You are on page 1of 20

Siti Noor Jannah Bt Ahmad

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak


Unit F1 (Prasekolah)

PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal

process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien

yang meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran

yang sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini

adalah untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma

kehidupan yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah.

Menurut Gibson dan Michell (1981), kaunseling kelompok mementingkan

interaksi dan mempunyai fungsi dan matlamat tertentu. Delameter (1974) pula

mengatakan terdapat tiga sifat yang ketara dalam kaunseling kelompok iaitu

interaksi, persepsi dan saling bergantung. Interaksi yang dimaksudkan ialah

perjumpaan bertemu muka di antara beberapa individu. Tingkah laku tiap-tiap

individu meinggalkan kesan terhadap individu lain. Ahli-ahli dalam kelompok juga

membina persepsi tentang norma-norma kelompok yang dapat dilihat dan diterima

oleh smua pihak. Saling bergatung bermaksud, dalam aspek menyelesaikan tugas

atau mencapai matlamat, ahli memerlukan pertolongan, sokongan dan kerjasama di

antara satu dengan lain.

Mengikut Corey (1990) pula, kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta

memulih . Hansen et. al (1976), tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku

yang tidak diingini daripada berterusan dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi

sebelum masalah tersebut menjadi “serius”. Tujuan memulih pula adalah bagi klien

yang sedang mengalami masalah yang “serius” di mana kaunseling kelompok

merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelakuan. Kaunseling kelompok

berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah

1
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan dalam

kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu

yang normal iaitu manusia yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi sokongan dan

empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh

yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke

arah menimbulkan celik akal, memperbaiki sikap serta memperbaiki perlakuan.

2
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN OLEH PEMIMPIN UNTUK MENGENDALIKAN

KAUNSELING KELOMPOK BESERTA CONTOH-CONTOHNYA

3
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Untuk memimpin sesuatu kaunseling kelompok, sseorang itu memerlukan

beberapa kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan ini tercapai.

Ketua atau kaunselor menjadi penggerak utama dalam dalam perkembangan tiap-

tiap ahli dalam kumpulan. Memimpin kaunseling kelompok adalah lebih sukar

daripada menjadi kaunselor dalam kaunseling individu. Oleh itu, ketua atau

kaunselor memerlukan persediaan yag lebih rapi kerana interaksi dalam kelompok

lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai dan personality mereka yang berbeza-

beza.

Memimpin kaunseling kelompok bererti memikul tanggungjawab yang lebih

berat kerana keberkesanan ketua menentukan arah menyembuhkan ahli kumpulan.

Proses terapi dalam kumpulan berlaku dengan sendirinya melalui interaksi

kumpulan. Kauseling kelompok bukanlah sekadar berkumpul dan berbincang

tentang masalah dan kebimbangan ahli sahaja tanpa mempunyai sebarang objektif.

Jika ini berlaku, ia akan menjadi kumpulan sosial dan bukannya kaunseling

kelompok. Kaunselig kelompok bergerak perlahan-lahan menuju matlamat yang

positif, dan mengenalpasti dan memahami diri sendiri kepada menyiasat sebab

musabab masalah timbul, membina alternatif penyelesaian dan mengambil

keputusan mencuba langkah-langkah penyelesaian dengan sokongan dan galakan

ahli serta ketua. Kemahiran ini memerlukan latihan dan praktik yang kerap dan ketua

harus selalu menilai diri untuk memeriksa sama ada peranannya sebagai ketua

berkesan atau tidak. Dengan lain perkataan, ketua atau kaunselor kaunseling

kelompok harus menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

4
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

1. Kemahiran mengenalpasti, memperjelas dan menerangkan kembali

maklumat atau data yang diberikan

Mengenalpasti, memperjelas dan menerangkan kembali maklumat atau data yang

telah diberi oleh ahli kelompok. Sebagai seorang ketua, dia harus cepat menangkap

dan memahami maksud yang dilahirkan sama ada secara terus atau sebaliknya oleh

ahli. Secara umum, ada tiga jenis maksud yang dilafazkan oleh ahli, iaitu berkenaan

dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan pemikiran. Sebagai ketua, dia harus

sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas padanya dan pada ahli yang

lain, atau memahami reaksi ahli yang mengelak dari berbincang tentang hal-hal

sensitif terutamanya berkenaan perasaan hati. Apabila hal-hal seperti ini berlaku,

ketua bertanggungjawab menggalakkan proses mengenalpasti, memperjelas dan

menggambarkan kembali perasaan itu supaya ahli faham dan sedar apa yang

sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli dapat melihat dengan jelas peranan

kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya pada proses terapi

kumpulannya. Contohnya, ahli yang kurang berminat menyambung perbincangan

mengenai sesuatu yang menyentuh emosi atau perasaan hati, ketua bolehlah

masuk campur dan memperjelaskan keadaan, contohnya, Nampaknya kelompok

kita kurang selesa untuk berbincang tentang perkara yang menyentuh perasaan,

misalnya apabila Aiman bercakap tentang perselisihan pendirian dengan ibu

bapanya, semuanya mendiamkan diri. Nazrin pula membuka tajuk lain yang lebih

selamat iaitu kesukaran mengigat apa yang dibaca. Aiman tadi telah

menggambarkan perasaan kecewa, marah, kecil hati tetapi tiada sambutan positif

dari ahli lain. Dengan mengetepikan masalah yang sensiitf, kita mengatakan yang

kita tidak boleh menolong Aiman dan tidak berminat menolongnya.

5
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Contohnya:

“Bagaimana Nazrin, sedar tak tadi yang awak cuba megelak dari berbincang hal

sensitif?” atau “Mugkin Aiman boleh menceritakan kepada kita apakah sebenarnya

perasaan hatinya bila bercakap tentang perhubungan dia dengan bapanya.”

Respon ketua atau kaunselor yang tidak berkesan adalah seperti :

“Aiman, awak jangan takut menceritakan perasaan awak tentang bapa awak. Kita

berkumpul di sini untuk berbincang dan mengatasi masalah dan kita tidak harus

takut untuk bercakap tentang perasaan negative kita. Kenapa awak marah-marah

bila awak bercakap tentang bapa awak, Aiman?”

Dalam menguasai kemahiran ini, ketua atau kaunselor haruslah mempunyai

daya memerhati yang kuat serta nampak apa yang sedag berlaku dalam

kelompoknya. Pemerhatian yang dibuat haruslah diteruskan kepada ahli supaya

mereka sedar tentang perlakuan dan reaksi mereka dalam kelompok. Ketua tidak

dapat menolong ahli mengubah perlakuan jika ketua sendiri tidak sedar apa yang

berlaku dalam kelompoknya.

2. Kemahiran Mendengar

Ketua kaunseling kelompok memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi

kerana ini adalah kemahiran yang paling asas dan penting. Medengar kerap

dianggap mudah dan dilakukan dengan automatik tetapi mendengar dengan

berkesan memerlukan daya pendengaran dan penumpuan yang tinggi terutama

untuk mendengar maklumat yag dikeluarkan oleh beberapa orang. Untuk

menyatakan rasa faham setelah mendengar, ketua harus menunjukkannya dengan

perkataan, bahasa badan dan mimik muka. Ketua perlu peka kepada bahasa bukan

6
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

lisan yang ditunjukkan oleh ahli kelompoknya. Dari proses mendengar dengan teliti

ini, ketua atau kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti ketua yang berkesan, iaitu

penerimaan dengan cara mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh ahli

dan tidak menghukum (judgment) atau mengukur lebih awal. Selain itu, kualiti ketua

berkesan yang lain ialah menunjukkan rasa hormat dengan cara memberi peluang

kepada ahli menceritakan pandangan mereka tanpa memperkecilkan atau

mempermainkan mereka. Selain itu, ketua atau kaunselor perlu memahami dan

empati dengan menyatakan semua perasaan ahli seperti yang dia faham. Ketua

yang berkualiti juga berupaya mengambil berat dengan cara menunjukkan minat

terhadap pendapat dan pandangan ahli.

