yang ada kaitan langsung dengan perlaksannna perundingan masih diperlukan. Namun ada kalanya ciri hubungan kesamarataan dikecualikan apabila teras tanggungjawab perlaksannna dan tugas pencerapan perlaksanaan acara yang spesifik berhubung dengan perundingan itu dituntut bagi memasti matlamat dan sasaran tercapai. Di samping itu, perunding juga dikehendaki menyediakan satu laporan tentang prestasi, perlakuan koporat dan maklom balas ini memang dijangka oleh pihak pentadbir yang pada asalnya menjemput perunding bagi menjalankan perundingan tersebut.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 11 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori tingkahlaku dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian: Soalan uji sendiri: 1. Apakah yang dimaksudkan teknik lisan berstruktur? 2. Apakah kesan emitters dan elicitors dalam perundingan tingkahlaku? Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Kaunseling Pendekatan Teori Tingkahlaku Pengenalan Dalam perundingan kaunseling, pendekatan teori tingkahlaku jaga diguna bagai menghasilkan satu cara yang boleh membantu perunding serta konsultinya dalam menangani masalah yang dihadapi klien. Lazimnya diketahui bahawa terdapat pelbagai modaliti tentang penerapan pendekatan teori tingkahlaku berdasarkan kepada aliran rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan yang berlangsung bersama rangsangan dan gerakbalas tersebut. Namun dalam perundingan kaunseling, Bergan telah mengemukakan satu definisi sehubungan dengan apakah yang dimaksudkan perundingan kaunseling secara pelaziman perlakuan. Perundingan di sini dimaksudkan sebagai satu perkhidmatan penyelesaian masalah secara tidak langsung yang melibatkan hubungan serakan antara perunding dengan konsulti di mana perunding mendapatkan serta menyampaikandata psikologikal. Data yang berguna itu bersabit dengan masalah yang dipunyai oleh konsulti, di samping wujudnya prinsip psikologikal yang membolehkan konsulti menggunaka data tersebut. Sehubungan dengan definisi di atas, Bergan juga telah memberikan tiga matlamat perundingan: 1)mengubah perlakuan klien; 2) meminda perlakuan konsulti; dan 3) mewujudkan perubahan di dalam organisasi. Antara objektif perubahan di dalam

organisasi pula adalah bagi memperbaiki komunikasi dan penyelesaian masalah di dalam organisasi. Di dalam perlaksanaan perundingan perlakuan, kawalan dianggap sebagai satu prinsip yang penting. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pelaziman itu sememangnya berdasarkan kepada prinsip kawalan ke atas objek yang hendak diubahsuaikan. Di dalam perundingan kaunseling, kawalan ke atas konsulti di anggap penting oleh perunding. Sehubungan dengan ini maka perhubungan peranan menggunakan teknik komunikasi yang spesifik memainkan peranannya yang induk dalam perlaksanaan interaksi di antara perunding dengan konsulti. Interaksi ini berasaskan kepada suasana lisan bagi kedua pihak yang terlibat dalam proses perundingan. Ini diserta pula dengan peranan yang dimainkan oleh perunding-konsulti masing-masing. Peranan induk perunding Peranan yang pertama bagi perunding adalah tugasnya untuk memberi informasi psikologikal. Peranannya yang kedua adalah untuk mengutarakan prinsip penting kepada konsulti. Peranan induk konsulti
Konsulti dikehendaki menghuraikan secara spesifik masalah yang dialaminya. Di samping itu, konsulti juga perlu membuat keputusan akan perancangan tindakan berasaskan masalah kliennya. Sehubungan dengan perancangan yang dikemukakan, konsulti perlu berusaha melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Apabila perlaksanan tindakan dilangsungkan, konsulti juga perlu meneruskan penyeliaan ke atas perlakuan kliennya bagi memastikan perubahan memang boleh dinilai dan diukur keberkesanannya.

Topik 2: Urutan Proses dalam Perundingan Tingkahlaku Pengenalan Urutan proses adalah penting di dalam perundingan kaunseling teori tingkahlaku. Secara spesifik urutan proses mewajarkan cara intervensi perundingan menjadi lebih sistematik. Data yang sempurna merupakan bahan penting di dalam persediaan intervensi mengikut pendekatan teori ini. Oleh yang demikian, perunding wajar dapat

mengumpulkan data secara sistematik. Berikut adalah kebiasaan urutan proses yang terdapat dalam perlaksanaan perundingan perlakuan: Definisi masalah Kumpul data asas Kenalpasti penyebab Kenalpasti konsekuen Wujudkan strategi intervensi Awasi keberkesanan intervensi Teknik lisan berstruktur Ungkapan lisan oleh perunding merupakan kunci bagi penyampaian informasi dan pengaruh ke atas perlakuan konsulti. Penyampaian informasi bertujuan bagi memberi penjelasan tentang latarbelakang keadaan muktakhir bersabit dengan masalah yang dialami klien. Satu bentuk komunikasi sebagai ungkapan lisan adalah soalan secara langsung yang diguna oleh perunding bagi mengawal proses komunikasi. Biasanya soalan diguna bagi mendapatkan maklumat atau data. Secara tidak langsung proses persoalan ini sudah menghasilkan satu ciri peneguhan yang agak bersistematik ke atas diri konsulti kerana terpaksa memberi jawapan. Apabila jawapan dipersetujui, ini sudah menghasilkan sati peneguhan. Oleh yang demikian berlakulah kawalan. Teknik lisan berstruktur kerap diguna dalam penerokaan dan secara langsung juga menyerap ke dalam minda konsulti. Langkan ini dapat mengubah perlakuan klien secara tidak langsung melalui konsulti. Langkah tersebut juga dapat mengarah, membuat pilihan mengubah tentang perlakuan konsulti. Secara tidak langsung juga boleh mengubah atau mewujudkan perubahan ke atas suasana, perlakuan staf di dalam organisasi.

Topik 3: Proses Perundingan

Maklumat penting dalam proses perundingan perlakuan Berikut adalah maklumat yang dianggap penting bagi menjamin kelicinan proses dalam perundingan perlakuan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Latarbelakang Tempat di mana perlakuan terjadi Parameter perlakuan klien Ciri khusus klien Keadaan pencerapan dilakukan Perancangan yang telah dicuba Data tambahan

Keupayaan mendapatkan maklumat di atas bersandar kepada cara komunikasi yang berunsurkan persoalan secara terarah. Ciri ini memang sejati dengan aliran proses layanan mengikut pendekatan teori perlakuan. Latarbelakang Fokusnya adalah kepada alam persekitaran terdekat yang wujud di mana masalah berlaku. Tanda-tanda yang melahirkan informasi penting bersabit dengan ini pula berkaitan dengan penyebab tentang sesuatu perlakuan atau acara yang menghasilkan konsekuennya. Sehubungan ini, terdapat beberapa acara yang boleh dikategorikan seperti berikut: Subkategori perlakuan Kategori ini memerlukan penghuraian yang tepat berkaitan sesuatu perlakuan seperti: 1. 2. 3. 4. kekerapan jangka waktu kepesatannya bila sesuatu perkara itu berlaku dan sebagainya

Ciri-ciri khusus 1. kelemahan pembelajaran 2. kesulitan atau kecelaruan neurologi dan lain-lain Data pencerapan

Biasanya kategori ini berkaitan dengan matlamat organisasi yang sedang diberi khidmat perundingan. Perancangan tindakan Proses ini berkaitan dengan cara membuat keputusan sama ada secara demokratik atau autokratik.

Topik 4: Pemerosesan lisan Pengenalan Interaksi proses di dalam pendekatan perundingan kaunseling teori tinglahlaku memerlukan ciri perbualan yang sememangnya teratur. Perunding wajar boleh mengawal keadaan perundingan bagi memastikan ia mendapat maklumat yang relevan bagi tujuan intervensi. Berikut adalah kategori pemerosesan lisan yang dianggap penting dalam usaha interaksi di antara perunding dengan konsultinya. 1. 2. 3. 4. 5. Spesifikasi Penilaian Inferensi Rumusan Kesahan

