You are on page 1of 19

SULIT IE/OKT 2009/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS HUBUNGAN ETNIK


KOD KURSUS CTU553
PEPERIKSAAN OKTOBER 2009
MASA 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.

i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.


ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:


i) Kertas Soalan
ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti
iii) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 2 IE/OKT 2009/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1. Manakah antara pernyataan berikut ciri-ciri pembentukan masyarakat pluralistik


zaman penjajah?

Masyarakat yang telah ditentukan jenis pekerjaan


Masyarakat yang menganut satu kepercayaan sahaja
Masyarakat yang berhijrah selepas penjajahan Inggeris
Masyarakat yang sukar berasimilasi dengan penduduk tempatan

A , ii dan iii
B , iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan antara etnik dapat


dipupuk berasaskan beberapa unsur.

Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan unsur-unsur tersebut?

Perasaan megah dan sayang kepada kawasan dan tempat tinggal


Sering bermuafakat dan tolong menolong antara satu sama lain
Penduduk menganggap diri mereka sebagai satu masyarakat
Bersifat liberal dalam seluruh aspek kehidupan

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

3. Manakah antara pernyataan berikut yang berkaitan dengan hak setiap kumpulan
agama seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan?

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri


Menyebarkan ajaran agama masing-masing tanpa sekatan
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang

A , ii dan iii
B , iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/OKT 2009/CTU553

Apakah matlamat pembangunan politik di Malaysia?

A Pembinaan Negara Bangsa


B Penghayatan ideologi negara
C Pembentukan kerajaan campuran
D Permuafakatan dalam sistem politik

Mengapakah Dasar Penswastaan diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun


1983?

Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan


Menambahkan bilangan dan saiz sektor awam
Mengurangkan beban dan saiz sektor awam
Membantu pencapaian matlamat DEB

A i dan iii
B i dan iv
C ii dan iv
D Semua di atas

Apakah faktor kejayaan pembentukan jatidiri rakyat Malaysia?

Kesatuan rakyat dalam berkongsi wawasan


Memahami dan menerima perbezaan antara agama
Kekukuhan serta keseimbangan ekonomi antara kaum
Kesungguhan pemimpin dalam usaha pembinaan Negara Bangsa

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

Konsep kejiranan merupakan elemen penting dalam kehidupan bermasyarakat,


namun terdapat beberapa tatacara dalam hubungan kejiranan ini.

Manakah antara pernyataan berikut merupakan amalan kejiranan yang positif?

Membantu jiran jika ditimpa musibah


Melaporkan kepada polis jika ada jenayah
Mengambil tahu segala urusan peribadi jiran
Membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah

A dan ii
B dan iii
C ii dan iii
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 4 IE/OKT 2009/CTU553

Manakah antara mekanisme berikut BUKAN usaha untuk mengatasi cabaran


hubungan etnik di Malaysia?

A Melaksanakan program perpaduan berasaskan penghayatan nilai semua


agama
B Melaksanakan konsep perkongsian kuasa dalam pemerintahan negara
C Mewujudkan keterbukaan kepada semua pihak meskipun berlainan etnik
D Memelihara hak orang Melayu dan kepentingan yang sah kaum-kaum lain

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai adab pergaulan antara Islam dan bukan
Islam.

Memelihara silaturrahim keluarga walaupun berlainan agama


Memberi layanan baik tanpa diskriminasi ras atau agama
Menjaga kebajikan dan keadilan tanpa mengira agama
Membudayakan ziarah-menziarahi

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

10. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mencapai
objektif Rukun Negara?

Menubuhkan Jabatan Penerangan


Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara
n Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara
v Memasukkan elemen Rukun Negara dalam kurikulum sekolah

A ii dan iii
B ii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

11. Berikut adalah pernyataan mengenai pengaruh Hindu dan Buddha dalam kehidupan
orang Melayu, KECUALI:

A Nama-nama berunsur Hindu dan Buddha jarang digunakan


B Pengaruh Buddha dan Hindu terbatas dalam aspek kesenian
C Kurangnya karya-karya yang membincangkan falsafah dan ketuhanan
D Pemerintah tempatan tidak terpengaruh dengan elemen Hindhu dan
Buddha

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/OKT 2009/CTU553

12. Apakah bidang kuasa eksklusif Yang Di-Pertuan Agong sepertimana yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

Melantik Perdana Menteri


Menentukan pembubaran Parlimen
Melaksanakan semua peruntukan Perlembagaan
Menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja

A dan ii
B , ii dan iii
C , ii dan iv
D ii dan iv

13. Perkahwinan antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan telah
membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Melaka.

