You are on page 1of 61

1.

Pentadbiran pada zaman ini sangat cekap dan berlandaskan Al-Qur’an dan
As-Sunnah.

2. Pemimpinnya digelar Khalifah yang bermaksud pengganti Rasulullah dan


pada zaman ini terdapat 4 Khalifah Ar-Rasyidin.
a) Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
b) Saidina Umar Al-Khattab.
c) Saidina Uthman Ibn Affan.
d) Saidina Ali Ibn Abi Thalib.

3. Pelantikan dilakukan melalui Majlis Syura dan terbahagi kepada 3 bahagian


iaitu:-
a) Pusat
b) Wilayah
c) Jabatan

PENTADBIRAN PUSAT

1. Ditadbir oleh pegawai yang dilantik oleh Khalifah.


2. Khalifah Ar-Rasyidin menjadikan Majlis Syura sebagai tempat merancang
dan mentadbir negara .

3. Di antara ahli Majlis Syura ialah :


a) Umar bin Al-Khattab
b) Usman bin Affan
c) Ali bin bi Talib
d) Abd Rahman bin Auf
e) Talhah bin Abdullah
f) Zubair bin Al-Awwam
g) Saad bin Abi Waqas

4. Ahli – ahli majlis bertanggungjawab membuat keputusan yang melibatkan


pentadbiran negara dan urusan umat Islam .

162 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
PENTADBIRAN WILAYAH

1. Gabenor diberi tanggungjawab untuk mengetuai aktiviti keagamaan dan


kemasyarakatan.
2. Gabenor juga menjadi tempat rujukan masalah dan hukum.
3. Pada zaman ini wilayah menjadi bertambah luas dan mereka telah
membahagikan kepada beberapa wilayah .

4. Wilayah Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddik ialah :


a) Mekah
b) Madinah
c) Thaif
d) Hadral Maut
e) Jaulan
f) Zabid
g) Najran dan Bahrin

5. Pertambahan wilayah pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab :


a) Ahwaz
b) Bahrin Wilayah Sajastan
c) Makran
d) Karman
e) Thobarstan
f) Khurasan

6. Khalifah Umar juga telah membahagikan negeri jajahan Parsi kepada 3


wilayah iaitu Iraq , Syam dan Palestin.

7. Khalifah Abu Bakar telah mewujudkan jawatan penting bagi membantu


beliau mentadbir negara , antaranya ialah :
a) Jawatan hakim yang disandang oleh Saidina Umar Al-Khattab.
b) Pengurusan Baitul Mal disandang oleh Abu Ubaidah Ibnu Jarrah
c) Penyelia tawanan perang disandang oleh Ali Bin Abi Thalib .

JABATAN

1. Beberapa jabatan telah ditubuhkan oleh Khalifah supaya pentadbiran lebih


berkesan dan teratur .

2. Jabatan yang telah diwujudkan ialah :-


a) Jabatan Kehakiman
b) Jabatan Setiausaha
c) Jabatan Baitul Mal
© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 163
d) Jabatan Persuratan
e) Jabatan Cukai ( Dewan Al-Kharaj
f) Jabatan Juru Audit Negara
g) Jabatan Ketenteraan (Dewan Al-Jundi )
h) Jabatan Pengurusan Tanah

TAHAP KEMAJUAN PENTADBIRAN

1. Saidina Umar telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan


dalam pentadbirannya .

2. Dari segi bidang tugas :


a) Khalifah Umar telah mengasingkan tugas kehakiman dengan
tugas-tugas eksekutif.
b) Pengurusan hakim diletakkan terus di bawah perhatian khalifah.
c) Beliau mengasingkan tugas memungut cukai daripada tugas-tugas
eksekutif dan gabenor bagi mengelakkan penyelewengan
kewangan berpunca daripada pengaruh ketua-ketua daerah.
d) Pegawai yang dilantik diwilayah adalah terdiri :
- Gabenor ( Wali )
- Setiausaha (Sahibul khatib )
- Ketua setiausaha bagi pejabat setiausaha tentera.
- Pegawai pemungut cukai.
- Pegawai polis
- Pengurus perbendaharaan negara.
- Ketua hakim ( Kadi )

3. Pelantikan Pegawai
a) Pegawai dilantik melalui temuduga kecuali mereka yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
b) Setiap kali perlantikan akan diserahkan dokumen perjanjian yang
merangkumi soal kedudukan, perjawatan, bidang dan tanggung-
jawab yang harus dilaksanakan .
c) Pelantikan secara rasmi dibuat di masjid selepas mendapat kata
sepakat kaum Muhajirin dan Ansar

4. Penubuhan Dewan
a) Saidina Umar telah menubuhkan dua dewan iaitu Dewan Al-
Jundi dan Dewan Al-Kharaj . Dewan Al-Jundi menguruskan
rekod-rekod pentadbiran dan elaun-elaun setiap anggota tentera.
b) Manakala Dewan Kharaj ditubuhkan bagi memungut hasil dalam
negeri dengan lebih teratur.

164 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
5. Kesan kemajuan pentadbiran kepada Dunia Islam kini

a) Perlantikan ketua negara.


- Perlantikan ketua negara pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin
berasaskan Sistem Syura. Konsep Syura pada asasnya masih
diamalkan pada masa kini

b) Penubuhan Kementerian.
- Penubuhan jabatan menjadi asas pembentukan jabatan dalam
pentadbiran kerajaan pada masa kini.

c) Pemilihan Pegawai.
- Perlantikan pegawai pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin
berasaskan temuduga, perlantikan dalam percubaan dan
pengesahan jawatan.

KEGIATAN EKONOMI

1. Penggunaan tanah :

a) Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menggalakkan rakyat


menggunakan tanah pertanian secara bersungguh-sungguh.
b) Beliau telah menetapkan peraturan terhadap penggunaan tanah
negara dan milik individu.
c) Tanah individu yang terbiar yang tidak diusahakan dalam tempoh
3 tahun akan ditarik balik oleh kerajaan dan akan diserahkan
kepada orang lain yang sanggup memajukannya.
d) Khalifah Umar juga meminda peraturan pemilikan tanah di mana
tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di negeri-negeri
yang baru dibuka.
e) Beliau mengekalkan tanah-tanah tersebut kepada pemilik asal di
bawah pengawasan baitulmal.

2. Cukai :

a) Khalifah Umar meneruskan projek menggali terusan yang


menghubungkan pelabuhan Iskandariah dengan laut merah.
b) Kegiatan perdagangan semakin maju dan kerajaan berjaya
memungut cukai dari pedagang luar negeri.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 165
CARA PENGURUSAN EKONOMI

1. Pengawasan Khalifah begitu rapi terhadap pendapatan dan perbelanjaan


negara. Mereka mengambil kira keseimbangan pendapatan negara dengan
projek pembangunan yang hendak dilaksanakan.

2. Khalifah Umar mengambil berat tentang sektor percukaian kerana


merupakan sumber ekonomi negara yang sangat penting.

SUMBER EKONOMI

1. Pertanian seperti gandum, jagung, padi, anggur dan tamar dari Mesir, Iraq
dan Afrika Utara.
2. Perdagangan iaitu perdagangan laut dan darat, kedai perniagaan ,
hubungan perdagangan antara Bandar seperti Baghdad, Basrah dan
Madinah.
3. Zakat iaitu zakat perniagaan, emas dan perak, pertanian ternakan dan harta
rikaz.
4. Ganimah harta ampasan perang daripada orang kafir.
5. Al-Faiu harta yang ditinggalkan oleh orang kafir sebelum perang.
6. Jizyah iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi.
7. Al-Kharaj cukai tanah yang dikenakan terhadap orang kafir yang memiliki
tanah.
8. Al-Asyur cukai pedagang luar negeri.

KESAN PENCAPAIAN EKONOMI

1. Bidang pertanian :

a) Hasil pengeluaran bahan makanan bertambah.


b) Kawasan pertanian bertambah luas terutama di Iraq dan Mesir.
c) Rakyat hidup dengan makanan mencukupi.
d) Kadar kemiskinan berkurangan.

2. Zakat :

a) Wang zakat digunakan untuk membina rumah kebajikan,


kepentingan umum dan tempat ibadah.
b) Pemberian elaun kepada pegawai kerajaan ditambah
c) Sumber pendapatan baitulmal bertambah.
d) Peruntukan zakat bagi orang miskin bertambah.

166 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
3. Cukai :

a) Pendapatan dewan Al-Kharaj bertambah.


b) Wang pendapatan daripada cukai digunakan untuk kepentingan
umum.
c) Kedudukan ekonomi negara bertambah stabil.

PERANAN PEMIMPIN UNTUK MEWUJUDKAN KESTABILAN NEGARA

1. Pemimpin mempunyai tanggung jawab yang besar untuk mewujudkan


kestabilan politik dan sosial bagi membantu ke arah pencapaian kemajuan
dan kewibawaan negara.

2. Antara peranan yang mesti dimainkan oleh pemimpin ialah


a) Melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkah dengan jujur.
b) Setiap tugasan yang dijalankan pasti sampai kepada sasarannya
dan menghasilkan natijah yang baik kepada rakyat.

CARA PERLANTIKAN

1. Pada zaman Khalifah Ar-Rashidin ,pemimpin dilantik melalui sistem syura.

2. Selepas zaman Khulafa Ar-Rashidin, perlantikan pemimpin melalui sistem


al-Imamah ( Al-warisah ).

KESAN KEMAJUAN POLITIK

1. Pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin berteraskan A-Quran dan As-Sunnah


yang membawa kemajuan dan perubahan yang menjadikan negara Islam
disegani oleh negara-negara luar.

2. Kerajaan Khulafa Ar-Rashidin mendapat sokongan padu daripada kalangan


rakyat.
3. Perbezaan di antara sistem demokrasi dengan sistem syura ialah :
a) Sistem Demokrasi :
- Sistem demokrasi dicipta oleh pemikir politik barat
berteraskan falsafah barat.
- Keputusan dalam demokrasi berdasarkan suara majoriti.
- Pendapat majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan negara.
- Pemerintahan berteraskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat.
© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 167
b) Sistem Syura :
- Sistem syura dilahirkan dari pemikir Islam yang berteraskan
al-Quran dan As-Sunnah.
- Majlis syura mengeluarkan pendapat atau berijtihad dalam
sesuatu masalah dalam lingkungan syara’ .
- Keputusan majlis syura berdasarkan prinsip syara’.
- Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan negara.

KONSEP SOSIAL DALAM ISLAM

1. Sosial ialah perhubungan di antara manusia dalam masyarakat dengan


tujuan menjaga kepentingan bersama.Pembangunan sosial dalam tamadun
Islam telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W.

2. Asas yang mantap ini terus diamalkan dalam pemerintahan khulafa’ Al-
Rashidin.

3. Hasilnya hubungan Islam pada ketika itu sangat kukuh sehingga sanggup
berkorban harta benda, tenaga dan jiwa semata-mata untuk
mempertahankan agama dan kemajuan umat manusia.

PERSAMAAN TARAF

1. Merealisasikan konsep persamaan taraf dalam Islam khulafa’ Ar-Rashidin


pernah memperuntukkan wang daripada Baitulmal untuk membeli hamba
abdi daripada pembesar Quraisy.

2. Menghormati bekas-bekas hamba, Umar Ibnu Al-Khatab pernah


membahagikan harta rampasan perang kepada mereka.

3. Saidina Umar juga pernah melantik seorang wanita untuk menjadi pegawai
penguatkuasa di pasar Madinah. Beliau juga tidak mengenepikan ahli al-
Zimmah untuk memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan
polisi negara.