Spesifikasi penting di dalam pemerosesan lisan. Data yang diperlukan wajar dinyatakan secara khusus dan terperinci. Ini penting kerana semua perancangan yang akan dijalankan adalah bergantong kepada maklumat terperinci hasil dari penghuraian data yang diperolehi. Di samping itu, perunding juga wajar dapat memastikan bahawa wujud keupayaan untuk membuat penilaian tentang emosi konsulti dan juga terhadap klien hasil darai maklumat yang diberi oleh konsulti. Dalam keadaan demikian, perundingan tidak dapat lari dari keadaan mempunyai pandangan nilainya juga akan mempengaruhi penilaian yang diutarakan oleh konsulti. Namun, dengan kesedaraan ini perunding akan dapat membezakan, di samping sedar apakah nilainya dan apakah nilai yang dipegang oleh konsulti, klien. Langsung membuat keputusan tanpa merasa janggal, bersalah dengan keputusan yang diambil. Inferensi dimaksudkan dengan pengtakrifan data berkaitan dengan emosi yang disampaikan oleh konsulti semasa proses perundingan. Penyampaian ini boleh berlaku

sama ada secara lisan atau tanpa lisan. Manakala rumusan pula adalah keupayaan perundingan memilih data yang relevan, menyaringnya bagi tujuan mendapatkan ketepatan pengumpulan data dari konsulti. Bagi menangani bahawa masalah yang dihadapi itu benar sah, maka perunding pada suatu ketika juga wajar menjalankan tinjauan bagi menentukan konsensus yang nyata. Perunding dan cara berkomunikasi Bagi Bergan, proses komunikasi adalah penting dalam perundingan. Maklomat boleh disubkategorikan dan mencerminkan komunikasi bagi mengenalpasti masalah serta cara menananganinya. Terdapat dua cara perunding berkomunikasi bagi memperolehi maklomat dari konsulti. Perunding dengan secara sedar atau tidak sedar menggunakan dua cara: 1) "emitters"; 2) "elicitors". Emitters Perunding yang berkomunikasi menggunakan cara ini tidak mempunyai kesan kawalan ke atas orang atau konsulti yang berinteraksi dengannya. Cara emitters bersabit dengan pernyataan yang hanya ada kaitan dengan isi kandung dan proses yang disampaikan semasa dalam intyeraksi sahaja. Ciri yang biasa bersabit dengan emitters adalah unsur layanan refleksi perasaan seperti mana yang berlaku di dalam kaunseling. Dalam keadaan ini, walau pun klien akan respon, namun tidak terdapat tindakbalas spesifik yang dikehendaki. Elicitors Cara ini mempunyai kesan kawalan ke atas orang yang mendengar semasa di dalam interaksi. Di dalam proses perundingan, pernyataan yang berbentuk terbuka dna sebenarnya mempunyai unsur arahan adalah ciri elicitors. Contohnya soalan secara langsung seperti: "Sekiranaya tak keberatan maklomkan kedada saya ." Cara ini diguna bagi mengawal aliran maklomat bagi mendapatkan latar belakang, perlakuan, ciri-ciri personal, data tertentu dan sebagainya. Ini memberi pengertian bahawa hasil data yang diperolehi adalah lebih spesifik. Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 12 EDU 3112

PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori psikologi individu Adler dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Soalan uji sendiri: "Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani masalah konsulti".

Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Psikologi Individu Pengenalan Perundingan yang merujuk kepada pendekatan teori psikologi individu berlandaskan jalinan kesalingan hormat menghormati dan beberapa andaian tentang perlakuan manusia yang sememangnya berpolakan bentuk bermasyarakat.. Dalam pendekatan perundingan teori ini, manusia diandaikan sebagai mahlok yang suka berkongsi baik dari segi masalahnya, kegembiraannya dan juga lain-lain kegiatan yang melibatkan kemasyarakatan. Bagi pendekatan ini, perkongsian merupakan satu pendidikan yang dapat dilahirkan melalui dasar demokrasi sosial. Bersamaan dengan prinsip demokrasi ini wujudnya logik tentang falsafah yang memberi kewujudan bahawa wujud taraf kesamarataan di kalangan semua manusia. Dalam fahaman psikologi Adler juga wujud satu kefahaman bahawa patologi atau perlakuan bilazim itu bukannya sebagai suatu yang menjadi sumber masalah bagi interaksi di dalam masyarakat. Hakikatnya di dalam proses interaksi perundingan, konsulti sememangnya sanggup untuk berubah perlakuannya, sikapnya dan juga bersedia menerima tanggungjawab. Perunding pula mesti bersedia tentang perkara atau keadaan yang tidak dijangka kerana bukannya semua perakaun olehnya akan dilaksanakan oleh konsulti. Dalam cara bagi menanangani sesuatu isu, kaedah galakkan merupa suatu cara yang disanjungi. Sehubungan ini, konsulti sememangnya menggerakkan inisiatif diri dan inovasi daripada saranan yang diberi daripada perunding.

Prinsip teras Berikut adalah prinsip teras bersabit dengan perundingan mengikut pendekatan teori psikologi individu: 1. Merupakan satu modaliti yang mirip ke arah pendidikan psikologikal. 2. Andaian bahawa kekurangan maklumat atau pengalaman, bukannya keuzuran atau penyakit mental yang menyebabkan tingkahlaku bermasalah.

3. Menggunakan kedua-dua perundingan individu dan juga kelompok. 4. Fokus kepada pengajaran ibu bapa dan guru bahawa perasaan dan rasa kekitaan ialah satu pendorong yang kuat menggerakkan tingkahlaku manusia. 5. Semua tingkahlaku secara sedikit sebanyak terarah kepada perasaan dan rasa kekitaan. 6. Kesihatan mental diterap dengan berlakunya perhubungan di antara insan secara berkerjasama; mempunyai daya untuk membuat kesilapan; berani untuk membuat kesilapan dan sanggup mempelajari dari kesilapan tersebut.

Topik 2: Matlamat dan Proses Perundingan Tanggapan matlamat yang salah di dalam kefahaman psikologi individu Manusia diandaikan sering mempunyai kefahaman tentang matlamatnya yang salah untuk mendapatkan rasa kekitaan. Matlamat ini biasanya punca dorongan bagi tingkahlaku yang tidak normal. Dorongan tingkahlaku yang tidak normal itu berpunca daripada matlamat diri yang salah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. kehendak bagi mendapatkan perhatian kehendak bagi mendapatkan kuasa kehendak bagi mendapatkan dendaman wujudnya perasaan serta rasa serba kekurangan

Proses perundingan Terdapat beberapa langkah yang penting bagi memastikan proses perundingan dapat dilaksanakan sesempurnanya. Dalam kaedah perundingan mengikut psikologi individu, sokongan sosial yang terdapat di dalam sesuatu organisasi itu sangat penting digunakan oleh perunding dan juga oleh konsulti bagi memastikan kesempurnaan acara yang akan dilaksanakan. Terdapat empat langkah penting dalam proses ini seperti berikut:

1. Biasanya data asas adalah diperlukan sebagai meklumat tentang tingkahlaku yang hendak diubah. Sehubungan ini, perunding bersama dengan konsulti wajar dapat mengenalpasti tentang acara penyebab dan konsekuennya. 2. Seandainya melibatkan masalah tingkahlaku kanak-kanak atau pelajar, ibu bapa atau guru perlu mempunyai suatu hipotesis berkaitan dengan tingkahlaku tersebut. 3. Maklomat tentang persepsi pelajar, kanak-kanak yang berklaitan. Dalam perkara ini bagi memudahkan pengumpulan maklomat maka satu temuduga diagnostik wajar diadakan dengan pelajar atau kanak-kanak yang terlibat. 4. Perlaksanaan perancangan intervensi wajar diadakkan dengan kerjasama konsulti. Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 13 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: Pandangan umum tentang kandungan modul 1. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 2. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori Gestalt dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Soalan uji sendiri: "Berdasarkan kepada prinsip teras pendekatan perundingan psikologi individu, bincang bagaimana anggapan matlamat yang salah boleh membantui perunding dalam menangani masalah konsulti". Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Perundingan Pendekatan Teori Gestalt Pengenalan Pendekatan teori Gestalt memberi fokus terhadap kesedaran secara keseluruhan dalam usahanya bagi memahami personaliti seorang individu. Individu secara menyeluruh diandaikan sebagai mengandungi bahagian yang saling berhubungan antara satu dengan yang lainnya. Manusia dilihat sebagai saling memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran, kederiaan serta persepsi. Individu juga dilihat sebagai sebahagian daripada alam persekitarannya (Othman Mohamed, 1999). Perundingan mengikut pendekatan teori psikologi Gestalt memberi kepenting kepada konsulti supaya dapat satu kepelbagaian kesedaran sealiran dengan kitaran Gestalt yang wajar dicapainya. Kitaran Gestalt adalah inti di dalam perundingan mengikut pendekatan ini.

Kefahaman tentang kitaran Gestalt ini penting di dalam pendekatan perundingan mengikut teori Gestalt. Kitaran Gestalt Kitaran Gestalt yang dimaksudkan mempunyai empat fasa yang tersendiri. Ianya merupakan satu kesedaran baru tentang tenaga yang selama ini terserap, terpendam dan mula menyerlah ke tahap kesedaran. Kesedaran ini wajar dilahirkan dengan bantuan perunding yang boleh memainkan perananyan bagi membantu konsulti memangkinkan daya tenaganya yang selama ini terabai. Pada fasa pertama, kesedaran perlu berlaku di dalam diri seorang individu dan kesedaran tersebut pula wajar dapat dilahirkan secara pelbagai corak polanya. Lambang Gestalt yang dahulunya terabai mula diberi kesedaran semula, di samping muncul lambang-lambang Gestalt yang baru. Ini memberi nafas ke arah suatu kesedaran yang pelbagai model dan pelbagai penjuru dalam pengertian Gestalt. Fasa ini boleh ditakrifkan sebagai fasa kesedaran. Pada fasa kedua, Gestalt yang baru itu dapat mewajarkan lambang tadi sebagai satu kenyataan. Keadaan ini disusul dengan menghasilkan satu pengaliran tenaga baru yang dapat mewujudkan pemerosesan dan aliran penerokaan. Pada tahap ketiga, ia-itu fasa pengaliran tenaga, lambang itu dapat dirasai, disedari dari segi kontak kognitif dan juga emosi. Kontak yang sedemikian rupa juga membolehkan seseorang itu mendefinisikan dan meneroka kawasan-kawasan kontak yang dahulunya tidak disedari. Kawasan yang dimaksudkan di sini adalah perhubungan atau interaksi di antara dirinya dengan orang lain. Matlamatnya adalah bagi seseorang itu bekerja untuk meluaskan kawasan kontak ini. Hakikatnya, seseorang itu harus sentiasa bergerak bagi mendapatkan kesedaran, mendapatkan kontak yang baru dan terus meneroka ke arah persediaan terhadap penghalangan yang berlaku sehubungan dengan pengalamannya di alam dunia ini. Fasa ketiga sebagai fasa penerokaan penting oleh kerana seseorang individu itu diharapkan berupaya dengan segala pengetahuan dan kepekaan kognitif serta emosinya dapat menangani kerumitan yang dihadapi. Fasa keempat merupakan fasa penutup dan resolusi. Di dalam fasa ini semua lambang lambang Gestalt yang terdapat di dalam fasa terdahulunya telah dapat dialami dan diproses. Mengikut fahaman Gestalt, manusia tidak hidup di dalam kekosongan. Oleh itu, sistem yang dilalui oleh manusia dan pengalaman kitaran kehidupan itu bertimbal tindih dan sentiasa berinteraksi. Ini telah dapat melahirkan satu sistem yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh, pengalaman seseorang itu boleh melahirkan kesedaran