Apakah konsep hubungan etnik yang terhasil akibat daripada proses tersebut?

A Asimilasi
B Akulturasi
C Akomodasi
D Amalgamasi

14. Berikut adalah kaedah pembangunan ekonomi di Malaysia, KECUALI:

A Mewujudkan kilang-kilang yang berteknologi tinggi


B Memajukan pertanian tradisional sehingga bertaraf komersial
C Mengabaikan sektor pengeluaran tradisional dan pertanian sara diri
D Mengalakkan pembangunan bandar-bandar baru dengan penduduk dari
luar bandar digalakkan berpindah ke bandar

15. Bagaimanakah konsep Satu Malaysia dapat dicapai tanpa paksaan terhadap
masyarakat majmuk di Malaysia?

Toleransi dan kerjasama antara kaum perlu dihayati


i Menerima dan menghormati perbezaan antara agama
ii Tuntutan hak atas dasar kepentingan kaum sendiri perlu dipenuhi
v Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 6 IE/OKT 2009/CTU553

16. Apakah punca berlakunya konflik antara etnik di Malaysia?

Fahaman etnosentrisme yang menebal


i Perbezaan budaya, bahasa dan agama
ii Nisbah antara majoriti dengan minoriti adalah kecil
v Konsep akomodatif yang kurang mantap dalam masyarakat

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

17. Apakah pengajaran yang perlu diambil oleh semua rakyat Malaysia terhadap
peristiwa 13Mei 1969?

A Isu perkauman boleh mendatangkan rasa bangga terhadap kaum sendiri


B Isu perkauman boleh mendatangkan perasaan marah, prejudis dan rasa
tidak puas hati antara kaum
C Membangkitkan isu perkauman merupakan salah satu usaha untuk
mendapat sokongan dan meraih undi dalam pilihan raya
D Isu-isu sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang
Melayu tidak perlu dipersoal dan diperdebatkan oleh mana-mana pihak

18. Rasulullah S.A.W. telah meletakkan beberapa gagasan perpaduan ketika menggubal
Perlembagaan Madinah.

Apakah gagasan tersebut?

Kebebasan beragama
Perlindungan harta dan nyawa kepada non- Muslim
II Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama
v Kebebasan membuat hubungan diplomatik dengan sesiapa sahaja

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

19. Pilih pemyataan yang BENAR berkaitan dengan konsep etnisiti.

A Etnisiti ditentukan berdasarkan perbezaan fizikal


B Etnisiti ialah gambaran berlebihan terhadap sesuatu kumpulan etnik
C Etnisiti menggangap budayanya lebih unggul berbanding budaya orang
lain
D Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 7 IE/OKT 2009/CTU553

20. Pilih penyataan yang BENAR berhubung dengan pola kemasyarakatan pada zaman
kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka.

A Pluraliti masyarakat berlaku secara semula jadi


B Wujud sebuah negara bangsa yang harmonis
C Masyarakat Melaka adalah bersifat seragam
D Hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam

21. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Raja Berperlembagaan?

A Sultan atau Raja terikat dengan Perlembagaan


B Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa tertinggi negara
C Sultan dan Raja-raja tidak tertakluk kepada undang-undang
D Sultan atau Raja yang memerintah berhak menggubal undang-undang

22. Kejayaan parti Barisan Nasional menyatupadukan semua etnik amat


mengkagumkan.

Apakah teras UTAMA kejayaan parti tersebut?

A Kesamarataan sosial
B Perkongsian kuasa
C Keutamaan etnik bumiputera
D Penguatkuasaan undang-undang

23. Manakah antara peristiwa-peristiwa berikut merupakan pencetus modenisasi dunia?

i Revolusi Perancis
ii Revolusi Perusahaan
iii Revolusi Perindustrian
iv Revolusi Sains dan Teknologi

A i dan ii
B i dan iii
C i, ii dan iii
D i, ii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 8 IE/OKT 2009/CTU553

24. Manakah antara pernyataan berikut BUKAN ciri masyarakat plural di Alam Melayu
sebelum kedatangan Eropah?

A Pembentukannya melalui proses semula jadi


B Ketiadaan interaksi budaya antara masyarakat
C Berdagang dan mencari kehidupan secara suka rela
D Keputusan untuk bermaustautin diputuskan bersama keluarga

25. Mengapakah pemisahan fizikal menjadi salah satu cabaran dalam menjalin
hubungan etnik yang harmonis dan menyeluruh di Malaysia?