Beberapa teknik boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa ketua

mendengar secara aktif antaranya ialah:

7
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

i. Menyatakan semula

Teknik ini memerlukan kemahiran menyebut semula dengan tepat apa yang

telah dinyatakan oleh ahli. Tujuan utamanya ialah untuk menyampaikan semula

kepada ahli segala apa yang telah dikatakannya telah didengari. Kemahiran ini

boleh dianggap mudah tetapi membosankan jika digunakan terlalu kerap dan ahli

tidak dapat berkembang dengan cepat. Teknik ini berkesan digunakan pada awal

proses.

Contohnya,:

Nazmi: Saya mesti putuskan sama ada ingin berhenti sekolah atau teruskan

belajar. Keluarga saya sudah tidak mampu menanggung perbelanjaan saya.

Ketua: Awak mesti ambil keputusan sama ada terus belajar atau tidak sebab

keluarga tidak mampu menanggung perbelanjaan.

ii. Menggambarkan kembali (refleksi)

Teknik ini menunjukkan kemahiran menyebutkan maksud dalam perkataan

yang disebut oleh ahli. Ini memberi pengertian apa yang dikatakan oleh ahli

adalah didegari serta difahami. Teknik ini memfokuskan isi kandungan serta

perasaan hati orang yang berkomunikasi dan merangkumi komunikasi lisan dan

bukan lisan. Dengan ini, teknik ini jika dikuasai dapat memahami dengan jelas

apa yang sedang dialami oleh ahli. Bagaimanapun, jika digunakan terlalu awal

sebelum ahli berasa selesa, ia boleh menggugat keyakinan ahli kerana ketua

dapat membaca apa yang tersirat dalam fikiran mereka. Hal ini akan

membimbangkan ahli untuk berkata-kata.

8
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Contohnya,

Ali: Saya mesti tekun belajar tahun ini sebab ada peperiksaan. Mak saya susah

hati kalau saya tak belajar. Dia hendak saya sentiasa berjaya.

Ketua: Nampaknya, awak rasa tertekan untuk berjaya dalam peperiksaan ini

supaya mak awak tidak kecewa dengan awak.

iii. Menjelaskan

Teknik ini boleh digunakan untuk memperbaiki komunikasi dengan cara

meminta penerangan kepada sesuatu yang tidak jelas. Menjelaskan bertujuan

supaya maksud yang hendak disampaikan oleh ahli boleh dapat diikuti dan

difahami dengan lebih jelas. Kadangkala dengan cara meminta ahli menyebutkan

semula dapat menolong ahli lain memahami maksud dengan lebih jelas.

Kadangkala ketua atau kaunselor menolong menyebut perkataan paling tepat

untuk menerangkan maksud. Teknik ini boleh membantu ahli mengikutinya

dengan teliti maksud yang hendak disampaikan supaya mereka dapat memberi

respon yang sesuai.

Contohnya,

Ahli: Saya rasa kecewa dengan kawan saya itu sebab bila saya dalam

kesusahan dia menghilangkan diri. Tapi itu memang tabiatnya.

Ketua: saya tidak faham maksud awak di sini. boleh awak jelaskan maksud

sebenar awak? Awak nampak marah padanya.

9
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Ada situasi yang meminta penjelasan ini boleh merupakan seperti konfrontasi

apabila ketua menimbulkan percanggahan maksud ahli yang memerlukan

penjelasan lanjut.

iv. Bertanya

Teknik bertanya mempunyai tujuan tertentu. Ketua tidak harus bertanya

semata-mata untuk bersuara dan menunjukkan kehadirannya dalam kelompok.

Bertanya boleh menarik perhatian ahli untuk menyatakan masalah yang dihadapi

tanpa rasa tergugat, tetapi sebelum menggunakan teknik ini, kaunselor haruslah

bertanya diri sendiri terlebih dahulu iaitu “Adakah saya bertanya untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan atau semata-mata untuk menyambung

percakapan atau untuk menunjukkan saya ketua?”