PENDIDIKAN

1. Khulafa’ Ar-Rashidin menjadikan masjid sebagai tempat untuk


menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan.

168 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
2. Khulafa’ telah menambah tempat belajar khususnya kepada kanak-kanak
untuk meningkatkan pendidikan Islam seperti Sekolah Rendah ‫آب‬
diperkenalkan untuk menempatkan kanak-kanak belajar membaca,
menulis, mengira dan menghafal.

3. ‫ آب‬didirikan berhampiran masjid untuk memudahkan murid-murid


mempraktikkan pelajaran seperti menunaikan solat berjamaah.

MEMELIHARA AGAMA

1. Pada zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq, seramai 70 orang ‫ ظ‬al-Quran


terkorban ketika memerangi golongan murtad. Ketika itu al-Quran belum
lagi disusun dan dibukukan.

2. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menyuruh Zaid Ibnu Thabit atas cadangan
Saidina Umar Ibnu al-Khatab untuk mengumpulkan al-Quran dan
diserahkan kepada khalifah untuk disimpan.

3. Pada zaman khalifah Uthman Ibnu Affan, orang Islam bertambah ramai dan
sebagai langkah untuk menyelamatkan umat Islam dan kesucian al-Quran.

4. khalifah Uthman mengarahkan Zaid Ibnu Thabit, Abdullah Ibnu Zubir dan
Abd Rahman Ibnu Harith menulis dan membukukan semula al-Quran
dengan mengambil kira bacaan-bacaan yang sahih.

5. Salinan al-Quran dihantar ke setiap bandar dalam wilayah-wilayah Islam


untuk dijadikan rujukan.

KEADILAN SOSIAL

1. Pada zaman Khulafa’ al-Rashidin, orang bukan Islam dijamin keselamatan


harta benda dan kebebasan beramal dengan agama mereka.

2. Orang Islam dilarang menggunakan tempat orang bukan Islam sebagai


tempat kediaman.

3. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menukar agama mereka.

4. Jaminan yang sama diberikan oleh ‫ و ا ا


ص‬dalam perjanjian
pembukaan Mesir.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 169
KEBAJIKAN

1. Khalifah Umar Ibnu al-Khatab telah memperuntukkan sebidang tanah


khususnya untuk keperluan golongan fakir miskin di suatu kawasan yang
dikenali sebagai 
‫ ( أرض ا‬padang ragut ).

2. Seorang pengawal ditugaskan untuk mengawasi kawasan tersebut bagi


menghalang penternak kaya menggunakannya.

3. Khalifah Umar memerintahkan pengurus Baitulmal memberi bantuan


peruntukan fakir miskin kepada seorang Yahudi yang buta. Beliau juga telah
membatalkan ‘jizyah’ yang dikenakan kepada Yahudi tersebut.

PERANAN KEPIMPINAN MEMAJUKAN BIDANG SOSIAL

1. Pada zaman khulafa’ al-Rashidin pencapaian dalam pembangunan sosial


bergantung kepada kewibawaan dan kepimpinan seseorang khalifah.

2. Untuk memastikan rakyat hidup selesa, khalifah sentiasa memantau


keperluan rakyat dari masa ke semasa supaya kemajuan dan kemakmuran
dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.

3. Ketegasan pemimpin sangat penting dalam memastikan tugas-tugas yang


dilakukan mencapai sasarannya.

FAKTOR KEJAYAAN KEPIMPINAN DALAM BIDANG SOSIAL

1. Semangat berkorban- Khulafa Ar-Rashidin sanggup mengorbankan harta


kekayaan membiayai angkatan tentera dalam peperangan menentang musuh
Islam.

2. Kesederhanaan- Khulafa Ar-Rashidin bersifat sederhana dalam semua


perkara.

3. Keadilan- Khulafa Ar-Rashidin bersikap adil terhadap kepentingan rakyat ,


tidak mengira kaum bangsa atau agama.

4. Kecekapan – Khalifah mempunyai ilmu dan luas pengalaman, cekap dalam


pentadbiran dan tegas dalam menjalankan tanggungjawab.

5. Keperihatinan – Khalifah sangat perihatin terhadap kebajikan rakyat.

170 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
KEMAJUAN SOSIAL DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

1. Khulafa’ al-Rashidin telah berjaya mewujudkan kehidupan masyarakat


aman dan harmoni.

2. Pemerintah telah dapat menyamakan kedudukan mereka dalam masyarakat


berasaskan persaudaraan Islam dan masyarakat bukan Islam dapat
menikmati kebebasan hidup beragama.

3. Banyak masjid dan sekolah asas ( ‫ ) آب‬telah didirikan untuk kanak-kanak


mempelajari asas pengetahuan Islam. Melalui halaqah masjid telah
melahirkan ulama’ yang berwibawa.

KEKUATAN PENGARUH

1. Keperibadian yang terpuji yang dimiliki oleh Khulafa’ Ar-Rasyiddin adalah


seperti amanah, berani, tegas dan tasamuh.

2. Keperibadian mereka terserlah dalam pengurusan pentadbiran dan


menyebabkan sifat mereka ini disegani oleh kawan dan lawan.

DAKWAH

1. Khulafa Ar-Rashidin menjadikan dakwah sebagai asas menguatkan


pengaruh mereka sebagai pemerintah.

2. Mereka menyebarkan dakwah melalui pembukaan wilayah. Sebelum


menyerang, tentera Islam menyeru penduduk memeluk Islam melalui surat
atau utusan khas.

3. Sekiranya enggan memeluk Islam, mereka diminta menyerahkan negeri


mereka untuk diperintah oleh orang Islam dan penduduk wilayah
berkenaan dibenarkan mengamal agama mereka dengan syarat mereka
membayar jizyah.

4. Peperangan dilancarkan jika penduduk tidak terima tawaran itu.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 171
PEPERANGAN

1. Apabila peperangan tentera Islam dilarang membunuh golongan berikut.


a. Orang perempuan, kanak-kanak, orang tua dan orang cacat.
b. Golongan rahib atau paderi yang ada di tempat ibadah atau biara.
c. Orang awam yang berlindung di rumah ibadah mereka.
d. Tawanan perang atau musuh yang cedera.

2. Tentera islam juga dilarang untuk :


a. Memusnahkan harta benda awam, tanaman dan ternakan.
b. Menyeksa mayat musuh.

3. Islam memberi kuasa kepada panglima perang untuk memberi keampunan


atau membebaskan tawanan atau mengambil tebusan dari mereka dalam
bentuk harta atau bertukar tawanan.

PERJANJIAN

1. Perdamaian menjadi dasar utama hubungan antara negara Islam sekiranya


peperangan sedang berlaku, ketika itu pihak musuh meminta diadakan
gencatan senjata.

2. Maka hendaklah dipersetujui dengan syarat panglima perang meyetujuinya.

3. Perjanjian perdamaian mestilah dipatuhi mengikut perkara yang telah


dipersetujui.

PERLUASAN WILAYAH

1. Hubungan antara negara Islam dengan negara bukan Islam adalah


berasaskan keamanan dan perdamaian.

2. Peperangan bukan satu-satunya cara meluaskan wilayah atau memaksa


orang bukan Islam memeluk Islam.

3. Tetapi umat Islam wajib bersiap sedia melengkapkan diri dengan segala
kekuatan untuk mempertahankan negara.

4. Dalam Islam peperangan yang melibatkan perluasan wilayah boleh


dilakukan dengan sebab :
a. Dakwah Islam dimusuhi secara kekerasan .
b. Peperangan bersenjata terhadap negara Islam atau wilayah Islam.

172 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
c. Melanggar perjanjian yang telah dimeterai atau perancangan untuk
mengkhianati Islam.

FAKTOR KEJAYAAN

1. Kejayaan perluasan wilayah pada zaman Khulafa Ar-Rashidin adalah


disebabkan :
a. Dasar Islam menetapkan bahawa mati di medan perang adalah
mati syahid.
b. Khalifah Islam sendiri mempunyai semangat yang kuat.
c. Lahir panglima perang yang handal dan bijaksana dalam strategi
peperangan.
d. Pemerintahan yang zalim dalam negeri yang diperintah oleh Rom
dan Parsi.

KESAN PERLUASAN WILAYAH

1. Dakwah Islam berkembang dengan luas di wilayah yang dibuka oleh tentera
Islam.

2. Umat Islam mengamalkan berbagai budaya daripada bangsa yang berbeza.

3. Tamadun Islam telah berkembang dengan luas.

4. Rakyat di wilayah baru mendapat kebebasan beragama dan melakukan


kegiatan ekonomi dengan aman serta bebas daripada penindasan.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 173
SOALAN OBJEKTIF

1. Khalifah Umar telah membahagikan negeri jajahan Parsi kepada tiga wilayah
iaitu
A. Bahrin, Khurasan dan Iraq.
B. Syam, Palestin dan bahrin..
C. Iraq , Syam dan Palestin.
D. Wilayah Sajastan, Syam dan khurasan.

2. Berikut adalah ahli-ahli yang menganggotai Majlis Syura kecuali :


A. Abd Rahman bin Auf.
B. Zaid bin Tsabit.
C. Talhah bin Abdullah.
D. Zubair bin Al-Awwam.

3. Khalifah Abu Bakar telah melantik Abu Ubaidah bin Al-Jarrah untuk membantu
dalam pentadbiran negara sebagai :
A. Hakim
B. Gabenor.
C. Pengurus BaitulMal..
D. Penyelia tawanan perang.

4. Berikut adalah polisi pentadbiran dalam pentadbiran Saidina umar kecuali :


A. Pengurusan hakim diletakan terus dalam perhatian Khalifah..
B. Hakim-hakim dilantik khas bagi menjalankan tugas2 kehakiman.
C. Ketua2 daerah menjalankan tugas menguruskan pemungutan cukai..
D. Mengasingkan tugas memungut cukai daripada tugas2 eksekutif dan
gabenor.

5. Pada zaman Khalifah Umar, tanah individu akan ditarik balik oleh kerajaan
sekiranya tidak diusahakan dalam tempoh :
A. 2 tahun.
B. 3 tahun.
C. 5 tahun.
D. 7 tahun

6. Khalifah Umar juga meminda peraturan pemilikan tanah di mana tentera


Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di negeri-negeri yang baru dibuka.
Tanah-tanah tersebut adalah menjadi milik ::
A. Pemilik asal.

174 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
B. Baitul Mal.
C. Orang yang miskin.
D. Orang yang tiada tanah

7. Di antara berikut yang manakah tidak benar mengenai Sistem Syura.


A. Sistem Syura lahir dari pemikir Islam.
B. Keputusan Majlis Syura berdasarkan suara majoriti.
C. Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan negara.
D. Majlis syura tidak berteraskan falsafah barat.

8. Perlantikan pemimpin selepas zaman Khulafa Ar-Rashidin adalah


berdasarkan sistem :
A. Syura.
B. Demokrasi.
C. Al-Imamah.
D. Al-Bai’ah

9. Dalam proses merealisasikan konsep persamaan taraf dalam Islam, Khulafa


Ar-Rashidin telah mengambil tindakan dengan :
A. Menyeru pemilik2 hamba supaya memerdekakan hamba masing-masing.
B. Menghormati hamba dan membahagikan harta rampasan perang
kepada mereka.
C. Memperuntukan wang daripada Baitu Mal untuk membeli hamba abdi.
D. Melantik hamba untuk memegang jawatan yang tidak melibatkan
polisi negara.

