You are on page 1of 2

PENGURUSAN ASRAMA

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,


Sg. Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

SURAT AKU JANJI SUMPAH SETIA JAWATAN &


MENYIMPAN RAHSIA EXCO ASRAMA

Bahawasanya saya, _________________________________________, No. Kad Pengenalan


__________________ setelah dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan sebagai Exco Asrama bagi
tahun 2019 dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan
kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan taat setia
yang sebenar kepada sekolah, pengurusan asrama dan organisasi, dan akan memelihara, melindungi
dan mempertahankan semua peraturan, undang-undang atau apa-apa arahan yang terpakai kepada
pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), yang dibuat dari
semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar sekolah ini.

Saya juga berjanji bahawa saya, antara lain:

1) Akan menjaga nama baik saya serta organisasi saya iaitu Exco Asrama, pihak Pengurusan Asrama
dan Warden serta sekolah sepanjang saya menjadi Exco Asrama;

2) Akan sentiasa melaksanakan tugas Exco Asrama dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap,
jujur, amanah dan bertanggungjawab;

3) Tidak akan menggunakan atau membelakangkan tugas Exco Asrama demi kepentingan peribadi
atau faedah kepada diri saya dan rakan-rakan saya;

4) Akan sentiasa menjaga etika saya sebagai seorang Exco Asrama di asrama dan sekolah;

5) Tidak akan melakukan sebarang kesalahan/ salah laku disiplin yang berat serta boleh
mencemarkan rekod peribadi sebagai pelajar sekolah dan asrama;

6) Akan sentiasa memberikan perkhidmatan sebagai Exco Asrama dengan cemerlang kepada semua
warga asrama;
7) Akan menerima dengan hati terbuka semua teguran, nasihat, dan hukuman tatatertib atas
kesalahan yang telah saya lakukan samada di sekolah atau di asrama;

8) Akan sentiasa menunjukkan prestasi disiplin, sahsiah, akademik dan kepimpinan yang cemerlang
dan mantap di asrama & sekolah;

9) Akan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada para Warden Asrama bagi
mendapatkan pandangan & rujukan berkaitan isu-isu yang saya tangani bagi meningkatkan
profesionalisme saya sebagai seorang Exco Asrama;

10) Akan mengikuti segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan Asrama dan
Warden yang berkaitan dengan Exco Asrama dan Asrama;

11) Akan menjaga sikap, tingkah laku dan perhubungan sesama rakan lain atau organisasi lain di
sekolah dan asrama; dan

12) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah terhadap organisasi Exco Asrama, Pengurusan Asrama & Warden, serta pihak sekolah.

Saya juga dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan
kepada mana-mana individu sama ada secara lansung atau secara tidak lansung berkenaan apa-apa
perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang Exco
Asrama kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sewajarnya
kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan
dengan khas oleh sekolah dan pengurusan asrama.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar aku janji ini, saya boleh
dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Yang benar, Disaksikan oleh,

Tandatangan Exco : Tandatangan Warden :


Nama Exco : Nama Warden :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh : Tarikh :

You might also like