You are on page 1of 5

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

PISMP PRASEKOLAH

ANALISIS ARTIKEL

Beberapa artikel dan jurnal berkaitan dengan perkembangan sosial dan emosi
kanak-kanak telah dikumpulkan berkaitan teori dan asas perkembangan sosial dan
emosi kanak-kanak, ciri-ciri tingkah laku sosial dan emosi kanak-kanak, peringkat-
peringkat perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak, serta aktiviti-aktiviti yang
dapat membantu perkembangan kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.

Salah satu artikel yang dianalisis dalam melaksanakan tugasan ini adalah
artikel berkaitan teori perkembangan kognitif Vygotsky. Menurut beliau kebanyakan
daripada kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan
ibu bapa, guru, rakan-rakan dan orang dewasa. Perkembangan kognitif kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua faktor
utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Les Vygotsky iaitu
interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Zon perkembangan proksimal (ZPD)
merupakan idea Vygotsky yang paling dikenali. Vygotsky menerangkan tentang
kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan
dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih
mahir. Dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had
atas ialah kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir
manakala had bawah bermaksud kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-
kanak. Konsep bimbingan (scaffolding) juga merupakan teori yang diasaskan oleh
Vygotsky. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan
dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi
adalah alat yang penting semasa proses bimbingan untuk mendapat konsep-konsep
baru dan lebih sistematik. Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga
boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat
mengawal tingkah lakunya sendiri.

Di samping itu, artikel berkaitan teori perkembangan psikososial Erik Erikson


turut dianalisis dalam tugasan ini. Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan
manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke
tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.
dalam lapan tahap perkembangan yang dilalui oleh setiap manusia menurut Erikson
adalah sebagai berikut:

1
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
PISMP PRASEKOLAH

1. Trust vs mistrust (Kepercayaan vs Kecurigaan)


Tahap ini berlaku pada umur 0-1 atau 1 ½ tahun. Tugas yang harus dijalani pada
tahap ini adalah mengembangkan kepercayaan.

2. Autonomi vs Perasaan Malu dan Ragu-ragu


Pada tahap kedua adalah dari usia 18 bulan sampai 3 atau 4 tahun. Tugas yang
perlu diselesaikan pada masa ini adalah kemandirian (autonomi) sekaligus dapat
mengurangkan perasaan malu dan ragu-ragu.

3. Inisiatif vs Kesalahan
Tahap ketiga adalah tahap bermain. Tahap ini dalam suatu tempoh tertentu apabila
anak menginjak usia 3 hingga 5 atau 6 tahun, dan tugas yang harus dipikul seorang
anak pada masa ini ialah untuk belajar menjana idea (inisiatif) tanpa terlalu
melakukan kesalahan.

4. Kerajinan vs kelemahan
Tahap keempat adalah antara umur 6 hingga 12 tahun. Salah satu tugas yang
diperlukan dalam tahap ini ialah adalah dengan mengembangkan kemampuan
bekerja dan mengelakkan perasaan rasa rendah diri.

5. Identiti vs Kekacauan Identiti


Tahap kelima merupakan tahap adolesen (remaja), yang bermula pada saat masa
puber dan berakhir pada usia 18 atau 20 tahun. Pencapaian identiti peribadi dan
mengelakkan peranan ganda merupakan sebahagian dari tugas yang harus
dilakukan dalam tahap ini.

6. Kemesraan vs Pengasingan
Tahap berikutnya iaitu pada masa awal dewasa sekitar 20-30 tahun. Peringkat ini
menurut Erikson adalah ingin mencapai kedekatan dengan orang lain dan berusaha
menghindar dari sikap menyendiri.

7. Kebolehan menghasilkan sesuatu vs Terhenti


Masa dewasa yang berusia sekitar 30 hingga 60 tahun. Pada tahap ini, seseorang
dapat mengabdikan diri untuk menggunakan keseimbangan antara sifat melahirkan
sesuatu (generativitas) dengan tidak berbuat apa-apa (stagnasi).

2
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
PISMP PRASEKOLAH

8. Kesempurnaan hidup vs Putus Harapan


Tahap terakhir dalam teori Erikson disebut tahap usia senja yang berusia sekitar 60
atau 65 ke atas. Dalam teori Erikson, orang pada tahap ini sudah cukup berhasil
melepasi tahap-tahap sebelumnya dan yang menjadi tugas pada usia senja ini
adalah integriti dan berupaya menghilangkan putus asa dan kekecewaan.

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan


yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang
boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan
sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari
tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran
atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui
beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan
identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnitif sosial, persahabatan, dan
perhubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan,


nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari
peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara
mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses
sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang
sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan
merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa
gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri
daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih,
rasa bersalah, dan sebagainya. Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua
jenis emosi ini serentak.

3
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
PISMP PRASEKOLAH

Jenis Emosi dan Implikasi kepada Kanak- kanak.

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa


seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka
sukai.

Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat


sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan
geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak


berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir
bagaimana mengatasi rasa sedih.

Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’
dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap
bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau
sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan
menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh


orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka
meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga.

Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk
membolehkan kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri,
mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan
untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

Sosial adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.Perkembangan
sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial
yang matang. Pendekatan belajar melalui bermain diberi fokus kerana bermain
adalah fitrah semula jadi kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang
hati membuat penerokaan dan memperolehi pengalaman baru serta dapat
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada.

4
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
PISMP PRASEKOLAH

Terdapat enam jenis cara bermain menurut teori Jean Piaget.

Faedah bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ialah:

1) kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi secara positif dengan


rakan-rakan.
2) Kanak-kanak bekerjasama dan bertolak ansur semasa bermain dan
melakukan aktiviti. belajar menyelesaikan masalah melalui penerokaan.
3) Kanak-kanak belajar mengawal emosi negatif dengan cara bermain dan
menukarkannya kepada emosi positif.

You might also like