You are on page 1of 2

MINGGU KETUJUH (7)

TARIKH : 11 Mac 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran


dapat dijalankan dengan baik. Dan seperti yang telah dijangkakan, ketidakhadiran
pelajar pada minggu lepas telah mendatangkan sedikit sebanyak masalah dalam
pelajaran apabila mereka semua telah hadir pada beberapa hari pada minggu ini. Di
mana apabila diminta untuk mengimbas semula pelajaran yang lepas, mereka telah
sedikit sebanyak melupakan apa yang telah diajarkan. Murid yang tidak hadir pada
minggu lepas tersebut juga tidak fokus kepada apa yang diajarkan seolah-olah masih
cuti sekolah. Ini sedikit sebanyak menjejaskan akitiviti pengajaran yang ingin
disampaikan. Saya terpaksa member tumpuan yang lebih kepada mereka untuk
mengingati pelajaran yang lepas buat seketika dan menyelitkan sedikit sebanyak
pengajaran yang lepas agar mereka tetap boleh mengikuti pelajaran seprti murid yang
lain. Di samping boleh mengukuhkan lagi kemampuan dan kefahaman murid yang telah
sedia faham.

2. Analisis

Umumnya murid pendidikan khas memang mudah untuk mengingati dan


melupakan sesuatu pelajaran sekiranya tidak diulang dan diajarkan secara berterusan.
Ini kerana, biasanya tiadanya kesinamabungan pembelajaran di rumah oleh ibu bapa
menyebabkan murid leka bermain dan seterusnya melupakan ilmu yang telah diajarkan
oleh guru kepada mereka. Justeru, mahu atau tidak, guru harus mengulang pelajaran
dan memberikan banyak aktiviti pengukuhan agar mereka dibiasakan mengingati
dengan sesuatu pelajaran tersebut. Oleh sebab itu jugalah, sesuatu pelajaran dan topik
kadang kala memakan masa selama 3bulan atau lebih untuk dihabiskan bergantung
kepada keupayaan murid.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Semasa di dalam kelas, saya telah membuat keputusan drastik dengan menukarkan
kedudukan murid yang saya rasakan kerap tidak memberikan tumpuan didalam kelas
kepada kedudukan dihadapan sekali agar saya dapat memantau murid tersebut dengan
lebih jelas. Kesannya, murid tersebut lebih memberikan tumpuan dan sekiranya murid
tersebut tidak fokus, saya akan cepat menyedarkannya dari berkhayal di dalam kelas
dan sentiasa mengadakan perbincangan dua-hala antara murid dan guru. Disamping,
saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan
akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih
banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul
dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak.

4. Tempoh Masa

Diharapkan dengan membuat ulangan ataupun menyelitkan pelajaran yang telah


mereka tertinggal berserta aktiviti pengukuhan yang bersesuaian, murid yang tercicir
akan dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran bersama-sama dengan murid.
Biarpun agak lambat daripada perancangan yang asal, aktivtiti pengukuhan dan
pengajaran ulangan ini penting bagi mengelakkan murid tercicir dalam pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Alhamdulillah, perkembangan murid dalam memahami apa yang di ajarkan kian


membuahkan hasil. Ini semua berkat segala teguran membina dan pandangan dan idea
yang diberikan dari rakan sekerja, guru pembimbing dan pensyarah yang tidak pernah
henti. Pada masa akan datang, saya akan membuat ‘brainstorming’ yang lebih kerap
dengan rakan dan guru pembimbing dalam mencari kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan disamping boleh meningkatkan kemahiran saya
untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam mendidik anak murid menjadi seorang
insan yang berjaya.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menambahkan pembacaan untuk menjadi seorang guru yang serba
boleh dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
mempelbagaikan kaedah dan teknik. Biarpun sedar, semuanya memerlukan ‘try and
error’, tetapi saya yakin, dalam percubaan ‘try n error’ itu jugalah akan memperbaiki,
menambahkan dan mematangkan lagi pengalaman saya sebagai seorang guru. Itulah
prinsip yang saya pegang, sekiranya tidak mencuba, masakan kita tahu. Berkat dari
prinsip itu jugalah, saya semakin bertambah seronok dan yakin dalam mempelbagaikan
kaedah dan teknik pembelajaran yang akan digunakan.

You might also like