sinergi ke atas orang lain dan sebaliknya. Namun, kitaran sistem seperti ini juga boleh menyebabkan kepincangan, sekatan selain dari pertumbuhan yang sihat. Keseluruhannya amat bergantung daripada apakah lambang (figures) dan apakah yang telah menjadi asasnya (ground) mengikut kefahaman Gestalt.

Topik 2: Matlamat Perundingan Pendekatan Teori Gestalt Matlamat utama perundingan pendekatan teori Gestalt adalah bagi membantu konsulti menyedari kitaran pengalaman dan membantu konsulti mengguna pengalaman tersebut sebagai alat menyelesaikan masalah. Sudah tentunya ini bergantung kepada pengalaman yang sering dilalui oleh perunding dengan konsulti. Sebagai contoh, perhubungan interaksi di antara perunding dengan konsulti juga merupakan sebagai satu pengalaman baru yang wajar diproses oleh kedua pihak. Bagi seorang konsulti, perunding juga merupakan sebagai satu lagi kawasan kontak yang perlu dijejak olehnya. Ini bermaksud bahawa konsulti wajar menganalisis kawasan batasannya di antara dirinya dengan orang lain, iaini perunding. Namun, di dalam interaksi tersebut berlaku satu sinergi bersistem. Sistem interaksi di antara perunding dengan konsulti itu menjadi lebih responsif dan memudahkan perubahan dan juga kontak interaksi. Di samping itu, perunding juga menjadi sebagai sumber kesedaran oleh konsulti bagi memperolehi segala pengalaman pengetahuan yang baru. Di sinilah wujudnya ciri kesalingan di antara perunding dengan konsulti. Namun, apa sahaja jenis interaksi akan melalui rintangan kerana ianya melibatkan perubahan. Dalam usaha bagi mengatasi elemen rintangan ini, perunding boleh memberi kesedaran, orientasi konsulti ke arah kebaikan yang boleh terhasil berasaskan `lambang yang muncul dan menggarap peluang yang terhasil dari perubahan yang baru. Sehubungan ini, adalah wajar bagi perunding untuk membantu konsulti mengalami cara bagi ancaman perubahan dan menangani segala ketakutan dan emosi yang berkaitan. Sebagai penutup, adalah wajar bagi semua pihak supaya sedar tentang pengalaman yang lampau. Bagi perunding pula, beliau wajar mampu berfungsi meningkatkan semula tenaga untuk penggunaan konsultinya. Proses yang demikian akan mewujudkan kesedaran ke atas konsulti, maka tenaga yang baru itu terserlah dapat di

alihkan ke arah aktiviti kreatif yang lain. Tahap ini akan memastikan satu detik permulaan bekerjasama di antara semua pihak yang terlibat. Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 14 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed. Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori pengurusan secara saintifik; teori pengurusan teori X dan teori Y dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian: Soalan uji sendiri: "Bincangkan perbezaan di antara Teori X dengan Teori Y dan kesesuaian dalam penerapannya kepada proses perundingan." Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Pengurusan secara saintifik Produktiviti yang terhasil oleh sesuatu organisasi ada kaitannya dengan punca input seperti bahan mentah, kemahiran pekerja dan sistem pengurusan. Pengurusan secara saintifik mementingkan pencerapan dan analisis data berkaitan input yang asas bagi membolehkan pengeluaran produktiviti cemerlang. Pengurusan secara saintifik perlukan maklomat yang berasaskan analisis hasil kajian. Sebagai contoh, kes klasik dalam penyelidikan pengurusan seperti kajian Ujikaji Hawthorne atau "The Hawthorne experiments" telah menunjukkan betapa pentingnya faktor seperti layanan, apabila diwujudkan ke atas pekerja secara tidak langsung meningkatkan produktiviti kepada kedua-dua kelompok yang diuji dan kelompok yang dikawal. Pada asalnya, pakar efisiensi dalam kajian Hawthorne tersebut beranggapan dengan satu hipotesis bahawa suasana kerja yang mempunyai cahaya yang lebih terang akan meningkatkan produktiviti. Sebagai kawalan, satu kelompok pekerja dibentuk tanpa peningkatan cahaya terang. Hasil kajian menunjukkan seperti disangka bahawa kelompok eksperimen memang meningkat produktivitinya. Tetapi, hasil kajian mendapati kelompok kawalan juga meningkat produktiviti. Sehubungan ini, pengkaji Elton Mayo pada tahun 1933 (Hersey & Blanchard, 1972) membuat kesimpulan ada kaitan yang signifikan bahawa faktor layanan dan perihatin terhadap pekerja memainkan peranan bagi meningkatkan produktiviti. Apa yang telah berlaku dalam kajian Hawthorne itu ialah ahli-ahli dalam kelompok kawalan secara tidak langsong juga diberi layanan dan kemungkinan tinggi bahawa interaksi hubungan insan dan layanan mengubah cara mereka bekerja dan seterusnya meningkat hasil produktiviti.

Kaunselor yang melaksanakan penyelidikan tindakan di dalam programnya telah menerapkan konsep pengurusan saintifik. Data yang diperolehi kemudian dianalisis bagi meenghasilkan dapatan kajiannya. Dapatan kajian yang diperolehi boleh diguna dan diterapkan bagi peningkatan dan kemajuan perlaksanaan program kaunseling. Ciri ini lebih tersusun dan sudah tentunya program yang diatur itu lebih sistematik sealiran dengan kehendak dapatan kajian yang dilaksana.

Topik 2: Model pengurusan Teori X dan Teori Y Pada tahun-tahun 60an, McGregor (1960) telah mengemukakan satu pendekatan teori yang dinamakan Teori X dan Teori Y. Pendekatan ini menumpu kepada tingkah laku bekerja bagi pekerja di dalam organisasi. McGregor (1960) mengemukakan bahawa dalam Teori X pekerja sememangnya tidak suka terhadap pekerjaan, mengelak tanggungjawab dan memerlukan penyeliaan bagi mencapai tujuan korporatnya. Teori ini juga beranggapan bahawa seorang insan pekerja itu juga sememangnya malas dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi bagi memperbaiki diri sendiri. Lumrah dalam Teori X ini, pekerja percaya bahawa beliau tidak dapat mengawal diri dan semua akibat ke atas dirinya dipengaruh oleh faktor luaran. Dalam Teori Y, McGregor (1960) menyatakan anggapan yang bertentangan Theori X. Setiap pekerja sebenarnya faham akan tanggongjawabnya serta berupaya sedaya upaya bagi mencapai ke arah objektif misi korporatnya. Teori ini beranggapan bahawa seorang insan pekerja itu sememangnya mempunyai cita-cita untuk berinteraksi secara sosial. Insan pekerja itu memang suka bekerja di samping gemar bermain, bersaing bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang insan yang cergas dengan kepintaran kreatif, pekerja pada lazimnya boleh mengawal hasrat diri sendiri dan boleh juga bergerak melakukan sesuatu kerja tanpa penyeliaan rapi. Pengurus yang mengutamakan Teori X akan mementingkan struktur kawalan dan peraturan yang rapi ke atas para pekerjanya. Manakala pengurus yang mengutamakan Teori Y akan lebih terbuka dengan pengurusan kerja yang tidak memfokus kepada pengstrukturan peraturan yang ketat. Teori Y memberi kebebasan yang lebih kepada para pekerja bagi menentukan tahap pencapaian dan gerak kerja ke arah kecemerlangan sesuai dengan misi organisasi. Modul 14 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia oleh Othman

Mohamed.

