You are on page 1of 2

Nota Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Kelas kata Cakap Ajuk Cakap Pindah


Kata ganti Aku,saya,hamba,patik Dia,ia,nya,beliau
nama diri
Kami,kita Mereka

Beta Baginda

Anda,awak,kamu,engkau Saya,dia,nya
Kata ganti sini Situ,sana,tempat itu
tempat
Kata ganti tunjuk ini itu
Kata Demikian ini Demikian itu
keterangan
cara Begini begitu
Kata Sekarang Masa itu,ketika itu
keterangan
masa Malam tadi Malam
semalamnya

Semalam Semalamnya

Hari ini Hari itu

Tadi Ketika itu

esok Esoknya,keesokan,
Harinya,hari itu
Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan
tidak boleh dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal.
Contohnya:
“Tolong bawakan saya segelas air”, kata ayah kepada emak.

Salah : Ayah berkata kepada emak tolong bawakannya segelas


air.
Betul : Ayah meminta emak supaya membawakannya segelas
air.

“Jangan pijak rumput itu”, kata Cikgu Ali kepada murid-


muridnya.

Salah : Cikgu Ali berkata kepada murid-muridnya jangan pijak


rumput itu.
Betul : Cikgu Ali melarang murid-muridnya supaya tidak memijak
rumput itu.
Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Arahan : Tukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah


tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?”


kata Siti.
2. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat
latihan”, kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
3. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah hubungi
saya dengan telefon”, kata jurujual itu kepada Tauke Lim.
4. “Jangan ambil pensel saya”,kata Aiza kepada Aina.
5. “Tolong ambil beg saya di dalam bilik” kata Ira kepada
adiknya.

You might also like