10. Khalifah Usman telah mengarahkan beberapa orang sahabat untuk


menulis dan membukukan al-Quran dengan mengambil kira bacaan-bacaan
yang sahih. Siapakah sahabat2 yang dimaksudkan.
A. Amru bin Al-As, Abdullah bin Zubair dan Abd Rahman bin Auf.
B. Talhah bin Abdullah, Abd Rahman bin Harith dan Zubair Al-Awwam.
C. Abdullah bin Zubair, Abd Rahman bin Harith dan zaid bin Tsabit.
D. Zaid bin Tsabit , Abdullah bin Zubair dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah

11. Berikut adalah faktor kejayaan kepimpinan Khulafa Ar-Rashidin dalam


bidang sosial kecuali :
A. Mengorbankan harta kekayaan membiayai angkatan tentera.
B. Bersikap adil terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira agama.
C. Menawarkan perlindungan dan bantuan bagi perkembangan semua
agama.
D. Mempunyai ilmu dan pengalaman dalam pentadbiran serta bersifat
amanah.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 175
FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH ISLAM PADA ZAMAN BANI UMAIYAH
DAN ABASIAH

1. Berdakwah menurut kaedah yang betul secara hikmah dan bijaksana.

2. Pendakwah melakukan tugas dengan ikhlas dan sanggup berkorban tanpa


mengharapkan balasan.

3. Pendakwah memiliki semangat jihad yang tinggi walaupun terpaksa


menempuh pelbagai cabaran.

CARA PENYEBARAN DAKWAH

1. Melalui perdebatan dan perbincangan secara hikmah dan bijaksana.

2. Kegiatan perniagaan yang dijalankan menarik minat orang bukan Islam


memeluk Islam.

3. Hubungan diplomatik dan pembukaan wilayah baru memberi ruang kepada


usaha penyebaran Islam.

4. Pengislaman ketua-ketua kaum atau wilayah mendorong rakyatnya


memeluk Islam.

5. Menawarkan bantuan atau perlindungan daripada ancaman individu atau


negara.

6. Perkembangan ilmu pengetahuan berjaya menarik orang bukan Islam dari


Eropah, Afrika dan Asia untuk datang menuntut ilmu di pusat pengajian
negara Islam.

176 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
FAKTOR PEMANGKIN PENYEBARAN DAKWAH

1. Perlaksanaan dakwah mengikut al-Quran dan as-Sunnah di mana bukan


Islam diberi layanan yang adil berbanding sebelumnya.

2. Permintaan penduduk tempatan supaya kerajan Islam membebaskan


mereka dari penindasan pemerintah tempatan yang zalim.

3. Keinginan penduduk tempatan untuk bebas dari penjajahan Rom dan Parsi.

4. Sifat-sifat pendakwah :

a. Sabar -Tabah menghadapi segala cabaran.


b. Displin - Melakukan kerja dengan penuh tanggung jawab.
c. Berkorban - Sanggup berkorban masa, tenaga, harta benda dan
jiwa.
d. Ikhlas – Semata-mata kerana Allah.
e. Bermotivasi – dalam melakukan dakwah.

KESAN PERKEMBANGAN PENYEBARAN DAKWAH

1. Perluasan wilayah – Berkembang ke Eropah, Afrika dan Asia.


2. Pertambahan umat Islam – Usaha dakwah umat Islam ke serata dunia
3. Penghijrahan umat Islam – Berlaku kerana beberapa tujuan seperti
perniagaan, pengajaran agama Islam, pentadbiran dan pembangunan.

KESAN PENYEBARAN ISLAM TERHADAP TAMADUN MANUSIA

1. Akidah – Ramai bukan Islam menerima Islam secara sukarela.


2. Kebudayaan – Islam memperkenalkan budaya positif.
3. Pemikiran – Islam membawa pemikiran baru dalam pelbagai aspek
kehidupan.
4. Kemasyarakatan – Kedatangan Islam menghapuskan diskriminasi.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 177
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN KETENTERAAN

1. Struktur organisasi yang tersusun rapi.


2. Semangat jihad yang diasaskan kepada keimanan.
3. Kelengkapan yang canggih serta dasar ketenteraan yang terbuka.
4. Panglima perang yang berkaliber.
5. Strategi peperangan yang tersusun.

ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

1. Tidak membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan para pendita agama
yang tidak terlibat dalam peperangan.
2. Tidak menyeksa mayat.
3. Tidak membunuh binatang, tidak memusnahkan pokok dan bangunan
tanpa tujuan.
4. Menghormati rumah-rumah ibadah bukan Islam.

STRATEGI DAN TEKNIK PEPERANGAN

1. Melemahkan kuasa Rom dan Parsi yang sentiasa menyerang wilayah-


wilayah Islam .
2. Menstabilkan wilayah yang ditakluki sebelum beralih ke wilayah lain.
3. Teknik peperangan menggunakan kekuatan tentera berjalan kaki dan
tentera berkuda.
4. Susun atur kedudukan kekuatan ketenteraan yang pelbagai.

KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI DALAM KETENTERAAN.

1. Melicinkan urusan pentadbiran ketenteraan.


2. Pembahagian kerja dan bidang kuasa yang jelas dan teratur.
3. Menjaga disiplin anggota tentera.
4. Menjaga kebajikan anggota tentera.
5. Melahirkan pasukan tentera yang berwibawa.

PERANAN KETENTERAAN

1. Menjamin keselamatan negara.


2. Melindungi negara dari ancaman luar.
3. Melindungi aktiviti dakwah.
4. Menggerunkan musuh.

178 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA
ZAMAN KHILAFAH BANI UMAIYAH DAN ABASIAH

1. Sikap dan minat yang ditunjukkan oleh khalifah terhadap ilmu


pengetahuan.

2. Kegiatan penterjemahan, penyelidikan dan penjilidan buku-buku dilakukan


secara besar-besaran di Darul Hikmah.

3. Wujud kemudahan dan prasarana pendidikan.

4. Polisi kerajaan yang membawa masuk para ilmuan dari negara luar .

PERKEMBANGAN KEILMUAN

Ilmu Nakli Perkembangan


1. Aqidah dan -Lahirnya mazhab-mazhab ahli Sunnah, syiah ,
Tauhid Muktazilah dan sebagainya.
- Berdebat dalam berbagai-bagai isu.
2. Tafsir - Zaman Khilafah Umaiyah, tafsir hanya
dilakukan pada ayat-ayat tertentu sahaja.
- Zaman Khilafah Abasiah, tafsir berlaku pada
keseluruhan al-Quran.
3. Feqah -Lahir madrasah al-hadis dan madrasah ar-rakyi.
- Lahir mazhab Hanafi , Maliki ,Shafie dan
Hanbali.
4. Akhlak -Berlaku perbahasan mendalam dalam bidang
akhlak.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 179
PERKEMBANGAN KEILMUAN

Ilmu Akli Perkembangan


1. Falsafah - Zaman Khilafah Umaiyah, perbahasan ilmu
kalam berlaku antara golongan Muktazilah,
qadariah, syiah dan sebagainya.
- Zaman Khilafah Abasiah, kemasukan
falsafah Greek yang bertentangan Islam.
2. Mantiq - Zaman Khilafah Abasiah, berkembang sama
dengan ilmu falsafah.

3. Astronomi - Berkembang di zaman Khilafah Abasiah –


gerakan penterjemahan buku astronomi.
- Lahir ahli astronomi Islam.
4. Kejuruteraan -Berkembang dengan gerakan penterjemahan
buku-buku matematik dan fizik dari
bahasa Greek.
- Terbinanya bangunan-bangunan dan
masjid-masjid.

SUMBANGAN DARUL HIKMAH DALAM PERKEMBANGAN ILMU DAN


PENDIDIKAN

1. Penterjemahan buku.
2. Menulis semula atau mengarang buku.
3. Mengundang cerdik pandai untuk mengajar.
4. Pusat pengajian ilmu.
5. Perpustakaan.

180 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
STRUKTUR KEHAKIMAN ZAMAN KHILAFAH BANI UMAIYAH

Khalifah

Mahkamah Mazalim Mahkamah Rayuan Mahkamah Hisbah

Mahkamah khas Mahkamah Qadi

K/ Tangan sokongan Mahkamah

STRUKTUR KEHAKIMAN ZAMAN KHILAFAH BANI UMAIYAH

Khalifah

Mahkamah Mahkamah Mahkamah


Mazalim Qudtdah Hisbah

Mahkamah Rayuan

Mahkamah khas Mahkamah Qadi

K/ Tangan sokongan Mahkamah

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 181
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HAKIM

1. Beriman – Mempunyai keimanan yang teguh.


2. Bertaqwa – Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
3. Mujtahid - Mampu untuk berijtidad.
4. Adil - Tidak melakukan dosa besar .

SUMBER EKONOMI PADA ZAMAN KHILAFAH BANI UMAIYAH DAN


BANI ABASIAH

1. Pertanian : Gandum, tamar dan kapas yang tertumpu di Lembah furat dan
Lembah Nil.
2. Industri pembuatan : Tenunan, tembikar, kaca, pakaian dan permaidani di
Damsyik, Mesir, parsi dan Samarkhand.
3. Perdagangan : Dengan negara-negara Eropah, India, China dan Asia
Tengah.
4. Cukai : Dewan al-Kharaj memungut cukai seperti kharaj dan usyur.

LANGKAH MENINGKATKAN HASIL

1. Menyediakan kemudahan infrasuktur seperti terusan, pelabuhan dan


kilang.
2. Meneroka pasaran-pasaran baru di Eropah, Afrika dan Asia.
3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi.
4. Meluaskan bidang eksport dan import.

PERANAN EKONOMI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

1. Membiayai projek-projek pembangunan.


2. Memantapkan system pertahanan negara.
3. Menampung pembayaran gaji dan pencen kakitangan awam.
4. Membolehkan negara memiliki teknologi terkini.
5. Memesatkan projek pembangunan negara.

SUMBER KEWANGAN

1. Zakat 2. Kharaj
3. Ghanimah 4. Faiu
5. Jizyah 6. Usyur

182 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
PERKEMBANGAN PELBAGAI BIDANG ILMU

1. Ilmu Sains –
• Pada zaman Umaiyah penterjemahan buku-buku sains seperti
kimia, perubatan dan astrologi.
• Khalifah Umar Abd Aziz memindahkan Kolej perubatan
Alexandaria ke Antioch.
• Pada zaman Abasiah buku-buku sains diterjemah ke bahasa arab.

2. Matematik –
• Pada zaman Umaiyah ilmu ini berkembang pesat.
• Pada zaman Abasiah, penemuan teori baru seperti angka
pepuluhan, angka kosong dan tolak campur.

3. Fizik –
• Pada zaman Abasiah berkembang melalui usaha penterjemahan
buku.
• Teori yang dibuat ahli fizik Greek telah dikembangkan oleh ahli
fizik Islam seperti teori tarikan graviti, timbangan dan pecahan
cahaya.

4. Falsafah –
• Pada zaman Umaiyah, berkembangnya mazhab seperti ahli Sunnah
Wal Jamah, Muktazilah, Syiah dan Jabariah.
• Pada zaman Abasiah berkembangnya pengaruh falsafah Greek.
• Lahirnya falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Rush
menentang falsafah Greek yang menyesatkan.