MODUL 15 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed. Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori pengurusan secara objektif dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian:

Soalan uji sendiri: Kefahaman tentang teori pengurusan secara objektif memudahkan perlaksanaan perundingan organisasi. Bincangkan. Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Pendekatan Pengurusan secara Objektif Pengenalan Keseimbangan adalah perlu di dalam sesuatu cara membuat keputusan. Begitu juga dalam pengurusan yang melibatkan beberapa pihak di dalam sesuatu organisasi. Penerajuan kepepimpinan pengurusan sangat bergantung kepada cara dan gaya kepepimpinan yang digunakan oleh pengurus. Keseimbangan juga terpengaruh dengan kuasa desakan yang hadir di dalam sesuatu alam persekitaran organisasi. Persaingan kuasa desakan ini boleh wujud sama ada dari dalam atau pun dari luar organisasi. Kurt Lewin (1947) seperti dilaporkan oleh Hersey dan Blanchard (1972) memberi penjelasan tentang kuasa desakan ini yang dinamakan sebagai analisa kuasa lapangan. Dalam apa keadaan sahaja pun, kuasa desakan menolak dan kuasa desakan menahan akan memainkan peranan yang penting bagi mentafsirkan tindakan yang diambil oleh seorang pengurus (lihat Rajah 10) . Antara kuasa menolak adalah seperti galakan dari penyelia, sistem insentif bersabit ganjaran, persaingan yang wujud dari rakan sekerja. Suasana demikian akan menggalakkan desakan ke arah satu haluan dalam pembentukan objektif yang diidamkan. Manakala desakan menahan lebih berbentuk perlakuan dan pemikiran yang berunsurkan perasaan sambil lewa; perasaan tidak ambil berat terhadap sesuatu tindakan, peraturan, tanggungjawab; enggan menyelenggarakan peralatan dan sebagainya.

Seorang pengurus mesti dalam setiap masa merasai akan desakan yang dialami di dalam organisasinya. Bagi seorang kaunselor di alam persekolahan, kaunselor mesti peka akan dinamik yang terjalin dalam tindakan pengurusan dan gaya kepepimpinan yang terserlah. Kefahaman tentang budaya ini akan dapat membantu kaunselor untuk mengambil tindakan pengurusan yang sewajarnya. Kefahamnya tentang pengaruh keseimbangan desakan yang tersemai di dalam alam sekolah membolehkan kaunselor membuat kata putus tindakan pengurusan bersabit dengan perancangannya secara saksama dan berkesan. Hasil daripada penjelasan tentang pengaruh kuasa desakan, maka kaunselor boleh mengambil kira beberapa perancangan bagi mencapai matlamat perkhidmatan kaunseling di sekolah. Kefahaman tentang matlamat yang hendak dicapai adalah penting bagi menjayakan sesuatu projek. Begitu juga dasar yang serupa boleh dialihkan kepada kefahaman akan matlamat bagi sesuatu perkhidmatan seperti kaunseling di sekolah. Seorang pengurus perlu faham tentang jurang persepsi dan keupayan tindakan yang dialami pihak pengurusan dengan pihak pekerjanya di dalam sesuatu organisasi. Apabila berlakunya perbezaan persepsi tentang kuasa desakan dan pengarugnya di dalam alam organisasi, matlamat yang hendak dicapai tidak akan dapat keselarian dan kesepakatan tindakan oleh kedua-dua pihak pengurusan dengan pekerja. Pendekatan pengurusan secara objektif (PSO) mengambil kira semua pengaruh desakan penolakkan dan penahanan yang mungkin berlaku di dalam sesuatu organisasi, di samping berasaskan kepada falsafah menyepadukan akan kawalan luaran dengan kawalan dalaman. Kawalan luaran berpunca dari pengaruh pihak pengurusan manakala kawalan swadiri berasal dari pihak pekerja. Perancangan ke arah matlamat yang berkesan perlu mendapat persetujuan di antara kedua pihak pengurusan dengan pekerja atau di antara pengurus kanan dengan pekerja di bawah penyeliaannya. Dalam pendekatan PSO ini, persetujuan matlamat sudah dapat ditetapkan dari permulaan projek. Ini akan memastikan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab tentang perlaksanaan projek faham tentang implikasi sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Setiap objektif yang hendak dicapai perlu diperincikan agar sesuatu yang realistik dapat dirancang dan dilaksanakan. Dalam keadaan ini, maka matlamat organisasi secara keseluruhan mesti difahami terlebih dahulu oleh semua ahli yang terlibat. Matlamat yang tidak sesuai wajar digugurkan dan diganti dengan matlamat yang lebih baik. Kesedaran mesti wujud bagi menjangkakan sesuatu matlamat yang hendak dicapai. Ini penting bagi melahirkan suasana keiltizaman tugas dan missi yang gigih

ke arah perlaksanaan dan pencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Rajah 11 menunjukkan kitaran perlaksanaan Pengurusan secara Objektif.

Modul 15 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

MODUL 16 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed. Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penerapan pendekatan teori pengurusan strategik dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Soalan uji sendiri: Bincang kepentingan 2KPA dalam proses menangani missi sesuatu sekolah daripada sudut perundingan kaunseling. Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Serlangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Pendekatan Pengurusan Strategik Pengenalan Pengurusan strategik mempunyai ciri yang tersendiri. Sebelum sistem pengurusan strategik dilaksana, adalah penting mengenal pasti tentang kedudukan ciri-ciri yang sedia wujud dalam alam sesuatu organisasi. Pengurusan strategik ditakrifkan sebagai satu proses pengurusan dan upaya membuat keputusan yang menentukan struktur jangka panjang dan aktiviti organisasi (Constable, 1980). Rajah 12 dapat menunjukkan secara grafik aliran tujuan korporat dan kaitannya dengan nilai, sumber serta alam persekitaran dengan tindakan yang perlu di sesuaikan dalam perlaksanaan tindakan jangka panjang.

Proses pengurusan. Proses pengurusan berkait rapat dengan cara strategi diterap dalam semua aspek gerak kerja di dalam sesuatu organisasi. Pengurus wajar dapat menjangka secara intuisi perubahan muktahir seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (2KPA) yang wujud di dalam organisasinya.

Keupayaan membuat keputusan pengurusan. Seorang pengurus yang cekap wajar boleh membuat keputusan yang baik. Seorang pengurus juga wajar berani membuat keputusan bagi kepentingan organisasinya. Malomat menjadi bahan penting dan sumber kritikal seorang pengurus memilih keputusan yang paling sesuai dan menguntungkan organsasinya.

Dimensi jangka masa. Pengurusan strategik memberi tumpuan komitmen terhadap demensi jangka masa dalam penentuan perlaksanaan aktiviti organisasi. Oleh itu, pengurus wajar perihatin dan sentiasa berwaspada tentang elemen 2KPA dalam organisasinya kerana aras jangka masa strategik berbeza antara satu bahagian dengan satu bahagian yang lain walaupun dalam satu organisasi.

Struktur Organisasi. Pergerakkan organisasi yang baik sangat bergantung kepada susunan struktur organisasinya. Dalam organisasi yang effisien, kuasa untuk membuat keputusan terserlah dan teratur susunannya. Penurunan kuasa boleh dilakukan dan tanggungjawab boleh meningkatkan harga diri pengurus di samping mengoptimumkan kepantasan membuat keputusan. Dalam keadaan demikian, penurunan kuasa juga merupakan satu cara strategik bagi peningkatan hasil produktiviti.

Aktiviti Organisasi. Pelbagai aktiviti boleh bergerak dalam sesuatu organisasi. Dalam alam pendidikan, keutamaan diberi kepada pemegang amanahnya seperti kerajaan, ibu bapa dan juga kliennya seperti pelajar dan ibu bapa. Walau apa pilihan keutamaan yang terserlah, aktiviti organisasi tetap bergantung kepada keupayaan perlaksanaannya.

Topik 2 Perlaksanaan Pengurusan Strategik

Pengurusan strategik memerlukan kepemimpinan yang cekap dan berani. Strategi yang melibatkan jangka masa yang panjang akan memerlukan budaya perkongsian dan bekerjasama antara semua pengurus dalam sesuatu organisasi. Seorang ketua eksekutif dalam alam kerja yang demikian perlu mempunyai wawasan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab semua pengurusnya. Dalam alam pendidikan seperti persekolahan pula, tanggungjawab ini akan terserlah kepada seorang pengetua. Peranan kaunselor pula lebih kepada ciri perunding bagi menentukan supaya budaya dan alam psikologikal persekolahan dapat diasah kepada arah tahap yang lebih optimum. Seorang kaunselor wajar dapat bekerjasama secara kolaboratif dengan pengetua dan pengurusan sekolah. Kerjasama secara kolaboratif ini penting bagi menjangka matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang hendak dicapai sekolah dan menyediakan alam psikologikal yang sesuai bagi mencapai matlamat yang terancang.

