You are on page 1of 5

Home 

 Editorial   Editor   Warga Alam Sekitar – Itulah Kita!


NEWS
Ekspedisi berbasikal 1Malaysia selamat tiba di Jer... » Ekspedisi berbasikal 1Malaysia selamat tiba
di...
WargaAlam Sekitar – Itulah Kita!

Written by ali imran


Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apakah erti sebenar menjadi warga sebuah negara seperti
Malaysia?
Ia tidak lain membawa maksud setiap warganegara mempunyai hak ke atas kemudahan dan
kepentingan yang disediakan namun mereka juga mempunyai tanggungjawab yang perlu digalas dan
dilaksanakan. 
Bagaimanapun masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu
'negara' lebih besar yang dikenali dengan nama 'alam sekitar' yang turut memerlukan hak dan
tanggungjawab serupa. 

Lihat di sekeliling anda!. Kenderaan memuntahkan asap yang memudaratkan udara. Begitu juga
dengan bahan buangan dan kumbahan seperti sisa toksik yang disalurkan ke sungai selain daripada
sisa pepejal yang tidak diselenggarakan dengan baik. 

Semuanya 'dibayar' oleh masyarakat, sehinggakan mungkin dengan nyawa mereka sendiri! 

Adakah ianya telah menjadi sebegitu teruk? Adakah tiada sesuatu yang kita boleh buat? 

100 TAHUN, TAPI IMPAK YANG TIDAK SIGNIFIKAN

Di Malaysia, terdapat undang-undang yang melindung alam sekitar digubal sejak awal 1990-an.
Antara undang-undang terawal ialah Ordinan Perlindungan Burung Liar (1904), Enakman Perairan
(1920) dan Enakmen Perlombongan (1929).

Pada tahun 1974, Akta Kualiti Alam Sekitar telah digubal bagi mengatasi isu-isu pencemaran. Oleh
kerana akta ini bersifat 'merawat dan memulihkan'menyebabkan ia dipinda pada tahun 1985 dengan
mengandungi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebagai langkah pencegahan. 

APA ITU WARGA ALAM SEKITAR (EC)?

Menurut takrifan Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA), EC adalah 'tindak-tanduk,keadaan serta tabiat'
seseorang dilihat sebagai 'ahli ekosistem yang mempunyaihak dan tanggungjawab terutama
tanggungjawab menjaga integriti ekologi dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat'. 

Sementara itu, pakar alam sekitar Stuart Bell dan Donald McGilivray, mendefinasikan EC sebagai
orang yang perlu bertanggungjawab ke atas interaksi mereka dengan alam sekitar. 

"Penjagaan alam sekitar perlu diterap dalam kehidupan manusia sendiri", kata Pengarah Alam Sekitar
Selangor (DOE) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim. 
"Kita perlu menjaga interaksi dengan alam sekitar, melindungi dan menguruskannya, bukan dengan
eksploitasi", kata beliau.

SIAPA WARGA ALAM SEKITAR?

Berhenti menuding jari kepada orang lain. Semua yang hidup di dunia adalah sebahagian daripada
keluarga warga alam sekitar (EC).

Seperti mana-mana negara, warga alam sekitar punya hak dan tanggungjawab yang perlu dijalankan.
Tiga hak utama itu ialah:

a)    Akses kepada Malkumat Alam Sekitar.

Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam membuat keputusan tentang alam sekitar,
masyarakat perlu punya akses kepada maklumat yang disimpan oleh badan awam yang berkaitan
dengan keadaan pencemaran air, udara, tanah serta haiwan dan tumbuhan selain daripada tenaga dan
lain-lain. 

Identiti mereka yang melakukan pencemaran serta maklumat terkini tentang keputusan yang diambil,
polisi, dan aktiviti mengenai alam sekitar perlu diberitahu kepada masyarakat. 

b) Akses kepada keadilan dalam hal-hal alam sekitar.

Kekangan kos serta kewangan telah menghalang banyak kes berkaitan alam sekitar dibawa ke muka
pengadilan. Setiap EC perlu punya akses kepada bantuan guaman dan penyelesaian terhadap isu-isu
alam sekitar.

c)    Alam sekitar yang bersih serta sihat

Setiap EC punya hak untuk hidup serta bekerja dalam suasana alam sekitar yang sihat dan bersih.
Undang-undang dan peraturan perlu sentiasa dikemaskini dan dikuatkuasakan ke atas pelaku
pencemaran bagi melindungi kepentingan umum.

PENGETAHUAN ALAM SEKITAR (EE)

Pengetahuan adalah kuasa. EE adalah mengenai satu usaha terancang bagi memberitahu bagaimana
alam sekitar berinteraksi dalam satu sistem dan bagaimana manusia memainkan peranan penting
dalam memastikan perlidungan ekosistem dan pembangunan lestari.

