You are on page 1of 11

lhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana telah mempermudahkan urusan

pencerapan saya pada 20 Jun 2017 yang lalu. Ditempatkan semula (reposting cuti
belajar Hadiah Latihan Persekutuan HLP) di SJKC tidak mematikan semangat saya,
malah saya buktikan bahawa pengalaman mengajar 11 tahun yang lalu boleh
diaplikasikan di sekolah saya yang terkini.

Teknik Digital Ink versi Apple juga diaplikasikan. Menggunakan Keynote, dan mengawal
slide keynote daripada Ipad memudahkan sesi pemulaan (set induksi) dalam PdPc.
(rujukan berkaitan teknik mirror menggunakan keynote boleh diakses di Kaedah
Mengawal Keynote App Mac dari iPad (Remote).

Gallery Walk juga digunakan untuk tujuan pembelajaran secara koperatif murid-murid.
Terdapat empat (4) stesen Gallery Walk. Kumpulan juga diagih kepada empat (4),
berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid. Setiap kumpulan adalah sama kuat,
tiada beza yang ketara dari segi pencapaian murid.

Untuk penilaian, aplikasi Plickers digunakan untuk menilai penerimaan murid terhadap
objektif pembelajaran. Kriteria kejayaan juga dibuat berdasarkan penilaian
menggunakan aplikasi Plickers ini.
Di sini saya sertakan RPH ringkas saya semasa dicerap. Tak ler tulis panjang-panjang.
Apa yang ditulis dalam RPH, itulah yang dibuat. Mengajar Unit 9 Safety Issues Bahasa
Inggeris Tahun 5 SJKC. Ambil yang mudah nak capai objektif, jangan pilih yang susah-
susah, hehe.

Template RPH di atas saya gunakan Sistem RPH Online


(http://rphonline.teknologihijau.net). Sistem ini diiktiraf sebagai inovasi setelah meraih
beberapa Pingat Emas/Perak/Gangsa di persada antarabangsa mahupun kebangsaan.
Meskipun dibangunkan pada 2012, setiap tahun penambahbaikan dibuat bersesuaian
dengan kehendak semasa RPH (selari dengan SPI Bil 3/99). Format terbaharu mengikut
SKPMG2 akan dibangunkan dalam versi 4.0 (setelah saya menamatkan pengajian
Master saya ya, sekarang ni masih menulis Bab4 dan 5. Tajuk master saya
berkaitan Inovasi Let-Gen 2.0).

Oklah, berbalik kepada cerita PdPc. Pencerapan saya dimulakan tepat jam 12.40
tengahari dan berakhir jam 1.40 tengahari (kelas 1 jam). Saya memilih Tahun 5B,
dengan subjek Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana mereka lebih memahami cara saya
mengajar (mereka pula sememangnya murid yang aktif dalam kelas), berbanding
murid Tahun 1 (juga subjek Bahasa Inggeris). Guru bangsa Melayu jika mengajar di
SJKC, hanya 4 subjek sahaja yang boleh diajar (BM, BI, PJK dan DSV). Jadi tiada
pilihan, saya memilih subjek BI (walaupun opsyen dominan saya Matematik SK).

Set Induksi (2 minit)

Menayangkan video persembahan murid Tahun 5M sempena sambutan Hari Guru 2017
peringkat sekolah. Video asal dalam 3 minit sahaja, tetapi tayangan hanya 15 saat.

Selepas 15 saat, video akan terhenti dan guru bertanya beberapa soalan berkaitan
video. Guru menggunakan teknik Digital Ink untuk menconteng paparan video (lihat
rajah di atas sekali dalam artikel ini).

Selepas itu, guru memberitahu secara tidak langsung Objektif Pembelajaran dan
Kriteria Kejayaan seperti tercatat di papan hitam.
Tayangan Slaid (3 minit)

Slot ini tak lama, dengan 8 slaid sahaja disediakan. Tak silap saya, saya cuma setelkan
slaid tak sampai 4 minit. Kenapa sekejap sangat? Sebab saya peruntukkan masa lebih
untuk aktiviti berkumpulan (20 minit), dan juga aktiviti penilaian menggunakan Plickers
(20 minit).

Pembahagian Kumpulan dan Taklimat (5 minit)

Kumpulan dibahagikan mengikut keupayaan pencapaian akademik mereka. Murid yang


pandai tidak akan dibahagi ke dalam satu kumpulan yang sama untuk mengelakkan
bias dalam prestasi kumpulan dalam Gallery Walk nanti.
Gambar di atas adalah pencapaian murid mengikut ranking. Setiap kumpulan ada 5
orang ahli dan kumpulan dibahagi kepada 4. Maka 4 orang murid ranking teratas akan
memulakan cabutan undi (straw biasa, dengan label tertutup 1,2,3,4).

