You are on page 1of 3

Karangan

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke 21 kini , dunia menyaksikan iktisad negara membangun
seperti cendawan tumbuh selepas hujan . Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam
sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain . Namun permasalahan remaja
cemerlang masih tiada penghujungnya . Dari segi konsepsinya remaja cemerlang boleh didefinisikan
sebagai remaja yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membuat sesuatu perkara . Biasanya ,
remaja yang cemerlang mempunyai sifat-sifat mahmudah sebagai tonggak utama mencapai kejayaan .
Natijahnya , remaja yang cemerlang ini akan mengecapi masa depan yang lebih cerah . Remaja yang
cemerlang boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut
yang bersinar cemerlang dicampakkan ke laut menjadi pulau yang penuh khazanah terawang di angkasa
menjadi bintang kejora yang bersinar bergemalapan . Hal ini bertepatan dengan aforisme, ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah Kamsah , remaja yang cemerlang
bermula daripada didikan ibu bapa di rumah . Oleh itu , jika setiap remaja yang mendengar nasihat dari
ibu bapa maka mereka mampu untuk menjadi remaja yang cemerlang .

Sudah terang lagi bersuluh , dengan menghormati ibu bapa dapat melahirkan remaja yang
cemerlang . Hal ini kerana , ibu bapa berasa lebih tenang dan gembira apabila remaja mengormati
mereka . Segala yang dilakukan remaja akan mendapat keberkatan . Oleh itu , setiap remaja haruslah
menghormati ibu bapa mereka agar mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat . Menurut Dato Dr
Fadzillah Kamsah , setiap anak wajib menghormati ibu bapa kerana ibu bapa boleh dianalogikan sebagai
cahaya yang sentiasa bersinar dengan terangnya. Bahkan dalam menghormati ibu bapa dapat memupuk
remaja yang bersahsiah mulia dan berwawasan . Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl , ayat 125
,serulah ke jalan Tuhanmu , wahai Muhammad dengan hikmah dan bijaksana serta berbahaslah dengan
mereka dengan cara yang baik , sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui asal usul hambanya . Oleh
itu ibu bapa sewajarnya memiliki skil kontemporari dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula, ibu bapa
ialah golongan yang wajib kita hormati . Anak – anak tidak sepatutnya menjadi seperti kacang lupakan
kulit. Sekiranya , setiap remaja menghormati , maka kehidupan keluarga akan sentiasa terjamin .

Memetik wasitah nirmala seterusnya , remaja juga perlu bijak menguruskan masa . Hal ini kerana
, ramai pelajar mahupun remaja sering merungut menghadapi kekangan masa . Namun , tidak dapat
dinafikan bahawa pelajar yang cemerlang mampu menguruskan masa dengan baik dan lebih
bersistematik dengan membina satu jadual harian mahupun jadual belajar secara persendirian .
Natijahnya , lahirlah pelajar yang tidak mengalami tekanan masa dalam kehidupan seharian mereka .
Masa yang terluang perlu diisi dan dimuatkan denhan perkara yang bermamfaat . Biar kita ambil contoh
, pelajar cemerlang SPM tahun 2009 , Nik Nur Madihah yang mencapai keputusan 20 A telah
menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran . Biarpun masa yang ada tidak
mencukupi , namun tiada rungutan yang dikeluarkan olehnya sebaliknya berusaha menguruskannya
dengan bijak . Hal ini bertepatan dengan aforisme , masa itu emas . Hal ini telah menbuktikan bahawa
sesungguhnya masa itu amat bernilai dalam diri seseorang pelajar mahupun remaja yang berwawasan
dan terbukti dalam surah An – Nas yang menjelaskan bahawa masa tidak menunggu kita , sebaliknya
kita yang perlu mengejar masa . Pelajar yang cemerlang merasakan bahawa kehidupan yang dilayarinya
begitu padat sehingga tidak mampu untuk bernafas . Sebaliknya , pelajar mahupun remaja yang tidak
berwawasan hidup yang jelas akan merasakan sehari bagai seminggu untuk dijalani . Natijahnya ,
lahirlah ramai remaja yang rugi dalam kehidupannya kerana tidak bijak dalam memenuhi masanya
dengan perkara yang tidak mendatangkan apa – apa manfaat . Pengurusan masa yang sistematik dan
teratur mampu membina ketenangan diri sewaktu menghadapi peperiksaan . Menurut Dato Dr Hj
Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara yang harus dipandang serius dan seterusnya
harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Sekiranya , remaja gagal menguruskan masa dengan baik
, maka wujudlah kera kena belacan , sejajar dengan perlakuannya . Hal ini boleh dianalogikan seperti
kaca yang jatuh berderai . Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya
membiarkan masa yang bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari .
Haruslah diingatkan bahawa masa yang bernilai tidak akan berulang untuk kali kedua sebaliknya perlu
difikirkan den dimanfaat dengan perkara yang berguna . Sekiranya , remaja mahupun pelajar bijak
menguruskan dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin nescaya kehidupan mereka akan bebas
daripada mengalami tekanan mahupun stres yang hebat . Oleh itu , sekiranya setiap remaja mampu
menguruskan masa dengan bijak , nescaya kehidupan seseorang individu akan lebih cemerlang dan
maju kehadapan .

