You are on page 1of 2

SEJARAH AGAMA SIKHPROF. MADYA DR. KHADIJAH MOHD KHAMBALI@HAMBALIB.

SEJARAH AGAMA SIKHAgama Sikh atauSikhismadalah agama yang diasaskan oleh seorangHindu yang berasal dari suku kaum Bedi yang bernama Guru Nanak Dev Ji.34Iabanyak dianuti oleh orang India terutamanya di Punjab, India sejak abad ke-15yang lalu. Kini mereka sudah bertaburan di seluruh dunia dan telah membentuk masyarakat mereka di negara-negara seperti Eropah, Amerika dan Kanada.Mereka juga terdapat di negara-negara selatan Asia seperti Malaysia, Singapura,Thailand, Hong Kong, Burma, Indonesia, Pilipina, Iran, Afghanistan dan dinegara-negara timur tengah seperti di Dubai dan Oman.35Mengenai asal usul perkataanSikhism, ada beberapa pendapat. MenurutThe Encyclopaedia of Sikhism, ia berasal dari bahasa Pali iaituSekhayangbermaksud pelajar .36MenurutThe Encyclopaedia Britannica,ia juga diambildari bahasa Pali, tetapi dari perkataan Sikkha yang bermaksud pengikut .37Walaubagaimanapun, menurutDictionary of Islam, perkataan ini berasal dariperkataan Punjabi iaitu Sikh atauSikhadan ia juga berasal dari bahasa SanskritiaituSishyayang bermaksud penganut atau pengikut .38Berasaskan maksudistilah Sikh tersebut, dapat dirumuskan bahawa agama Sikh adalah agama parapengikut atau penganut yang mempelajari dan sekaligus menjalani sertamempraktikan segala bentuk ajaran Guru Nanak sebagai pengasas utama danGuru-guru agama Sikh yang sepuluh.3934Khuswant Singh,Hymns of Guru Nanak,India: Sangam Books, Orient Longman Ltd, 1969, hal 1.35Tanpa pengarang,Questionnaire on Sikh Religion,Perak:KhalsaDiwan Malaysia, 1999, hal 1.36Harbans Singh,The Encyclopaedia of Sikhism,Patiala: Punjabi University, Vol 2, 1995, hal 197.37Tanpa pengarang,The New Encyclopaedia Britannica,Chicago: University Chicago, Vol 27, 1993,hal 284.38Thomas Partick Hughes,Dictionary of Islam,New Delhi, India: Cosmo Publications, 1982, hal 583.39Perkara ini dibahaskan selanjutnya dalam halaman 30 dan seterusnya. Kalau dilihat kepada sejarah kelahirannya, kepercayaan dan ajaran agamaSikh banyak dipengaruhi oleh ajaran yang dibawa oleh seorang reformis yangbernama Kabir.40Beliau adalah seorang yang bijak dan telah banyak mempelajari ajaran Islam dan Hindu. Namun, perkara yang paling menarik minatbeliau ialah ajaran yang dicetuskan oleh seorang penyair yang bernamaRamanand. Selepas beliau mengkaji ajaran ini, akhirnya Kabir mencipta satuajaran baru dan kemudiannya beliau menyusun sajak-sajak mengenai ajarantersebut. Selepas kematian Kabir, segala ajarannya disusun pula oleh parapengikutnya di dalam sebuah buku yang diberi namaBijak.41Asas-asas pemikiran dan ajaran Kabir ini telah dijadikan panduan olehGuru Nanak dalam usaha mencipta agama Sikh. Beliau sering menghabiskanmasa lapangnya di dalam hutan untuk bertafakur dan berfikir tentang kehidupanserta kebenaran ajaran yang disampaikan oleh Kabir. Dalam tempoh berkenaan,Guru Nanak dikatakan telah menerima wahyu dari Tuhan.42Selepas bertapaselama tiga hari di dalam gua, akhirnya Guru Nanak keluar dan menyampaikanajarannya kepada orang ramai iaitu Tidak ada Hindu dan tidak ada Muslim.4340Nama penuh beliau adalah Kabir Das dan beliau hidup di abad yang ke-15 yang lalu. PerkataanKabir yang berasal dari bahasa Arab bermaksud besar danDasayang berasal dari bahasa Sanskrit pulabermaksud hamba. Beliau dianggap seorang sufi dan suci di zaman pertengahan India dahulu danmempunyai karangan yang paling banyak di dalamGuru Granth Sahib, kitab suci agama Sikh. LihatThe Encyclopaedia of Sikhism, Vol 2, hal 403.41H.O.K Rahmat H.S (Dr),Op.cit , hal 309 & 311. Ajaran yang dibawa oleh Kabir ini merupakan ajaranyang diperkenalkan oleh Pergerakan Bhakti. Pergerakan ini merupakan pergerakan yang mementingkantema cinta antara manusia dan Tuhan dalam karya-karya mereka. Pergerakan ini dipopularkan olehRamanuja, seorang Brahmin dari India Selatan dan beliau telah mengembara ke seluruh India pada abadke-11 untuk mengembangkan