Keserasian kejayaan. Dinamik kejayaan dalam pengurusan strategik sangat memerlukan satu daya upaya bagi mengenalpasti 2KPA. Kejayaan bagaimanapun tidak akan dapat dihasilkan sekiranya ciri nilai, sumber dan alam persekitaran sesuatu organisasi tidak diserasikan dengan keadaan sebenar 2KPA. Nilai dan budaya kerja yang tinggi penting ditanam dalam alam organisasi pekerjaan. Nilai murni bagi meningkat produktiviti dan kepuasan kerja wajar dapat diasah dalam setiap sikap pekerja. Keperluan bagi persediaan alam ini akan dapat menjamin peningkatan produktiviti. Sehubungan ini pihak pengurusan wajar dapat mengurus secara adil dan teratur sumber yang sedia ada. Di samping boleh mempertimbangkan dengan wajar tentang kekuatan dan kelemahannya serta daya mengambil peluang "advantage" yang wujud di dalam organisasi. Keserasian ini dapat dilihat dalam Rajah 13. Dalam dinamik pengurusan strategik, pengurus hendaklah perihatin tentang "advantage" persaingan alam persekitaran yang wujud di organisasinya. Segala kekuatan dan kelemahan hendaklah diteliti di samping pengurus berupaya mengenalpasti peluang bekerjasama dengan pihak lain bagi mengatasi kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan. Peluang seperti ini akan dapat meningkatkan nilai kemasyarakatan pada tahap yang lebih luas. Kelemaham sumber dapat diatasi dan kekuatan yang sedia ada diguna bagi meningkat mutu nialai tanggungjawab kemasyarakatan. Di samping meningkatkan imej organisasi dalam alam masyarakat, peningkatan perduktiviti akan dapat menjamin hasil keuntungan.

Thomson (1990) berpendapat perancangan strategik sebagai satu cara pengurusan bagi menjamin kesinambungan tujuan sesuatu organisasi tercapai. Model yang dikemukakan berasaskan tiga tema penting seperti analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan (Thomson, 1990). Tiga tema ini akan mengakibatkan seorang pengurus berhadapan secara langsung dengan proses pengurusan pada peringkat perancangan yang asas di dalam organisasinya. Pengurusan secara ini melibatkan pengurus mengambil peranan langsung sebagai seorang yang mampu menjangkau ke arah masa hadapan serta mampu memain peranan sebagai seorang futuristik. Aspek yang dipentingkan oleh pihak pengurusan adalah proses yang paling baik bagi mengeluarkan produk yang hendak dihasilkan. Pengurusan strategik juga mengabungkan keupayaan bagi menentukan kepentingan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi yang sedang diurus. Di samping itu, pengurus sedia menerima bahawa perubahan memang perlu dan mesti berani menghadapi perubahan tersebut. Sehubungan ini, pihak pengurusan sentiasa bersedia, menyesuaikan keadaan serta mampu menggunakan intuisi dalaman sanubarinya bagi menangani keadaan tidak menentu yang muktakhir. Pihak pengurusan juga semestinya peka dengan segala pengaruh yang akan dihadapi di dalam dan di luar organisasinya. Selari dengan saranan yang dikemukakan oleh Thomson (1990) berkaitan dengan analisis, membuat pilihan, dan perlaksanaan, Kurpuis, Burello, dan Rozecki (1990) telah mencadangkan satu proses perancangan strategik seperti dipaparkan dalam Rajah 14.

Pandangan masa hadapan dan perkongsian kepercayaan Adalah penting di dalam sebuah organisasi bagi semua ahlinya dapat berkongsi segala visi pandangan masa hadapan yang dibayangkan sebagai munasabah oleh pihak pengurusan. Syarat kepemimpinan ini akan dapat membimbing ahli di dalam satu organisasi itu bergerak sealiran dengan bayangan visi yang diilhamkan oleh ketua eksekutif organisasi tersebut. Suasana perkongsian idea dan ilham bayangan masa hadapan organisasi ini akan dapat membentukkan kesalingan harapan dan rasa tanggungjawab bagi semua yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi tersebut.

Penglibatan perkongsian idea dan ilham masa hadapan di setiap lapis keahlian di dalam organisasi sangat penting. Setiap ahli wajar dididik tentang budaya yang terdapat di dalam organisasi tersebut serta budaya kerja yang diilhamkan bagi menjamin prestasi yang ulung yang akan dicapai oleh organisasi. Ciri ini mustahak bagi menjamin daya kreativiti akan sentiasa wujud dan berkembang di kalangan keahlian tujuan mencari cara paling baik bagi memajukan prestasi organisasi.

Missi, Matlamat dan Tujuan Organisasi Missi organisasi mestilah jelas. Missi merupakan satu kehendak ideal yang boleh dicapai oleh organisasi dengan mengambil kira segala ilham serta budaya kerja yang dikongsi bersama semua ahli bagi memastikan produktiviti yang membena. Missi tercapai hasil daripada pembentukkan visi yang diterima secara jelas oleh para perancang strategik di dalam sesuatu organisasi. Missi yang dibentuk mesti dapat memberi haluan kehadapan yang luas bagi organisasi supaya segala elemen yang perlu boleh disalurkan ke arah matlamat yang mahu dicapai oleh organisasi. Sebagai contoh, bagi sebuah organisasi universiti, keinginannya adalah menjadi sebuah pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung. Di samping itu, instituisi universiti ini juga bukan sahaja mahu menjadi pusat penyelidikan bahkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang mempunyai fokus kepada beberapa bidang kecemerlangan. Pembentukkan misi mengakibatkan para perancang strategik mengambil peranan yang proaktif dan tidak passif atau reaktif. Dalam bidang kaunseling pula, perkhidmatan kaunseling di alam persekolahan wajar dapat mengenalpasti arah tujuan yang hendak dicapai bagi perkhidmatan kaunseling di sekolah yang berkenaan. Sekiranya kecemerlangan perkhidmatan dituntut, maka sesuatu perkhidmatan kaunseling sewajarnya dapat menyediakan secara sempurna bidang kaunseling yang diidamkan. Dalam alam sekolah, adalah penting perkhidmatan kaunseling yang menyeluruh dapat disediakan bagi menjamin pelajar bersedia dengan alam pekerjaan yang serba mencabar. Apabila missi yang luas sudah dapat dipersetujui, maka pencarian bagi mewajarkan matlamat organisasi akan menjadi lebih mudah. Matlamat merupakan titik peralihan diantara visi dan misi yang luas pada satu penghujung dengan tujuan organisasi yang lebih berfokus serta terperinci pada satu penghujung. Gambaran yang menunjukkan proses ini dapat dilihat di dalam Rajah 15.

Matlamat melibatkan keupayaan organisasi merancang segala elemen penting yang boleh memberinya suatu pemilihan untuk bergerak ke arah tujuan sebenar teras aktiviti perniagaan organisasi. Perancangan akan hanya dapat diperolehi seandainya satu analisis yang terperinci dilakukan ke atas tiga elemen yang boleh mempengaruhi pemilihan yang strategik untuk mencapai tujuan yang diidamkan. Rajah 16 menunjukkan tiga bentuk analisis yang wajar dilakukan adalah 1) analisis luaran; 2) analisis industri; dan 3) analisis dalaman.

Pada hakikatnya, pemilihan strategik memberi peluang kepada pihak pengurusan menjamin bahawa tujuan organisasi akan tercapai hasil daripada pilihan strategi perancangan yang baik. Pemilihan strategi dapat dimulakan dengan kesedaran akan wujudnya pelbagai cabaran ancaman yang sedia ada dan yang mendatang di alam persekitaran dimana organisasi itu beroperasi. Sehubungan ini, pengurusan wajar dapat mengenalpasti empat elemen penting tunggak analisis dalam usaha membuat pemilihan strategik seperti berikut 1) Kekuatan 2) Kelemahan 3) Peluang 4) Ancaman yang wujud berkaitan dengan organisasinya. Elemen persekitaran luaran, industri dan dalaman perlu diteliti secara terperinci oleh pengurusan bagi mengenalpasti empat tunggak analisis yang akan mempengaruhi pemilihan yang paling strategik bagi menghasilkan tujuan organisasi yang diidamkan. Setiap organisasi mahukan pencapaian yang cemerlang menggabungkan kedua-dua kuantiti dan kualiti. Di samping idaman ini, budaya kejayaan dan kepekaan terhadap etika kerja yang murni perlu juga disanjungi. Bagi mencapai kecemerlangan tadi, sudah tentunya organisasi mesti mencari satu tempat yang istimewa dalam alam persekitaran teras perniagaannya agar mampu bersaing dengan organisasi lain yang juga menawarkan produk yang serupa. Dalam alam mencari pemilihan strategik, organisasi mesti mampu mengenalpasti produk yang istimewa itu bagi memastikan keupayaan persaingannya dengan organisasi pesaing yang lain. Elemen luaran yang boleh mempengaruhi pemilihan strategik lebih menumpu kepada peluang yang boleh diambil oleh pengurusan bagi menjamin kesinambungan kewujudan organisasinya dalam pasaran. Di samping itu juga, pengurusan tidak boleh lepa dengan ancaman yang muncul dalam pasaran akibat dari kegiatan pesaing lain. Ancaman ini boleh mengambil pelbagai rupa seperti cara pemasaran, pasaran yang baru, produk yang baru, penghargaan produk yang lebih menarik bagi pengguna, kos pengeluaran yang berkurangan dan sebagainya.

