You are on page 1of 20

GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

1.0 Pengenalan.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa

perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat

politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung

segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir

negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara

dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui

peruntukan yang terkandung di dalamnya1.

Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang

menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang

menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan

pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya.

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan

negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain 2.

1
http://notapismp.blogspot.com/2009/02/definisi-perlembagaan.html
2
http://www.voy.com/66209/15566.html

1 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

1.1 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963

mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini

mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan

Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara

persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara

Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung

dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang

diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri 3.

Perlembagaan kita menetapkan Yang diPertuan Agong sebagai ketua

negara. Yang diPertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu secara

bergilir-gilir bagi tempoh lima tahun sahaja 4.

Sebahagian besar daripada rakyat negara ini kelihatan beranggapan bahawa

Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen undang-undang yang bersifat

teknikal dan hanya difahami oleh mereka yang terdidik di dalam bidang

perundangan. Meskipun ini adalah sesuatu yang kurang tepat dan tidak sepatutnya

berlaku adalah sukar untuk mengharapkan masyarakat memahami isi

kandungannya, apatah lagi mengetahui asas-asas penting Perlembagaan

Persekutuan. Setakat ini Perlembagaan hanya dilihat sebagai sebuah dokumen

perundangan yang hanya berkaitan untuk menjadi bahan pertikaian di mahkamah.

3
http://notapismp.blogspot.com/2009/02/definisi-perlembagaan.html
4
Tun Suffian, 1971, Perlembagaan Malaysia, Selangor Darul Ehsan, International Law Book Services

2 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Pada asasnya perlembagaan merujuk kepada doktrin dan prinsip yang membentuk

asas pemerintahan dan pengendalian sesebuah negara.

Sejarah perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada

Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan

berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.Ianya

bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari

hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada

Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua

Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga

Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya 5.

5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

3 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN6
(Mengandungi pindaan terkini - Akta 1260/2006)

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian

mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

 Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

 Bahagian 2 - Kebebasan asasi

 Bahagian 3 - Kewarganegaraan

 Bahagian 4 - Persekutuan

 Bahagian 5 - Negeri-negeri

 Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

 Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

 Bahagian 8 - Pilihanraya

 Bahagian 9 - Kehakiman

 Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

 Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

 Bahagian 12 - Am dan pelbagai

6
http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Html

4 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

 Bahagian 13 - Peruntukan sementara

 Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

 Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Jadual

 Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran

atau Penaturalisasian

 Jadual Kedua [Perkara 39]

o Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa

Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia

o Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa

Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari

Malaysia

o Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan

Kewarganegaraan

 Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

 Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan

Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

 Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja

 Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] -

Bentuk Sumpah dan Ikrar

5 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

 Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara

 Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke

dalam Perlembagaan Negeri

o Bahagian I - Peruntukan Tetap

o Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan

dalam Bahagian I

 Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan

(Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)

 Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber

Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri

o Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala

o Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri

o Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri

o Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak

o Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada

Negeri Sabah dan Sarawak

 Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan

Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang

Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

 Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)

6 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

 Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang

berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya 7

1.2 Perkara 11

Di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia pada

bahagian 2:kebebasan asasiPerkara 11 menyatakan tiap-tiap orang iaitu penduduk

atau rakyat Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dengan

memberi kebebasan beragama8. Tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada

kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat

pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang

menganuti agama Islam.”

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

7
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
8
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/irf_09_bm.pdf

7 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

bahagian 2: Kebebasan asasi , Perkara 119

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan,

tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari

cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi

maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak -

(a) menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-

maksud agama atau khairat; dan

(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat

pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang

menganuti agama Islam.

9
http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara11-Ma.Html

8 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan

undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak 10.