5. Kesusasteraan –
• Pada zaman Umaiyah tema syair berlegar sekitar, padang pasir dan
kampung.
• Penterjemahan karya asing dari bahasa parsi ke bahasa arab.
• Pada zaman Abasiah, tema syair berbeza sesuai dengan
perkembangan kemajuan negara.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 183
RIWAYAT HIDUP

1. Nama sebenar beliau ialah Nu’man bin Thabit.


2. Dilahirkan di Kufah, Iraq pada 80 Hijrah (bersamaan dengan 699 Masihi)
3. Kelahiran beliau merupakan hasil doa Saidina Ali bin Abi Talib r.a
4. Digelar Abu Hanifah kerana mempunyai anak bernama Hanifah. Ada yang
berpendapat ; “Hanifah bererti orang yang taat & ahli ibadat” dan “Hanif
dalam bahasa Parsi bermaksud dakwat”

SIFAT PERIBADI

1. Berperibadi mulia, bercita-cita tinggi, berani dan pintar.


2. Petah bercakap (tetapi seorang yang pendiam, wara’, peramah, tenang dan
sabar).
3. Seorang hartawan, berilmu, kuat beribadat, dermawan, amanah dan zuhud.
4. Seorang ahli perundangan dan digelar Al– Imam al- a’zam (imam terbaik)

PENDIDIKAN

1. Pada masa kelahiran beliau, Kufah merupakan pusat menuntut ilmu kerana
ramai sahabat Rasulullah s.a.w telah menetap di sana.
2. Pelbagai ilmu seperti ilmu bahasa arab, tauhid dan feqah telah dipelajarinya
dengan mendalam.
3. Selepas itu, beliau menumpukan minat dalam bidang feqah dan
perundangan Islam
4. Beliau telah berguru lebih 4,000 orang termasuklah ulama’ yang sezaman
dengannya seperti Al-Imam Hamad bin Sulaiman selama 18 tahun , ulama’
at-Tabi’in dan beberapa sahabat Rasulullah s.a.w seperti Anas bin Malik,
Abdullah bin Abi Aufa.
5. Al-Imam Abdullah bin Abbas telah memberi peluang untuk mengamal
perundangan dan kehakiman secara persendirian.
6. Kini beliau menganalisis bidang kuasa (perundangan) dalam Islam,
membahagi tugas, menentukan kriteria untuk kaedah qias.

184 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
7. Al-hafiz al-kabir Abu Bakar Ahmad Al-Harizmi pernah menyatakan dalam
musnadnya, beliau akan berijma’ dalam melaksanakan kaedah qias ketika
membuat hukum.
8. Pada 146 Hijrah, beliau dipenjarakan oleh Mansur (pemimpin masa itu)
kerana enggan mengaku Mansur sebagai khalifah.
9. Walaupun di penjara, beliau tetap dikunjungi oleh ribuan manusia untuk
memohon pandangan terhadap sesuatu masalah [sosial, politik, ekonomi..]
10. Apabila Mansur menyedarinya, dia membenarkan proses pengajaran di
penjara
11. Akhirnya, beliau meninggal dunia pada Rejab 150 Hijrah (bersamaan 767
Masihi) kerana diracuni oleh Mansur di dalam penjara.
12. Pada hari pengebumian beliau, seramai 50,000 manusia datang untuk solat
jenazah

SUMBANGAN IMAM HANAFI

1. Menghasilkan pelbagai karya .


2. Pengasaasaskan Mazhab Hanafi & menggunakan kaedah qias dalam
mengeluarkan hukum.
3. Melahirkan ramai murid (seperti Al-imam Hasan Ibnu Zaiyadul Lu’lui, Al-
imam Muhammad Ibnu Hasan as-Syibani)
4. Terkenal sebagai ahli fikir Islam.

PENDAPAT IMAM HANAFI

1. Beliau mengemukakan kaedah qias untuk membuat keputusan terhadap


sesuatu hukum yang belum diketahui.

2. Beliau melarang bertaqlid kepadanya jika tidak mengetahui dari mana²


pendapat ; “Haram sesiapa yang memberi fatwa dengan pendapatku jika
belum mengetahui dalil dan alasan”
3. Jika tiada hukum itu dalam Al-Quran,As-Sunnah dan fatwa,maka beliau
akan berijtihad.
4. Beliau melarang umat Islam beramal dengan perkara² bid’ah.

KETOKOHAN

1. Beliau terkenal dengan kepintaran mengeluarkan hukum.


2. Beliau dapat membuat kesimpulan dengan akal berteraskan ilmunya yang
mendalam dalam ‘Al-Quran & As-Sunnah’.
3. Beliau telah berjaya menyelesaikan masalah² kehidupan
[sosial,politik,perundangan] dengan memberi fatwa².

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 185
4. Menurut Al-Imam Abu Yusuf, beliau adalah seorang yang hidup berdikari &
tidak tamak.

PENULISAN

1. ‫ا
 اآ‬
2. ‫آب ا
ا‬
3. ‫ﻡ"! ا ل‬
4. $%
‫آب ا
'ﻡ& ا‬
5. $()
‫آب ا
'ﻡ& ا‬
6. ‫آب ا
"ط‬
7. $()
‫ ا‬$"
‫ دان ا‬$%
‫ ا‬$"
‫ا‬

MURID-MURID

1. -‫إﻡم ا یﺱ‬


2. ‫ى‬3
34
‫اﻡم "  زید ا‬
3. 6%
‫ ا‬7$6  !‫ی‬89
‫ ا‬:‫اﻡم ز‬.
4. ;$<
‫اﻡم ﻡ=  ا
" ا‬

186 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
RIWAYAT HIDUP

1. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal as-
Syibani.
2. Lahir pada bulan Rabiul Awal tahun 164 Hijrah bersamaan 780 Masihi di
Baghdad, Iraq.
3. Ibu bapanya berasal daripada Khurasan.
4. Nama ibunya ialah Safiyyah binti Maimunah binti Abdul Malik As-syibani.
5. Mempunyai hubungan dengan keturunan Nabi Muhammad pada Midru,
datuk baginda yang ke-18.
6. Terkenal dengan nama datuknya, Hanbal, kerana datuknya merupakan
seorang gabenor Sarkhas, Khurasan dan merupakan salah seorang
penyokong Abbasiyah yang pernah disiksa ketika zaman pemerintahan
Umaiyah.
7. Meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 bulan Rabiulawal tahun 241 H/855M
di Baghdad pada usia 77 tahun

PENDIDIKAN

1. Menerima pendidikan awal di Baghdad.


2. Pada umur 14 tahun telah menghafaz kandungan Al- Quran.
3. Pada umur 16 tahun, keluar dari Baghdad dan mula mengembara ke Kufah,
Basrah, Syam dan Yaman untuk mempelajari ilmu Hadith.
4. Bekerja untuk menampung perbelanjaan pengajian.
5. Meneruskan pengajian ke Mekah dan Madinah untuk mengetahui
kebenaran sesuatu Hadith.
6. Mempunyai ramai guru dalam bidang ilmu fiqh, hadith, usul tafsir, sejarah
dan bahasa. Antara guru-guru beliau:
a) Husyaim bin Basyir
b) Abdul Rahman bin Mahdi.
c) Waki’ bin Al-Jarah.
d) Sufyan bin Uyaynah dan Imam As-Syafie.
7. Sanggup mengembara selama beberapa bulan semata-mata untuk
menyelidiki 1 atau 2 hadith.
8. Memperolehi kepakaran dalam ilmu Hadith sehingga Imam Syafie sendiri
merujuk kepada beliau mengenai kesahihan hadith tertentu.
9. Belajar kaedah fiqh daripada Imam Syafie dan kemudian menghuraikan
sendiri berdasarkan hadith.
10. Merupakan ahli fiqh dan usuldin yang terkenal.
11. Memulakan kuliah hadis ketika berumur 40 tahun.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 187
12. Dalam satu sesi kuliahnya, lebih kurang 5000 orang mengikuti syarahan
beliau, 500 daripadanya mencatat huraiannya.

SUMBANGAN IMAM AHMAD BIN HANBAL

1. Menghasilkan kitab al-Musnad yang mengandungi 40,000 hadith,


antaranya 10,000 hadith yang diriwayatkan berulang-ulang.
2. Menyelidik hadith nabi untuk membersihkan daripada pemalsuan dan
seterusnya menyukarkan musuh-musuh Islam mempertikaikan kebenaran
hadith Rasulullah S.A.W.
3. Pemimpin ahli Sunnah menentang penyelewengan golongan al-mu’tazalah.

PENGASAS MAZHAB

1. Imam Ahmad bin Hambal telah mengasaskan mazhab Hambali.


2. Mazhab Hambali mengutamakan al-Quran dan sunah Rasulullah.
3. Imam Ahmad melarang orang bertaqlid dalam urusan agama dan
menggalakkan menggunakan ilmu pengetahuan dan kefahaman menurut al-
Quran dan as-Sunnah.
4. Dasar hukum Mazhab:
a. Al-Quran
b. As-Sunnah
c. Fatwa Sahabat
d. Hadith daif yang boleh dinaikkan darjat kepada hadith hasan.
e. Qias.

PENULISAN

1. Tafsir Al-Quran
2. Al-Musnad
3. Kitab An-Nasikh wal Mansukh.
4. Kitab Ta’atirrasul.
5. Kitab al-’Ilal.
6. Al-Manasikulkabir.
7. Al-Manasikussaghir.
8. Az-Zuhd (menjelaskan kezuhudan para nabi, sahabat, khalifah-khalifah,
dan imam.)

MURID-MURID

1. Imam Al-Bukhari. 2. Imam Muslim.


3. Imam Abu-Daud. 4. Imam Abu Zur’ah Ar-Razi.
5. Imam Abu Bakar Athram. 6. Imam ibn Abi Ad-Dunia

188 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Muhammad Bin Idris Bin Osman Al-Abas Bin Osman Shafiq Bin As-Saib.
2. Beliau berketurunan Quraisy, ibu-bapanya berasal dari Mekah Al-
Mukarramah dan mempunyai hubungan dengan Rasulullah S.A.W.
3. Dilahirkan Ghazah,Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767
Masihi.
4. Ayahnya meninggal dunia ketika mereka melawat Palestin dan ketika itu
beliau masih dalam kandungan ibunya.
5. Beliau dan ibunya kembali ke Mekah semasa beliau berumur 2 tahun.
6. Dikenali sebagai As-Shafie sempena nama moyangnya yang ke-4 iaitu Shafiq
Bin As-Saib.
7. Beliau kembali ke rahmatullah pada bulan Rejab tahun 204 Hijrah
bersamaan 821 Masihi ketika umurnya 54 tahun di Mesir setelah 6 tahun
berada di sana.

SIFAT PERIBADI

1. Seorang yang lantang bercakap , suaranya menarik dan merupakan qari


yang masyur.
2. Berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi, Sentiasa memelihara
adab dan disiplin.

