You are on page 1of 20

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

18)
BUKU CENDERAMATA MUZIKAL TUN MAHATHIR

MUKA YANG SALAH YANG BETUL CATATAN


SURAT

2 di Temuramah ditemu ramah Temu ramah, kata


majmuk yang dieja
terpisah. Kata majmuk
dieja sebagai satu
perkataan apabila
menerima awalan dan
akhiran.

Contoh:

 Temu ramah
 Ditemu ramah
 Menemuramahkan

 Ambil alih
 Diambil alih
 Pengambilan

Di berfungsi sebagai
awalan dengan demikian
dieja rapat – ditemu.

3 kurniaNya kurnia-Nya Ada tanda sempang


kerana konsonan N dieja
dengan huruf besar –
merujuk kepada Allah
SWT.

3 …di atas segala …atas segala Kata sendi di atas


komitmen, komitmen digunakan untuk perkara
yang boleh dipegang
atau nampak fizikalnya.

1
Contohnya:
 di atas meja
 di atas pokok
 di atas bumbung
 di atas jalan
 di atas bahu

4 Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Kata pemeri adalah


adalah muzikal ialah muzikal yang… hanya boleh diikuti oleh
yang… kata sendi nama dan
kata adjektif yang
bersifat huraian sahaja.

Contohnya:
 Kursus ini adalah
untuk …

 Tarikh tutup kursus


adalah pada 31
Ogos 2009.

Kata pemeri ialah hanya


boleh diikuti oleh kata
nama atau frasa nama
yang bersifat persamaan
sahaja.

Contohnya:
 Masalah yang kita
hadapi ialah
kekurangan
pendapat yang
bernas.

 Sepak takraw ialah


sukan yang elok
dipertandingkan.

4 …berada di mana …berada di mana- Di mana kata tanya. (di


sahaja. mana sahaja. mana?)
Lebih tepat, di mana-
mana.

2
5 …menceritakan …menceritakan Kata kerja transitif (KKT)
mengenai kehidupan zaman menceritakan tidak
kehidupan zaman kanak-kanak… boleh disisipkan dengan
kanak-kanak kata sendi – mengenai.

KKT menerima objek/kata


nama /frasa nama –
kehidupan zaman kanak-
kanak.

7 izinNya izin-Nya Nya merujuk kepada


Allah SWT. Dengan
demikian , konsonan N
dieja dengan huruf besar.
Perlu ada tanda
sempang sebelum Nya.

8 …merasa amat …berasa amat Merasa – mengalami


bangga bangga rasa dengan lidah
Berasa- mendapat rasa,
mengalami rasa di dalam
hati

8 Ini adalah salah satu Ini salah satu cara Dalam banyak hal kata
cara Kumpulan Kumpulan Utusan pemeri adalah tidak perlu
Utusan menunjukkan menunjukkan ada.
komitmen komitmen…

8 di dihayati dihayati Kesilapan menaip.

8 Antaranya ialah Antaranya adalah Rujuk penjelasan di m.s. 2.


tentang kecekalan… tentang kecekalan…

9 Sejarah adalah Sejarah merupakan Rujuk penjelasan di m.s. 2.


catatan benar yang catatan benar yang
akan menjadi menjadi rujukan
rujukan generasi generasi akan
akan datang. datang.

3
10 Beliau adalah anak Beliau anak Dalam banyak hal kata
bungsu… bungsu… pemeri adalah tidak perlu
ada.

10 …beliau adalah …beliau pelajar Rujuk penjelasan di atas.


pelajar yang tekun… yang tekun…

10 …mengambil berat …mengambil berat Perlu ada kata sendi


kebajikan pelajar- akan kebajikan akan.
pelajar lain. pelajar-pelajar lain.

10 Selain daripada Selain perkhidmatan Tidak perlu ada kata


perkhidmatan perubatan, sendi dari atau daripada
perubatan, selepas kata selain.

11 KEPERIHATINAN KEPRIHATINAN Ejaan yang tepat prihatin


beliau… beliau…

11 Satu dari minat Satu daripada minat Kata sendi daripada lebih
tepat.

11 …beliau masih …beliau masih di Di berfungsi sebagai kata


dibangku sekolah, bangku sekolah, sendi, dengan demikian
dieja terpisah.