2.0 Agama-agama di Malaysia

Negara Malaysia mempunyai kawasan 127,000 batu persegi dan penduduk

berjumlah 27.7 juta. Menurut bancian tahun 2000, 60 peratus daripada penduduk

mengamalkan agama Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus agama Kristian; 6

peratus agama Hindu; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan kepercayaan-

kepercayaan tradisi kaum Cina lain. Kumpulan agama minoriti lain termasuk

animisme, Sikh dan Baha’i. Orang Melayu beragama Islam merangkumi lebih kurang

55 peratus daripada jumlah penduduk. Tiga daripada lima parti politik utama adalah

berlandaskan bangsa dan agama. Majoriti penganut Kristian tinggal di negeri-negeri

di timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak11.

2.1 Kontroversi

10
http://anwar98.tripod.com/PerlembagaanMalaysia.html
11
http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Malaysia

9 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan beragama

telah mengundang beberapa kontroversi yang banyak menarik perhatian umum

terutamanya daripada kalangan masyarakat bukan Islam, kerana berpendapat

dasar-dasar kerajaan menggalakkan agama Islam mengatasi agama-agama lain.

Kumpulan agama minoriti umumnya bebas mengamalkan kepercayaan

mereka, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, ramai telah menyuarakan

kebimbangan bahawa sistem mahkamah sivil secara beransur-ansur menyerahkan

bidang kuasa kepada mahkamah Syariah, terutama dalam hal-hal berkaitan undang-

undang keluarga yang melibatkan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam.

Penganut agama minoriti terus menghadapi sekatan dalam menzahirkan

agama mereka dan mendakwa berlaku pencabulan hak-hak harta. Kerajaan

mengehadkan pengedaran bahan-bahan agama Kristian berbahasa Melayu di

semenanjung Malaysia dan melarang pendakyahan agama lain kepada orang Islam

oleh orang bukan Islam.

Terdapat sedikit laporan penganiyaan atau diskriminasi masyarakat

berdasarkan pertalian, kepercayaan atau amalan agama. Kerajaan Amerika Syarikat

berbincang tentang kebebasan beragama bersama Kerajaan Malaysia sebagai

sebahagian daripada dasarnya menggalakkan hak asasi manusia secara

menyeluruh. Wakil-wakil Kedutaan mengekalkan dialog yang aktif dengan para

pemimpin dan wakil kumpulan-kumpulan agama, termasuk mereka yang tidak

diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia 12.


12
Abdul Aziz Bari, 2003, Perlembagaan Malaysia:Asas-asas dan masalah, Kuala Lumpur ,Dewan

10 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Perlembagaan membenarkan kebebasan beragama. Perkara 11 menyatakan

“tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini

juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk

“mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan

agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Undang-undang membenarkan orang ramai atau pertubuhan menyaman

kerajaan bagi pencabulan perlembagaan dalam kebebasan beragama. Tetapi

mahkamah persekutuan lazimnya menyebelahi kerajaan dalam perkara-perkara

yang berkaitan dengan agama Islam. Perkara 3 menyatakan “Islam ialah agama

bagi Persekutuan” dan bahawa “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat

peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160

Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti

agama Islam.

Mahkamah sivil umumnya menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah

Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan keluar daripada agama Islam, dan

mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama

Islam. Perlembagaan mengenalpasti raja-raja sebagai “Ketua Agama Islam” di

negeri mereka masing-masing. Undang-undang dan dasar-dasar lain meletakkan

beberapa sekatan dalam kebebasan beragama 13.

Pihak Kerajaan enggan mengiktiraf pelbagai pertubuhan agama, dan untuk

memastikan supaya pertubuhan ini dapat bergiat secara sah, kumpulan-kumpulan

Bahasa Pustaka.

13
Abdul Aziz Bari, 2008, Perlembagaan Malaysia:Teori dan Praktis, , Selangor Darul Ehsan ,Arah

pendidikan Sdn. Bhd.