PENDIDIKAN

1. Mempelajari Al-Quran sejak kecil.


2. Mampu menghafaz Al-Quran pada umur 9 tahun.
3. Minat yang mendalam mendorong beliau mempelajari bahasa dan
kesusasteraan Arab,adat resam dan kebudayaan Arab di sebuah kampung
badwi bani Huzail.
4. Beliau tinggal di kampung tersebut hingga mahir dalam bidang penulisan
dan boleh mengubah syair dengan baik dan indah.
5. Kembali ke Mekah Al-Mukarramah untuk mempelajari ilmu feqah daripada
Imam Muslim Bin Khalid Az-Zinji iaitu ulama dan mufti Mekah.
6. Beliau mempelajari ilmu hadis daripada Imam Sufian U’iyannah iaitu ulama
hadis yang terkenal di Mekah. Pada masa yang sama beliau mempelajari Al-
Quran di Masjidilharam.
7. Beliau dikagumi oleh guru-gurunya disebabkan kebolehan membaca Al-
Quran dengan suara yang merdu walaupun baru berumur 13 tahun.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 189
8. Pada usia 15 tahun,beliau diberi pengikhtirafan oleh guru-gurunya untuk
menjadi guru (sheikh) dalam Masjidilharam dan diberi kebenaran
mengeluarkan fatwa.
9. Kemiskinan keluarga beliau menyebabkan beliau sering mengutip kertas di
pejabat yang dibuang ke dalam bakul sampah untuk mencatat
pelajarannya.Beliau tidak sesekali berasa malu dan hina bahkan dijadikan
cabaran untuk terus menuntut ilmu.
10. Beliau berusaha untuk menghafaz setiap pelajaran yang dipelajari misalnya
beliau telah menghafaz kitab Al-Muwauttok karangan Imam Malik
Rahimatullah sebelum pergi berguru denganya.
11. Walaupun diakui ahli hadis. ahli feqah dan ahli bahasa namun minatnya
untuk menuntut ilmu tetap subur.Oleh itu,beliau pergi ke Madinah untuk
mendalami kitab Al-Muwauttok. Selama 8 tahun di sana,kebolehannya
diakui oleh gurunya dan ulama terkemuka di sana.
12. Beliau pergi ke Iraq untuk berguru dengan ulama di sana seperti Imam Abu
Yusuf dan Imam Muhammad Bin Hasan As-Shaibani.
13. Selepas ke Iraq,beliau menuju ke Palestin dan Parsi untuk menuntut ilmu di
samping menyebarkan ilmunya.
14. Setelah itu,beliau kembali ke Madinah untuk menziarahi Imam Malik
Rahimahullah. Setelah lama di sana, Imam Shafie pergi ke Yaman, Iraq dan
seterusnya kembali ke Mekah.
15. Setelah 17 tahun kemudian,beliau ke Mesir sehinggalah meninggal dunia 6
tahun kemudian.

SUMBANGAN DAN PERKEMBANGAN MAZHAB SYAFIE

1. Beliau adalah pengasas mazhab Shafie walaupun beliau pengikut mazhab


Maliki dan Hanafi.
2. Mazhab Shafie adalah penyesuaian atau mengambil jalan tengah antara dua
aliran mazhab iaitu mazhab ahli hadis di Hijjaz dan mazhab ahli Ar-rak di
Iraq.
3. Mazhab Shafie mengambil kedua-dua hujah aqli dan naqli sebagai dasar
pengambil hukum.
4. Mazhab ini mengandungi dua pendapat. Pendapat atau hukum yang
dikeluarkan semasa beliau di Mekah dan Madinah dinamakan ‘’Qaylun
Qadim’’ manakala pendapat yang dikeluarkan semasa berada di Mesir
dinamakan ‘’Qaulun Qadim’’ .
5. Banyak fatwa yang dikeluarkan semasa di Mekah dan Madinah ditarik
balik dan dikeluarkan fatwa yang baru.
6. Mazhab Shafie berkembang di Hijjaz iaitu Mekah dan Madinah kemudian
tersebar di Mesir,Palestin dan negeri-negeri Afrika Utara.
7. Mazhab ini disebarkan dengan meluas di Mesir oleh beliau dan diteruskan
oleh murid-muridnya di luar Mesir.

190 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
8. Mazhab ini terus berkembang di Yaman,India dan Asia Tenggara iaitu
Indonesia ,Thailand , Malaysia, Indochina, Brunei dan Filipina.
9. Islam tersebar hasil usaha pendakwah yang datang dari tanah Arab yang
kebanyakannya Mazhab Shafie.
10. Ini secara tidak langsung turut menyebarkan aliran Mazhab Shafie.
11. .Pengajian dijalankan di surau,masjid dan istana dengan menggunakan
kitab fekah aliran Mazhab Shafie.
12. Dengan itu,Mazhab Shafie terus berkembang dengan cepat dan diterima
oleh umat Islam di rantauan.
13. Hubungan perdagangan di antara Asia Tenggara dengan negeri-negeri Arab
wujud sebelum kelahiran Islam sebelum kelahiran Islam lagi.
14. Apabila pedagang ini memeluk Islam mereka terus menjalankan
perdagangan di samping menyebarkan Islam.
15. Pedagang Arab sebahagiannya bermazhab Shafie dan memainkan peranan
penting untuk menyebarkannya.
16. Pembinaan pusat-pusat pengajian seperti pondok dan madrasah oleh
ulamak bermazhab Shafie menyebabkan mazhab ini tersebar dengan cepat.
17. Selain itu,kitab-kitab agama yang digunakan di pusat-pusat tersebut juga
dikarang oleh ulama bermazhab Shafie.
18. Penuntut-penuntut ini akan kembali ke tanah air mereka dan berkhidmat
dalam masyarakat dan terus menyebarkan Islam berasaskan Mazhab Shafie.
19. Secara tidak langsung hal ini akan mengukuhkan aliran Mazhab Shafie
dalam masyarakat di rantau ini.
20. Banyak mendapat pengalaman hasil pengembaraan banyak tempat yang
merupakan pusat perkembangan ilmu dan mazhab hukum.
21. Oleh itu,mazhab beliau merupakan integrasi daripada beberapa mazhab dan
ijtihad sendirian.

HASIL KARYA
1. Ar-Risalah mengandungi hukum fekah.
2. Al-Ummu mengandungi ilmu fekah.
3. Musnad mengandungi hadis-hadis Rasulullah S.A.W.
4. .Ikhtilaful Hadis.
5. Kitab Fekah.
6. Jamiul Kabir

MURID-MURID

1. Imam Abu Ibrahim Ismail Bin Yahya Al-Muzani.


2. Imam Ar-Rabi’ Bin Sulaiman Bin Abdul Jabar Al-Murawi.
3. Imam Abu Sur Ibrahim Bin Khalid Bin Al-Yaman Al-Kalbi.
4. Imam Hasan Bin Muhammad Az-za’farani.
5. Imam Ahmad Bin Jabal As-Shaibani.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 191
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Malik bin Anas bin Amir Al-Asbahi.
2. Lahir 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah.
3. Dilahirkan pada tahun 93 hijrah bersamaan 712 M di Zulmarwah,Utara
Madinah.
4. Meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ( 798 M ) ketika berusia 86
tahun.
5. Disemadikan di Perkuburan Baqi’ Madinah.

SIFAT PERIBADI IMAM MALIK

1. Beliau sangat menghormati ibubapa, orang dewasa, dan guru.


2. Bersifat sopan santun, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah
ke kubur.
3. Pendiam dan bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja.
4. Suka berpakaian bersih dan kemas serta memakai bau-bauan yang harum.
5. Imam Malik terkenal kerana kuat ingatan.
6. Sebelum baligh beliau telah dapat menghafaz al- Quran dan hadis-hadis.
7. Menurut riwayat,sejak kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang
biduan tetapi ibunya menasihati beliau supaya cita-cita tersebut di
tinggalkan dan hendaklah sebaliknya beliau mempelajari ilmu fiqh.Nasihat
ibunya itu telah diterima oleh beliau dengan baik.

PENDIDIKAN

1. Imam Malik adalah seorang yang miskin pada asalnya.Sahabatnya Abu


Qasim pernah berkata, “Ketika menuntut ilmu aku pernah bersama Malik.
Pada suatu hari kayu bumbung rumahnya telah roboh. Terus kayu itu
dijualnya untuk mendapatkan sedikit wang belanja hidup. Tetapi akhirnya
beliau diberi rezeki sehingga menjadi seorang yang kaya.”
2. Setelah terkenal menjadi seorang ahli fiqh dan ahli hadith, beliau banyak
mendapat bantuan baik berupa derma atau bantuan lain.
4. Khalifah Harun Al-Rasyid pernah pernah mengirim derma sebanyak 3000
dinar untuk beliau.
5. Beliau banyak berguru dan dalam kitab Tahzibul Asma Wal Lught
diterangkan bahawa beliau telah mendapat pendidikan di Madinah dan
memulakan pengajian al-Quran dan tafsir.
6. Sebelum baligh beliau dapat menghafaz keseluruhan al-Quran.

192 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
7. Mempelajari ilmu hadith sehingga menjadi seorang tokoh hadith dan ahli
hukum yang terkenal.
8. Ibnu Hurmuz iaitu seorang ulama terkenal di Madinah adalah guru pertama
beliau.

KETOKOHAN DAN PENDIRIAN

1. Diiktiraf sebagai ulama’ sejak berumur 17 tahun kerana keilmuannya.


2. Beliau banyak mengumpulkan hadith dan menyelidiknya selama 40 tahun.
3. Dalam kajian itu beliau menilai dan memastikan kesahihan hadith-hadith
tersebut.
4. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
5. Menggunakan qiyas dan musoleh almursilah sebagai sumber hukum.
6. Beliau menggalakkan cendekiawan Islam berijtihad dalam masalah yang
memerlukan hukum sekiranya tidak terdapat nas Al-Quran dan As-Sunnah
serta Ijma’.
7. Beliau banyak menerima ujian pada zaman Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur,
Al- Mahdi dan Ar-Rasyid.

PENULISAN

1. Telah menghafaz lebih kurng 100,000 hadith dan memilih 5000 sahaja
untuk ditulis dalam kitab Al-Muttaa.
2. Kitab ini sangat bernilai dan mengandungui hadith sahih sahaja.
3. Ia menjadi sumber rujukan utama dalam kajian ilmu hadith dan fiqh.
4. Khalifah Harun Ar-Rasyid memberi kedudukan yang tinggi terhadap kitab
tersebut dan mengkehendaki supaya kitab tersebut dijadikan panduan.

PENGASAS MAZHAB MALIKI

1. Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.


2. Mazhab ini terkenal dengan mazhab aliran hadith.
3. Mazhab ini mula lahir di Hijjaz kemudian berkembang ke Mesir dan
Sepanyol.
4. Pada masa ini mazhab Maliki diikuti oleh umat Islam di Afrika Utara iaitu
Morocco, Tunisia, Algeria, Libya, Palestin dan Mesir.

MURID-MURID IMAM MALIK

1. Beliau mempunyai sahabat dan murid yang ramai antaranya ialah :-


- Al Imam Abu Hanifah
- Al Imam Sufian As-Sauri
- Al Imam Allais bin Sa’d

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 193
- Al Imam Al Auza’i
- Al Imam Abu Yusuf

2. Antara murid beliau yang masyur ialah:-


- Al Imam Assyafie
- Al Imam Ashab bin Abdul Aziz Al-Qisie
- Al Imam Abu Abdullah Abdul Rahman bin Al-Qosim Attaqi
- Al Imam Abu Muhammad Abdullah bin Wahab Al-Qorishi.

194 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad.


2. Lahir pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
3. Dilahirkan di Tus, wilayah Kharasan, Dataran Tinggi Parsi.
4. Ayah beliau berkerja sebagai pemintal benang (ghazli) untuk mencari
nafkah hidup.
5. Mempunyai seorang adik bernama Ahmad.
6. Ulama’ pertama yang terdidik dengan ilmu falsafah.
7. Meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah, 1111 Masihi di Tus

SIFAT PERIBADI

1. Oleh kerana beliau minat dalam semua bidang ilmu, beliau dianggap sebagai
‘gedung ilmu’.
2. Seorang ahli tasawuf dan pemikir yang agung.
3. Seorang tokoh terkemuka selepas kewafatan Rasulullah SAW.
4. Fasih bercakap, pandai berpidato dan mahir berhujah.
5. Bertaqwa, wara’, kuat beribadah dan berhemah tinggi.
6. Seorang ahli sufi yang melakukan pembersihan jiwa .
7. Ahli fiqh yang berfikiran terbuka dan membebaskan diri daripada taqlid
(membabi buta).
8. Tegas, berani dan tabah menghadapi ujian.

