You are on page 1of 2

Nota - Novel Tawanan Komander Caucasus – Cikgu Vicky

Bab 1 – HILANG
Cerita akan mula dengan kehilangan Kim Yong . Pelbagai tanggapan telah muncul akibat
kehilangan Kim Yong. Kim Yong ini sebenarnya rakan sekelas dengan Farhani, Ren Chea Mei (yang
dikenali sebagai Chea Mei), Mira, Haikal, Wei dan Devnath. Kim Yong sebenarnya seorang yang
tidak mudah didekati oleh kawan -kawannya. Dia sering mengasingkan diri, enggan bergaul dengan
rakan – rakan sekelasnya . Perwatakan dia sebenarnya di gambarkan sebagai seorang yang
sombong dan angkuh. Oleh sebab itu, ramai tidak akan kawan dengan dia. Dalam bab pertama juga
mereka menggambarkan latar belakang Kim Yong sebagai seorang anak hartawan di bandar
dengan memiliki beberapa buah kilang dan syarikat di dalam serta di luar negara. Selepas kematian
ayah dia kini Kim Yong merupakan waris tunggal untuk harta tersebut. Perniagaan itu dikenadalikan
oleh Lembaga pengarah dan sebuah firma guaman yang telah dilantik oleh ayahnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana, bapa kim Yong melantik firma ini betujuan memastikan harta
keseluruhannya akan dimiliki oleh Kim Yong selepas dia menjadi dewasa. Farhani pergi menziarahi
ibu kim Yong, Puan Lee. Puan Lee menangis dengan sedih atas kehilangan anak tunggal itu. Petang
itu, Farhani mengajak kawan-kawannya lalu menziarahi ibu kim yong walaupun kim yong seorang
yang sombong. Puan Lee tersenyum lemah menyambut mereka sambil menganguk-angguk. Rumah
yang besar itu sunyi tanpa Kim Yong. Selepas itu, mereka meminta diri dan keluar dari rumah .
Namun demikian mereka tidak dapat menyapa bapa tiri Kim Yong Encik Kwok tidak kelihatan kerana
kemungkinan besar beliau sedang mencari Kim Yong. Farhani dan rakan-rakannya terpegun
dengan landskap yang disediahkan dengan air terjun buatan di banglo tingkat tiga tersebut. Farhani
terpegun dengan zoo mini kim yong yang ada pelbagai spesies kumbang yang cantik dan berbeza.
Tiba- tiba mereka terdengar jeritan umpama seorang yang hilang akal iaitu, Pn.Lee yang kehilangan
anaknya. Adik Puan Lee Mak Cik Margaret memujuk kakaknya itu. Farhani bangga dengan sikap
Mak Cik Margaret yang mangambil berat tentang Puan Lee yang menimpa kesedihan. Semasa
semua pulang ke rumah mereka masing – masing mempunyai pendapat yang berbeza. Haikal dan
Devnath anggap Kim Yong telah di culik . pada masa yang sam sama, mereka berpendapat mungkin
dia di culik kerana anak hartawan. Chea mei melontarkan pendapat bahawa kemungkinan besar jika
diculik perlu minta wang tebusan seperti di tonton dalam filem namun mereka tidak minta lalu mira
mengakatakan kepada Chea Mei bahawa filem dengan realiti berbeza. Farhani mengatakan bahawa
Kim yong hilang semasa mencari kumbang. Farhani baru tahu bahawa dia peminat kumbang
sehingga sanggup beli dari luar negara. Namun kawan-kawan mereka tertawa kerana kemungkinan
dia suka mencari kumbang sehingga Kim Yong tidak berkawan dengan mereka. Farhani tidak suka
perbuatan dan penyindiran kawan – kawannya lalu dia marah mereka dengan mengingatakan
mereka bahawa kawan-kawan perlu prihatin bukan membuat jenaka atas kehilangan seseorang.
Puan Lee masih sedih kerana sudah beberapa minggu tetapi masih tidak dapat sebarang jawapan
daripada penculik atau berita berkenaan Kim Yong. Media massa membuat pelbagai andaian
sehingga Kim Yong melepasi sempadan negara, Kim Yong sembunyikan makhluk halus atau
melarikan diri dan ada yang kata Kim Yong nampak di Thailand. Chea Mei mengatakan bahawa Kim
Yong melarikan diri kerana penderaan bapa tiri Encik Kwok. Encik Kwok seorang yang garang dan
sikap dia dikenali oleh masyarakat cina setempat itu. Farhani sangat simpati selepas mendegar
perkara ini. Setelah sebulan lalu, ramai mula lupa kehilangan Kim Yong dan mereka mula lupa kes
kehilangan tersebut. Namun demikian perkara ini sentiasa melintas dalam fikiran Farhani yang ingin
tahu kehilangan isteri tersebut.
Nota - Novel Tawanan Komander Caucasus – Cikgu Vicky

Kajian Spesifikasi Nota Tawanan Komander Caucasus – bab 1 Hilang

Nombor Muka surat Bukti Perincian


1 2 Biarpun Kim Yong selalu angkuh, Kasih Sayang
kehilangan menyentuh perasaan
Farhani
2 2 Puan Lee, ibu Kim Yong yang tidak Kasih sayang
henti-henti menangis kerana seorang ibu.
kehilangan anak tunggal
kesayangannya itu
3 2 Tidak mengapalah kalau kim yomng Perasaan simpati
sombong dan angkuh sekalipun.
Sebagai manusia biasa, dia berasa
musibah yang menimpa Kim Yong
seharusnya mendapat simpati mereka
sebagai rakan sekelas.
4 2 Apa khabar, Puan Lee ? sapa farhani, Hormat-
mewakili rakan- rakannya menghormati
5 5 Mak cik margaret mangambil berat Ambil berat
tentang Puan Lee yang hiba atas
kehilangan anak tunggalnya itu.
6 6 Farhani segera mendengus . Marah Simpati
dengan tingkah laku teman-temannya
yang tidak langsung prihatin terhadap
kehilangan Kim yong. “Hei sudahlah!
Tak baik kita ketawakan dia. Entah
apalah nasibnya, kita tak tahu.
Sepatutnya kita pelru doa dia selamat”
7 7 Encik kwok terhadap anak tirinya itu Latar masyarakat
bukan lagi menjadi rahsia dalam Cina
kalangan masyrakat cina di daerah itu.
8 8 Farhani menjadi amat simpati simpati
terhadap rakan sekelasnya itu.
9 8 Ingin sekali dia merungkai misteri itu Tidak putus asa
Tetapi dimanakah dia hendak bermula ?

 Untuk makluman calon, muka surat babak pertama ialah 1-8. Cikgu Vicky sudah membuat
perincian yang jitu untuk kegunaan anda.

You might also like