You are on page 1of 9

TAJUK 1:

Definisi Akhlak
 Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku,
perangai atau tabiat.
 Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan
terlebih dahulu.”
 Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk
melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
 Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan
menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”
 Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadisnya (yang bermaksud, antara lain:
 “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
 Hal ini ditegaskan lagi oleh ayat al-Qur’an dalam firman Allah:
 “Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”
 (Al-Qalam: 4)
 Dari sudut bahasa :
 Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.
 Manakala dari sudut istilah ulamak :
 Sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali : "Akhlak adalah suatu
ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah
laku secara spontan."

 Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu
himpunanma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi
neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.

TAJUK 2: SUMBER AKHLAK ISLAM

Sumber akhlak adalah wahyu (al-Qur’an dan al-Hadits). Sebagai sumber akhlak wahyu
menjelaskan bagaimana berbuat baik. al-Qur’an bukanlah hasil renungan manusia, melainkan
firman Allah SWT yang Maha pandai dam Maha bijaksana. Oleh sebab itu, setiap muslim
berkeyakinan bahwa isi al-Qur’an tidak dapat dibuat dan ditandingi oleh bikinan manusia. Sumber
akhlak yang kedua yaitu al-Hadits meliputi perkataan, ketetapan dan tingkah laku Rasulullah SAW.

Dasar akhlak yang dijelaskan dalam al-Qur’an yaitu:

َ ‫هللا َو ْاليَ ْو َم ْاْلخِ َر َوذَك ََر‬


‫هللا َكثِي ًْرا‬ َ ‫هللا أُس َْوة ٌ َح‬
َ ‫سنَة ٌ ِل َم ْن َكانَ يَ ْر ُجوا‬ ُ ‫لَقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم ف ِْي َر‬
ِ ‫س ْو ِل‬
Artinya :”Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah”. (Q.S.al-Ahzab : 21)

Dasar akhlak dari hadits yang secara eksplisit menyinggung akhlak tersebut yaitu sabda Nabi:

ِ ‫اِنَّ َما بُعِثْتُ ِِلُت َِم َم َمك‬


َ‫َار َم ْاِل َ ْخ ََلق‬

Artinya : “Bahwasanya aku (Rasulullah) diutus untuk menyempurnakan keluhuran akhlak”.

Jika telah jelas bahwa al-Qur’an dan hadits rasul adalah pedoman hidup yang menjadi asas bagi
setiap muslim, maka teranglah keduanya merupakan sumber akhlaqul karimah.

Tujuan Pembinaan Akhlak

Tujuan akhir setiap ibadah adalah pembinaan taqwa. Bertaqwa mengandung arti melaksanakan
segala perintah agama dan meninggalkan segala larangan agama. Ini berarti menjauhi
perbuatan-perbuatan jahat (akhlaqul madzmumah) dan melakukan perbuatan-perbuatan baik
(akhlaqul karimah). Orang yang bertqwa berarti orang yang berakhlak mulia, berbuat baik dan
berbudi luhur. Oleh karena itu, ibadah disamping latihan spiritual juga merupakan latihan sikap
dan meluruskan akhlak.

Demikian artikel yang berisi tentang sumber-sumber akhlak, konsep akhlak dalam ajaran islam
dan tujuan pembinaan akhlak semoga bermanfa’at.

3. KEPENTINGAN AKHLAK

31. Akhlak mencorak tingkah laku.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan
kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah
cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali :
"Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah
setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati
di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada
padanya.

3.2 Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan.

Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi


pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan
ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.

3.3 Akhlak mencerminkan keimanan.


Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang
sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah,
ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah
S.A.W :

‫أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا‬

Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya.(1)

3.4 Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan
kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya
sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya
manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat
menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat
tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya
kepercayaan Hindu yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada
bertamadun seperti berlakunya perhambaan diri kepada hawa nafsu. (2) Begitu juga tamadun
barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana
mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

3.5 Akhlak adalah mangkin perubahan

Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi
pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini
adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As
Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". Ini kerana krisis yang dihadapi oleh
dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis
ekonomi dan politik.(3)

Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-


saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa
keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah
yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan
ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhanKhalifah Uthmaniah, di antara
faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di
kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.(4)

Secara kesimpulannya, dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber


kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang
insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi
perlakuan akhlaknya.(5)
akhlak dengan Allah SWT