ajaran pergerakan tersebut. Pergerakan ini dipopularkan pula di Banaresoleh Ramanand iaitu anak murid kepada Ramanuja. Ramanand mempunyai anak murid termasuklahKabir yang dianggap sebagai seorang Hindu oleh orang Hindu dan sebagai seorang Muslim oleh orangIslam. Ajaran Kabir ini telah mempengaruhi Guru Nanak sehingga ia dijadikan asas dalam pembinaanagama Sikh. Lihat M. Rajantheran, S. Manimaran,Perayaan Orang India,Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti, 1994, hal 98.42Mahayudin b Hj. Yahaya,Ensiklopedia Sejarah Islam,Bangi: UKM, Jld V, 1989, hal 1420 & 1421.43Tanpa pengarang,Al-Mawsaah al-Mayassarah fi al-Adyan wa al-Madhahib al-Muasirah,Cet 2,Riyad: Al-Nadwah al-Alamiyyah li al-Syabab al-Islamiy, 1979, hal 283.Agama Sikh diasaskan kepada ajaran Guru Nanak dan sepuluh orang guru.Ini memberi maksud bahawa agama Sikh adalah agama yang menyeru para penganutnya supaya mempercayai kepada setiap ajaran yang dibawa olehsepuluh orang guru.44Selepas kematian Guru Gobind Singh iaitu guru yang kesepuluh, tidak ada lagi guru yang dilantik. Oleh itu, kitab suci agama Sikh iaituGuru Granth Sahib dan golonganKhalsatelah dianggap sebagai penggantikepada sepuluh orang guru.45Dari segi tujuannya pula, agama Sikh telahdiperkenalkan oleh Guru Nanak kerana memprotes dasar kuku besi agamaBrahman dan sistem kasta serta ajaran Hindu yang melampau. Agama Sikhmenekankan konsep keadilan sosial dan persaudaraan sejagat sertamenghapuskan semangat kepartian dan kefahaman karut yang terdapat dalammasyarakat.46Selepas kematian Guru nanak (1538), segala ajaran Sikh telah diambil aliholeh sembilan orang guru iaitu Guru Angad (1539-1552), Guru Amar Das (1552-1574), Guru Ram Das (1574-1581), Guru Arjan (1581-1606), Guru Har Gobind(1606-1644), Guru Har Rai (1644-1661), Guru Har Krishnan (1661-1664), GuruTegh Bahadur (1664-1675) dan Guru Gobind Singh (1675-1708).4744Joesoef Souyb,Agama-Agama Besar Dunia,Jakarta: Pustaka al-Husna, 1983, hal 144.45Gobind Singh,The Quintessence of Sikhism,Amritsar: Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee, 1958, hal 1.46Mahayudin b Hj. Yahaya,Op.cit,hal 1420.47Thomas Patrick Hughes,Op.cit,hal 591.Berdasarkan senarai jangka masa kehidupan guru-guru agama Sikh di atas,jelas menunjukkan bahawa agama Sikh telah berada di bawah pimpinan sepuluhorang guru selama 204 tahun iaitu bermula dari tahun 1504 sehingga 1708.Zaman ini dianggap sebagai zaman kegemilangan agama Sikh kerana orang Sikhdapat hidup dalam suasana persaudaraan dan saling hormat menghormati diantara satu sama lain.48Sepanjang pimpinan sembilan orang guru selepas Guru Nanak, agama Sikhbanyak terdedah kepada perubahan dan perkembangan. Setiap guru yang SEJARAH_AGAMA_SIKH_1 Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport DocumentReport this document? Please tell us reason(s) for reporting this document

You might also like