Bagi menjamin persaingan dalam pasaran dengan pesaing yang lain, pengurusan mesti faham akan kekuatan dan kelemahan organisasi yang sedia ada baik di dalam mahu pun di luar organisasi. Kelemahan yang boleh menggugat keupayaan organisasi bagi menjamin produknya laku di dalam pasaran mesti dikenalpasti dan tindakan diambil bagi memulihkannya secara segera. Perimbangan kekuatan organisasi tidak dapat disangkal sebagai penting kerana kekuatan yang ada mesti dipelihara dan dibangunkan. Kaunselor boleh memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang wujud di dalam organisasinya. Contohnya di alam persekolahan, hasil dari analisis keperluan suasana alam akademik persekolahan dan juga keiltizaman para pengajarnya, kekuatan dan kelemahan berkaitan potensi prestasi sekolah boleh dijangka. Gunakan maklomat ini bagi membuat perancangan dan pemilihan strategik supaya dapat meningkatkan keupayaan sekolah ke arah satu budaya kerja dan prestasi yang lebih baik. Tujuan merupakan satu hasil yang hendak dicapai setelah matlamat terhasil. Tujuan adalah lebih spesifik serta lebih terfokus berbanding matlamat. Bagi menghasilkan kehendak yang terfokus ini akan memerlukan suatu pembentukan dasar yang dapat meyakinkan strategi yang terancang ke arah kejayaan.

Strategi dan Pelan Tindakan. Perancangan strategi melibatkan empat faktor utama yang perlu diberi perhatian. Empat faktor penting dalah 1) pengurusan pemasaran; 2) pengurusan sumber manusia; 3) pengurusan kewangan; dan 4) pengurusan maklomat (Thomson, 1990). Bagi mana-mana organisasi yang menuju ke arah tujuan berfokus, perancangan strategiknya tidak dapat ketepikan. Perancangan strategik yang melibatkan empat faktor tadi memberi satu nadi terarah bagi memastikan keyakinan akan tercapainya tujuan yang diidamkan. Pengurusan pemasaran adalah penting bagi menjamin produk yang terhasil dapat dipasarkan secara optimum. Pemasaran sesuatu produk bergantung kepada objektif yang dikaitkan dengan strategi keseluruhan organisasi. Contohnya, suatu fakulti di dalam sebuah institusi pengajian tinggi yang perlu memasarkan produk akademiknya mesti dapat memastikan strategi yang selari dengan dasar induk institusi. Kesalingan sokongan sangat perlu bagi mengukuhkan perancangan strategi di peringkat fakulti serta perlu wujudnya penurunan kuasa yang optima. Contoh ini selari dengan dasar pemasaran program Masters yang dikendalikan secara pengajaran di luar kampus oleh Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia mulai pada tahun 1997. Pihak universiti menggalakkan setiap fakulti agar dapat memastikan pasaran yang bukan konvensional bagi produk akademiknya. Dalam strategi yang dilaksanakan,

produknya iaitu program Masters Sains merupakan satu produk yang berjaya dipasarkan mengguna strategi percampuran pemasaran yang klasikal. Strategi melibatkan daya menentukan agihan tempat pengajaran di luar kampus. Ini menepati dengan konsep pengedaran optima dalam pengertian strategi pemasaran. Tempat perintis bagi melaksanakan program dipilih agar permintaan terjamin, di samping adanya percampuran produk yang menarik bagi konsumer. Tempat pertama yang dipilih bagi pelancaran produk adalah di Pantai Timur, iaitu di Kuala Trengganu, Trengganu. Sebagai satu bandar yang jauh dari kampus induk di Serdang, Selangor, kawasan Kuala Trengganu mempunyai potensi kawasan takungan permintaan calon bagi program Master Sains dalam dua bidang, a) Bimbingan dan Kaunseling dan 2) Pentadbiran Pendidikan. Strategi pemilihan ini juga disokong dengan cara menepati kehendak konsumer supaya produk dapat diajukan dengan satu pakej yang baik serta menarik. Sekali gus dapat mematahkan persaingan daripada produk program Masters yang ditawarkan oleh sebuah institusi lain yang sudah bertapak di Kuala Trengganu. Pentingnya disini adalah keupayaan menyajikan satu pakej program Masters yang berkualiti di samping menjaga keupayaan konsumer boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Perletakkan penghargaan yang berpatutan tanpa mengaut keuntungan yang berlebihan bagi satu konsumer adalah sebagai satu strategi kewangan yang berkesan. Daya penglibatan konsumer dan potensi ramai bilangan konsumer yang tertarik dengan pakej tersebut dapat memastikan pulangan kos serta menjamin peningkatan pulangan keuntungan. Penjualan sesuatu produk juga bergantung kepada upaya bagi menyampaikan seberapa luas maklomat tentang produk serta segala kebaikannya. Cara mempromosikan produk tadi adalah secara konvensional iaitu menggunakan konsep pemasaran langsung. Interaksi antara pihak universiti sebagai pembekal dengan konsumer atau bakal pelajar diutamakan. Kepercayaan dan kesetiaan dapat dijalin secara ikhlas dan wujud kesalingan menghormati produk yang bermutu tanpa didagangkan secara komesial melalui pengiklanan media. Kejayaan pemasaran produk Master Sains yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM itu tidak terhad hanya kepada Kuala Trengganu. Strategi yang serupa juga diterapkan di kawasan Jitra, Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Kelainannya, strategi pemasaran menerap penggunaan mempelbagaikan produk dan dalam masa yang sama membahagikan kawasan pasaran. Kawasan pasaran dikenalpasti pembahagiannya 1) di kawasan timur, 2) kawasan selatan, 3) tengah semenanjung, 4) Sabah dan Sarawak, dan 5) kawasan utara.

Strategi mempelbagaikan produk adalah penting bagi memastikan penggunaan sumber pengajar akademik secara optima sebagai sumber manusia yang penting dalam penawaran program Master. Perhubungan antara strategi pemasaran dengan strategi penggunaan sumber manusia sangat rapat dalam pemasaran program akademik. Keterampilan akademik tidak dapat dinafikan sebagai faktor utama dalam pembekalan produk yang bermutu tinggi seperti program Master ini. Kepakaran dalam pengajaran sesuatu subjek di samping masa yang boleh disedia serta digunakan oleh sumber pengajar tersebut adalah di antara kekangan yang mewajarkan strategi menyediakan kepelbagaian produk. Standard pengajaran dan standard Master tetap terjamin.

Pengurusan Secara Objektif. Di dalam parameter perancangan strategik, ada juga penerapan pengurusan secara berobjektif bagi menentukan supaya tugas kecil dapat diselenggarakan secara effisien. Perancangan strategik secara keseluruhan penting, namun kejayaan menghasilkan tugas kecil merupakan kunci dalam perlaksanaan yang licin dan optima sesuatu perlaksanaan projek. Perlaksanaan tugas-tugas kecil ini tidak akan berjaya tanpa kerja secara kolaboratif dan wujud satu pembentukan kerja berpasukan. Ganjaran tetap merupakan satu daya motivasi dalam perlaksanaan tugas. Kesedaran akan menjayakan projek dan pentingnya bagi meningkatkan integriti fakulti sebagai satu pusat yang boleh maju ke hadapan dalam bidang pendidikan negara juga merangsang kegigihan personnel. Di samping itu, keterampilan personnel juga meningkat hasil keperluan persediaan modul pengajaran yang mencabar. Tugas kecil juga melibatkan usaha pengurusan kewangan yang rapi kerana setiap pergerakkan aliran wang tunai mesti dikawal bagi memastikan kos tetap dan kos berulang adalah dalam kawalseliaan yang munasabah. Pengaliran masuk kewangan sebagai sumber menjana pendapatan bagi fakulti berasaskan kepada penentuan jangkaan antara kadar pertumbuhan pasaran dengan Bahagian Relatif Perkongsian Pasar seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 17 .

Pemilihan penjualan produk mengikut pasaran adalah penting bagi menjamin pulangan yang menguntungkan. Pengurus wajar dapat menentukan kadar pertumbuhan pasaran, di samping memantau bagaimana penjanaan wang berdasar pembahagian relatif pasaran boleh mempengaruhi keuntungan. Pasaran yang tinggi kadar pertumbuhan akan menyebabkan pembahagian pasaran produk yang rendah.