A Penduduk Sabah dan Sarawak tidak dapat bertemu dengan penduduk di


Semenanjung kerana terpisah oleh Laut China Selatan
B Penduduk di Sabah tidak dapat mengenali budaya penduduk di Sarawak
kerana tidak berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain
C Penduduk sesuatu kawasan tidak dapat berinteraksi dengan penduduk
kawasan yang lain menyebabkan etnosentrisme
D Penduduk sesuatu wilayah tidak dapat berjumpa dengan penduduk
wilayah lain kerana tiada jaringan perhubungan yang sesuai

26. Pilih pernyataan yang TIDAK BERKAITAN dengan usaha-usaha kerajaan untuk
membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

A Melaksanakan program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk


Perpaduan) di sekolah
B Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru untuk semua penduduk Malaysia
C Melaksanakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara)
D Membincangkan kontrak sosial secara bebas dan terbuka

27. Mengapakah Islam mementingkan perpaduan antara kaum?

i Mewujudkan persefahaman antara kaum


ii Menjamin kelangsungan sesebuah negara
iii Mengurangkan prejudis antara agama dan bangsa
iv Melahirkan masyarakat yang berfahaman etnosentrik

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 9 IE/OKT 2009/CTU553

28. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan ciri-ciri budaya?

Bertahan lama selagi dipraktikkan oleh masyarakat


Perlu dipelajari dan dikongsi oleh masyarakat
Wujud perlambangan dan pandangan semesta
Menjadi asas kelangsungan peradaban generasi

A dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D Semua di atas

29. Proses asimilasi telah berlaku sebelum kedatangan penjajah Eropah dan
mewujudkan interaksi yang mesra antara golongan imigran dengan penduduk
tempatan.

Apakah kesan UTAMA interaksi tersebut?

A Golongan imigran mula mempelajari Bahasa Melayu


B Berlaku perkahwinan campur antara imigran Cina dengan orang tempatan
C Wujud kepelbagaian budaya di kalangan masyarakat tempatan
D Pengamalan adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam
majlis perkahwinan orang Melayu

30. Manakah antara pernyataan berikut merupakan mahkamah yang paling tinggi
statusnya dalam sistem kehakiman di Malaysia?

A Mahkamah Tinggi
B Mahkamah Agung
C Mahkamah Rayuan
D Mahkamah Persekutuan

31. Modenisasi politik bertujuan untuk mengukuhkan sebuah Negara Bangsa.

Apakah ciri UTAMA sesebuah Negara Bangsa?

Wilayah yang diiktiraf


ii Satu bangsa satu negara
iii Kerajaan yang berdaulat
iv Mempunyai warganegara

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 10 IE/OKT 2009/CTU553

Soalan no. 32 berdasarkan jadual di bawah.

Kaum Peratus Kemiskinan Pendapatan purata keluarga sebulan (RM)


Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

(Sumber: Young, Bussink dan Hasan: 1980)

32. Jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut
etnik di Malaysia pada tahun 1970.

Manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR berdasarkan jadual di atas?

A Sikap kaum peribumi menyebabkan mereka tertinggal dari segi ekonomi


B Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan berlakunya peristiwa 13
Mei 1969
C Kadar pemilikan sumber ekonomi yang tidak seimbang antara etnik
D Dasar pihak penjajah memberi layanan dan perhatian berbeza terhadap
etnik tertentu

33. Apakah matlamat UTAMA Dasar Pendidikan yang termaktub dalam Penyata Razak
1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960?