Bertanya bertalu-talu menjadikan ketua ibarat ahli penyiasat dibalai polis dan

ini tidak menyenangkan kelompok. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah

berkaitan dengan usaha menggalakkan ahli mengesan dan memahami perasaan

supaya boleh mencari alternatif untuk membaiki keadaan hidupnya. Satu perkara

yang perlu diingat oleh ketua atau kaunselor ialah jangan sekali-kali bertanya

kepada kelompok kerana kelompok tidak boleh memberi jawapan. Misalnya,

“Kelompok, adakah cadangan itu sesuai untuk kita?” Hanya yang boleh memberi

respon kepada pertanyaan ialah ahli dalam kelompok itu. Teknik menyoal adalah

penting dan teknik yang betul akan menjadi contoh kepada ahli dan mereka

mempunyai masa untuk menerima dan berfikir. Bertanya mempunyai tujuan

tertentu seperti menggambarkan semula, menggalak, memahami dengan lebih

jelas, menterjemahkan perasaan hati dan mendapatkan maklumat lanjut.

10
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Contohnya,

“Sarah, pernahkah awak berfikir, ada orang lain yang sama dengan kamu, iaitu

takut berjumpa lelaki?” atau “Syahmi, perasankah awak yang Aliff dan Robert

juga mempunyai kebimbangan yang sama seperti awak?”

Soalan-soalan yang tidak menolong ahli ialah:

“Kenapa awak takut kepada bapa awak?”, Kenapa awak semua tunduk apabila

saya bertanya?” dan “Mengapa awak tidak mahu berhentikan tabiat ponteng

sekolah?”.

Soalan-soalan berbentuk bertanya ‘kenapa’, ‘mengapa’ menunjukkan ketua

menuntut jawapan dari ahli dan ahli mungkin berasa tertekan dan bimbang.

Kebanyakan pendapat mengatakan soalan tertutup adalah jenis soalan yang

kurang baik tetapi dalam proses kaunseling, soalan tertutup juga memainkan

peranan penting terutamanya untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Namun,

soalan tertutup ini perlu diikuti dengan soalan terbuka supaya ahli dapat berfikir

dan menerangkan dengan lebih terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Contohnya;

Kaunselor: Bila awak pergi ke rumahnya? (soalan tertutup)

Klien: Dua hari lepas.

Kaunselor: Boleh awak ceritakan apa yang berlaku masa awak berada di rumah

itu? (soalan terbuka)

11
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

v. Membuat rumusan (summarizing)

Teknik ini memerlukan kemahiran ketua atau kaunselor menghimpunkan

butir-butir penting dalam perbincangan yang telah dijalankan dengan tujuan

supaya ahli sedar dan dapat mengingat semula apa yang telah dibincangkan.

Biasanya teknik ini dilakukan di akhir sesi. Ketua merumuskan isi perbincangan

supaya ahli lebih faham.

Contohnya:

“Jadi, menurut perbincangan kelompok hari ini, kamu semua berpendapat

bahawa pergaduhan tempoh hari berpunca apabila kawan kamu mengejek kamu

semua tidak pandai dan mereka suka mengacau kamu. Saya berharap kita

bersama-sama menentukan suatu masa yang sesuai supaya kita boleh berjumpa

lagi dan berbincang perkara ini dengan lebih mendalam. Adakah anda semua

bersetuju?”

3. Mententeramkan suasana

Kemahiran ini penting terutamanya jika dalam masa perbincangan didapti berlaku

percanggahan pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Jika dibiarkan,

berkemungkinan perselisihan atau pertengkaran itu akan berlaku di antara ahli.

Ketua aatu kaunselor harus berhati-hati supaya keadaan yang tidak menyenangkan

ini tidak berlaku. Pada masa yang sama, ketua tidak harus menyekat dan

mengetepikan keinginan ahlinya untuk mengeluarkan pendapatnya. Suasana tegang

tidak patut dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur terutamanya apabila

didapati ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif apabila mereka berinteraksi.

