You are on page 1of 2

Ujana Morfologi

I. Lelaki
II. Tetikus
III. Sesiku
IV. Tetamu
V. Kekuda
VI. Sesungut

Ujana sintaksis

Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya
mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi.
Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan
bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan
lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan
bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan
bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap
mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya
tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan
gaji di bandar.

Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

I. Kegiatan vandalisme tidak wajar dipandang rimeh apabila sebahagian besar kemudahan
awam kerosakan dengan sengaja oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
II. Kejadian samun dan rompakan terhadap kapal minyak di sesetengah kawasan perairan telah
timbulkan kegusaran kepada pemilik kapaltangki.
III. Kemasukan warga negara asing sebagai pekerja dalam pelbagai sektor telah merampaskan
peluang pekerjaan daripada rakyat negara ini.

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan


Salah Betul Salah Betul
Kesalahan Tatabahasa Dan Istilah
I. Pengeluaran makanan menerusi pembawaan sector swasta dalam bidang perladangan moden
dan berskala optimum akan menjamin hasilnya dapat rakyat nikmati.
II. Pencemaran alam tidak lagi ditoleh sebagai isu yang remeh bila kesannya menjejaskan
kesihatan manusia dan memusnahkan ekosistem.
III. Pemandu yang suka melanggar peraturan jalan raya bukan banyak berbanding dengan
pengguna yang mematuhinya, tetapi tindakan mereka itu menyebabkan pengguna jalan raya
berhadapan dengan punca kemalangan .

Kesalahan Nama Atau Istilah Kesalahan Tatabahasa


Salah Betul Salah Betul

Peribahasa

I. Sesetengah peniaga mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan menaikkan
harga barangan agar dapat mengaut keuntungan yang berlebihan sekalipun perbuatan itu tidak
bermoral dan menyalagi undang-undang.
II. Pemuda itu menyatakan sokongan terbukanya kepada ketuanya tetapi banyak pihak yang
menyedari bahawa tindakannya itu tidak ikhlas kerana selama ini, dialah yang menjadi gunting
dalam lipatan.
III. Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain . Oleh sebab itu, peribahasa
menegaskan bahawa banyak udang banyak garam , banyak orang banyak ragam dan perkara ini
tidak wajar kita abaikan.

You might also like