A Pembinaan bangsa Malaysia yang harmoni


B Semua etnik boleh mengikuti pembelajaran dalam pelbagai aliran
C Perpaduan antara etnik melalui sistem pendidikan kebangsaan
D Pengajaran mata pelajaran geografi dan sejarah berteraskan Malaysia

34. Pilih pernyataan yang menjadi cabaran UTAMA dalam hubungan etnik di Malaysia
pada masa kini.

A Penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas dalam sistem pendidikan


B Tuntutan mengkaji semula hak keistimewaan orang Melayu
C Penguasaan ekonomi melebihi 30% oleh kaum Bumiputera
D Dasar pecah dan perintah oleh penjajah Bristish

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 11 IE/OKT 2009/CTU553

35. Mengapakah Malaysia amat mementingkan kehidupan beragama dalam


masyarakatnya?

A Amalan agama akan melahirkan masyarakat yang beretika dan bermoral


tinggi
B Agama yang pelbagai menggambarkan masyarakat yang maju dan
berperadaban
C Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang mengamalkan kebebasan
beragama
D Ajaran agama membentuk anggota masyarakat berfahaman liberal

36. Pilih pemyataan yang TEPAT merujuk kepada teori amalgamasi.

A Kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulan asal kerana berlaku


penyerapan dari segi kebudayaan dan sosial oleh kumpulan dominan
B Perubahan dan proses pinjam meminjam unsur kebudayaan antara dua
kumpulan etnik berlainan tradisi untuk dijadikan kebudayaan sendiri
C Pencairan dan penyatuan pelbagai kumpulan etnik membentuk jenis
budaya dan ras baru
D Penyatuan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat sebagai satu identiti
bersama

37. Kolonialisme dan imperialisme British telah meninggalkan impak yang besar kepada
negara yang dijajah termasuk Tanah Melayu.

Manakah antara pemyataan berikut yang berkaitan dengan perkara di atas?

i llmu sains dikatakan mempunyai sifat universal dan menjadi asas kepada
seluruh aspek kehidupan duniawi manusia
ii Sistem pentadbiran berasaskan kepada pengagihan kuasa iaitu
kehakiman, eksekutif dan perundangan
iii Hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu diserahkan kepada Raja dan
Sultan
iv Penglibatan secara aktif kaum imigran dalam aktiviti ekonomi

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 12 IE/OKT 2009/CTU553

38. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukan hak keistimewaan kepada


Orang Melayu dan kaum peribumi lain di Sabah dan Sarawak?

A Menjadikan kaum Bumiptera lebih maju dari kaum-kaum lain


B Mempastikan pengekalan ketuanan Melayu dan peribumi di Malaysia
C Membolehkan mereka bersaing dengan kaum pendatang yang lebih maju
D Mengambil kembali hak milik kaum Bumiputera yang terlepas ke tangan
pendatang asing

39. Sistem pentadbiran Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa di mana


wujud tiga badan utama yang mentadbir negara.

Apakah implikasi konsep pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran di Malaysia?

A Setiap badan hendaklah membantu badan yang lain bagi menstabil dan
menambah kecekapan pentadbiran badan lain
B Setiap badan menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh
mencampuri bidang kuasa badan yang lain
C Setiap badan menjalankan bidang kuasa masing-masing dan boleh
mencampuri badan lain
D Setiap badan perlu menghadkan bidang kuasa yang boleh dicampuri oleh
badan lain

40. Manakah antara pemyataan berikut TIDAK TEPAT tentang strategi yang dijalankan
untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

A Memodenkan kawasan luar bandar


B Memindahkan penduduk dari luar bandar ke bandar
C Menyusun semula hak milik dalam sektor syarikat dan korporat
D Membangunkan kawasan mundur melalui pembangunan wilayah baru

41. Pembinaan Negara Bangsa dapat dicapai melalui kaedah yang bersifat top-down.

Apakah program top-down yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai


matlamat tersebut?

i Penerapan Dasar Pembangunan Nasional


ii Penerapan Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii Penghayatan ideologi Negara
iv Program Rukun Tetangga

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 13 IE/OKT 2009/CTU553

42. Apakah implikasi UTAMA politik perkauman terhadap pembentukan masyarakat


Malaysia?

A Mendapat sokongan padu daripada masyarakat atas nama pembangunan


B Mempertahankan kepentingan semua kaum secara adil dan saksama
C Wujud semangat perkauman yang harmoni dengan kaum yang lain
D Menimbulkan perasaan tidak senang hati terhadap kaum lain

43. Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Penerapan Nilai-
nilai Islam?