Perhatian perlu diberi sama ada perbincangan menjadikan seseorang ahli itu

12
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

sebagai sasaran, atau wujudkan beberapa ahli yang berasa tegang dan tertekan

dengan adanya reaksi agresif daripada ahli lain. Jika ini berlaku, ketua harus

menggunakan kemahirannya untuk mengamankan suasana tersebut melalui strategi

masuk campur secara terang.

Contohnya,

“Saya Nampak Ah Chong dan Ismail bertelingkah untuk mempertahankan

pandangan masing-masing, tetapi tidak ada seorang pun di antara awak yang mahu

mendengar apa yang dicakapkan. Masing-masing tidak mahu kalah. Hal ini tidak

membantu sesiapa pun. Mari kita dengar sekarang pandangan ahli lain tentang

interaksi awak berdua tadi yang mereka lihat. Suguna, boleh awak ceritakan sedikit

apa yang awak lihat tadi?”

“Aiman telah pun berkata dia tidak begitu sedia membincangkan hal itu di sini. kita

telah berjanji menghormati keinginan ahli dalam kumpulan ini. Marilah kita tepati janji

dengan tidak mendesak Aiman supaya dia tidak rasa terdesak.”

Strategi mengamankan ini haruslah dibuat dengan diplomasi supaya ahli tidak

berasa ragu-ragu terhadap keberkesanan peranan ketua dalam kumpulan itu.

Walaubagaimanapun, ketua janganlah menggunakan strategi bermanis-manis kata

dalam usaha mengamankan suasana yang tegang. Contohnya, “Ali, saya rasa awak

bukan marah sangat bila Din kata awak bodoh. Tak baik cepat sangat marah. Orang

yang cepat marah tak boleh berfikir panjang. Saya tahu Din Cuma mengusik awak

saja.”

Strategi lain yang tidak berkesan ialah menjadi orang tengah, mengamankan

suasana dengan puji-pujian, meminta ahli meminta maaf pada orang lain, dan

memberi pandangan berat sebelah. Walaupun usaha ini mungkin mententeramkan

13
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

suasana untuk sementara waktu tetapi ahli yang berkenaan akan berasa tidak puas

hati. Ketua tidak melatih ahli supaya bekerjasama dalam satu kumpulan dan

kemungkinan ketegangan akan berterusan atau berlaku di luar kaunseling

kelompok. Ketua juga harus mempunyai kemahiran untuk menjadi penghubung

kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat mengeluarkan pendapat agar

interaksi sesama mereka bertambah luas.

4. Menghadapi kesenyapan

Sebagai seorang ketua, dia tidak harus berasa gentar apabila menghadapi

kesenyapan. Kesenyapan lebih berfaedah daripada ahli berbual kosong dalam

kumpulan. Memahami mengapa berlaku kesenyapan dalam kumpulan adalah

penting. Ketua haruslah ingat ahli dalam kumpula tidak biasa bercakap tentang diri

mereka. Mereka memerlukan masa untuk berfikir sama ada mereka telah bersedia

menghadapi pendedahan diri. Jadi, ketua haruslah membebaskan diri dari rasa

terdesak dan panik apabila kumpulan menjadi senyap.

Satu strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang

yang mula-mula memecahkan kesenyapan setiap kali dengan bertanya,

mengeluarkan komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati

gerak laku ahli seperti siapa yang nampak bosan, gelisah, cemas, ingin bercakap

tetapi takut dan reaksi-reaksi lain. Masa yang digunakan untuk memerhati bukanlah

sia-sia, malah masa ini digunakan untuk mengumpul data bahasa badan ahli. Jika

kesenyapan telah diatasi oleh ahli kumpulan sendiri, ketua bolehlah membuat

komen.

14
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Contohnya

“Kesenyapan seperti ini memang telah saya jangkakan akan berlaku dalam

kumpulan kerana kamu semua tidak biasa bercakap hal diri sendiri. Jadi awak

semua perlukan masa untuk berfikir. Jika awak tidak berasa selesa dengan keadaan

ini, kita boleh bincang bersama.