Objektif EE adalah:

a)Memberi kesedaran tentang pertalian pergantungan ekonomi, sosial, politik dan ekologi di kawasan
bandar dan daerah pedalaman.
b)Memberi peluang kepada setiap orang untuk mempunyai pengetahuan, nilai, sikap, komitmen serta
kebolehan yang diperlukan bagi melindung dan memperbaiki alam sekitar.
c)Menjadikan corak baru dalam tabiat individu, kumpulan serta masyarakat secara amnya berhubung
alam sekitar. 

Rakan Alam Sekitar  adalah usaha DOE yang terkini bagi EE. Ia diharap dapat melibatkan masyarakat
dengan pendekatan langsung dan menjadi mata dan telinga kerajaan untuk membendung aktiviti yang
memudaratkan alam sekitar. Keterangan lanjut boleh didapati di www.doe.gov.my/ras. 

APA ANDA BOLEH LAKUKAN?

Sebagai seorang EC, beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk melindung alam sekitar
adalah:

Penjimatan air:

a)Jimat penggunaan air - guna alat penjimat air dalam tandas


b)Guna pancur mandi tekanan dan aliran rendah
c)Guna alat memperlahan aliran air bagi kepala paip
d)Baiki segera kepala paip dan paip yang tidak berfungsi dengan baik atau bocor
e)Sentiasa pastikan kepala paip ditutup bila tidak digunakan
Penjimatan tenaga:

a)Jemur kain yang dibasuh


b)Periksa dapur anda (juga langkah keselamatan)
c)Pastikan peti sejuk berfungsi dengan baik
d)Guna peralatan yang menjimatkan tenaga
e)Tutup lampu bila tidak digunakan
f)Guna tenaga solar

Cara lain:

a)Rebus atau turas air minuman anda sendiri, daripada menggunakan air yang dibotolkan
b)Jadikan sisa makanan serta sisa laman sebagai baja kompos
c)Dermakan barangan yang tidak diguna kepada mereka yang memerlukan atau kumpulan
perkhidmatan sosial
d)Elak daripada membunuh hidupan liar
e)Utamakan penggunaan pengangkutan awam daripada kenderaann persendirian
f)Jadikan kitar semula sebagai tabiat

PERLU, TAMAK

"Alam sekitar adalah mencukupi bagi keperluan manusia, dan bukan bagi ketamakkan manusia,"
tambah Che Asmah bila mengakhiri temubual.
Beliau mengakui bahawa perubahan tabiat adalah satu cabaran yang besar terhadap usaha EC. 

Dalam masa kesedaran terhadap alam sekitar meningkat, kerosakan juga dilakukan. Kerangka ekologi
manusia menunjukkan ia melebihi kebolehan alam sekitar untuk pulih sebanyak 25 peratus. 

Cuba renung dan fikirkan - bila generasi hari ini bertambah usia dan menjadi semakin lemah,  adakah
mereka boleh menerima kritikan serta cerca daripada mereka yang lebih muda bila tiada lagi air bersih
yang boleh diminum?

-- BERNAMA

http://www.act.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=83:warga-alam-sekitar-
itulah-kita&catid=40:editor&Itemid=
PENGENALAN
Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan di peringkat global termasuk diMalaysia sebagai
langkah jangka panjang untuk membentuk sikap positif individugenerasi akan datang terhadap alam
sekitar. The World Conservation Strategy menyatakan Pendidikan Alam Sekitar mempunyai
pengukur untuk transformasi sikap dan tingkah laku masyarakat sehingga dapat membentuk etika
terhadap alamsekitar (Palmer, 1998). Ramai pihak percaya hanya melalui pendidikan sahaja,
pemikiran dan tindakan seseorang dapat diubah. Oleh itu, sekolah adalah institusi yang sesuai untuk
mendidik dan membentuk sikap terhadap alam sekitar di kalangan generasi akan datang agar lebih
prihatin terhadap alam sekitar. Di maktabmaktab perguruan, subjek Pendidikan Alam Sekitar
diwajibkan sebagai salah satu subjek Asas Dinamika Guru untuk guru pelatih KPLI dan KDPM.
Pendidikan Alam Sekitar di maktab-maktab perguruan bertujuan untuk memberi pengetahuan
Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006 mengenai isu alam sekitar dan mengambil tindakan sama ada
secara individu mahupun berkumpulan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di samping
memahami integrasi Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum pendidikan (BPG,2001).
Ini bermakna, pengetahuan mengenai alam sekitar diberikan kepada guru pelatih sebagai asas
pembentukan sikap terhadap alam sekitar di kalangan guru pelatih.