Dari sudut kodifikasi yang berbeza remaja yang rajin berusaha dan beristiqamah untuk mencapai
kejayaan tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan berjaya . Hal ini kerana , manusia yang mudah
mengalah tidak akan mencapai sesuatu yang dikehendakinya tanpa berusaha . Natijahnya , masa depan
mereka akan menjadi sirna dan mereka akan hidup tanpa arah tuju yang kukuh . Sementelahan ittu ,
secara tidak langsung mereka akan menjadi seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning .
Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah .
Remaja yang cemerlang akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang berusaha keras mencari nafkah
kerana anak borek ,bapak rintih . Remaja seharusnya mengikut sikap seperti burung jentayu yang patah
sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Jika
kita menghadapi sesuatu rintangan seperti patah kandar di tengah jalan , kita seharusnya
menghadapinya dengan kental . Remaja yang rajin berusaha pasti tidak akan takut untuk jatuh lalu
tertiarap malah pasti akan bangun semula dari kegagalan . Hal ini kerana anjing ditepuk kepala
menjungkit ekornya . Orang yang tidak berusaha , cetek ilmunya . Orang yang cetek ilmunya seperti
diam-diam ubi berisi , diam-diam besi berkarat . Sekiranya , remaja berusaha ditambah pula dengan doa
dan tawakal pasti akan berjaya dan mampu membangun dan membanggakan nama negara kelak.

Sebagai remaja lagi lebai lagi berjanggut didikan agama sememangnya penting sebagai petunjuk
supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang sepatutnya . Oleh itu , remaja cemerlang akan
mempunyai didikan agama yang sempurna dalam diri mereka . Hal ini kerana , didikan agama yang
secukupnya dapat membentuk jati diri dan sahsiah yang mulia . Tidak dinafikan golongan yang
bertanggungjawab yang memberi didikan kepada remaja ialah ibu bapa. Seharusnya ibu bapa harus
menjalankan peranan yang sebaiknya dengan memberikan segala yang diperlukan oleh anak – anaknya
termasuklah member didikan agama . Janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan
dengan lurus . Remaja yang mempunyai didikan agama boleh dianalogikan seperti pokok yang dapat
baja untuk terus hidup . Menurut kata – kata Albert Einstein , agama tanpa ilmu adalah buta , ilmu tanpa
agama adalah lumpuh . Terbuktilah agama sangat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang
seterusnya dapat membantu untuk merealisasikan visi negara iaitu Wawasan 2020 . Oleh itu, ibu bapa
perlu memberikan penegasan kepada anak – anak mereka untuk menunaikan solat lima waktu , mengaji
dan memberi didikan fardu ain bagi membendung anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia .
Natijahnya , remaja tidak akan terpesong dari landasan yang betul . Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Jadi benarlah didikan agama memberi kesan yang
mendalam untuk membentuk remaja yang cemerlang . Sekiranya , ibu bapa perlu bersinergi untuk
memastikan anak – anak yang mempunyai sahsiah yang mulia seterusnnya menjadi remaja yang remaja
yang cemerlang .

Akhirul kalam , remaja yang cemerlang merupakan remaja yang sanggup merentasi segala
halangan bagi mencapai segala yang diimpikan sesungguhnya remaja yang cemerlang merupakan
tonggak kepada keluarga dan akan menjadi pelapis Negara yang sentiasa mempunyai idea untuk
menaikan negara dengan acuannya sendiri . Pada era globalisasi ini , begitu ramai remaja yang
cemerlang dalam kehidupannya untuk meningkatkan taraf hidup . Biasanya , remaja yang ingin mencapai
kejayaan di menara gading akan menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia
dan di akhirat . Ibu bapa juga akan menjadi cermin kepada seseorang remaja dan akan menjadikan
mereka sebagai idola atau perangsang untuk membina kecemerlangan diri . Remaja yang cemerlang
akan menjadi seperti pucuk dengan pelapah . Menurut Dato Dr Fadzillah Kamsah , jika tujuan anda jelas
, anda boleg mencapai kecemerlangan dengan jayanya . Sebagai pelapis pemimpin , remaja yang
cemerlang akan pandai meniti buih supaya selamat badan ke seberang . Sebagai remaja yang berintigriti
jadilah seperti burung jentayu uyang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu
, patah dagu bertongkatkan kuku . Janganlah hanya menjadi seperti angan – angan Mat Jenin yang
akhirnya jatuh ke perdu pohon jua . Oleh itu , remaja perlu memiliki sifat – sifat mahmudah bagi menjadi
seorang remaja yang cemerlang untuk menerangi kehidupan kelak . Natijahnya , remaja yang cemerlang
akakn dapat melayari bahtera kehidupan dengan lebih cemerlang tanpa sebarang masalah . Semoga ,
remaja yang cemerlang dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 bagi memastikan negara
tenggelam sama basah , timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin .

Menangkap lokan hanya sia- sia ,


Letak di bendang dimakan helang ,
Remaja pemangkin kemajuan Malaysia ,
Penjana modal insan yang cemerlang .

You might also like