PENDIDIKAN DAN SEJARAH KEHIDUPAN

1. Dididik oleh bapanya sejak kecil dengan ilmu pengetahuan dan akhlak.
2. Mempelajari ilmu asas (menulis, membaca dan mengira) daripada guru-
gurunya.
3. Dapat menguasai bahasa arab dan parsi dengan baik.
4. Dapat mendalami ilmu Al-Quran, hadis, Usuluddin, fiqh, falsafah, mantik
dan tasawuf dalam masa yang singkat.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 195
5. Setelah ayah beliau meninggal dunia, Imam Al Ghazali dan adiknya, Ahmad
mendapat asuhan dan didikan daripada seorang ahli tasawuf.
6. Imam Al Ghazali dan Ahmad menjadi pemuda yang berilmu dan dapat
hidup sendiri.
7. Mula belajar daripada Imam Ahmad bin Muhammad Razkani di Thaus.
8. Imam Al Ghazali merantau ke daerah Jarjan.
9. Mempelajari ilmu fiqh dan usuluddin daripada Syeikh Ahmad bin Muhd.
At-Tusi dan Al-Alamatul Imam Abu Nasr Al-Ismaili di Jurjan.
10. Kemudian belajar dengan Imam Abu Nasyar Al-Ismaili dan mula mencatat
ilmu-ilmu yang dipelajari.
11. Dalam perjalanan pulang dari Jarjan ke Thaus, Imam Al Ghazali dan rakan-
rakan sedaerah beliau dirompak.
12. Segala barangan mereka habis dirompak termasuk manuskrip Imam Al
Ghazali yang amat disayangi. Beliau memberanikan diri berdepan
dengan kumpulan perompak itu untuk minta kembali manuskrip itu.
13. Ketua perompak itu bertanya “Apa gunanya lagi catatan engkau sekiranya
semua ilmu yang engkau pelajari sudah engkau ingati? Bukankah segala
ilmu itu sudah ada dalam kepalamu?Ketua perompak itu memulangkan
manuskrip itu.Sejak itu, Imam Al Ghazali mengutamakan pemahaman dan
penghafalan daripada mencatat.
14. Tiba-tiba tertanya “Inikah kehidupan yang dikasihi Allah SWT? Inikah cara
kehidupan untuk mendekati Allah SWT? Inikah kebahagiaan dunia yang
akan dibawa kepada kebahagiaan di akhirat?”Hatinya menjawab “Tentu
sekali tidak! Ini bukan cara yang diredai Allah SWT. Ini bukan cara yang
dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat!”
Kemudian tertanya lagi “Tapi yang ku nikmati ini semuanya adalah hasil
jerih payah mengajar dan mengarang serta hadiah daripada para
pemerintah?”
15. Pada tahun 469 H Imam Ghazali melanjutkan pelajaran ke Madrasah An-
Nizomiah bagi mempelajari ilmu kalam, sains tabi’I, falsafah dan mantik
serta tasauf.
16. Setelah tamat pengajian beliau dilantik sebagai professor ilmu feqah pada
tahun 488 H di Universiti An-Nizomiah di Baghdad.
17. Selepas itu beliau dilantik menjadi Naib Censelor universiti tersebut
sehinggalah berhenti pada tahun 489 H .
18. Nizamul Mulk keberatan melepaskan beliau dan terpaksa menyerahkan
jawatan tersebut kepada adik Imam Ghazali, Imam Ahmad Al Ghazali.
19. Beliau berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji.
20. Selepas itu, berangkat ke Damsyik dan berkhalwat di Masjid Umaiyah.
21. Beliau memakai pakaian kasar, kurang makan minum dan mengisi
waktunya merenung dan beribadat.
22. Beliau mempusakakan gudang ilmunya kepada generasi umat Islam yang
akan datang.

196 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Nama sebenar beliau ialah Takiuddin Abu Al- Abas Ahmad bin Abd Halim
Al-Harrani.
2. Dilahirkan pada 10 Rabi’ul Awwal tahun 661 hijriah bersamaan Januari 12 62
masihi di Bandar Harran ‫ ان‬atau ‫اق‬.
3. Beliau dan keluarganya berpindah ke Damsyiq ketika berusia 7 tahun
kerana Harran dan Kota Baghdad telah ditawan oleh Bangsa Tar-tar.
4. Gelaran Ibnu Taimiyah diambil daripada gelaran moyangnya yang ke-9.
5. Meninggal dunia pada malam Isnin 20 Zulhijjah 728 hijriah bersamaan1329
masihi ketika dalam penjara Damsyiq.
6. Disemadikan di Damsyiq

SIFAT PERIBADI

1. Ulama yang bertaqwa dan berakhlak.


2. Ahli pemikir islam yang ulung.
3. Mempunyai kecerdasan akal dan kuat ingatan.
4. Berfikiran terbuka dan bersifat kritis.
5. Bersifat berani dan tegas dalam menghadapi cabaran golongan zindik,
falsafah barat, ahli bidah dan penentang Ahli Sunnah.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di sekolah Darus- Sikriah di Damsyik.


2. Sejak remaja ,beliau sudah berjaya menghafaz al-Quran dan hadis.
3. Mempelajari kitab-kitab hadith dan kitab Rijal Hadith dari ulama’ Damsyiq.
4. Pada usia 19 tahun, mula mengeluarkan fatwa dan menyusun fatwa-fatwa
dalam kitab.
5. Kecerdasan beliau pernah diuji oleh seorang Yahudi dengan menyoal
pelbagai soalan yang sukar dan mencabar mengenai agama Islam tetapi
mampu dijawab dengan mudah sehingga Yahudi tersebut memeluk Islam .
6. Beliau amat menyintai ilmu pengetahuan .
7. Pergaulan beliau dengan ulama’ berjaya menyerlahkan kehebatan beliau
ketika berdebat dan menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan
oleh para ulama’.
8. Beliau berjaya menghasilkan hampir 300 buah jilid buku.
9. Menggantikan ayahnya mengajar Tafsir Al-Quran di Masjid Jamek.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 197
SUMBANGAN IBNU TAIMIYAH

1. Tokoh yang sangat dihormati dalam bidang Syariah dan Akademik yang
menentang sebarangan penyelewangan aqidah dan perbuatan yang
bercanggah dengan Islam.

2. Sumbangan beliau diklasifikasikan kepada 4 bahagian iaitu:

a. Agama Islam
• Seorang yang sangat peka terhadap ajaran sekeliling baginda
• Berusaha membersihkan segala ajaran sesat, kotor, bidah dan
khurafat dan kemungkaran
• Mengajak umat Islam menghayati ajaran Islam
• Mengkritik pelbagai aliran falsafah,  $‫ ﺵ‬،$@A dan‫ﺕ"ف‬
• Mendedahkan keburukan dan kebatilan golongan falsafah, ،$@A
 $‫ ﺵ‬dan‫ﺕ"ف‬

b. Pengorbanan:
• Menentang sebarang penyelewangan yang dibuat dari segi
aqidah dan perbuatan yang bercanggah dalam Islam
• Kerap dipenjarakan semata-mata menegakkan Syi’ar Islam
• Berusaha menentang pemikiran barat yang cuba meracuni
pemikiran Umat Islam biarpun perit .

c. Teladan Beliau :
• Mengamalkan apa yang diamalkan oleh F‫ رﺱل ا‬dan ‫ء ا
اﺵ=ی‬4H
• Tidak pernah berputus asa di dalam menegakkan kebenaran dan
menghapuskan kemungkaran
• Berpendirian teguh di dalam apa jua yang dilakukan.
• Mempunyai semangat juang yang tinggi memperjuangkan syi’ar
Islam walau apa jua keadaan

d. Hasil karya
• Ilmu hadis
• Majmuk Rasail Ibnu Taimiyah
• Majmuk Al-Risalatil kubra
• Majmuk fatawa
• Minhaj Sunnah Nabawiyyah

198 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Dilahirkan pada 25 september 1903 M di India.


2. Berketurunan Maudud dikatakan seorang perawi hadis yang berhijrah ke
India bersama-sama panglima tentera Islam Muhammad bin Al-Qasim.
3. Meninggal dunia pada tahun 1983 M.

SIFAT PERIBADI

1. Ulama yang luas ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang.


2. Bersederhana dalam kehidupannya, bertakwa dan beristiqamah.
3. Pemikir islam pada zaman mutakhir.
4. Gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.
5. Berhemah tinggi .

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di rumah daripada bapanya sendiri seorang


peguam.
2. Diajar oleh bapanya sendiri bahasa arab, inggeris, parsi, urdu dan ilmu-ilmu
agama.
3. Al-Maududi dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik.
4. Beberapa pandangan Al-Maududi :
a. Keperluan hidup yang sempurna -Manusia mempunyai
keperluan kehidupannya dan Allah mengurniakan manusia dengan
kebolehan, kemahiran dan kepintaran akal yang berbeza-beza
supaya dapat saling Bantu membantu di antara satu sama lain.
b. Tahap kemahiran manusia - Minat dan kemahiran manusia dalam
sesuatu bidang juga berbeza.
c. Taklid – Mentaati Rasulullah amatlah penting bagi kehidupan
manusia.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 199
SUMBANGAN

1. Kewartawanan – Mulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan sejak


berumur 16 tahun.

2. Hasil karya :
a. Al-hikmatul mutaaliah fil asfaril akliah.
b. Al-Jihadu fil islam
c. Al-risalat ad-diniah
d. Kitab siratun nabawi
e. Turjuman al-Quran.
f. Rabitatul alamil islami.

3. Di dalam gerakan islam beliau telah menubuhkan Jamaatul islami.

200 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Syeikh Muhammad Idris Bin Abd Rauf.
2. Dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313 bersamaan 1892 M di Makkah Al-
Mukarramah.
3. Beliau banyak pengalaman dan pengetahuan sehingga digelar ulama melayu
pertama di Mesir.
4. Ketika berusia sepuluh tahun beliau telah berjaya menghafaz 16 juzuk al-
Quran di samping menghafaz kitab-kitab yang lain.
5. Mempunyai daya ingatan yang kuat.
6. .Meninggal dunia pada pagi jumaat pada tahun 13 oktober 1989 M.

SIFAT PERIBADI

1. Ulama besar Nusantara yang luas ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang.
2. Seorang ahli bahasa dan ahir dalam bidang hadis, tafsir dan feqah.
3. Sangat menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat.
6. Gigih menuntut ilmu di dalam dan luar negara..
7. Pemikir islam pada zaman mutakhir.
8. Berhemah tinggi .

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Lubuk Merbau,


Kuala Kangsar Perak.
2. Seterusnya beliau belajar di Pondok Wan Muhammad, Bukit Candan, Kuala
Kangsar.
3. Beliau meneruskan pengajian di Pondok Tuan Hussain Al-Mas’udi di Kedah
.Melanjutkan pelajaran di Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam,
Seberang Perai dan seterusnya di Pondok Tok Kenali Kelantan.
4. Pada tahun 1924 M beliau dihantar bapanya ke Mesir dan merupakan anak
melayu pertama belajar di peringkat tinggi di Universiti Al-Azhar.