A Menerapkan nilai-nilai murni sejagat


B Mengislamkan seluruh masyarakat Malaysia
C Membuktikan bahawa Malaysia adalah Negara Islam
D Menggalakkan orang bukan Islam menganut Islam

44. Manakah pemyataan yang TEPAT mengenai etnik?

A Kelompok manusia yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan


dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama
B Kelompok manusia yang menjadi penduduk asal sesebuah wilayah yang
dituntut dan dipertahankan di bawah satu ketatanegaraan
C Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya
seperti adat resam, pakaian dan sebagainya
D Kelompok manusia yang berlainan ras namun hidup dalam satu kawasan
atau daerah yang sama

45. Kedatangan British telah merubah pemikiran dan kehidupan masyarakat di Tanah
Melayu.

Apakah aspek perubahan tersebut?

A Tidak berlaku pemisahan antara agama dan negara


B Mewujudkan sistem pentadbiran beraja secara mutlak
C Mengutamakan pendekatan keilmuan secara saintifik
D Pendidikan yang berkonsepkan kesepaduan fizikal dan spiritual

46. Manakah antara pemyataan berikut BUKAN faktor penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union?

A Hak kerakyatan diberi berdasarkan prinsip y'ws soli


B Menghadkan kuasa raja-raja Melayu dalam pentadbiran
C Hak sama rata semua warganegara tanpa mengira bangsa
D Singapura dijadikan sebahagian daripada Malayan Union

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 14 IE/OKT 2009/CTU553

47. Perjanjian Malaysia 1963 merupakan persetujuan yang dicapai antara pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Manakah antara peruntukan berikut yang boleh menyebabkan usaha mewujudkan


integrasi nasional menjadi sukar?

A Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri


B Keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera
C Kuasa imigresen diperuntukkan di bawah kuasa kerajaan negeri
D Sabah dan Sarawak bersetuju dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi

48. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 mempunyai strategi
serampang dua mata.

Apakah strategi tersebut?

A Memodenkan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan kualiti hidup


B Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
C Pembangunan semula masyarakat dan memajukan sektor ekonomi
D Pembasmian kemiskinan dan penghijrahan ke bandar

49. Manakah antara agensi kerajaan berikut, ditubuhkan dengan tujuan untuk
menambah penyertaan Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian?

i Majlis Amanah Rakyat (MARA)


ii Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
iii Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
iv Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA)

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iii
D ii, iii dan iv

50. Pernyataan berikut adalah berkaitan nilai-nilai murni yang terkandung dalam
kebanyakan agama-agama besar dunia, KECUALI:

A Menekankan ajaran tauhid


B Memelihara alam sekitar
C Mencintai keamanan
D Semangat setiakawan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 15 IE/OKT 2009/CTU553

51. Mengapakah proses globalisasi boleh menggugat perpaduan di kalangan rakyat


Malaysia?

i Globalisasi merupakan proses penjajahan budaya dan pemikiran bentuk


moden
ii Globalisasi memperjuangkan hak asasi satu kaum berbanding dengan
kaum yang lain
iii Globalisasi membentuk satu identiti yang sejagat di kalangan semua
penduduk dunia
iv Globalisasi adalah peluang untuk Barat menerapkan nilai hedonisme
dalam kehidupan bermasyarakat

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C , iii dan iv
D Semua di atas

52. Manakah antara pernyataan berikut paling TEPAT mengenai faktor penghalang
proses asimilasi?

i Kurang pengetahuan mengenai kebudayaan lain


ii Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik
iii Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat
iv Merasakan budaya etniknya lebih baik dari etnik yang lain

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

53. Pilih pernyataan yang TEPAT berhubung dengan pembentukan masyarakat


pluralistik selepas kedatangan Inggeris.

Penghijrahan masuk orang Cina dan India beserta kaum keluarga


Memelihara kepentingan politik dan ekonomi Inggeris
II Berasimilasi budaya dengan masyarakat tempatan
v Mengekalkan cara hidup dan tradisi mereka

A dan ii
B dan iii
C i dan iv
D ii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 16 IE/OKT 2009/CTU553

54. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai peruntukan utama Perlembagaan


Persekutuan mengenai hubungan etnik.