11 …majalah yang …majalah yang Di mana, kata tanya (di


diterbitkan oleh kolej diterbitkan oleh kolej mana?) dan tidak boleh
perubatan di mana perubatan, tempat berfungsi sebagai kata
beliau menuntut. beliau menuntut. hubung.

11 Selain daripada Selain menulis, Tidak perlu ada kata


menulis, sendi dari atau daripada
selepas kata selain.

11 …berpegang …berpegang Kesilapan menaip


tuguh… teguh…

11 Dr. Mahathir telah Dr. Mahathir telah Ayat asal tidak gramatis.
dianugerahkan dianugerahi
Honorary Freedom … Honarary Freedom..

4
11 di dalam arena dalam arena politik Kata sendi nama di
politik digunakan khusus di
hadapan kata nama
atau frasa nama yang
menunjukkan tempat.
Contohnya:
 di atas
 di Perlis
 di sana

Kata sendi nama dalam


pula digunakan di
hadapan kata nama
atau frasa nama yang
membawa pengertian
lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau
jarak seperti perkara,
peristiwa, hal, urusan,
bahasa, bidang,
masyarakat dan
sebagainya.
Contohnya:
 dalam hal ini…
 dalam bidang
penyiaran …
 dalam konteks
ini,…

Kata sendi nama di


dalam digunakan untuk
yang ada ruang.

Contohnya:
 di dalam bilik
 di dalam hutan
 di dalam kotak
 di dalam dewan

11 1950an 1950-an Perlu ada tanda


sempang.

5
11 sosio-politik sosiopolitik Awalan asing anti, bio,
dwi, eka, eko, juru, ko,
maha, multi, pasca, pra,
pro, sosio,sub, swa, tata,
tri dan tuna - apabila
bertemu dengan kata
nama umum, dieja
sebagai satu perkataan,
tanpa tanda sempang.

Contohnya:
 antidadah
 antikomunis
 biologi
 bioteknologi
 dwibahasa
 dwicabang
 ekafungsi
 ekawarna
 ekosistem
 ekopelancongan
 juruaudit
 juruukur
 kokurikulum
 mahaguru
 maharani
 multimedia
 multinasional
 pascaijazah
 pascapenerbitan
 prasejarah
 pramoden
 proaktif
 prokemerdekaan
 sosiobudaya
 sosioekonomi
 subkontraktor
 substandard
 swakarya
 swalayan
 tatanama
 tatarias

6
 trifungsi
 trilogi
 tunasusila
 tunakarya

Namun apabila awalan


ini bertemu dengan kata
nama khas, kita tulis
dengan tanda sempang.

Contohnya:
 Anti-Rusia
 Pro-Barisan
Nasional

11 Perletakan jawatan Peletakan jawatan Peletakan kerana


daripada tindakan
meletak jawatan.

11 …didalam bidang …dalam bidang Rujuk penjelasan di m.s. 4.


politik politik

11 pilihanraya pilihan raya Pilihan raya, kata majmuk


yang dieja terpisah.

11 pilihanraya pilihan raya Pilihan raya, kata majmuk


yang dieja terpisah.

11 …di atas tiket Parti …atas tiket Parti Rujuk penjelasan di m.s. 1
Perikatan. Perikatan. & 2.

11 Beliau melepaskan Beliau melepaskan Yang mana kata tanya


jawatan ini untuk jawatan ini untuk (yang mana?) dan tidak
membolehkannya membolehkannya boleh berfungsi sebagai
bertanding pada bertanding pada kata hubung. Kata
pilihan raya umum pilihan raya umum hubung yang lebih tepat
tahun 1974 yang tahun 1974 yang ialah yang.
mana beliau beliau menang
menang tanpa tanpa bertanding.
bertanding.

7
11 Berikutan daripada Berikutan pilihan Tidak perlu ada kata
pilihan raya itu, raya itu, sendi - daripada
selepas kata berikutan.

11 Mengubah polisi Mengubah dasar Kata polisi hanya


pendidikan pendidikan digunakan untuk insurans.