11 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

tersebut telah mendaftarkan pertubuhan mereka bawah Akta Syarikat. Antara contoh

termasuk Jehovah’s Witnesses dan Church of Jesus Christ of Latter-day Saints

(Mormon). Pendaftaran di bawah Akta Syarikat memberikan perlindungan dari segi

kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh kumpulan-kumpulan lain di negara

ini tetapi tidak layak mendapat bantuan kewangan Kerajaan.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas pembinaan tempat ibadat bukan

Islam dan peruntukan tanah perkuburan bukan Islam. Kedua-dua Kerajaan di

peringkat pusat dan negeri sering melengah-lengahkan kebenaran untuk membina

atau mengubahsuai tempat ibadat bukan Islam sementara agak cepat

membenarkan pembinaan masjid, menurut pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

tempatan.

Kanak-kanak Islam, pelajar-pelajar bukan Islam pula diwajibkan mengambil

kelas moral dan etika. Di sekolah rendah dan menengah, perhimpunan pelajar

selalunya bermula dengan bacaan doa oleh guru atau ketua pelajar. Sekolah

persendirian bebas untuk menawarkan kurikulum agama bukan Islam sebagai

pilihan kepada orang bukan Islam. Tiada sekatan bagi pembelajaran di rumah.

Kerajaan menawarkan geran hanya kepada sekolah persendirian Islam yang setuju

membenarkan kawalselia Kerajaan dan menerima pakai kurikulum yang diluluskan

oleh Kerajaan.

Menurut Majlis Perunding bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao

Malaysia (MPBKHSTM), kerajaan mengehadkan visa bagi ahli agama Islam dan

bukan Islam di bawah umur 40 tahun untuk mengelakkan daripada “ahli agama

militan” memasuki negara. Walaupun wakil kumpulan bukan Islam tidak duduk di

12 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

dalam jawatan kuasa imigrasi yang meluluskan permintaan visa, cadangan

MPBKHSTM diambil kira dalam kebanyakan kes.

Mahkamah Syariah tidak pernah mengiktiraf penukaran agama orang Melayu

daripada Islam kepada agama lain. Satu-satunya penukaran yang diiktiraf semasa

laporan dibuat adalah bagi wanita yang dulunya memeluk Islam kerana berkahwin

tetapi mahu kembali kepada agama asal selepas perkahwinan mereka dibubarkan.

Pada 19 Mac 2009, Mahkamah Rayuan Syariah mengekalkan keputusan

Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang membenarkan Tan Ean Huang untuk

kembali kepada agama Buddha, walaupun ditentang oleh majlis agama Islam

negeri. Tan memohon menukar agama pada tahun 2006 selepas ditinggalkan oleh

suami berbangsa Iran yang beragama Islam.

Kerajaan mengharamkan dan merampas bahan-bahan agama yang didapati

menyeleweng atau menghina. Dimana, Kerajaan telah mengharamkan 57 buah

buku bertemakan agama, termasuk Muslim Women and the Challenge of Islamic

Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Ektremisme Islam), oleh Norani Othman,

pengasas bersama Sisters In Islam (SIS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan

tempatan yang memperjuangkan hak asasi wanita.

Pihak berkuasa kastam merampas enam judul buku kanak-kanak Kristian

yang mengandungi perkataan yang dianggap eksklusif untuk agama Islam.

Penggunaan perkataan “Allah” (Tuhan), “Baitullah” (Rumah Tuhan), dan “Solat”

(sembahyang) dihadkan penggunaannya bagi orang Islam oleh Bahagian Kawalan

Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri yang

mendakwa perkataan-perkataan ini di bawah bidang kuasa masyarakat Islam.

13 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Kerajaan mengehadkan pengedaran terjemahan Kitab Bible berbahasa Melayu dan

bahan bercetak lain di semenanjung Malaysia, serta pita Kristian. Sejak tahun 2005,

satu dasar yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri menghendaki Kitab Bible

berbahasa Melayu dicetak dengan perkataan “Bukan untuk Orang Islam” di kulit

hadapan dan hanya boleh diedarkan di gereja dan kedai buku Kristian. Pengedaran

bahan-bahan Kristian berbahasa Melayu tidak menghadapi banyak kesulitan di

Malaysia Timur14.

