You are on page 1of 3

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus

wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi & teknologi telah memberi


kesan kepada pembangunan sosial & insaniah remaja. Kerajaan & juga pelbagai
pihak lain berusaha untuk mendidik remaja di dalam membentuk remaja yang
berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke
peringkat IPT. Namun, di dalam zaman siber ini, keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan
masyarakat. Jika dulu masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar yang
membangun dan kota besar, masalah sosial ini turut menular di kawasan luar
bandar. Lebih menyedihkan, remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak
di dalam masalah ini. Di antara masalah yang seringkali berlaku di kalangan remaja
ialah samseng dan gengsterisme, seks bebas, minuman arak dan penyalahgunaan
dadah, lumba haram, ponteng sekolah dan banyak lagi.

Punca berlaku masalah sosial di kalangan remaja adalah kerana beberapa


faktor, antaranya peranan ibu bapa. Ibu bapa berperanan menentukan pola-pola
tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakan, disiplin di rumah,
hubungan mesra antara ibu bapa dengan anak serta keluarga yang utuh memberi
kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi & pencapaian akademik remaja
yang masih bergelar pelajar. Oleh itu, ibu bapa yang kurang memainkan peranan
dalam pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja
menyebabkan konflik sahsiah remaja tersebut. Ini menyebabkan remaja mencari
jalan keluar dengan bersifat agresif dan memberontak. Remaja yang mempunyai
sifat tersebut lebih gemar menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa
terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini bermulanya pengaruh-
pengaruh negatif yang menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial.

Selain dari itu, masalah keluarga seperti keluarga yang berpecah belah
akibat penceraian, kehilangan tempat bergantung dan seringkali berlaku
pertengkaran di antara ibu bapa. Remaja yang mempunyai masalah keluarga sering
kali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka ada. Pada ketika ini,
pengaruh daripada rakan-rakan banyak menjadi punca kepada remaja untuk terlibat
dalam masalah sosial. Peranan daripada ahli keluarga lain dapat membantu mereka
menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi cabaran zaman moden ini.
Antara punca lain adalah pengaruh rakan sebaya Dalam diri remaja,
pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok
rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang
remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan
mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang
remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin dan
cenderung melakukan perkara yang menbawa kebaikan, begitu juga sifat remaja
berkenaan. Tetapi jika rakan sebaya cenderung mempunyai sifat negatif, begitu juga
sikap remaja berkenaan. Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan.
Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli
kumpulannya. Remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.
Paling teruk atas sebab pengaruh rakan sebaya ini akan mempengaruhi remaja
terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak dan membunuh.

Peredaran zaman yang pesat membangun juga menjadi punca belakunya


gejala social di kalangan remaja. Penyalahgunaan IT di zaman penggunaan
teknologi maklumat & komunikasi yang semakin berkembang pesat di Malaysia, ibu
bapa berdepan dengan cabaran yang besar di dalam mengawal anak-anak mereka
dari tidak menyalahgunakan teknologi ini. Antara penyalahgunaan IT yang paling
popular sekarang adalah penyebaran video & gambar lucah di telefon bimbit. Muat
turun aplikasi ini amat mudah didapati di kedai-kedai yang menawarkannya dengan
harga semurah RM5. Bermula dengan ketagihan menonton aplikasi ini, remaja ingin
mencuba. Maka terjadilah kes seks bebas dan masalah pembuangan bayi yang
semakin kritikal. Ada di antara remaja yang merakam aksi mereka melakukan
hubungan seks atau merogol beramai-ramai dan menyebarkan rakaman tersebut di
dalam internet atau kepada rakan-rakan. Penggunaan laman web sosial seperti
Facebook, Twitter & Friendster juga boleh menjadi virus sekiranya ia
disalahgunakan. Tidak ada salahnya menambah kenalan tetapi jangan sesekali ia
dijadikan tempat untuk memaparkan gambar atau video lucah. Disinilah terletak
pentingnya peranan ibu bapa mengawal anak-anak mereka daripada melayari laman
web lucah.
Punca lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah
sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau perasaan ingin tahu yang
tinggi. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Selain itu, remaja sekarang lebih
suka kepada cabaran & mudah terikut-ikut dengan gaya & gaya hidup lain daripada
yang lain. Jika tidak kena pada caranya, remaja akan terjebak dalam masalah sosial.
Sebagai contoh kes hamil luar nikah, memetik kenyataan Akhbar Utusan Malaysia
(30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya & sukar mengawal hawa nafsu
dikenal pasti sebagai punca utma berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikap
remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik atau buruknya serta
akibat yang bakal diterima.

Akhir sekali punca belakunya gejala social ini adalah kerana kurangnya
didikan agama dikalangan remaja masa kini. Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran
agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam
menghadapi cabaran sosial. Pendidikan agama perlu diterap dalam diri remaja sejak
kecil. Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith sebenarnya sudah cukup
menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup. Islam sudah menerangkan secara jelas
tentang bahana setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.

Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu
mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan
lebih serius. Setiap individu, keluarga & masyarakat di satu-satu kawasan perlu
bekerjasama & mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini & memastikan
kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. masyarakat juga perlu
menyokong usaha pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam
melaksanakan program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga
untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang
bahayanya gejala sosial ini jika tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan
dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.

You might also like