You are on page 1of 12

TUGASAN BEKALAN AIR KPBA1213

TAHUN I SEMESTER II

AMBILAN: DKP15/2009

TAJUK: BINCANGKAN PENYAKIT BAWAAN AIR DI MALAYSIA

KUMPULAN: 10

NAMA NO. KP NO.MATRIK


AHMAD SUFFIAN BIN AHMAD KAMAL BPPKP2009-10084
HAFIH ZAINIHUSAYRI B MAT YAAKUB BPPKP2009-10085
KHISHEN RAJ A/L WASU 870809-08-5571 BPPKP2009-10087
MOHD ZUL AZIHAN B ABD RAHIM BPPKP2009-10089
MUHAMMAD NAJIB B AHMAD HAIRI 900114-14-5333 BPPKP2009-10090
NOR HASHIMA AHMAD 860102-11-5360 BPPKP2009-10091
ABANG MUSTAKIM B ABANG OTHMAN 890721-13-5683 BPPKP2009-8336
AFENDY BIN YAHYA 910916-12-6213 BPPKP2009-8337
AFIQ B AHMAD BPPKP2009-8338
AHMAD DZULFADZLI B MOHAMAD TARMIZI 900119-08-5261 BPPKP2009-8339

ISI KANDUNGAN

1
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
.

1. Pendahuluan 2
2. Literature Review 3
3. Penyakit Kolera/Taun 3-6
4. Penyakit Demam Kepialu 6-8
5. Penyakit Hepatitis A 8-9
6. Penyakit Desentri 9-10
7. Ulasan 11
8. Kesimpulan 11
9. Rujukan 12
10. Lampiran 12

PENDAHULUAN

PENYAKIT BAWAAN AIR

2
Apabila hujan turun tanpa berhenti-henti, kawasan rendah akan ditenggelami air. Di
Malaysia beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan banjir. Namun begitu
bajir boleh berlaku di mana saja.

Secara asasnya, kebanyakan orang mengetahui air banjir itu dipenuhi pelbagai jenis
bentuk kotoran dan kuman. Namun, ada yang memilih untuk tidak mempedulikannya
sementara ada juga yang tidak mempunyai pilihan selain mengharunginya.

Apabila banjir, air akan menenggelami seluruh muka bumi termasuklah kandang-
kandang haiwan juga tandas dan tangki najis/septic. Air banjir akan membawa dan
menyebarkan semua sampah dan najis di samping turut membunuh pokok dan haiwan.

Penyakit-penyakit yang dikenal pasti dibawa oleh air dan makanan adalah seperti
keracunan makanan, taun (cholera), demam kepialu (typhoid) dan hepatitis A.
kebanyakan kuman air banjir menyerang sistem penghadaman.

Penyakit Taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman),
vibrio cholera.Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana
pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul
terutamanya kerang. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi
dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Demam kepialu atau Demam paratifoid merupakan penyakit yang disebabkan oleh
bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi..Demam kepialu merebak melalui
makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari
sisi kumbahan yang mengandungi bakteria.

Kesan jangkitan kuman boleh menjadi amat teruk jika tidak diberikan rawatan awal
terutamanya kepada mereka yang berisiko dan mudah dijangkiti kuman seperti kanak-
kanak, warga emas dan pesakit kronik.

LITERATURE REVIEW

3
1. “Penemuan dalam pengembangan vaksin untuk mencegah berjangkitnya
penyakit kolera pada ayam dan penyakit yang menyerang unggas”

(LOUIS PASTEUR 1822-1895, Ahli kimia dan biologi Perancis)

2. “PengertianTyphoid adalah penyakit infeksi sistemik akut yang disebabkan


infeksi salmonella Thypi. Organisme ini masuk melalui makanan dan minuman
yang sudah terkontaminasi oleh faeses dan urine dari orang yang terinfeksi
kuman salmonella”.

(BRUNER & SUDART, 1994)

3. “Typhoid adalah suatu penyakit pada usus yang menimbulkan gejala-gejala


sistemik yang disebabkan oleh salmonella typhosa, salmonella type A.B.C.
penularan terjadi secara pecal, oral melalui makanan dan minuman yang
terkontaminasi”

(Mansoer Orief.M. 1999)

4. “Typhoid adalah penyakit infeksi akut usus halus yang disebabkan oleh kuman
salmonella thypi dan salmonella para thypi A,B,C. sinonim dari penyakit ini
adalah Typhoid dan paratyphoid abdominalis”.

(Syaifullah Noer, 1996).

PENYAKIT KOLERA

SEJARAH

Penyakit Kolera telah membunuh berjuta-juta manusia setelah ia dijumpai di dalam air
yg tercemar dan organisma hidup di Culcutta,India pada awal abad ke 18.Pandemik
Kolera adalah pandemik yg berpanjangan selama bertahun-tahun yang merentasi masa
4
dan benua.Kes kolera pertama adalah pada 1817-1823 yang merebak daripada India
ke Asia Selatan,Asia Tengah,Timur Tengah dan Rusia menyebabkan beratus-ratus ribu
orang telah mati dan ia masih merebak sehingga kini.