Diharapkan melalui peningkatan pengetahuan ini, akan dapat membentuk sikap yang lebih positif
serta lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah.
Namun, ramai yang gagal menterjemahkankesedaran ke dalam bentuk komitmen (Starke, 1990).
Terdapat ramai individu yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran terhadap alam sekitar tapi
masih mempunyai sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Hungerford dan Volk
(1990) dalam Palmer (1998) mengkaji tentang sikap dan tanggungjawab warganegara dapat
dibentuk melalui Pendidikan alam sekitar dengan menggunakan model kajian oleh Hines (1987)
merangka model teoritikal Pendidikan Alam Sekitar untuk mengubah sikap seseorang terhadap alam
sekitar seperti Rajah 1.
Rajah 1: Model Meta-Analysis untuk Mengubah Sikap
Melalui Pendidikan Alam Sekitar
Sumber: Hines, (1987)
Mengikut Model Hines, untuk mengubah sikap seseorang melalui Pendidikan AlamSekitar, seseorang
individu harus diberikan pengetahuan dan informasi mengenai isu-isu pencemaran alam sekitar yang
memerlukan tindakan segera. Di samping pengetahuan, kemahiran tindakan harus diberikan kepada
individu tersebut yang jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006 62 Pengetahuan tentang isu-isu yang
memerlukantindakanPENGETAHUAN &INFORMASI Pengetahuan kognitif;kemahiran kognitif,faktor-
faktor personality PENDEDAHAN TENTANG PENGETAHUAN TTG ISUDAN KEMAHIRAN TINDAKAN
Membentuk MINAT INGIN TAHU KEINGINAN (kemahiran tentang cara bertindak diperkukuhkan)
MempengaruhiTINDAKAN YANG DIAMBIL (terjemahan SIKAP)Tekanan social Tuntutan ekonomi
Peluang memilih mana akan mempengaruhi minat, ingin tahu dan keinginan seseorang individu. Bila
minat, keinginan sudah mula terdorong kepada pemeliharaan alam sekitar, kemahiran tentang cara
bertindak harus diperkukuhkan agar ianya menjelmakan tindakan yang akan diambil oleh individu
tersebut. Walau bagaimanapun, faktorfaktor personaliti dan luaran seperti tekanan sosial, tuntutan
ekonomi dan peluang untuk memilih akan mempengaruhi pembentukan minat. Ini bermaksud
komuniti,sistem ekonomi yang ada harus menyediakan peluang-peluang agar tindakan yang
akan diambil terhadap alam sekitar memberi pulangan dan kemudahan kepada individu tersebut.
Hungerford dan Volk (1990) dalam Palmer (1998) juga mengidentifikasikan komponen-komponen
kritikal yang diperlukan dalam program-program pendidikanuntuk mengubah sikap pelajar terhadap
alam sekitar. Rajah 2 menunjukkanlangkah-langkah yang patut dilaksanakan dalam program
Pendidikan Alam Sekitaruntuk mengubah sikap individu terhadap alam sekitar.
Rajah 2: Langkah-langkah Membentuk sikap terhadap alam sekitar melalui Program Pendidikan
Alam Sekitar
sumber: Hungerford dan Volk (1990) dalam Palmer (1998)
Kedua-dua model teoritikal menunjukkan perkaitan antara pengetahuan dan sikap.Pengetahuan
mengenai alam sekitar dan kemahiran tindakan amat diperlukan oleh individu sebagai asas untuk
mengubah sikap. Secara teorinya, bila pengetahuan mengenai alam sekitar seseorang meningkat, ini
akan mempengaruhi sikap yang positif terhadap alam sekitar. Model-model ini juga dijadikan asas
kepada pembentukan model pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar yang digunapakai diMalaysia
yakni Pendidikan melalui, mengenai dan untuk alam sekitar.Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7, 2006
Ajar konsep mengenai ekologi dan perkaitan alamsekitar dengan lonsep tersebutserta perkaitan
dengan manusia Reka bentu k peluang pelajar untuk mencapai tahap yang sama dengan kesensitifan
terhadap alam sekitar.Ajar kemahiran menganalisis isuisu alam sekitar dan menyias aplikasi1
kemahiran tindakan ,Aplikasi kemahiranmelalui pendedahan sebenar seperti kajian lapangan,
perkhemahan dll Pembangunan kawalan fokus dalam diri untuk penerusan tindakan Di Malaysia,
kajian mengenai pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar telah banyak dijalankan pada tahun
1980-an. Chang Siew Hung (1981) membuat kajian mengenai kesan aktiviti kajian lapangan dalam
membentuk pengetahuan dan sikap tehadap alam sekitar di kalangan pelajar universiti. Beliau
mendapati bahawa kajian lapangan memberi peluang kepada pelajar universiti mengalami sendiri
dan terlibat dalam alam sekitar secara tidak langsung dan ianya memberi kesan kepada
pembentukan nilai serta peningkatan pengetahuan terhadap alam sekitar. Jayatilaka (1982)
mengkaji kerelevanan mengajar Ekologi untuk membentuk kesedaran terhadap alam sekitar di
kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah. Chang (1983) pula mengkaji akan keperluan
Pendidikan Alam Sekitar di sekolah terhadap guru-guru sekolah. Gan Siowck Lee (1987) pula
mengkaji tentang Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia terhadap guru-guru pra perkhidmatan. Chuah
Tong Ik (1989) pula mengkaji sikap terhadap isu alam sekitar dalam konsep pembentukan moral di
kalangan pelajar-pelajar tahun 6. Ponniah (1981) membuat kajian Pengetahuan dan sikap terhadap
isu alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tiwi06b.pdf

You might also like