A Orang bukan Melayu boleh membeli mana-mana tanah hak milik orang
Melayu
B Hak kewarganegaraan merupakan satu kompromi orang Melayu terhadap
bukan Melayu
C Orang bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
D Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama lain bebas untuk
diamalkan dalam keadaan yang harmoni

55. Pernyataan berikut adalah merupakan senario hubungan etnik selepas penubuhan
Malaysia, KECUALI:

A Kebangkitan rasisme di kalangan etnik diakibatkan oleh dominasi Melayu


dan Bumiputera dalam bidang politik
B Perkembangan politik mutakhir menunjukkan bahawa politik perkauman
semakin ditolak oleh masyarakat
C Kebanyakan dasar kerajaan berjaya merapatkan hubungan antara kaum
D Kebanyakan program integrasi adalah digerakkan oleh kerajaan

56. Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) memberi penekanan terhadap aspek-aspek


berikut KECUALI:

A Memberi perhatian terhadap isu pembangunan sumber manusia


B Menumpukan pembangunan kepada industri gantian import
C Membangunkan pertanian sebagai sektor perindustrian
D Memajukan industri berteraskan K-Ekonomi

57. Pilih pernyataan BENAR tentang matlamat Rukun Negara.

A Mewujudkan negara yang membangun dari segi penggunaan sumber


manusia dan sumber alam semulajadi
B Memajukan sektor ekonomi penduduk terutama sektor perindustrian dan
perniagaan
C Melahirkan masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif
D Memperbaiki taraf hidup masyarakat berbilapg kaum di Malaysia

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 17 IE/OKT 2009/CTU553

58. Salah satu daripada asas hubungan etnik menurut perspektif Islam ialah Tadhamun
iaitu jamin-menjamin.

Bagaimanakah nilai ini dapat dibudayakan dalam konteks masyarakat majmuk di


Malaysia?

A Melalui program 'Cintailah Bahasa Kita'


B Melalui kempen 'Berbudi Bahasa Amalan Kita'
C Melalui program Rakan Cop dan Rukun Tetangga
D Melalui kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'

59. Bagaimanakah senario sistem pendidikan masyarakat pluralistik pasca merdeka?

i Penyatuan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


ii Pengekalan sistem vernakular bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil
iii Pembangunan pesat prasarana pendidikan terutama di sekolah
kebangsaan
iv Penguatkuasaan sistem kouta secara sama rata dalam pengambilan
pelajar ke IPT

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

60. Berikut merupakan interpretasi undang-undang mengenai kebebasan beragama,


KECUALI:

A Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai untuk


kepentingan agama lain
B Setiap orang berhak mengamal dan menyebarkan agamanya tanpa
sekatan
C Penganut setiap agama boleh membina rumah ibadat mereka sendiri
D Kelompok seagama bebas mengurus hal ehwal agamanya

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 18 IE/OKT 2009/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Unsur tradisi dan kontrak sosial menjadi asas utama dalam merangka Perlembagaan
Persekutuan 1957.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Huraikan EMPAT (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
(12markah)

b) Bincangkan TIGA (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang terdapat
dalam Perkara 153.
(9 markah)

c) Buktikan TIGA (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia menjelang
kemerdekaan.
(9 markah)

SOALAN 2

Islam menekankan keamanan untuk semua tanpa mengira ras atau agama. Justeru itu,
setiap warganegara Malaysia bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Jelaskan TIGA (3) nilai universal yang perlu difahami dan dihayati oleh semua
rakyat Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan.

(9 markah)

b) Huraikan EMPAT (4) bentuk aplikasi hubungan sosial menurut Islam dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.
(12 markah)

c) Bincangkan TIGA (3) kesan pengabaian hubungan antara etnik dalam menjalinkan
perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia.
(9 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 19 IE/OKT 2009/CTU553

SOALAN 3

Dalam tempoh 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai satu tahap pembangunan yang
membanggakan serta menjadi peneraju dan role model kepada negara-negara yang sedang
membangun.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Jelaskan TIGA (3) bentuk projek modenisasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
dalam usaha mencapai status "negara maju" pada tahun 2020.
(9 markah)

b) Huraikan TIGA (3) peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi-institusi Islam
dalam aspek pembangunan ekonomi Malaysia.

(9 markah)

c) Bincangkan EMPAT (4) hambatan yang boleh menjejaskan usaha kerajaan


membangunkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam DEB dan DPN.

(12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like