11 …supaya ianya …supaya ia Tidak ada kata ganti


menggambarkan… menggambarkan.. ianya dalam BM. Yang
ada ia.

12 …kritikan terhadap …kritikan terhadap Kata polisi hanya


polisi-polisi dasar-dasar digunakan untuk insurans.
pendidikan… pendidikan…

12 Kemenangan beliau Kemenangan beliau Rujuk penjelasan di m.s. 4.


di dalam dalam pertandingan
pertandingan kerusi…
kerusi…

12 …ke Rahmatullah …ke rahmatullah Konsonan r tidak perlu


ditulis dengan huruf
besar.

12 …dan dimasa yang …pada masa yang Kata sendi pada untuk
sama sama masa.
Kata sendi di untuk
tempat.

12 Beliau juga adalah Beliau juga Pengerusi Dalam banyak hal, kata
Pengerusi Jawatankuasa pemeri atau kata
Jawatankuasa Pelaburan Kabinet penegas adalah tidak
Pelaburan Kabinet dan beliau tidak perlu ada.
dimana beliau tidak putus-putus
putus-putus menggalakkan Di mana – kata tanya (di
menggalakkan perdagangan dan mana?) dan tidak boleh
perdagangan dan /serta pelaburan berfungsi sebagai kata
pelaburan asing. asing. hubung.

Dan – kata hubung yang


lebih tepat.

8
12 …di mana beliau …yang beliau Di mana – kata tanya (di
menduduki tempat menduduki tempat mana?) dan tidak boleh
kedua… kedua… berfungsi sebagai kata
hubung.

Yang – kata hubung yang


lebih tepat.

12 matawang mata wang Mata wang, kata


majmuk yang dieja
terpisah.

12 dollar Amerika dolar Amerika Dolar, dieja dengan satu


l.

13 matawang negara mata wang negara Mata wang, kata


majmuk yang dieja
terpisah.

13 matawang Yen mata wang Yen Mata wang, kata


majmuk yang dieja
terpisah.

13 …iaitu suatu dasar …iaitu suatu dasar Di mana, dieja terpisah.


dimana Malaysia yang Malaysia Namun penggunaannya
diandaikan… diandaikan… dalam ayat ini tidak
tepat.
Di mana – kata tanya (di
mana?) dan tidak
mungkin berfungsi
sebagai kata hubung.
Yang – kata hubung yang
lebih tepat.

13 Dimasa Pada masa Kata sendi di untuk


pentadbirannya pentadbirannya, tempat.
banyak syarikat- banyak syarikat Kata sendi pada untuk
syarikat utiliti… utiliti… masa.
Banyak menunjukkan
jamak. Dengan demikian
syarikat tidak perlu
digandakan.

9
13 Di antara langkah- Antara langkah lain Kata selepas antara tidak
langkah lain, ialah.. ialah… perlu diulang.

13 …kejayaan didalam …kejayaan dalam Di dalam, dieja terpisah.


gerakan ini… gerakan ini… Rujuk m.s. 4 untuk
penjelasan tentang
penggunaan dalam dan
di dalam.

13 otomatif negara automatif negara Ejaan yang tepat,


automatif.

13 …nama negara di …nama negara Kata sendi di untuk


arena antarabangsa dalam arena tempat.
antarabangsa… Rujuk m.s. 4 untuk
penjelasan penggunaan
kata dalam.

14 …antara tugas …antara tugas Ayat asal tidak gramatis.


penting beliau penting beliau
adalah memastikan adalah untuk
perbelanjaan… memastikan
perbelanjaan…

14 perlaksanaannya pelaksanaannya Pelaksanaan, daripada


proses melaksanakan.

14 di penghujung tahun pada penghujung Kata sendi di untuk


tahun tempat.
Kata sendi pada untuk
masa.

14 …yang beliau …yang dicetuskan Ayat asal merupakan


cetus… beliau bentuk pasif untuk pelaku
pertama dan kedua.

Contohnya (yang betul);

…yang saya cetuskan..


(saya, pelaku pertama)
…yang kamu cetuskan..

10
(kamu, pelaku kedua)

Beliau, pelaku ketiga.