Kemungkinan produk yang baru apabila diperkenalkan tidak mungkin dapat pulangan balik modal, malahan kerugian -- Petak K. Dalam kes Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, ada persaingan yang sederhana dalam produk Master di antara institusi lain. Namun, pelbagaian dan perbezaan produk dari segi pakej modular telah dapat menandingi produk dari institusi yang lain. Proses kata putus yang penting adalah bagi memilih produk yang boleh mendatangkan pulangan keuntungan yang paling optima dalam peringkat pelancaran projek supaya pasaran yang terjamin tetap dalam kawasan Petak U -- Untung. Ini merupakan strategi peneguhan janaan kewangan pelancaran dan cara pembayaran yuran pembelajaran secara beransur dalam tiga peringkat selama satu tahun semasa belajar juga memastikan sistemnya menarik dan fleksibel. Sistem pembayaran ini juga telah dapat mengekalkan bilangan peserta dengan tahap pengguguran pembelajaran terkawal pada kurang 5 peratus. Walau pun strategi pelbagaian dan perbezaan serta pembahagian pasar diterapkan, namun wujud juga produk pengkhususan dalam program Master yang sukar dipasarkan di dalam pasaran bidang pendidikan secara amnya. Produk yang kurang pasarannya tetap masih ditawarkan di dalam kampus bagi menjamin kesinambungan penawaran secara konvensional. Penyemakan. Sesuatu perancangan tindakan akan memerlukan penilaian ke atas perlaksanaannya. Perancangan strategik juga tidak mengenepikan pentingnya faktor penyemakan dan penilaian. Penyemakan perlu kerana tujuan strategik yang hendak dihasilkan dalam waktu jangka panjang mesti dapat diukur sama ada tercapai atau pun tidak. Pencapaian matlamat strategik yang telah dirancang akan menjadi petunjuk sama ada tujuan lebih jauh itu realistik. Apabila berlakunya kepincangan dalam perlaksanaan dan perlaksanaan tersekat, maka punca sebenar mesti ditangani. Segala 2KPA perlu dikaji semula dan ditangani secara sistematik. Tujuan berobjektif hendaklah disemak dan diselaraskan agar matlamat secara keseluruhan mudah dicapai semula. Cara pengurusan perancangan strategik sudah pasti dapat menghasilkan idaman tujuan dalam jangka masa panjang. Pengurus menjadi lebih peka dengan keadaan alam persaingan produknya di samping para pekerja dapat menjana satu visi bersama dengan pihak pengurusan. Modul 16 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 7: Pengurusan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Pindah ke laman forum dan maklum balas

Ke Laman Induk

copyright othmanmohamed

MODUL 17 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan perundangan dalam kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed.

Tajuk pembelajaran:

Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang etika dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul. Penilaian: Soalan uji sendiri: Bincangkan kepentingan cara membuat keputusan mengikut prinsip etika semasa perunding berhadapan dengan dilema eitka. Beri contoh. Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Etika dalam perundingan kaunseling Pengenalan Etika dan perlakuan beretika adalah sesuatu tindakan yang menuntut keakuran terhadap piawaian profesional serta perhakimannya tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Manakala kod etika pula merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional (Othman Mohamed, 1999). Di Malaysia, sungguh pun belum banyak kes litigasi yang emrujuk terhadap kod etika perundingan kaunseling, namun Persatuan Kaunseling Malaysia atau PERKAMA ada menerbitkan Kod Etika bersabit dengan perundingan. Bahagian F di dalam Kod Etika PERKAMA jelas menghuraikan tentang enam perkara bersabit dengan perundingan seperti berikut:

1. Tentang kesedaran berkaitan dengan nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri. 2. Tentang persefahaman dan persetujuan antara perunding dengan konsulti. 3. Tentang keupayaan dan kemampuan menjalankan perundingan. 4. Tentang pergantungan dan pentingnya kemampuan bagi memudahkan konsulti berkembang dari sisi swadirinya. 5. Tentang pembayaran dan isu bila berhak menerima pembayaran perundingan. 6. Tentang kewajaran perunding tertakluk kepada kod etika persatuannya. Pernyataan etika sepertimana yang diterbitkan oleh sesuatu pertubuhan profesional seperti PERKAMA biasanya wujud sebagai satu niat kemahuan persetujuan bagi berkhidmat kepada masyarakat. Niat ini adalah satu tanggungjawab yang dipegang oleh semua ahli profesion tersebut dengan masyarakatnya. Oleh yang demikian, tanggungjawab terhadap niat etika ini juga merangkumi semua nilai masyarakat yang dianggap paling tinggi tahapnya untuk dipertahankan. Di dalam sesuatu profesion, kod etika ditubuhkan bagi menjaga hak yang dipunyai oleh orang awam atau ahli masyarakat. Hak seseorang individu di dalam masyarakatnya wajar dipertahankan. Di samping itu, terdapat pula tanggungjawab yang dituntut daripada seorang ahli profesional seperti kaunselor atau perunding kepada kelompok yang spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu khidmat yang disampaikan oleh ahli profesional tersebut. Di samping itu, kod etika juga merupakan sebagai satu ingatan kepada ahli yang menjalankan praktis profesionnya supaya dibimbing dengan peraturan, membina serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan kliennya (Othman Mohamed, 1999). Di dalam praktis perundingan, perunding wajar menjaga martabat dan keselamatan konsulti dan juga kliennya. Kod etika juga memberi bantuan kepada ahli dalam sesuatu profesion agar dapat memikirkan serta boleh mempertimbangkan tentang dilema membuat sesuatu keputusan apabila berhadapan dengan isu moral (Othman Mohamed, 1999). Kod etika juga dapat memberi satu penjelasan akan tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya dan apabila kaunselor memberi khidmat sebagai perunding, tanggungjawab ini teralih ke arah konsulti serta klien konsulti.

Topik 2: Prinsip etika dalam perundingan kaunseling Pengenalan Terdapat tujuh prinsip etika yang boleh diketengahkan di dalam proses perundingan kaunseling seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tanggungjawab Otonomi Kebajikan klien dan konsulti Salahwakil atau misrepresentation Pembayaran Perhubungan Perunding - Konsulti Menjaga maklumat terhad atau confidentiality

Tanggungjawab. Adalah sedia maklum bahawa perundingan kaunseling merupakan percantuman di antara du profesion. Sebagai contoh interaksi perundingan di antara guru-perunding; pensyarah-perunding; kaunselor-perunding. Setiap interaksi akan menuntu perjalanan komunikasi di antara dua pihak yang terbabit. Dalam keadaan perundingan maka wujud tuntutan memberi nasihat dan segala bentuk pengajaran, kaunseling di antara perunding dengan konsulti. Isu tanggungjawab penting dari segi peranan komunikasi yang disampaikan oleh perunding ke atas konsultinya. Di sini termasuklah komunikasi dan persetujuan termaklum dari pihak perunding kepada konsulti. Juga, perunding mesti menganggapkan komunikasi yang diperolehi daripada konsulti itu sebagai suatu maklumat yang istimewa bagi perhubungan perundingannya. Autonomi Autonomi bermaksud bahawa seseorang itu berhak bertindak mengikut kehendaknya. Apabila seseorang itu menuntut hak kebebasan diri maka dalam masa yang sama beliau juga wajar menghormati hak dan kebebasan orang lain (Othman Mohamed, 1999). Di dalam proses perundingan kaunseling seorang perunding wajar menghormati hak kebebasan konsultinya. Isu kepakaran berkait rapat dengan prinsip autonomi di dalam proses perundingan. Tidak dapat dinafikan bahawa seorang perunding itu boleh juga dianggap sebagai seorang pakar. Namun, sejauh manakah ianya boleh dianggap sebagai pakar di dalam proses perundingan yang dijalankan sehingga menyebabkan pergantungan dari pihak konsulti. Pergantungan dari pihak konsulti terhadap perunding mesti dihindar. Isu autonomi penting kerang konsulti wajar dapat suatu pembelajaran yang baru hasil daripada interaksi perundingan. Dengan cara yang demikian adalah diandaikan bahawa gejala pergantungan di dalam perundingan kaunseling dapat dihindar.

Kebajikan klien dan konsulti Falsafah dan pegangan prinsip hidup adalah penting bagi kedua-dua perunding dan konsulti. Masing-masing sudah tentunya mempunyai kepenting dan keutamaan yang tersendiri. Oleh kerana proses perundingan merupakan satu proses interaksi yang melibatkan berkomunikasi, adalah diandaikan sesuatu kepincangan pendapat mungkin juga berlaku di antara perunding dengan konsultinya. Apabila acara seperti ini berlaku, maka wajar bagi perunding menjaga kepentingan imbangan di antara kepincangan yang boleh membabitkan prinsip dan falsafah kehidupan kedua-dua pihak tujuan menjaga martabat konsulti. Sehubungan ini juga, sebaik-baiknya perunding wajar juga menjaga keselamatan klien yang sedang diberi pertolongan oleh konsulti. Kebajikan klien tersebut menjadi nas yang penting dalam segala perhubungan interaksi perundingan di antara perunding dengan konsultinya walau pun klien bukannya faktor yang mempunyai hubungan langsung dengan perunding. Prinsip liabiliti memihak atau vicarious liability mengambil alih kepentingan dalam perhubungan tiga segi perundingan di antara perunding - konsulti - klien, dimana tanggungjawab keseluruhan adalah dalam tanggungan bebanan perunding. Othman Mohamed (1999) memberi penjelasan bahawa dalam perkara seperti ini, prinsip nonmaleficence iaitu tidak memudaratkan klien atau orang lain mengambil tempat keutamaan. Prinsip ini menegakkan ketegasan bahawa sebaik-baiknya tidak melakukan bahaya, tidak memudaratkan sesuatu. Dalam pengertian lain, tidak melakukan secara sengaja keadaan yang boleh mendatangkan risiko membahayakan orang lain (Othman Mohamed, 1999). Sealiran dengan menjaga kebajikan klien dan konsulti, perunding wajar menggunakan teknik perundingan yang berfaedah dan sesuai dengan masalah yang diajukan oleh konsulti bagi menolong kliennya. Sewajarnya seorang kaunselor hendaklah lakukan perkara yang baik. Othman Mohamed, (1999) memberi penjelasan bahawa prinsip beneficence iaitu membuat kebaikan, berasaskan kepada niat melakukan sesuatu dengan kehendak yang bersih serta hasrat yang murni. Dalam kaunseling, prinsip membuat kebaikan ini selaras dengan niat bagi menjalankan proses kaunseling itu secara berkesan serta berfaedah. Dalam proses perundingan pula adalah diharapkan hasil perundingan akan dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada konsulti dan selanjutnya membantu klien meneruskan kehidupan sebagai seorang ahli yang sempurna dalam masyarakatnya.