2.2 Petikan kes-kes di Malaysia.

Pada bulan Mac 2009, Kerajaan mengeluarkan kembali larangan ke atas

penggunaan perkataan “Allah” di dalam Kitab Bible dan penerbitan Kristian yang

lain. Sebagai tindak balas kepada pertikaian perundangan di antara Kerajaan dan

Gereja Katolik, sepuluh buah negeri mengeluarkan fatwa mengharamkan perkataan

“Allah” bagi penggunaan selain untuk agama Islam.

Pada bulan Disember 2009, Kementerian Dalam Negeri memperbaharui

permit percetakan tahunan bagi Catholic Herald, sebuah akhbar mingguan Gereja

Katolik Malaysia, dengan tiga syarat: berhenti menerbitkan bahagian bahasa Melayu

(bahasa kebangsaan), menghadkan jualan di tempat kepunyaan Gereja Katolik, dan

mencetak penafian di muka hadapan yang menyatakan akhbar ini dikhususkan

untuk orang Kristian. Kerajaan kemudian membatalkan lesen akhbar tersebut


14
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/irf_09_bm.pdf

14 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

berikutan kritikan daripada Majlis Agama Islam negara kerana membenarkan Gereja

Katolik terus menggunakan perkataan “Allah.” Herald terus menggunakan perkataan

Allah untuk Tuhan, sepertimana yang digunakan oleh Gereja Katolik di negara ini

lebih 400 tahun. Gereja Katolik pertama kali memfail saman terhadap Kerajaan pada

bulan Februari 2008, selepas Menteri Keselamatan Dalam Negeri cuba melarang

Gereja Katolik daripada menggunakan perkataan Allah. Kerajaan mendakwa rujukan

kepada Allah oleh orang Kristian dan di dalam penulisan agama Kristian boleh

mengelirukan masyarakat Islam dan menarik mereka kepada agama Kristian.

Pada bulan Oktober 2008, Kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak-

hak Hindu (HINDRAF), sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang memayungi

pelbagai badan bukan kerajaan bagi kepentingan kaum India. Walaupun bukan

organisasi keagamaan, HINDRAF berjuang untuk menangani tanggapan

peminggiran kaum India oleh pihak Kerajaan, termasuk perobohan beberapa kuil

Hindu. Waytha Moorthy, pengarah HINDRAF, berada di luar negeri kerana takut

ditahan apabila dia kembali ke negara. Kerajaan menggunakan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA) untuk menahan lima orang pemimpin HINDRAF pada bulan

Disember 2007, dengan mendakwa penglibatan mereka dalam menganjurkan

bantahan bulan sebelumnya memporak perandakan kesejahteraan di antara kaum

dan mengancam keselamatan negara. Kerajaan membebaskan dua orang lelaki

pada bulan April 2009 dengan syarat ketat, termasuk tidak mengambil bahagian

dalam sidang akhbar, tidak meninggalkan kawasan kediaman mereka tanpa

kebenaran polis, dan sentiasa melaporkan diri kepada pihak polis. Tiga lagi banduan

HINDRAF yang menolak menerima syarat-syarat ini kekal ditahan di bawah ISA

tetapi akhirnya dilepaskan pada bulan Mei 2009.

15 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Pada bulan April 2009, M. Indira Ghandi melaporkan suaminya yang telah

berpisah, K. Patmanathan, menukarkan agama tiga anak mereka yang berumur satu

hingga 12 tahun secara paksa kepada Islam tanpa pengetahuannya pada bulan Mac

dengan membawa surat beranak mereka ke jabatan agama negeri di Ipoh, Perak.