SUMBANGAN

1. Syeikh Muhammad Idris seorang tokoh bahasa di Rantau Asia.


2. Beliau telah menghasilkan kamus arab melayu yang pertama iaitu “ Kamus
Al-Marbawi” dan seterusnya “ Kamus Al-Jaib”
3. Beliau seterusnya menghasilkan kitab “ Bahrul Mazi” sebanyak 22 jilid iaitu
kitab hadis pertama dalam bahasa melayu.
© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 201
4. Kemudian beliau menuls kitab “Bulughul Maram” iaitu kupasan hadis
daripada Sahih Bukhari.
5. Al-Marbawi kemudiannya menerokai bidang tafsir al-Quran dalam bahasa
melayu dan menghasilkan :
a) Tafisrul Quran Al-Marbawi.
b) Tafsir Nurul Yakin.
c) Tafsir Fathul Qadir.
d) Tafsir Juzuk Amma.
e) Tafsir Al-Fatihah.
f) Tafsir Yasin Dan Al-Quran Bergantung Makna.

6. Hasil karya beliau yang lain ialah :


a) Jamiul Ulum.
b) Nizomul Hayat
c) Mukjamul Kainat.
d) Perbendaharaan ilmu.
e) Ringkasan Kamus Melayu.

KETOKOHAN

1. Ketokohan beliau sukar ditandingi oleh ulama lain dalam bidang bahasa dan
persuratan melayu.
2. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 julai 1980.
3. Pada tahun 1987 beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari
kerajaan Malaysia.

202 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hassan.


2. Dilahirkan pada 370 H bersamaan 980 M di Afshanah Bukhari, Turkistan.
3. Bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai dan penasihat agung Amir
A’laud daulah di Asfahan.
4. Meninggal dunia di Hamdan pada 428 H bersamaan 1037 M.

SIFAT PERIBADI

1. Menguasai perbagai bidang ilmu seperti perubatan, falsafah dan sastera.


2. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik sebagai
perdana menteri.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di Bukhara.


2. Mempelajari al-quran semenjak berusia lima tahun dan menghafaznya
ketika berumur 10 tahun.
3. Beliau mempelajari ilmu feqah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmu hisab
dan perinsip geometri daripada Mahmud Massah, ilmu falsafah daripada
Abu Abdullah al-Natali serta ilmu sains dan astronomi daripada al-Biruni.
4. Semasa berusia 16 tahun beliau menguasai ilmu perubatan tanpa bantuan
guru.

KETOKOHAN DAN PENEMUAN BARU

1. Penyakit baru : Pengaruh kuman dalam penyakit, penyakit alahan, cacar,


masalah pernafasan, penyakit kulit dan lumpuh.
2. Bidang farmasi : Menghasilkan ubat dan Preskrepsi kesemuanya berjumlah
760 jenis.
3. Meningkatkan teknologi perubatan : Mencipta ubat bius dan benang yang
khusus untuk menjahit luka pembedahan.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 203
SUMBANGAN IBNU SINA

1. Sebanyak 99 buah buku telah dihasilkan.


2. Buku Perubatan – Qanun fi Tib dan Al-Adawiyah Al-Qalbiah.
3. Buku Falsafah - Kitabun Nuja dan Al-Isyarah.

SANJUNGAN TERHADAP IBNU SINA

1. Dibarat beliau dikenali sebagai “ Putera Ahli Fizik”.


2. Anak murid beliau menamakan “As-Syeikhur Rais” ketua segala ketua.
3. Profesor William Osler menganggap “Qanun fi Tib” sebagai buku perubatan
yang terkenal.

204 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi.


2. Dilahirkan di Khawarizmi,Parsi.pada tahun 164 H bersamaan 780 M dan
meninggal pada 230 H bersamaan 850 M.
3. Seorang tokoh matematik, geografi dan astronomi serta mengetuai biro
penyelidikan di Baitul Hikmah.
4. Beliau seorang yang gigih menuntut ilmu, bijak, berdisplin dan menguasai
pelbagai bidang ilmu.
5. Beliau mampu mengukur dengan tepat jarak bumi dengan matahari dan
kedalaman tasik.

SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK

1. Aritmetik- Beliau memperkenalkan sistem nombor sifar, tolak, darab dan


campur.
2. Al-Jebra – Menyusun kaedah Al-Jebra dalam pengiraan ilmu matematik.
3. Trigonometri- Memperkenalkan teori mengira keluasan segi tiga sama, segi
empat selari dan bulatan.

PENGARUH AL-KHAWARIZMI DALAM BIDANG MATEMATIK

1. Buku-buku beliau menjadi rujukan di universiti Eropah.


2. Hasik kajian beliau menjadi asas penyelidikan.
3. Buku-buku beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 205
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
2. Dilahirkan di Tunisia pada 732 H bersamaan 1332 M.
3. berketurunan Arab Yaman dan meninggal di Kaherah pada tahun 808 H
bersamaan 1406 M semasa berumur 87 tahun.

SIFAT PERIBADI

1. Seorang yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu sehingga menguasai
pelbagai bidang ilmu.
2. Pemimpin yang cekap , disegani dan kreatif.

PENDIDIKAN

1. Mempelajari asas agama dan bahasa arab daripada bapanya dan dalam
bidang hadis daripada Muhammad bin Abd Muhaimin Al-Hadrami.
2. Mempelajari ilmu mantik, falsafah, sains dan matematik daripada
Muhammad bin Ibrahim .

SUMBANGAN IBNU KHALDUN

1. Ilmu dan pemikiran


- Sosiologi .
- Sejarah
- Falsafah (Karya bertajuk “Mukaddimah”)
2. Politik dan pentadbiran – Menyandang jawatan penting seperti Perdana
Menteri, Pegawai Jabatan Setiausaha Negara, anggota Majlis Ilmiah di Fez,
setiausaha sulit sultan dan Ketua Hakim Negara.

PANDANGAN IBNU KHALDUN TENTANG KONSEP TAMADUN

1. Ekonomi- Faktor ekonomi memainkan peranan penting bagi membantu


sesuatu tamadun. Mempelopori teori permintaan, bekalan, cukai, konsep
harga, keuntungan, pertumbuhan, mata wang dan buruh.
2. Kemasyarakatan- Akhlak dan ilmu pengetahuan adalah tonggak
pembinaan dan kejatuhan sesuatu kaum.
3. Kenegaraan- Asas penting pembinaan negara ialah agama, ekonomi dan
akhlak pemimpin serta rakyatnya.

206 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
SANJUNGAN TERHADAP IBNU KHALDUN

1. Arnold Toynbee sejarawan terkenal barat menyatakan “ Mukaddimah


adalah karya yang agung dalam bidang ini yang belum lagi dihasilkan
sampai kini dan di mana-mana sahaja.
2. Uwais seorang pakar ekonomi moden menganggapnya sebagai “Bapa
ekonomi”.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 207
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin
Syeikh Wan Idris Al-Fatani.

2. Dilahirkan di Krisik, Patani pada 1187 H bersamaan 1769 M dan meninggal


dunia pada 1265 H bersamaan 1791 M.

SIFAT PERIBADI

1. Gigih dalam menuntut ilmu .


2. Bijak dan pintar menguasai bidang ilmu.
3. Mempunyai bakat kepimpinan yang mana telah dilantik sebagai Syeikh
Haji bagi jemaah haji dari Alam Melayu.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di Patani dan Acheh .


2. Melanjutkan pelajaran ke Mekah selama 30 tahun dan Madinah 5 tahun.
3. Guru beliau ialah Syeikh Muhammad Zain Acheh dan syeikh Muhammad
Solih bin Abd Rahman Al-Fatani yang mengajar di Masjidil haram.
4. Mempelajari tariqat as-Syatiriah dan as-Samaniah.

SUMBANGAN SYEIKH DAUD FATANI

1. Penulisan – Banyak menghasilkan buku-buku, manuskrip dan risalah.


2. Penterjemahan- Menterjemah kitab-kitab.
3. Pengajar – Dilantik menjadi pengajar di Masjidil Haram Mekah.

HASIL KARYA

1. Fekah - Furu’ Masail


- Muniatul musolli.
2. Tasauf - Minhajul abidin
- Bidayatun nihayah
3. Usuluddin- Ad-Durrussamin
- Diyaul murid
4. Sejarah – Tarihul fatani.

208 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
SANJUNGAN KEPADA DAUD FATANI

1. Kerajaan khilafah Osmaniah telah memberikan gelaran


“‫”ا  ا  ا ا رف ا‬

2. Diberikan pengiktirafan menjadi syeikh haji melayu yang pertama.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 209
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Hassan bin Syeikh Ahmad bin Abd Rahman Al-
Bannna.
2. Dilahirkan di Iskandariah pada 1906 M dalam keluarga yang sangat kuat
berpegang agama.
3. Menganggotai persatuan Jamiyah Suluk Akhlaki dan Jamiyah Makarimal
Akhlakil Islamiah sebelum menubuhkan Ikhwanul Muslimin.
4. Meninggal dunia di Kaherah pada 1949 M.

SIFAT PERIBADI

1. Menguasai perbagai bidang ilmu seperti tasauf dan sejarah islam.


2. Suka bergaul dan berbincang dengan para ulama.
3. Mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam mengerjakan dakwah dan
perihatin nasib masyarakat.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Rasyad Diniayah.


2. Berpindah ke Madrasah I’dadiah sebelum melanjutkan pelajaran ke Pusat
Latihan Perguruan di Darul Ulum.
3. Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Darul Ulum Kaherah dan
berkerja sebagai guru.

KETOKOHAN DAN PERANAN

1. Menyedarkan masyarakat supaya kembali menghayati ajaran islam.


2. Menyuburkan kembali pemikiran islam dalam masyarakat.
3. Menentang penjajahan Inggeris.
4. Mengasaskan Ikhwanul Muslimin, pertubuhan yang membawa perubahan
dalam politik.

SUMBANGAN HASSAN AL-BANNA

1. Al-Mathurat – Risalah yang memuatkan himpunan ayat al-Quran dan doa


yang makstur.
2. Majmuk Rasail – Himpunan tulisan dan ucapan kepada ahli-ahli ikhwanul
muslimin.

210 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
3. Jihad fil Islam – Segala yang dilakukan yang berbentuk menyeru kepada
yang makruf dan mencegah kemungkaran adalah tergolong dalam makna
jihad.

SANJUNGAN TERHADAP IMAM HASSAN AL-BANNA

1. Syeikh Muhammad Al-Ghazali seorang ulama besar Mesir menyatakan “


Peluru telah menembusi jasad Hassan Al-Banna yang kurus dan lemah
kerana banyak bersolat dan berzikir kepada Allah.

2. Abu Hassan Ali Al-Husaini An-Nadwi ketua Majlis Ulama Lucknow ,India
menyatakan “ Dunia Arab sejak berabad-abad lamanya belum pernah
mengenal adanya kepimpinan yang lebih kuat, berpengaruh dan lebih besar
produknya melebihi kepimpinan ini”.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 211
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin
Ahmad
2. Dilahirkan di Ampik Angkik, Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 7
November 1869 M
3. Beliau berketurunan melayu Minagkabau, berkahwin dengan Aisyah binti
haji Mustafa dari kuala Kangsar.
4. Meninggal dunia di Kuala kangsar pada 1956 M.

SIFAT PERIBADI

1. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutamanya soal yang berkaitan


dengan agama.
2. Pencinta ilmu pengetahuan yang suka membaca dan mengkaji buku-buku.
3. Sentiasa mengambil berat dan mendampingi masyarakat.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal dalam bidang keagamaan di Mekah sejak


usianya 12 tahun.
2. Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam
bidang ilmu falak.
3. Semasa di Mesir beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran Jamaluddin
Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

KETOKOHAN

1. Dalam bidang sastera beliau banyak menulis artikel, rencana berunsur


kesederhanaan Islam.
2. Beliau dianggap seorang ahli falak yang terulung di Tanah Melayu sehingga
digelar Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki.