Namun demikian, jika ketua sendiri kurang yakin menghadapi kesenyapan,

dia akan berasa tidak selesa dan akan mengeluarkan komen yang menjejaskan rasa

hati dan keyakinan serta penerimaan ahli.

Contohnya,

“Kalau awak semua senyap dan tidak mahu respon, awak membuang masa. Senyap

seperti ini tidak berfaedah tapi saya tak mahu paksa awak bercakap. Saya tengok

saja.”

5. Kemahiran berkomunikasi dengan jelas untuk menyediakan suasana

kelompok.

Suasana yang sesuai adalah penting bagi menjamin keberkesanan

kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana yang kondusif dengan pelbagai

cara termasuk susunan fizikal, rasa hati yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis

kepimpinan dan aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan

tentang tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas.

Contohnya:

“Setakat ini kita hanya menumpukan kepada perkara yang ingin mengubah masalah

diri kita. Bagaimana jika kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek diri kita yang

kita hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan.

15
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

6. Konfrontasi atau menemuhadap

Kemahiran ini memerlukan ahli-ahli menghadap persoalan diri sendiri yang

mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini

haruslah berhati-hati kerana ia sangat lantang dan terang. Jika mereka belum

bersedia menerima hakikat diri, mereka akan berasa terancam. Kemahiran ini

sangat berguna untuk memperbetulkan dalih atau ketidakseimbangan kenyataan

atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan cara ini, ahli akan menjadi lebih

bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan mereka.

Teknik yang berkesan ini digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai

kepecayaan dan keyakinan di antara satu sama lain. Perpaduan yang telah dicapai

meyakinkan ahli bahawa komen atau kenyataan yang ‘confronting’ itu ditujukan

kepada tindakan mereka bukan kepada mereka sebagai individu. Ini juga

ditimbulkan dengan tujuan untuk kebaikan bukan untuk merosakkan.

Masalah timbul pada ketua atau kaunselor untuk menggunakan teknik ini

kerana budaya dan cara hidup kita mengajar kita bahawa bersemuka secara terang-

terangan adalah tidak sopan. Pada masa yang sama, kedudukan ketua akan diukur

sejauh mana berkesannya teknik konfrontasi ini digunakan kerana pada masa yang

sama, ketua harus mengekalkan rasa penerimaan dan rasa hormat dari ahli. Walau

bagaimanapun, untuk mencapai keberkesanan sebagai ketua, kaunselor haruslah

pandai mengenalpasti perlakuan-perlakuan yang bercanggah sama ada dari segi

tingkah laku, perasaan dan pemikiran. Percanggahan inilah yang hendak

dibentangkan supaya ahli Nampak dan sedar tetapi hendaklah dibuat tanpa

menunjukkan rasa menghukum, salah menyalahi atau menuduh.

16
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

Jika ahli belum kelihatan yakin dengan ketua, teknik ini akan mengggugat

interaksi dan persepsi mereka dan akhirnya mereka mungkin menarik diri.

Percanggahan boleh timbul dalam beberapa bentuk. Adalah menjadi tugas ketua

untuk mengenalpasti dan menghadapi percanggahan ini dengan rasa penerimaan

dan hormat. Dengan cara ini, ahli akan sedar bahawa kaunseling kelompok

bukanlah tempat untuk mencari dalih tetapi menyedari bahawa sesuatu hakikat itu

benar. Contohnya,

(Konfrontasi berkesan)

“Rosliza, minggu lepas awak kata awak tak akan kecewa kalau bapa awak tidak

benarkan awak pergi. Tapi saya dengar awak bersungut dan marah bila bapa awak

tidak benarkan. Boleh awak terangkan yang mana satukah perasaan awak

sebenarnya?”

(Konfrontasi tidak berkesan)

“Rosliza, awak ni cakap berdolak-dalik. Minggu lepas awak kata tak kecewa tapi hari

ini awak marah-marah pada bapa awak. Ahli lain dengar ke tidak cakap Rosliza

yang bertentangan itu?”

