You are on page 1of 2

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2010


MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT

Bilangan : 4/2010
Tarikh : 19 Oktober 2010
Hari : Selasa
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik pendidikan Islam
Kehadiran : Pn.Hjh. NorBee bt Aziz
Pn.Nor’Azah bt Ismail
Pn.Robiatul ’Adawiyah bt Mohammad Saad
Us. Mohd Azmir b. Azahari
Us. Mohd. Ghazali b. Junoh (Tidak hadir bersebab)

BUTIRAN MESYUARAT

1.UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat panitia.
1.2 Pengerusi memu;akan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.

2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia meneliti minit mesyuarat yang lalu dan mengesahkannya.
2.2 Ustaz Azmir mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Ustazah Robiatul.

3.PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua ahli panitia telah menghantar Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Soalan
Peperiksaan Akhir Tahun dan Skema Pemarkahan kepada beliau dan mengucapkan berbanyak terima kasih.

Tindakan : Makluman

4.PROJEK MEJA ANGKAT


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Perasmian Projek Meja Angkat akan dijalankan pada 25 Oktober 2010 (Isnin)
bersamaan 17 Zulkaedah 1431H pada pukul 2.00 petang.
4.2 Mesyuarat telah memutuskan pembahagian tugas Jawatan Kuasa iaitu;
Pengarah Projek : Ustazah Nor Bee bt Aziz
Setiausaha : Ustazah Nor’Azah bt Ismail
Bendahari : Ustazah Robi’atul Adawiyah bt Mohamad Saad
AJK Tugas-tugas Khas : Ustaz Azmir bin Azahari
: Ustaz Mohd Ghazali bin Junoh

Tindakan : Semua GPI SMKTBM

5.REKOD PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROGRAM


5.1 Mesyuarat telah memutuskan beberapa pembahagian tugas merekod iaitu;
Tingkatan 1 (Tazkiyatun Nafs) : Ustaz Azmir bin Azahari
Tingkatan 3 (Tazkiyatun Nafs) : Ustaz Mohd Ghazali bin Junoh
Tingkatan 4 & 6Atas (Tazkiyatun Nafs): Ustazah Nor’Azah bt Ismail
Maulidul Rasul : Ustazah Nor’Azah bt Ismail
Tingkatan 5 (Tazkiyatun Nafs) : Ustazah Nor Bee bt Aziz
Di Ambang Ramadan) : Ustazah Nor Bee bt Aziz
Program Usrah Pelajar : Ustazah Robi’atul Adawiyah

Tindakan : Semua GPI SMKTBM


6.ALOKASI GURU MATA PELAJARAN
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa alokasi guru mata pelajaran Pendidikan Islam adalah seperti tahun 2009.
6.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju mencadangkan supaya tugas Ustazah Nor’Azah sebagai Guru Disiplin
diberikan kepada guru lain memandangkan beliau amat diperlukan untuk tujuan pengurusan Panitia Pendidikan
Islam (Setiausaha Panitia Pendidikan Islam).

Tindakan : Pentadbir SMKTBM

7.HAL-HAL LAIN
7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa surau sekolah perlu pengubahsuaian di ruangan solat wanita.
7.2 Bilik Pendidikan Islam akan ditutup buat sementara waktu untuk tujuan kemaskini dan sesi lawatan Decha
sehingga 27 Oktober 2010.
7.3 Mesyuarat Bertindak Pertama Panitia Pendidikan Islam (agihan tugas) sesi 2011 akan diadakan pada 30
Disember 2010 selepas Mesyuarat Staff Pertama sekolah.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ________________________
(PN.NOR’AZAH BT ISMAIL) (PN.HJH.NORBEE BT AZIZ)
Setiausaha Panitia Pend.Islam Pengerusi Panitia Pend.Islam

You might also like