Sebagai manusia yang diutuskan sebagai khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya menunjukkan
akhlak yang baik kepada pencipata kita yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Antara cara yang boleh diamalkan dalam berakhlak kepada Allah SWT adalah dengan beriman
kepada Allah yang bermaksud mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan terhindar daripada sifat-sifat kekurangan. Kita
perlu yakin bahawa tidak ada yang lebih sempurna melainkan Allah SWT. Ini menunjukkan kita
sebagai manusia berakhlak dengan Allah SWT. (Jamalia Aurani, 2014)

Selain itu, beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah SWT menunjukkan bahawa kita
berakhlak kepadaNya, beribadah kepadaNya dan meninggalkan laranganNya. Contohnya, kita
menunaikan segala perintahNya dengan melaksanakan solat lima waktu, berpuasa serta ibadah-
ibadah yang lain. Meninggalkan laranganNya bermaksud kita tidak melakukan perkara yang
mendatangkan kemurkaan Allah seperti berjudi, meminum arak, berzina dan jenis-jenis maksiat
yang lain. (Jamalia Aurani, 2014) Akhlak dengan Allah SWT. adalah dengan tidak
mempersekutukan Allah bermaksud tidak menyamakan atau menganggap ada sesuatu yang lebih
berkuasa daripada Allah. Jika seseorang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka ia adalah
syirik. Perbuatan syirik adalah berdosa besar. Contoh perbuatan syirik adalah mempercayai
ramalan bomoh, benda tahyul dan memuja makhluk lain seperti makhluk halus. Oleh itu, kita
sebagai manusia tidak sepatutnya mempersekutukan Allah dengan sesuatu kerana
sesungguhnya kita mengetahui bahawa Allah bersifat yang Maha Esa dan tidak ada yang layak
disembah selain Allah SWT. (Jamalia Aurani, 2014) Akhlak kepada Allah SWT yang seterusnya
ialah takut kepada Allah. Antara sebabnya ialah agama Islam mengajar kita semua takut kepada
Allah. Allah tidak hanya bersifat dengan Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tetapi juga dimana
perlu Dia perlu menghukum siapa yang berani derhaka kepadaNya. Hal ini kerana, Dia tidak hanya
mempunyai syurga tetapi juga mempunyai neraka. Allah juga telah berjanji akan menyiksa orang-
orang yang ingkar terhadap perintahNya. Oleh itu, hendaklah kita takut terhadap siksaanNya
kerana janji Allah adalah benar. (Jamalia Aurani, 2014)

Seterusnya ialah redha dan ikhlas terhadap Qada’ dan Qadar Allah. Qada’ bermaksud kehendak
Allah, manakala Qadar bermaksud keputusan atau takdir Allah yang bermaksud takdir ketuhanan
dalam Islam. Percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah adalah rukun Iman yang keenam. Iaitu
mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Ibnu Hajaar al-
Asqalani berkata “Mereka yakni para ulama’ mengatakan bahawa Qada’ adalah ketentuan yang
bersifat umum dan glodal sejak azali, sedangkan Qadar adalah bahagian-bahagian dan perincian-
periancian dari ketentuan tersebut. ” Oleh itu, kita wajib menerima Qada’ dan Qadar Allah dengan
penuh redha dan ikhlas kerana ia mengajar bahawa sesuatu yang terjadi di alam ini termasuk
yang menimpa diri manusia itu sendiri, tidaklah terlepas dari takdir atau ketentuan Allah. (Jamalia
Aurani, 2014)
Akhlak dengan Nabi Muhammad SAW.

Akhlak kepada Rasulullah SAW adalah sesuatu yang penting kerana ia berada pada kedudukan
yang kedua selepas akhlak kepada Allah. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah suatu
kemestian dalam kehidupan muslim. Setiap muslim mesti berbuat sedemikian kerana Baginda
adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada manusia
sejagatnya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah SAW sudah tentu manusia
berada dalam kegelapan dan kesesatan. (Jamalia Aurani, 2014)

Perkara utama dalam berakhlak kepada Rasulullah SAW ialah dengan beriman kepada Nabi
Muhammad SAW iaitu dengan percaya bahawa baginda adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan
oleh Allah kepada manusia. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah adalah untuk menyampaikan
suruhan Allah kepada umat manusia. Manusia hidup berasaskan al Quran dan as-Sunnah.
Manusia perlu berpegang kepada dua perkara ini. Jika sebaliknya yang berlaku, manusia berada
di landasan yang jauh daripada agama Islam. (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).