Salahwakil

Salahwakil adalah satu kesalahan yang melibatkan keadaan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan rasa tertipu oleh orang yang dilibatkan. Di dalam perundingan kaunseling, apabila perunding sebagai agen melakukan sesuatu selain daripada tanggungjawab pencegahan, pemulihan, perkembangan beliau boleh disabit dengan kesalahan melanggar kod etika salahwakil. Salahwakil juga merupakan sebahagian daripada undang-undang tort. Oleh yang demikian, mereka yang terlibat dengan kesalahan ini boleh dibabitkan dengan tindakan litigasi sivil. Maklumat adalah penting bagi membolehkan seorang individu membuat satu keputusan berkaitan dengan isu yang sedang dihadapinya. Di dalam profesion kaunseling, maklumat tentang praktis perkhidmatan seorang kaunselor serta ciri kelayakannya penting bagi bakal seorang klien yang inginkan khidmat kaunseling. Salahwakil melibatkan memberi maklumat yang mengelirukan tentang sesuatu perkhidmatan, kelayakan dan latihan yang dipunyai oleh seorang kaunselor profesional. Begitu juga prinsip dan segala peraturan undang-undang yang membabitkan salahwakil diguna pakai untuk penjagaan standard praktis perundingan kaunseling.

Pembayaran khidmat Pembayaran khidmat wajarlah berpatutan dan selaras dengan had pembayaran yang dipersetujui oleh persatuan yang mengawal sesuatu profesion. Di dalam isu ini, perunding mungkin bebas untuk mengenakan pembayaran khidmat spesialis di samping pembayaran yang asas bagi sesuatu khidmat kaunseling yang umum. Namun, pembayaran khidmat yang dikenakan ke atas konsulti wajar mengambil kira persetujuan termaklum yang menjadi asas kontrak apabila khidmat perundingan dimulakan. Ciri ini adalah munasabah sahaja dimana khidmat perundingan diambil dari perunding di luar sesuatu organisasi konsulti berkhidmat atau bertugas. Biasanya pembayaran tidak dikenakan apabila perunding merupakan sebahagian daripada pekerja di dalam sesuatu organisasi perundingan dijalankan.

Perhubungan perunding dengan konsulti Perhubungan di antara perunding dengan konsultinya adalah di antara dua orang yang berstatus profesional. Oleh yang demikian, perunding wajar menjaga martabatnya

sebagai seorang yang melaksanakan kemahirannya secara tertib dengan merujuk segala lunas peraturan perlakuan profesionnya. Sehubungan ini, prinsip persetujuan termaklum menjadi asas kontrak dalam segala perhubungan di antara dua pihak yang terlibat. Perunding dan juga konsulti wajar telus dalam memaklumkan kesalingan hasrat masing-masing dalam perhubungan khidmat perundingan tersebut. Isu yang kerap terbongkar di dalam salah laku perhubungan perunding - konsulti biasanya melibatkan perhubungan penduaan. Praktis yang profesional menghadkan perhubungan intim di antara perunding dengan konsultinya. Perhubungan penduaan juga menghadkan segala interaksi profesional di antara perunding dengan konsulti apabila timbul kepentingan diri bagi salah satu profesional tersebut. Contohnya, apabila konsulti mempunyai ikatan persaudaraan dengan perunding, maka perundingan tidak wajar dimulakan.

Menjaga maklumat terhad Kepercayaan di antara perunding dengan konsultinya bergantung kepada sejauh manakah wujud kesalingan hormat menghormati kedua dua pihak yang terlibat di dalam perhubungan perundingan tersebut. Konsulti sudah tentunya mahukan agar segala maklumat yang diluahkan itu dapat disimpan secara selamat oleh perunding tanpa terbocor kepada pihak lain. Konsulti juga mempunyai jangkaan bahawa perunding boleh menjaga maklumat tersebut secara selamat. Keupayaan bagi menjaga maklumat terhad adalah satu kekuatan yang dipunyai oleh perunding dan siapa sahaja yang mengurus perkhidmatan yang berprinsipkan lunas kaunseling. Penjagaan maklumat terhad adalah lumrah terjamin di dalam perkhidmatan yang berunsur kaunseling. Inilah satunya prinsip yang dapat mengekalkan kewibawaan profesion kaunseling bagi menjamin keselamatan maruah dan martabat klien atau konsulti tetap terjamin. Namun, prinsip ini juga tidaklah terlaksana tanpa batasan yang terus bebas dan tidak terkawal. Apabila berlaku sesuatu tindakan oleh konsulti atau pun klien di dalam interaksi perundingan yang boleh menyebabkan kemudaratan mana-mana pihak, maka perunding wajar membuat pertimbangan bagi ketepikan dan selanjutnya mematahkan amanah penjagaan matlumat terhad. Dalam apa sahaja keputusan yang wajar dibuat di dalam proses kaunseling atau pun perundingan, prinsip nonmaleficence iaitu tidak memudaratkan klien atau orang lain mengambil tempat keutamaan. Tindakan keputusan seperti ini adalah selari dengan pertimbangan prinsip penilaian perhakiman ke atas kesesuaian menjaga kepentingan masyarakat.

Modul 17 ini dipetik sebahagiannya daripada Bab 15: Etika dan perundangan dalam kaunseling di dalam buku Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Srdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia (2000) oleh Othman Mohamed. Pindah ke laman forum dan maklum balas

MODUL 18 EDU 3112 PERUNDINGAN KAUNSELING KEIBUBAPAAN


copyright othmanmohamed

Tujuan Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat memahami konsep dalam perundingan kaunseling serta pentingnya penggunaan perundingan dalam pengurusan kaunseling. Sumber pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam perundingan kaunseling keibubapaan 3. Bahan bacaan Tajuk pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang penilaian dalam perundingan kaunseling. Kaedah belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota modul.

Penilaian: Soalan uji sendiri: Bincang perbezaan di antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif di dalam perundingan kaunseling. Teks wajib: Othman Mohamed (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd. Majid Isa (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Topik 1: Penilaian dalam perundingan Pengenalan Proses perundingan juga memerlukan satu cara bagi memastikan perlaksanaan yang diusahakan oleh perunding mendatangkan hasil seperti yang dijangka. Oleh yang demikian, penilaian adalah perlu supaya acara yang telah dilaksana oleh perunding dan juga konsulti selari dengan matlamat sebenar yang hendak dicapai. Hasil daripada penilaian juga boleh memberi petanda kepada perunding akan kekuatan dan kelemahan tentang cara perundingan yang telah dilaksankan dengan konsultinya. Terdapat dua cara perlaksanaan penilaian di dalam perundingan kaunseling. Dua cara tradisi yang biasa dilaksanakan adalah: 1) Penilaian Formatif; 2) Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif Penilaian formatif juga dikenali sebagai penilaian proses. Sehubungan ini, biasanya perunding akan cuba menangani acara bagaimana sesuatu tindakan perundingan telah dilaksanakan. Paling penting di dalam penilaian proses adalah bagi memastikan proses yang terhasil daripada setiap tahap perundingan yang dijalankan di antara

perunding dengan konsultinya. Cara ini bertujuan bagi menyerlahkan bantuan intervensi dengan pihak konsulti. Objektif penting bagi perunding dalam cara penilaian ini adalah bagi memurnikan proses perundingannya dengan konsulti. Ianya mementingkan cara bagaimana keberkesanan intervensinya dapat diperbaiki. Sehubungan ini, perunding mementingklan darai cara memperolehi maklumat daripada konsulti dan juga semua pihak yang terbabit di dalam proses perundingan. Perunding berhasrat bagai mengetahui bagaimana rancangan perundingannya bergerak sama ada secara licin atau pun melalui proses yang tersekat-sekat. Biasanya cara penilaian formatif ini tidaklah terlalu formal. Ini memberi pengertian bahawa semua keputusan yang terhasil adalah dipersetujui oleh perunding dengan konsulti sahaja.

Penilaian Sumatif Penilaian sumatif adalah satu cara penilaian yang lebih berbentuk formal. Penilaian ini juga biasa dikenali sebagai penilaian produk. Sebagai satu matlamatnya adalah mengkaji darjah keberkesanan tentang pencapaian yang terhasil di dalam perundingan. Di samping itu, penilaian cara ini juga cuba mengukur impak kejayaan perlaksanaan perundingan yang dijalankan. Sudah tentunya fokus yang diutamakan di dalam penialain secara ini adalah hasil perundingan. Semua maklom balas yang dikumpul dan dianalisis akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa ke atas pihak yang menuntut perlaksanaan perundingan tersebut. Sebagai fokus terhadap hasil yang tercapai, pihak yang berkuasa biasanya ingin mendapatkan maklumat tentang keberkesanan kos perundingan yang dijalankan; makluman balas juga penting menghuraikan apakah kesan serta program terpenting yang dapat dihasikan daripada perlaksanaan perundingan tersebut.

You might also like