Setelah murid-murid dibahagi dan duduk dalam kumpulan masing-masing, guru


memberikan taklimat ringkas berkaitan Gallery Walk. Gallery Walk ada 4 stesen:

 Stesen 1: Isi tempat kosong (Tahap kesukaran: Senang)


 Stesen 2: Bina ayat (Tahap kesukaran: Sederhana)
 Stesen 3: Teka Silang Kata (Tahap kesukaran: Susah)
 Stesen 4: Susun gambar (Tahap kesukaran: Senang)
Gallery Walk (20 minit) - Tips: Sediakan setiap stesen sebelum PdPc
berlangsung

Stesen 1: Isi tempat kosong (Tahap kesukaran: Senang)

Arahan: Murid diminta mengisi tempat kosong menggunakan


perkataan between, next to atau beside.




Stesen 2: Bina ayat (Tahap kesukaran: Sederhana)

Arahan: Murid diminta membina ayat menggunakan perkataan berpandu (guided


writing).




Stesen 3: Teka Silang Kata (Tahap kesukaran: Susah)

Arahan: Murid melengkapkan teka silang kata berdasarkan Fruits Market.






Stesen 4: Susun gambar (Tahap kesukaran: Senang)

Arahan: Murid diminta menyusun gambar mengikut arahan yang diletakkan dalam
sampul surat yang dipilih di hadapan kelas.






Penilaian menggunakan App Plickers (20 minit) - Tips: Memerlukan talian


Internet

Sebelum penilaian: Murid mengambil kad plickers masing-masing.





Semasa penilaian: Guru mengimbas jawapan murid menggunakan telefon pintar (app
Plickers)












Selepas penilaian: Markah murid ditayangkan




Panduan memulakan app Plickers menggunakan telefon pintar






Penutup (10 minit)


Murid menjawab lembaran kerja secara individu. Dua orang murid, Ng Boon Lai dan Ng
Li Hong yang tidak mencapai Kriteria Kejayaan (markah Plickers tidak mencapai 50%)
mendapat bimbingan guru untuk menjawab lembaran kerja ini.






// Catatan selepas pencerapan

Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat saya dokumentasikan melalui


platform maya ini. Saya juga perlu merekodkan video di atas (akan dibuat untuk
pencerapan kali kedua September) dan sedikit pelaporan berbentuk MsWord. Namun
itu bukan isu utama. Isunya di sini, adakah murid menjadi Pembelajar Aktif setelah kita
merancang semuanya.

Perancangan yang dibuat juga mengambil kira kemudahan prasarana dan pengetahuan
sedia ada murid. Murid dianggap telah mengetahui vocabulary fruits dan animals.
Prasarana di sekolah alhamdulillah, amat baik. Setiap kelas ada LCD projektor, dan
dilengkapi teknologi mirroring SWIPE (wePresent 1500). Namun, saya telah
mengubahsuai port LCD projektor sewaktu pencerapan (menggunakan HDMI, kabel
thunderbolt HDMI) berbanding kabel VGA Swipe.





Kenapa menggunakan Plickers?

 Murid tidak menggunakan device (chromebook/netbook)


 Hanya guru menggunakan device (laptop/smartphone)
 Rangkaian Internet sekolah belum diperluas ke bangunan sekolah. Guru
menggunakan data sendiri untuk tujuan PdPc ini. (Plickers memerlukan Internet
untuk berfungsi)
 Plickers adalah tool ICT untuk menilai PdPc secara tidak langsung
Sumber rujukan utama sebelum pencerapan:

 Buku Cikgu Hailmi (Pembelajaran Abad 21): Bukan Sekadar Susun Kerusi dan
Meja. Siapa nak tempah buku ini, boleh order daripada saya juga (ejen
Perak). WHATSAPP 0125798753 (Cikgu Faiz) atau ISI FORM INI. Stok banyak
lagi, baru re-stock.
 Geng Pembikin Modul Multimedia (yang ohsem) untuk PdPc Pembelajaran Abad
21 (Cikgu Aman, Cikgu KZ, Cikgu Zafarul, Cikgu Saffuan, Cikgu Zainal, Cikgu
Mohsen, Cikgu Rosmin, Kak Saripah MOZAC, Kak Roaimah serta tidak dilupakan Kak
Wanie, Bro Badrul)

* Scan kod QR di atas untuk membaca artikel ini dalam laman web (jika anda
membaca artikel ini secara hard copy)

Catatan malam raya. Selamat hari raya Aidilfitri 2017. Maaf Zahir Batin.

Cikgu Faiz, 12:02am

You might also like