You are on page 1of 2

Kemahiran membaca nerupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-

murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan
murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis
pengujian seperti standard prestasi .Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid-
murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan
perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Penilaian kemahiran membaca perlu dinilai oleh guru daripada segi beberapa aspek.
Antara aspek yang perlu dinilai adalah kelancaran murid membaca teks petikan yang
diberikan oleh guru. Selain itu, murid perlulah dapat membaca denagn intonansi dan jeda
yang betul supaya murid dapat memahami teks. Murid juga perlu dapat membaca teks dengan
gaya yang tersendiri seperti bahasa badan yang menarik. Bagi menilai pemahaman murid
terhadap teks bacaan, guru boleh menyoal beberapa soalan yang berkaitan dengan teks
bacaan. Akhir sekali, aspek yang paling penting adalah murid perlulah menunjukkan
peningkata kehamiran membaca dari semasa ke semasa.

Guru boleh mengukur kemahiran membaca murid dengan menggunakan standard


prestasi iaitu menggunakan kategori Band yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, murid dapat
mengetahui tahap kebolehan mereka agar mereka dapat meningkatkan mutu pembacaan
mereka pada masa akan datang. Guru juga boleh menggunakan standard prestasi untuk
melihat kemajuan murid daripada segi pelbagai aspek dalam kemahiran membaca. Dengan
cara ini guru dapat memberi teks yang sesuai mengikut kemampuan murid agar mereka dapat
menambah mutu teknik pembacaan di dalam kelas. Teks bacaan perlulah mengikut
kemampuan murid agar mereka dapat membaca teks bacaan tersebut denga baik.

Teks dibawah merupakan contoh teks berita yang boleh dgunakan oeh guru untuk
menilai kemahiran membaca murid. Dengan menggunakan teks berita, guru dapat meniali
bacaan murid dari aspek intonansi, kelantangan suara, jeda dan juga gaya membaca teks
tersebut. Pembacaan teks berita merupakan satu kebolehan yang peru dititikberatkan oleh
guru kerana pembacaan teks berita mempunyai kelainan tersendiri berbanding pembacaan
teks biasa. Oleh itu, guru boleh mengukur kemampuan murid menggunakan standard prestasi
yang mengguakan kategori Band.
Oleh itu, kemahiran membaca merupakan salah satu kehairan yag perlu dikuasai oleh
murid kerana kemahiran membaca amat penting dalam kehidupan seharian kita. Secara
kesimpulannya, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap
kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid di dalam kelas.

You might also like