You are on page 1of 2

As salam/ salam sejahtera..

Terima kasih kerana sudi membeli DVD/ Pendrive Bahan Bantu Mengajar
Geografi KSSM Ting 1,2,3 serta Geografi SPM 4 & 5.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa daripada rakan-rakan guru yang tidak
putus-putus mendoakan keberkatan dan kesejahteraan diri serta keluarga saya.
Semoga kita semua mendapat rahmat dariNya. Semoga bahan yang sedia ada
dimanafaatkan untuk memberikan pendidikan terbaik bagi murid-murid kita.

Untuk menghasilkan bahan bantu mengajar ini bukanlah sesuatu perkara yang
mudah. Banyak masa dan pengorbanan bagi menghasilkan bahan seperti ini.
Justeru, saya memohon agar rakan-rakan guru untuk tidak menyebarkannya di
dalam media social atau apa-apa juga aplikasi yang membolehkan bahan ini
disebarkan ke dalam internet. Biarlah mereka yang berminat mendapatkannya
daripada saya sendiri.

Jika terdapat sebarang kekurangan, cg2 boleh pm sy dan insha allah sy akan
perrbetulkan daripada masa ke semasa.

Sekian, salam hormat daripada saya.

Zulhazlia binti Zulkifli


013-39100324

Telegram : Bahan bantu mengajar Geo

Fb : Zulhazlia zulkifli

You might also like