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

1. Menyeru umat Islam kembali mengamalkan ajaran islam sebenarnya dan


meninggalkan perkara-perkara bidah, khurafat, syirik dan tidak terikat
dengan taklid buta.
2. Menjadi rujukan masyarakat, kadi, mufti dan alim ulama.
3. Menanam semangat cinta bahasa melayu dan tulisan jawi

212 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
SANJUNGAN TERHADAP SYEIKH TAHIR JALALUDDIN

3. Pendita Zaaba yang pernah menjadi murid beliau memuji cara pengajaran
beliau yang dianggap moden dan begitu berkesan dan mudah difahami.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 213
LATAR BELAKANG

1. Nama penuh beliau ialah Abd Malik bin Abdul Karim.


2. Dilahirkan di Sungai Batang, di Minangkabau Sumatera Barat Indonesia
pada 1908 dan meninggal dunia pada 1981 di Malaysia.

SIFAT PERIBADI

1. Gigih dan tekun dalam menuntut ilmu sehingga mampu menguasai


pelbagai bidang ilmu.
2. Mempunyai semangat cinta akan negara yang kuat, berjuang bagi
menentang pendudukan Belanda di Sumatera Barat.
3. Tegas dalam mempertahankan hak sehingga dipecat daripada memegang
jawatan ketua Majlis Ulama Indonesia kerana mempertahankan fatwanya.

PENDIDIKAN

1. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menyambung pelajaran


ke Institusi milik Pertubuhan Islam dan Syarikat Islam di Jogjakarta .

SUMBANGAN

1. Menjadi imam besar di masjid Al-Azhar, Jakarta.


2. Memegang jawatan ketua Majlis Ulama Indonesia.
3. Pejuang kemerdekaan dalam menentang pendudukan Belanda di Sumatera
Barat.

BIDANG PERJUANGAN HAMKA

1. Dakwah –
a. Berdakwah untuk membersihkan pemikiran masyarakat yang
sarat dengan unsur-unsur bidah, khurafat dan jahiliah.
b. Melalui pertubuhan Muhammadiyyah beliau membuka Tabligh
School bagi melatih para pendakwah.
2. Politik – Memperjuangkan kemerdekaan dengan menentang pendudukan
Belanda di Sumatera Barat.
3. Penulisan - Aktif dalam penulisan berteraskan Islam dan bersama rakannya
menerbitkan majalah.

214 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
HASIL KARYA

1. Tafsir Al-azhar
2. Falsafah hidup
3. Sejarah umat islam
4. Tasauf moden
5. Negara Islam

6. Novel-novel beliau ialah :


a. Di bawah lindungan kaabah.
b. Merantau ke Deli
c. Ayahku
d. Tuan Director

SANJUNGAN TERHADAP HAMKA

1. Universiti Al-Azhar dan Universiti Kebangsaan Malaysia menganugerahkan


Ijazah Doktor Kehormat kepada beliau kerana sumbangan dan pengorbanan
beliau untuk Islam.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 215
KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Teori kedatangan Islam :

1. Islam datang dari India pada kurun ketiga belas berdasarkan persamaan
amalan mazhab masyarakat India di Malabar.
2. Islam datang dari Campa dan China pada kurun ke tujuh melalui penemuan
batu bersurat Terengganu.
3. Islam datang secara langsung dari negara Arab pada kurun ke tujuh masihi
dengan wujudnya perkampungan arab di bahagian barat pulau Sumatera.

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE NUSANTARA

1. Perdagangan – Para mubaligh memperkenal dan menyebarkan Islam di


setiap pelabuhan yang mereka singgah.
2. Perkahwinan – Mubaligh Islam dengan gadis tempatan dan raja dengan
puteri raja negeri jiran.
3. Kesusasteraan – Tulisan kitab-kitab agama yang dapat mengembangkan
ilmu-ilmu asas agama masyarakat Nusantara.

KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

1. Akidah – Memperkenalkan aqidah tauhid kepada masyarakat.


2. Syariah – Islam menjadi agama rasmi kerajaan Melaka dan Acheh.
- mengamalkan undang-undang syariah dalam pemerintahan negara.
3. Pendidikan – Ilmu pengetahuan tersebar ke seluruh masyarakat melayu.
4. Politik – Lahirnya institusi sultan dan pemerintahan yang bertanggung
jawab.
5. Ekonomi – Memperkenalkan sistem perdagangan islam.
6. Sosial – Penerapan akhlak yang baik.
- Sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan secara Islam.

216 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Diasaskan oleh Merah Khair pada tahun 1042 M sehingga 1078 M dan
digantikan oleh Maharaja Mansor Shah pada tahun 1078 M sehingga 1133 M.
2. Kemudiannya diganti oleh Maharaja Giasuddin Shah pada tahun 1133 M
sehingga 1155 M kemudian Sultan Al-Kamal pada tahun 1155 M sehingga
1210 M.
3. Perebutan kuasa berlaku selama 50 tahun selepas kemangkatan Sultan Al-
Kamal .
4. Selepas itu pemerintahan diambil oleh Merah silu pada tahun 1261 M
dengan menggunakan gelaran Malik Solih.
5. Kerajaan Samudera Pasai terus dikuasai oleh keturunan Merah Silu selama
2 dekad melalui 6 sultan iaitu :
a. Sultan Malik Az-Zahir 1297 M
b. Sultan Malik At-Tahir 1326-1349 M
c. Sultan Zahir Bahyan Shah 1297 – 1326 M
d. Sultan Zainal Abidin Bahyan Shah 1349 - 1406 M
e. Sultanah Nahrasiah Ruwangsa Hadyu 1406 – 1428 M
6. Kerajaan Samudera mempunyai raja sebagai pemerintah dibantu oleh
pegawai kanan kerajaan yang dikenali sebagai orang-orang besar.
7. Pegawai kanan pula dibantu oleh pegawai biasa kerajaan.

SAMUDERA PASAI SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAM

1. Aktiviti perdagangan – Kedudukan geografinya yang terletak laluan


pedagang.
2. Pengiktirafan dari Syarif Mekah – Syarif Mekah telah mengiktiraf
kerajaan islam Pasai dan membenarkan raja-rajanya menggunakan gelaran
sultan.
3. Kekuatan tentera – Kerajaan ini mempunyai angkatan tentera yang kuat
dan digeruni.
4. Keilmuan pemerintah – Sultan Malik As-Solih seorang yang alim dalam
mazhab Shafie.

PERANAN KERAJAAN SAMUDERA PASAI MENYEBARKAN ISLAM DI


NUSANTARA

1. Hubungan diplomatik – Kerajaan pasai mengadakan hubungan dengan


kerajaan Melaka, Perlak, Jawa, Mesir, Mekah dan India.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 217
2. Galakan pemerintah – Pemerintah perihatin terhadap wang perbelanjaan
dan tempat tinggal ulama.

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN SAMUDERA PASAI

1. Peperangan saudara – Di antara golongan ahli Sunnah dengan golongan


Syiah yang akhirnya berpihak kepada ahli Sunnah.
2. Serangan portugis – Portugis telah berjaya menduduki Pasai buat seketika.
3. Kewujudan kerajaan Melaka – Wujud kerajaan Melaka kerana banyak
aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam bertumpu di sana.

218 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Parameswara putera raja Palembang adalah pemerintah pertama dan


pengasas kerajaan Melaka.
2. Pemerintahan kerajaan Melaka adalah selama 102 tahun dengan lapan orang
sultan yang memerintah iaitu :
a. Raja Parameswara 1 pada tahun 1400-1414 M
b. Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1414-1424 M
c. Sultan Muhammad Shah pada tahun 1424-1444 M
d. Sultan Ibrahim pada tahun 1444 M
e. Sultan Muzafar Shah pada tahun 1444-1459 M
f. Sultan Mansur Shah pada tahun 1459-1477 M
g. Sultan Alauddin Riayat Shah pada tahun 1477-1488 M
h. Sultan Mahmud Shah pada tahun 1488-1511 M

FAKTOR MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAM

1. Faktor perdagangan – Pedagang islam dari Nusantara dan Timur Tengah


memperkenalkan Islam kepada masyarakat dan pedagang lain.
2. Faktor bahasa – Pusat pengembangan bahasa dan bahasa linguafranca
digunakan untuk menyebarkan Islam.

PERANAN MELAKA DALAM MENYEBARKAN ISLAM DI NUSANTARA

1. Menubuhkan institusi pengajian Islam.


2. Mengadakan perhubungan diplomatik dengan negeri jajahan takluknya
supaya Melaka menjadi stabil dan aman.
3. Mengadakan perhubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar bagi
mendapatkan perlindungan.

KESAN PENYEBARAN ISLAM DI MELAKA

1. Pengislaman masyarakat Melayu.


2. Pemerintahan mengikut lunas-lunas Islam.
3. Melaka menjadi tumpuan pedagang Arab.
4. Istana menjadi pusat pengajian Islam dan tulisan jawi diperkenalkan.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 219
HUKUM QANUN MELAKA MEMPUNYAI 44 FASAL.

1. Tanggungjawab raja dan pembesar.


2. Pantang larang di kalangan masyarakat.
3. Hukuman kesalahan jenayah dan awam.
4. Undang-undang keluarga.
5. Permasalahan ibadah dan muamalah.
6. Hukum perhumaan.

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA

1. Perebutan kuasa di antara Raja Kassim dengan Raja Ibrahim.


2. Amalan rasuah dalam pentadbiaran.
3. Kepungan dan serangan terhadap Portugis.
4. Sabotaj pedagang asing terhadap kerajaan Melaka.

220 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam
LATAR BELAKANG

1. Setelah kejatuhan Pasai , wilayahnya berpecah kepada beberapa wilayah


kecil.
2. Seorang keturunan raja Pasai iaitu Raja Ibrahim telah menyatukan semula
wilayah lalu mendirikan kerajaan Acheh.
3. Kerajaan Acheh memerintah selama 163 tahun di bawah pemerintahan tujuh
orang sultan iaitu :
a. Sultan Alaudin Riayat Shah Al-Qahhar.
b. Sultan Ali Mughayah Shah
c. Sultan Ali Riayat Shah
d. Sultan Alaudin Riayat Shah Al-Mukmal
e. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
f. Sutan Iskandar Sani
4. Selepas itu Acheh diperintah oleh seorang ratu selama 59 tahun.

FAKTOR ACHEH MUNCUL SEBAGAI PUSAT PEMERINTAHAN

1. Menggantikan kerajaan Melaka yang semakin merosot sebagai pusat


penyebaran dakwah di Nusantara.
2. Selepas kejatuhan Melaka, tumpuan pedagang beralih ke Acheh.
3. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri dan Samsuddin
Al-Sumatra.

PERANAN KERAJAAN ACHEH MENYEBARKAN ISLAM DI


NUSANTARA

1. Kedudukan Acheh yang strategik menarik pedagang untuk berdagang dan


menyebarkan Islam.
2. Kerajaan Acheh membuat penaklukan bagi mengukuhkan Islam di
Nusantara.
3. Kewujudan pusat pengajian yang sistematik telah menarik minat
masyarakat.
4. Mubaligh telah dihantar untuk menyebarkan Islam.

KESAN PENYEBARAN ISLAM DI ACHEH

1. Banyak karya-karya agama dihasilkan oleh ulama tempatan.


2. Umat Islam bersatu dengan kekuatan akidah dan ilmu pengetahuan.
3. Wujud pusat pengajian Islam yang bersistematik.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam 221
FAKTOR KEJATUHAN ACHEH

1. Kelemahan pertahanan negara.


2. Polisi pemerintahan yang tidak seimbang.
3. Pembebasan wilayah.

222 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Tamadun Islam

You might also like