Dengan demikian, ayat
yang tepat ialah:

…yang dicetuskan beliau


atau
…yang dicetuskan oleh
beliau.

14 Projek ini ilhamkan Projek ini diilhamkan Kesilapan menaip.


dan direalisasikan… dan direalisasikan…

14 dikalangan di kalangan Di berfungsi sebagai kata


sendi, dengan demikian
dieja terpisah.

14 Y.A.Bhg. YABhg. Tidak perlu ada tanda


noktah.

18 karektor karakter Ejaan yang tepat


karakter

18 menemuramah menemu ramah Rujuk penjelasan di m.s.1

18 semua rakan-rakan semua rakan atau Kata semua


rakan-rakan melambangkan jamak.
Dengan demikian kata
rakan tidak perlu diulang.

23 rumahtangga rumah tangga Rumah tangga, kata


majmuk yang dieja
terpisah.

25 Ismail Kassan adalah Ismail Kassan Kata penegas atau kata


seorang seorang pemeri adalah tidak
penceramah penceramah perlu ada.
bebas… bebas…

11
25 …hadiah diperingkat …hadiah di Di berfungsi sebagai kata
kebangsaan adalah peringkat sendi. Dengan demikian
Pelayaran kebangsaan ialah ia dieja terpisah.
Inderapura 2… Pelayaran
Inderapura 2…

25 Beliau adalah Beliau merupakan… Tidak perlu ada kata


merupakan… penegas atau kata
pemeri adalah.

26 ke 49 ke-49 Perlu ada tanda


sempang.

27 tanahair tanah air Tanah air, kata majmuk


yang dieja terpisah.

28 Beliau juga adalah Beliau juga Tidak perlu ada kata


koreografer… koreografer… penegas atau kata
pemeri adalah.

28 Sukan Komenwel Sukan Komanwel Yang tepat komanwel.

28 Yang dipertuan Yang di-Pertuan Dieja dengan tanda


Agong ke IX Agong IX sempang selepas di.
Kosonan P dieja dengan
huruf besar. Tidak perlu
kata sendi (ke) selepas
angka yg ditulis I, II, IV, IX,
V, VII,dll

Tanda sempang
digunakan bagi angka
rumi seperti 9, 18, 25, 109
dan seterusnya.
Contoh:
ke-9, ke-18, ke-25, ke-
109.

12
29 Beliau menjadi ??? Mungkin ada ayat yang
koreografer bagi tertinggal.
overture dan babak
King Edwards
College ke atas
dalam Muzikal Tun
Mahathir.

29 professional profesional Profesional, dieja dengan


satu konsonan s.

29 Beliau telah Beliau menjelajahi Kesilapan menaip.


menjelahi Tidak perlu ada kata
telah.

29 Hasil kerja belia, Hasil kerja beliau, Kesilapan mengeja.

30 Sukan Komenwel Sukan Komanwel Ejaan yang tepat -


komanwel

30 Anak kelahirtan Anak kelahiran Johor Kesilapan menaip.


Johor

31 teater tanahair teater tanah air Tanah air, kata majmuk


yang dieja terpisah.

31 …yang pernah …yang pernah Rujuk penjelasan di m.s. 2.


disertai adalah disertai ialah Tengku
Tengku Anum, Lantai Anum, Lanati T
T Pinkie, Ibu Zain… Pinkie, Ibu Zain…

33 senireka seni reka Seni reka, kata majmuk


yang dieja terpisah.

33 Diantaranya Antaranya Merdeka, Antara – kata sendi yang


Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka!, tepat.
Merdeka!,Puteri Puteri Hang Li Po…
Hang Li Po…

13
33 rekabentuk set reka bentuk set Reka bentuk, kata
majmuk yang dieja
terpisah.

34 senireka seni reka Seni reka, kata majmuk


yang dieja terpisah.

34 …Mana Setangginya …Mana Setangginya Kesilapan menaip.


dan Banyak lagi. dan banyak lagi. Banyak- konsonan b dieja
Turut di beri Turut diberi dengan huruf kecil.
kepercayaan kepercayaan… Di berfungsi sebagai
imbuhan, dengan
demikian diberi dieja
sebagai satu perkataan.