Walaupun kes kolera yg menyebabkan pandemik yang masih tinggi,jumlah yang tidak
diketahui sebelumnya lebih rendah.Namun,jumlah ini berkurangan dari tahun ke tahun
berdasarkan pengetahuan dan tahap kesedaran orang ramai yang mengetahui akan
kesan dan akibat penyakit ini.

Berdasarkan perubahan atau tren yang berlaku,John Snow,seorang doktor dari


England telah menemui akan penyakit ini berdasarkan kejadian kes kolera yang
melanda London pada 1854.Akan tetapi.kajiannya tidak lengkap.Pada tahun yang
sama,seorang doktor dari Itali bernama Filippo Pacini telah menjumpai bakteria ini
namun ia ditolak oleh Kesatuan Perubatan Itali.Akhirya,pada 1883,Robert Koch telah
megesahkan kehadiran bakteria Kolera adalah punca penyakit kolera.

SIMPTOM
Antara simptom ialah cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau
busuk dan merupai air basuhan beras, dehidrasi ( keadaan kekurangan air) kadar nadi
yang laju, letih lesu, teramat mengantuk, kekejangan abdomen, loya, muntah.
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada
jangkitan.

KAWALAN & PENCEGAHAN


• Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
◦ Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum
penyediaan makanan.
◦ Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai
terutamanya selepas banjir atau bencana alam
•Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
◦Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku
wabak
•Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas
•Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja

5
AGENSI YANG BERKEPENTINGAN

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

- Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

- Unit Bakas

2. Jabatan Alam Sekitar Malaysia

3. Jabatan Kimia Malaysia

PENYAKIT DEMAM KEPIALU

SEJARAH

 Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris)
merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai
Salmonella typhi. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya
boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.

 Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa


menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada tahun
1907, Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang
pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for
Disease Control) dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam
kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh

 Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan
bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi
bakteria.

JENIS MAKANAN YANG BIASA DIKAITKAN


6
 Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
 Sayuran mentah (ulam dan salad)
 Cendol & Susu mentah

SIMPTOM

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari
3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Antara simptomnya ialah demam
berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C, cirit birit, sakit perut, Sakit badan /
lemah / letih lesu dan batuk tanpa kahak.

DATA

Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003
(Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

KAWALAN

 Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin


biasanya diberikan

PENCEGAHAN

 Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga
sebelum menyediakan makanan
 Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
 Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan,
makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
 Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
 Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang
telah dibotolkan
 Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
 Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama
salepas banjir atau bencana alam
 Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
7
AGENSI YANG TERLIBAT
 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
 Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan KKM.

HEPATITIS A

SEJARAH
Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang menyebabkan
hepatitis boleh berlaku; jangkitan virus adalah salah satu daripadanya. Banyak virus
yang boleh menyebabkan hepatitis samada secara langsung atau tidak langsung. Virus
hepatitis memberi kesan yang besar ke atas hati. Terdapat beberapa jenis virus
hepatitis (A,B,C,D,E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A, yang
dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar.

SIMPTOM
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A selepas
mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti
hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat
setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). Kebanyakan kanak-kanak
menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit
yang tidak menunjukkan gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A
wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua
minggu selepas gejala bermula.
Gejala dan symptom-simptom yang dapat dikenalpasti ialah hilang selera makan, loya
demam, muntah-muntah, kesakitan pada perut, keletihan dan penyakit kuning, air
kencing kotor, najis berwarna pucat.
Di negara membangun, kebanyakan penduduk terdedah pada jangkitan semasa kecil
dengan atau tanpa gejala.

Statistik penyakit hepatitis setiap tahun :


8
Tahun 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006
Hepatitis 27.00 18.30 16.81 14.68 14.40 11.69 9.77 9.37
(%)

KAWALAN & PENCEGAHAN


1. Kawalan persekitaran
2. Memberi pendidikan kesihatan kepada kumpula sasar dengan menitik beratkan
tentang amalan kebersihan diri dan sanitasi yang baik.
3. Memberikan Imunisasi.

AGENSI YANG TERLIBAT


1. Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Kementerian Alam Sekitar.

PENYAKIT DISENTRI

SEJARAH

Disentri berasal dari bahasa Yunani, iaitu dys (=gangguan) dan enteron (=usus), yang
berarti radang usus yang menimbulkan gejala meluas, tinja lendir bercampur darah.
Gejala-gejala disentri antara lain adalah buang air besar dengan tinja berdarah dan tinja
bercampur lendir(mucus) dan terasa ingin membuang air besar(tenesmus).