7. Menghalang (intervene) atau campur tangan

Kemahiran menggunakan teknik menghalang ini adalah penting bagi seorang

kaunselor yang mengetuai kaunseling kelompok. Ketua harus sedar perkembangan

proses kaunseling dalam kumpulan supaya bergerak menuju matlamat kumpulan

seluruhnya. Bagaimanapun, jika dalam proses pergerakan ini didapati ahli memberi

maklumat yang tidak berfaedah dalam kumpulan untuk mencapai matlamat, ketua

bolehlah campur tangan dan mengalihkan kembali perbicangan kepada tajuk yang

17
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

berkaitan. Teknik ini apabila digunakan awal pada masa-masa yang sesuai dapat

memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama. Setelah

kumpulan ini bergerak maju dan bersepadu, kemungkinan ketua boleh menghalang

atau campur tangan dengan sesuai tanpa menggugatkan keteguhan kumpulan.

Misalnya ketua campur tangan apabila terdapat seorang sahaja yang bercakap bagi

semua pihak, ahli menuduh masalahnya disebabkan oleh orang lain, ahli

mengatakan dia cuma menunggu untuk berubah atau apabila wujudnya ahli

membosankan dalam kumpulan dengan bercakap topik yang tidak ada kaitan.

Jika ketua kumpulan tidak berani menghalang atau campur tangan apabila

perkara-perkara di atas berlaku, perkembangan kelompok itu akan terbantut dan

akan menjadi perlahan kerana diganggu oleh faktor-faktor yang tidak ada kena

mengena. Jadi, ketua haruslah sentiasa sedar tentang apa yang berlaku dalam

kumpulannya, dan memainkan peranannya sebagai ketua. Jika ahli telah dapat

contoh yang baik dalam teknik menghalang ini, mereka akan menggunakannya

dengan berkesan.

8. Mencungkil

Teknik ini membimbing ahli untuk melihat dengan lebih mendalam tentang masalah,

peranan dan tindak-tanduk mereka. Ahli akan berasa ragu-ragu untuk meneliti

sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari ketua. Apabila menggunakan

kemahiran mencungkil, elakkan dari memaksa ahli memberi respon dan benarkan

ahli berdiam diri jika dia berasa terancam. Kemahiran mengcungkil perlu digunakan

secara diplomasi supaya ahli tidak menganggap ketua sebagai ‘busy body’. Tujuan

teknik ini ialah untuk mendapatkan maklumat yang sebenar dan terperinci tentang

sesuatu isu atau masalah yang dikemukakan. Jika digunakan dengan cara bertanya

18
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

bertalu-talu, ia akan membimbangkan ahli dan mereka akan berasa seperti disoal

siasat.

Contohnya,

Ah Chong: Saya sedar perasaan benci saya pada kelakuannya itu. Mengapa saya

benci pada dia sedangkan dia baik dengan saya.

Abu: Tentu ada sebab awak benci pada dia.

Ketua / Kaunselor: Apa yang saya faham, perasaan benci bukan pada dia, tetapi

pada kelakuannya. Boleh awak beri contoh peristiwa yang menimbulkan perasaan

benci awak pada dia?

19
Siti Noor Jannah Bt Ahmad
EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Unit F1 (Prasekolah)

RUJUKAN

Buku:

Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah


Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak Edisi Kedua.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tang Chee Yee. (1996). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Sekolah Rendah dan
Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zuraidah Abdul Rahman. (2004). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya:


IBS Buku Sdn. Bhd.

Laman web:

Etika Kaunseling. Dimuat turun pada 28 Januari 2011 daripada: http://alhakam-

kaunseling.blogspot.com/2009/06/etika-dan-legal-isu-dalam-kaunseling.html

Kaunseling Kelompok. Dimuat turun pada 28 Januari 2011 daripada:

http://angrianiworld.com/ubk/index.php?

option=com_content&task=view&id=71&Itemid=66

Kemahiran Kaunseling Kelompok. Dimuat turun pada 28 Januari 2011 daripada:

http://www.scribd.com/doc/17272886/kemahiran-kaunseling-kelompok

20

You might also like