35 MENGLIBATKAN diri MELIBATKAN diri Awalan yang tepat ialah


dalam… dalam… me bukan meng.

35 Diantara produksi Antara produksi Antara, kata sendi yang


teater teater tepat.

35 Dimana Bulan Selalu Di Mana Bulan Selalu Di berfungsi sebagai kata


Retak Retak sendi, dengan demikian
dieja terpisah.

35 Oi Yang Diatas Sana Oi Yang Di Atas Sana Di berfungsi sebagai kata


sendi, dengan demikian
dieja terpisah.

35 Cuci The Musikal Cuci The Musical Perkataan BI, jadi harus
Season 1 & 2 Season 1 & 2 dieja dalam BI.

35 senireka grafik seni reka grafik Seni reka, kata majmuk


yang dieja terpisah.

36 An Everning with An Evening With Kesilapan menaip.


Peace Peace

14
39 …telah …telah Yang mana – kata tanya
menghasilkan menghasilkan (Yang mana?) dan tidak
beberapa album beberapa album boleh berfungsi sebagai
yang mana lagu- yang lagu-lagu kata hubung. Yang – kata
lagu nyanyian nyanyian beliau… hubung yang tepat.
beliau…

39 …Muzikal Tun …Muzikal Tun Lebih tepat kata


Mahathir adalah Mahathir merupakan merupakan.
penampilan kedua penampilan kedua
beliau… beliau…

40 Esma menerima Esma menerima Ayat asal tidak gramatis


beberapa tawaran beberapa tawaran dan terlalu panjang.
iklan televisyen pada iklan televisyen pada
ketika itu, antaranya ketika itu. Antaranya
ialah Dashing, Salem Dashing, Salem dan
dan Enchanteur, Enchanteur. Tidak
tidak lama lama kemudian
kemudian, beliau beliau disunting
disunting pengarah (oleh) pengarah
drama dan juga drama dan filem.
filem.

40 Selama 20 tahun di Selama 20 tahun Rujuk penjelasan di m.s. 4.


dalam bidang dalam bidang
lakonan, beliau telah lakonan, beliau
melibatkan diri lebih melibatkan diri
ratusan drama dan dalam lebih ratusan
beberapa filem. drama dan
beberapa filem.

40 Esma pernah Esma pernah Rujuk penjelasan di m.s. 4.


melibatkan diri di melibatkan diri
dalam teater dalam teater
bergandingan bergandingan
bersama Wardina bersama Wardian
Safiyyah di dalam Safiyyah dalam Julia.
Julia.

15
40 Teater Muzikal Tun Teater Muzikal Tun Yang mana – kata tanya
Mahathir merupakan Mahathir merupakan (yang mana?) dan tidak
teater pertama di teater pertama yang boleh berfungsi sebagai
mana beliau meraih memberinya kata hubung. Yang – kata
peluang membawa peluang membawa hubung yang tepat.
watak utama. /melakonkan watak Ayat asal tidak gramatis.
utama.

40 …penglibatannya di …pelibatannya Rujuk penjelasan di m.s. 4.


dalam teater muzikal dalam teater muzikal Pelibatan daripada kata
ini… ini… kerja melibatkan.

40 …menguji …menguji Rujuk penjelasan di m.s. 4.


kemampuannya di kemampuannya
dalam seni lakonan. dalam seni lakonan.

43 Antara telemovie Antara telemovie Rujuk penjelasan di m.s.2.


lakonan beliau lakonan beliau ialah Ejaan yang tepat ialah
adalah Table for Two Table for Two (2004), Rafflesia.
(2004), Reflessia Rafflesia (2005)
(2005)…

43 Selain daripada Selain bergiat… Tidak perlu ada kata


bergiat… sendi dari atau daripada
selepas kata selain.

43 Antaranya adalah Antaranya ialah Rujuk penjelasan di m.s. 2.


Beat TV… Beat TV…

44 Selain daripada Selain menyanyi, Tidak perlu ada kata


menyanyi, sendi dari atau daripada
selepas kata selain.

