You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAK MANDIN

BUTTERWORTH

Laporan Kuiz Kemerdekaan Anjuran Panitia Sejarah

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 30 Ogos 2010

Hari : Isnin

Masa : 7.55 – 8.05 pagi

Tempat : Tapak Perhimpunan

1.0 Matlamat

1.1 Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar

1.2 Mengukuhkan perasaan cintakan tanah air

2.0 Objektif

2.1 Memupuk keyakinan dalam diri pelajar

2.2 Menerapkan nilai cintakan negara Malaysia

2.3 Mengingatkan pelajar tentang sejarah negara Malaysia

3.0 Aturcara

7.05 – 8.05 pagi : Kuiz kemerdekaan

4.0 Ringkasan Aktiviti

Kuiz ini dijalankan secara soal jawab di antara Cikgu Munisuaran dan para
pelajar di tapak perhimpunan. Soalan dikemukakan oleh guru dan pelajar
mengangkat tangan untuk menjawab di hadapan tapak perhimpunan.

1
Bagi jawapan yang betul, pelajar akan diberikan hadiah secara serta merta.
Pelajar didapati berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan yang
diberikan dan bersaing antara satu sama lain. Tambahan pula ini dapat memupuk
keyakinan diri mereka untuk keluar ke hadapan tapak perhimpunan. Kuiz tamat
selepas 10 minit.

Senarai pemenang disertakan di dalam lampiran di belakang.

5.0 Butiran kewangan

RM50 sumbangan guru-guru sejarah.

6.0 Analisis penilaian murid terhadap program

Kebanyakan pelajar berpuas hati mengikuti aktiviti ini keranan hadiah


diberikan serta merta, maka mereka berusaha untuk menjawab soalan kuiz dan
bersaing di kalangan mereka. Mereka juga dapat menambah pengetahuan daripada
soalan-soalan dan persediaan yang telah mereka lakukan.

7.0 Post Mortem

Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan mengikut masa yang


ditetapkan. Pengisisan aktiviti juga dapat memberi impak yang baik terhadap para
pelajar dalam menghayati erti kemerdekaan dan semangat cintakan negara.

8.0 Cadangan Penambahbaikan

Diharapkan masa dan hadiah boleh ditambah agar dapat memberi peluang
kepada lebih ramai pelajar menjawab soalan kuiz.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………… ………………………………………

(PN. NURULHUDA BINTI HABENI HAJAR) (EN. MUNISUARAN A/L MANIAM)

Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah

You might also like