Ghandi hanya menyedari penukaran agama itu selepas mahkamah Syariah di Ipoh

memberitahunya keputusan mahkamah membenarkan penukaran agama dan

memberikan hak penjagaan anak-anak kepada suaminya. Dia merayu keputusan

mahkamah di mahkamah sivil. Berikutan bantahan awam, Kerajaan Persekutuan

mengumumkan pada bulan April 2009 bahawa jika seorang pasangan masuk Islam,

anak-anak akan mengikut kepercayaan yang kedua-dua ibu bapa telah bersetuju

pada masa perkahwinan. Kerajaan juga menyatakan mahkamah sivil adalah tempat

yang sepatutnya untuk membubarkan perkahwinan apabila salah seorang pasangan

memeluk Islam. Pejabat Peguam Negara diarahkan mengkaji semula dan

mencadangkan perubahan kepada undang-undang sedia ada untuk mengelakkan

kerumitan masa depan apabila seorang pasangan masuk Islam. Persatuan Peguam-

peguam Mahkamah Syariah Malaysia dan kumpulan Islam lain mengkritik tindakan

Kerajaan, menyifatkannya sebagai “campur tangan dalam bidang perundangan”

yang “mengancam kebebasan mahkamah.” Pada bulan Jun 2008, Persidangan

Raja-Raja, satu badan perlembagaan kanan, memutuskan untuk mendapatkan

pandangan daripada majlis agama negeri sebelum membuat keputusan ke atas

cadangan pindaan undang-undang pertukaran agama 15.

15
http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/irf_09_bm.pdf

16 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

3.0 Kesimpulan

Kontroversi yang berlaku sekarang jelas bukan berpunca dari perlembagaan.

Ia adalah masalah yang timbul akibat kekeliruan dan kejahilan tentang

perlembagaan. Sebab itu tidak timbul soal meminda peruntukan berkenaan. Orang

bukan Islam terlibat kerana hubungan mereka dengan orang Islam, bukan kerana

mahkamah syariah menafikan hak mereka. Masalah ini boleh diselesaikan dengan

memperbaiki undang-undang atau prosedur yang ada dimana ianya tidak perlu

melibatkan pindaan perlembagaan.

Kepemimpinan negara memainkan peranan penting dan mereka harus

memahami perlembagaan. Ini sangat perlu kerana tuntutan pihak-pihak berkenaan

sebenarnya berpunca dari sikap dolak-dalik, tidak jelas dan tidak berprinsip yang

mereka tunjukkan. Kepemimpinan negara dan pihak media harus jelas dan tidak

17 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

harus cuba untuk mengambil jalan selamat atau sekadar mengambilkira kepentingan

politik semasa. Amat menyedihkan apabila ada menteri kabinet yang secara

semberono mengatakan bahawa pada masa akan datang mahkamah sivil perlu

diberi kata putus dalam kes-kes yang melibatkan konflik antara kedua-dua

mahkamah itu. Ini bukan sahaja salah dari segi perlembagaan malah akan

membangkitkan kemarahan pihak yang memang sudah tidak puas hati.

Kontroversi ini menunjukkan perlunya pendidikan perlembagaan yang

berterusan kerana di dalam negara seperti Malaysia dokumen perlembagaan harus

difahami oleh semua pihak. Bagaimanapun kelihatannya masyarakat kita semacam

tidak mempunyai persiapan itu sedangkan orang lain begitu prihatin dan peka

terhadap kedudukan dan hak mereka di dalam perlembagaan 16.

16
http://bantahifc.bravehost.com/kontroversi_bidang_kuasa_mahkamah.htm

18 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

4.0 Rujukan.

Abdul Aziz Bari, 2003, Perlembagaan Malaysia:Asas-asas dan masalah, Kuala


Lumpur ,Dewan Bahasa Pustaka.

Abdul Aziz Bari, 2008, Perlembagaan Malaysia:Teori dan Praktis, , Selangor Darul
Ehsan ,Arah pendidikan Sdn. Bhd.

Tun Suffian, 1971, Perlembagaan Malaysia, Selangor Darul Ehsan, International

Law Book Services

http://anwar98.tripod.com/PerlembagaanMalaysia.html

http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/irf_09_bm.pdf

http://bantahifc.bravehost.com/kontroversi_bidang_kuasa_mahkamah.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

19 No. pelajar: 201756


GFPA 2013 Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

http://notapismp.blogspot.com/2009/02/definisi-perlembagaan.html

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20Persekutuan-

Ma.Html

http://www.voy.com/66209/15566.html

20 No. pelajar: 201756

You might also like