44 doctor doktor Ejaan dalam BM - doktor

46 Dalam kesibukan Dalam kesibukan Ayat asal tidak gramatis.


beliau mengharungi beliau mengharungi
dunia filem, drama dunia filem, drama
dan pengacaraan, dan pengacaraan,
meluangkan masa beliau sempat

16
untuk mengambil meluangkan masa
bahagian dalam untuk mengambil
teater seperti … bahagian dalam
teater seperti…

46 Filem terbaru Filem terbaru Rujuk penjelasan di m.s. 2.


lakonan beliau lakonan beliau ialah
adalah Andartu Andartu Terlampau
Terlampau terbitan terbitan Haliza
Haliza Misbun. Misbun.

46 Antara drama Antara drama Rujuk penjelasan di m.s. 2.


lakonan beliau lakonan beliau ialah
adalah Pelamin Pelamin Kata ganti singkat (kau,
Fantasi….Kau Curi Fantasi…Kaucuri ku, mu, dll) dieja rapat.
Cinta Ku Cintaku

48 …mula begiat …mula bergiat Kesilapan menaip

48 Antara filem lakonan Antara filem lakonan Rujuk penjelasan di m.s. 2.


beliau adalah beliau ialah Putera…
Putera…

49 musim ke 7 Musim ke-7 Perlu ada tanda


sempang.

49 Antara telemovie Antara telemovie Rujuk penjelasan di m.s. 2


dan filem lakonan dan filem lakonan
beliau adalah Raya beliau ialah Raya
Kilang Berapi… Kilang Berapi…

49 Muzikal Tun Mahathir Muzikal Tun Mahathir Lebih tepat kata


adalah penglibatan merupakan merupakan.
sulung beliau dalam pelibatan sulung Pelibatan daripada kata
bidang teater. beliau dalam bidang kerja melibatkan.
teater.

50 …bergiat di dalam …bergiat dalam Rujuk penjelasan di m.s. 4.


teater teater

17
50 …di dalam …dalam Rujuk penjelasan di m.s. 4.
Pertandingan… Pertandingan…

57 KREW PENTAS KRU PENTAS Ejaan yang tepat – kru

57 KREW TEKNIKAL KRU TEKNIKAL Ejaan yang tepat – kru

58 MAKE-UP DEPARMENT MAKE-UP Kesilapan


DEPARTMENT mengeja/menaip.
Perkataan BI lazimnya
diitalikkan.

60 May Mei Ejaan dlm BM – Mei

64 TEMURAMAH TEMU RAMAH Temu ramah, kata


majmuk yang dieja
terpisah.

68 kemana nak belajar ke mana nak belajar Ke berfungsi sebagai kata


sendi, dengan demikian
dieja terpisah.

68 orang kampong orang kampung Hukum keselarasan vokal


Padan a dengan u
Contoh lain:
 asuh
 batuk
 kabus

69 shyhadu syahdu Ejaan yang tepat –


syahdu

69 digarhayu dirgahayu Ejaan yang tepat –


dirgahayu

69 satria sateria Ejaan yang tepat –


sateria

18
69 Bangunlah pertiwi Bangunlah pertiwi Kesilapan menaip
dengah hati teguh dengan hati teguh

70 KELAHIRAN AGONG KELAHIRAN AGUNG Hukum keselarasan vokal


Padan a dengan u
Contoh lain:
 asuh
 batuk
 kabus

Nota: Agong hanya


ejaan untuk YDP Agong

70 ke sembilan kesembilan Kesembilan, dieja


sebagai satu perkataan.

70 Malayan union Malayan Union Nama khas, vokal u huruf


besar.

70 di janji dijanji Di berfungsi sebagai


imbuhan, dengan
demikain dieja sebagai
satu perkataan.

77 BAHAGIAN SENIREKA BAHAGIAN SENI Seni reka, kata majmuk


REKA yang dieja terpisah.

77 BAHAGIAN PUBILISITI BAHAGIAN PUBLISITI Kesilapan menaip

79 & HAKCIPTA HAK CIPTA Hak cipta, kata majmuk


80 yang dieja terpisah.

19
NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan
bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat
saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh
dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat.
Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-
samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:

DATO’ ADILAH SHEK OMAR


Pengarah IPPTAR

Tarikh: 4 November 2010

20

You might also like