JENIS PENYAKIT

Disentri yang disebabkan oleh bacteria adalah 60% disebabkan oleh spesis Shigella
dysentriae dan lain-lain disebabkan oleh Escherichia coli, spesis Salmonella dan
Campylobacter jejuni (terutama pada bayi). Manakala disentri yang disebabkan parasit
adalah disebabkan oleh Entamoeba hystolitica, sering berlaku pada kanak-kanak
berusia lebih 5 tahun.

SIMPTOM

9
Di negara membangun seperti Malaysia disentri secara umumnya ialah penyakit ringan,
menyebabkan simptom ringan termasuklah sakit perut ringan dan kerap membuang air
besar. Simptom normalnya terjadi selepas satu hingga tiga hari dan selalunya tidak
bertahan lama iaitu maksimum satu minggu. Kekerapan membuang air besar, jumlah
najis yang dikeluarkan dan kehadiran lendir dan/atau darah bergantung kepada
pathogen yang menyebabkan penyakit itu.

Antara symptom yang dapat dikenalpasti ialah Dehidrasi, Gangguan elektrolit, terutama
hiponatremia, Kejang, Sepsis dan DIC Malnutrisi dan Reactive arthritis.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN

Disentri pada mulanya dikawal dengan mengekalkan cecair yang diambil mengunakan
oral rehydration therapy. Ideanya tiada antimikrobial terapi patut diambil sehingga
mikroskopi mikrobiologikal dan kajian kultur mewartakan infeksi spesifik terlibat.
Apabila perkhidmatan makmal tidak dapat disediakan maka wajar jika langkah kawalan
iaitu gabungan ubatan termasuklah ubat amoebicidal untuk membunuh parasit dan
antibiotic untuk mengubati mana-mana infeksi bakteria yang berkaitan.

AGENSI TERLIBAT

 Unit kawalan penyakit berjangkit, unit inspektorat pejabat kesihatan Kementerian


Kesihatan Malaysia.

 Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

ULASAN

10
Daripada laporan yanang telah kami siapkan ini kami telah mempelajari bahawa terdapat
banyak penyakit yang disebabkan oleh air.Antara penyakit bawaan air yang telah kami temui
ialah oenyakit taun , Tifoid , HepatitisA , Denggi dan banyak lagi.

Antara punca-punca yang menyebabkan kepada bawaan penyakit-penyakit ini ialah


keadaan air yang kotor kerana pembuangan sampah sarap ke dalam punca air seperti sungai ,
pembuangan sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab , campuran bahan kimia
dalam air , wujudnya mikroorganisma dalam air termasuk patogen di dalam air seperti Vibrio
Cholera yang menyebabkan penyakit Taun.Selain itu pemprosesan penapisan air tidak
sempurna menyebabkan bekalan air yang dibekalkan tidak bersih dan selamat untuk
digunakan.

Bagi mengelakkan terjadinya penyakit bawaan air pelbagai langkah pencegahan dapat
dijalankan.Antaranya ialah menjga kebersihan sumber-sumber air , menghapuskan
mikroorganisma berpatogen yang hidup dalam air ,dan memastikan bekalan air yang
dibekalkan kepada pengguna selamat dan bersih.

KESIMPULAN

Selepas menyiapkan laporan ini para pelatih dapat mengenalpasti punca-punca yang
menyebabkan penyakit bawaan air dan cara pencegahan penyakit-penyakit tersebut.Selain itu
kami juga mengetahui simptom-simptom yang akan dialami oleh penghidap penyakit bawaan
air.Selain menambah pengetahuan mengenai penyakit bawaan air kami telah mempelajari
cara untuk bekerjasama dalam satu kumpulan kerana maklumat-maklumat yamg diperolehi
perlu ditapis untuk mendapat isi yang tepat dan menarik.

Terdapat beberapa halangan yang telah kami hadapi dalam menyiapkan laporan ini yang telah
memberiakan kami pengalaman baru.Antara halangan yang kami hadapi ialah maklumat yang
ingin kami cari mengenai penyakit bawaan air amat susah untuk dijumpai dan artikel panjang
perlu dipendekkan untuk memastiakan kami hanya memilh maklumat yang tepat dan padat.

Kesimpulannya melalui tugasan yang diberikan ini kami dapat mempelajari tentang penyakit
bawaan air dan mendapat pengalaman baru bagi memajukan diri dalam bidang Kesihatan
Persekitaran.

RUJUKAN:
11
 http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?
lang=dewasa&sub=0&bhs=may&storyid=1130206872738
 http://en.wikipedia.org/wiki/Dysentery
 http://id.wikipedia.org/wiki/Disentri
 http://cybermed.cbn.net.id/cbprtl/cybermed/detail.aspx?x=Hembing&y=cybermed
%7C0%7C0%7C8%7C89
 http://www.lumajang-online.com/forum/index.php?topic=488.5;wap2
 http://kamus-kesehatan.blogspot.com/

LAMPIRAN

12

You might also like