You are on page 1of 20

TEMA KELUARGA

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di
sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di
rumah.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di
kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan
kamu pada hari tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan kamu
dengan penjual barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air


ke Daun Keladi”.

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang lawatan kamu itu.

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di
kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara
tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….

18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman
kamu bercuti di kampung datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.


................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada


Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.


32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.

33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’

37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada


kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”

39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.

41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan


Kokurikulum di Sekolah”.

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di sekolah.
Tuliskan wawancara tersebut.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang kem
motivasi tersebut.

44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan kepadanya
tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang hari
tersebut selengkapnya.

47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang
diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.

48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.

50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan
kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.

52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik.
Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi peperiksaan
UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54. Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”

55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.

56. 17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

57. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.

58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.

59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.

.................................................................................................................

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A


http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr
...........................................................................................................................
.....
Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih
1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang masalah pencemaran air dan
langkah- langkah yang dapat diambil untuk menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda
dengan rakan anda itu.

Pendahuluan.
- air penting untuk kegunaan harian

Isi-isi.
1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit
kulit
2.langkah untuk menjamin kebersihan air – memasak air untuk membunuh kuman
3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

Penutup
- menjaga kebersihan air untuk menjamin
kesihatan

2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu


pertan dingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Tulis syarahan itu.

Pendahuluan.
- kata-kata aluan
- kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup
Isi-isi
1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar tidak bersih
2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan mundur
3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu –
mengawal pencemaran

Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar

3.Lengkapkan cerita di bawah ini.


Aku sedang memancing dengan kawanku di tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang
akan
sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu kawanku. Kami
mendekati
benda itu …

Pendahuluan.
- seperti perenggan di atas.

Isi-isi
1.menyangkakan benda yang terapung itu batang kayu – cuba menguis-nguisnya
2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing sungai
3.memberitahu orang kampung – membuat laporan
4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

Penutup
- buaya tersebut ditempatkan di zoo

4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah mengadakan projek
secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
royong yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan tersebut.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-
royong diadakan
Isi-isi
1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus sekolah - memupuk hubungan
mesra
2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar
3.mengecat bangunan kantin – menanam pokok-pokok bunga
4.berhenti rehat – jamuan ringan
5.menyambung kerja – membersihkan longkang

Penutup
- berterima kasih – berharap agar aktiviti yang
serupa lebih kerap diadakan

5. Ibu rakan karib anda dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit jantung.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa simpati anda kepadanya.

Pendahuluan
- menanyakan khabar dirinya dan ibunya

Isi-isi
1. terkejut mendengar berita – ibunya dimasukkan ke hospital
2. meminta maaf – tidak dapat melawat ibunya
3. ibu bersalin di hospital – menjaga adik-adik di rumah.
4. berharap agar dia tidak berkecil hati

Penutup
- berharap ibunya cepat sembuh

6. Lengkapkan cerita di bawah.


Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi bagaimana?
Ibu
bapaku tidak akan melayan
kehendakku. Aku kurang memberikan perhatian pada pelajaran
berbanding dengan adikku. Dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang da
lam
peperiksaannya. Aku…

Pendahuluan
- seperti petikan di atas

Isi-isi
1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh
2. berazam – tidak mahu ponteng sekolah tekun mengulang kaji
3. cikgu hairan – semakin rajin bertanya
4. keputusan akhir tahun – tempat pertama ayah membeli kasut idaman

Penutup
- berasa bangga – berazam untuk mengekalkan
prestasi cemerlang

7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang menyedihkan anda. Tulis
suatu
cerita yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut.

Pendahuluan
- bercuti di kampung nelayan – rumah kawan baik – keluarganya susah

Isi-isi
1. suatu malam – rumah jirannya terbakar - terjaga – segera membantu
2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan barang-barang
3. jeritan meminta tolong – anaknya terperangkap
4. bomba datang – tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan – sungguh
sedih

Penutup
- bapa datang menolong keluarga kawanku
- aku insaf atas kejadian yang berlaku

8. Baru-baru ini negara kita telah dilanda jerebu. Keadaan ini menyebabkan kita tidak
selesa. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda menghadapi suasana
tersebut.

Pendahuluan
- punca jerebu – aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang

Isi-isi
1. radio, televisyen, akhbar – menyiarkan berita mengenai jerebu
2. kurang bermain di luar rumah – tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
3. tidak berapa sihat – batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
4. Negeri Sarawak diisytihar darurat – membeli makanan untuk bekalan

Penutup
- dua minggu kemudian – jerebu berkurang
9. Anda telah terpilih untuk menyertai suatu pertandingan akhir yang diadakan di
sekolah anda. Berbagai-bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut.
Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama pertandingan yang disertai

Isi-isi
1. persediaan awal – berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan pakaian yang sesuai
2. pada hari pertandingan – berdebar-debar
3. tiba giliran – persembahan penuh bertenaga dan yakin
4. tidak sangka menang – peserta yang lain hebat

Penutup
- gembira kerana berjaya – tidak melupakan orang yang memberi sokongan – impian
tercapai

10. Baru-baru ini pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu.
Berbagai-
bagai aktiviti telah diadakan Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.

