You are on page 1of 6

1.

Buat Seekor Ulat Buku


Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-
sambung untuk
membentuk segmen ‘ulat buku’.
2.

Rakan Membaca


Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling
membantu untuk berkongsi pengalaman membaca. 3.

Mendirikan Satu Program Membaca


Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat
diperolehi. 4.

Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri


Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti
yang tersendiri. 5.

Diari Membaca Mingguan


Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan
yang dibaca. 6.

Ulasan Buku Mobail


Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah. 7.

Menghayati Puisi


Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan
sebab mereka berasa begitu. 8.

Baris Demi Baris


- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik. 9.

Mengumpul Perkataan


Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk
mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat
membuat rujukan dengan mudah. 10.

Kisahkan Semula Sebuah Cerita


Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis

Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan
perkataan sendiri. 11.

Melukis Model


Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip
daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan
membandingkannya kemudian.

12.

Halaman Masalah


Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang
masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya. 13.

Kerangka Cerita


Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan
penyelesaian. 14.

Urutan Cerita


Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu
seperti yang diingininya. 15.

Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu


? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea
utama perenggan-perenggan itu. 16.

Pesan Tersirat


Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin
disampaikan pengarang dalam karyanya. 17.

Luaskan Idea Kamu


Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik
yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan
keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak. 18.

Dua Aktiviti Dengan Lakonan


Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk
lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas. 19.

Tamu Minggu Ini


Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam
rancangan
‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa meny
ediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya. 20.

Membanding Dan Membeza


Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu
peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita. 21.

Merentas Dunia


Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan
rakyatnya. 22.

Mengumpul Maklumat


Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat
penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah

23.

Buat Sebuah Buku Fakta


Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya
untuk membuat sebuah buku. 24.

Berkongsi Dan Berbincang


Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang
satu tajuk yang dipilih mereka. 25.

Merancang Satu Persembahan


Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang
telah dibaca. 26.

Biodata Tokoh Terkenal


Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang
dapat diperolehi. 27.

Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta,


pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari
khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu. 28.

Membaca Gambar Rajah


Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat
melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya. 29.

Surat Berita

Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya
dalam bentuk surat berita. 30.

Buku Ditangan


Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada. 31.

Projek Pukal


Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32.

Anotasi Buku


Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran. 33.

Khemah Membaca


Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar
akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus. 34.

Kuiz Bestari


Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah. 35.

30/40 Minit Bersama Buku


AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada
minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran
pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.

Minggu Galakkan Membaca


AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk
pertandingan. 37.

Buku Skrap


Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.
38.

Wadah Bestari


Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk
memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain
dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa
beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan. 39.
Menulis Buku


Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan
contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang
baik diberi ganjaran. 40.

Melukis Kulit Buku


Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang
dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih). 41.

Projek Berwawasan


Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru
dalam buku rekod membaca. 42.

Hentian Ilmu/ Laluan Iqra


Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu
rehat. 43.

1 + 1 = 100 (Diskusi Buku)


Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya. 44.

Projek Cakna


Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual
ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu
pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca
dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang
kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya
dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik,
kartun dan kulit buku. 45.

Program ‘Walking Dictionary’


- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu
diperkenalkan.

You might also like