Pendahuluan
- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
2012

Isi-isi
1. pelbagai aktiviti diatur – pertandingan melukis poster – terbuka kepada semua murid
2. pertandingan syarahan – Syazlin Sazali menjadi johan
3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas
4. pertandingan mendeklamasikan sajak
5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku – sepanjang minggu itu

Penutup
- segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya

..........................................................................................................................
........
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:


Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat
handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1. Surat ucap tahniah


2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya

Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 2012

Cara B : 8 hb. Februari, 2012

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan
penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan
yang dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :


nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat
lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


.Nama penulis.........................
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................

Tarikh :

(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat


) ............................................................................................................................
..................................
................................................................................................................................
...............................

Saudara, (atau yang lain)


(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam
perenggan yang berasingan)

................................................................................................................................
..............................
................................................................................................................................
..............................
................................................................................................................................
................................
................................................................................................................................
............................
................................................................................................................................
................

Yang benar,
.................

( Nama Huruf Besar )

Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah
kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

1 Nama dan alamat pengirim (kanan)


2 Tarikh (kanan)
3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak
ayah memajak sebahagian sahaja
keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7 Perenggan ke-3 boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
terima kasih
8 Penutup
9 Tandatangan pengirim (kanan)
7 Perakuan diri (kanan)

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )


a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah
menulis nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap
‘ketinggalan zaman’ jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.
............................................................................................
Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan
penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh
dapatkan bantuan daripada guru. )

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang
mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah
anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan
formatnya.

3. Perhatikan format di bawah.

Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(garisanpanjang)_____________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama
negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan
sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan ,
misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya
bahawa Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan
bola yang telah rosak.
Rangka
1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma
di hujungnya ) kemudian selang satu baris
2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )(
alamat yang terakhir digariskan )
4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat
contoh )
8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah.
Jarakkan sedikit
sebelum menulis )
9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. penutup terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan
koma
.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat
tidak rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang
memeriksa kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.

CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan Bola Jaring,


Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 24
APRIL 2012.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin
memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon
bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk
menghadapi perlawanan yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang
kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk
berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih

Yang benar,
Widyawati
…………………
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )


a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa

.........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah
karangan mengenainya.

Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan
mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip

Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang


menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada
terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan

- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi


- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan
dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang.

c. Menulis karangan

- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih


dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan
tulisan.

d. Menyemak karangan

- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada
tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan
imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah
melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih
baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang
panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan
tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu
isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat
contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
“Kamu baru pulang ?”
“Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.”
“Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
“Kamu baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN

 Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.


 Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut
mana yang lebih penting.
 Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
 Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
 Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (
seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
 Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

............................................................................................................................
...............
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR


1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah
dan merancang mengadakan …”)
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian,
aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan
memuji langkah yang kami lakukan.
“Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan
sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini
turut serta,” kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa
segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid
memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang
yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin
menyatakan sesuatu.
“Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang
prihatin,” kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu
sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan.
Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi
Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan
semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka
menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya.
Sebagai anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah.
Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan
keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan
bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan
ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap
yang hidup kan mati.”
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku
terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata
orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik
kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih
yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil
keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku
kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan
baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading.
Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

… aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.

Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku.


Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh
jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk
memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu,
bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan
kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan,
terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus
berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan
lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar
yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara
tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan
tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati
membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-
sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas
rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu
terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu
terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut
menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala
tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata,
lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan
suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa
takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari
tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa
kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa
kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan
berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara
menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas
tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah
melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula
menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan
penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun
harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas
masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak
dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan
dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu.
Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas
pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah
tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar.
Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku
membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun
sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu
buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai
pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira,
menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa
atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga
yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang
perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar
penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di
sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah
agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka
kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana
terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah
hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang
kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat
dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku
yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah
membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi
perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil
memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar
sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi
cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya.
Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian
berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat
kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering
berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan
lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.”
Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.
4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai.
Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang
“Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan
tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam.
Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-
masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu
semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik
pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa
yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku.
Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak
berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga
menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai.
Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang
dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan

You might also like