Selain itu, kita juga wajib mencintai baginda Rasulullah SAW. cinta kepada Rasulullah tidak hanya
dizahirkan melalui kata- kata sahaja tetapi mestilah dizahirkan melalui perbuatan. Contohnya ialah
sentiasa akur kepada larangan-larangan Rasulullah SAW. Hal ini dapat dilaksanakan dengan
menjauhkan diri daripada bercakap bohong, perbuatan khianat, dengki, buruk sangka, mencaci
maki, malas, lemah, bakhil, pengecut dan sebagainya. Seterusnya kita juga boleh menunjukkan
rasa cinta kita kepada baginda dengan sentiasa menyebut dan mengingati baginda pada setiap
tempat dan masa. (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).

Seterusnya, kita boleh berakhlak dengan Rasulullah dengan mengamal dan mematuhi ajaran
Islam yang disampaikan olehnya, berjuang menegakkan, mengembangkan dan membela ajaran-
ajarannya termasuk menjaga kemurniannya daripada segala bid’ah dan khurafat. Selain itu, kita
juga haruslah sentiasa mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan baginda sekadar yang
termampu. Akhir sekali, kita juga boleh sentiasa berusaha menyebarkan risalah yang dibawa oleh
Rasulullah SAW sepanjang hayat. Hal ini kerana kita sebagai manusia diutuskan untuk menjadi
khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, tidak menjadi suatu kesalahan jika kita menyebarkan dakwah
Rasulullah SAW. (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).
Akhlak manusia kepada sesama manusia.

Akhlak manusia sesama manusia terbahagi kepada beberapa pecahan. Yang pertama ialah
akhlak manusia terhadap diri sendiri. Akhlak terhadap diri sendiri bermaksud seseorang muslim
perlulah mempunyai iman yang mantap kepada Allah. Sebagai seorang muslim, kita haruslah
menghias diri dengan pertingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan agama Islam. (Jamalia
Aurani, 2014)

Seterusnya ialah akhlak manusia kepada ibu bapa. Ibu bapa adalah tapak permulaan kehidupan
seseorang. Mereka berdualah dengan izin Allah SWT menjadi pemudah cara kepada kelahiran
kita di dunia ini. Ibu bapa adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah dan RasulNya. Seseorang
itu mestilah sentiasa menghormati, memulia dan mengasihi ibu bapa mereka sama ada ketika
mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia. (Jamalia Aurani, 2014)

Akhlak terhadap ibu bapa antaranya ialah sentiasa bertutur dengan suara yang lemah lembut,
bermanis muka dan penuh kemesraan. Selain itu, kita haruslah sentiasa meminta izin mereka
ketika hendak meninggalkan rumah atau sewaktu hendak melakukan sesuatu. Di samping itu,
seseorang anak juga patutlah berbuat baik kepada kedua-duanya setelah mereka meninggal, iaitu
dengan melaksanakan solat jenazah, mendoakan, menyempurnakan janji dan memuliakan
sahabat-sahabat mereka. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa menyambut mereka dengan muka
yang manis dan ramah mesra. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sesiapa yang
memandang wajah ibu bapa dengan pandangan gembira sama pahalanya dengan mengerjakan
haji. ” (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).

Akhlak sesama manusia yang seterusnya ialah akhlak manusia kepada guru. Guru adalah
sesorang yang mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini diberi oleh Allah kepada mereka lantaran usaha
mereka memberi bimbingan dan panduan yang sempurna bagi memudahkan seseorang itu
mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat. Justeru, besarnya peranan dan pengorbanan guru dan
pendidik maka sewajarnyalah para pelajar menghargai mereka dan mengenang segala jasa dan
sumbangan mereka. (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).

Akhlak yang boleh ditunjukkan adalah dengan menunjukkan rasa hormat kepada setiap guru
melalui pertuturan dan perlakuan. Kita juga perlu bermanis muka apabila berhadapan dengan guru
lebih-lebih lagi keika berada di dalam kelas atau majlis ilmu yang dikendalikan oleh guru itu.
Janganlah kita melahirkan rasa kurang senang kepada guru jika guru mempunyai kekurangan
ketika menyampaikan sesuatu. Tutupilah kekurangan mereka dengan kita sendiri berusaha
memantapkan ilmu yang disampaikan. Kita seeloknya carilah kesempatan untuk berkhidmat
kepada guru sebanyak yang mungkin seperti membukakan pintu untuk guru, memadamkan papan
hitam, menyusun buku untuk guru dan sebagainya. Akhir sekali ialah, janganlah cuba menguji
kesabaran guru. Orang yang berniat untuk menguji kebolehan guru tidak akan mendapat
keberkatan daripada pelajaran yang diikuti. Perbuatan seperti ini membayangkan di hati pelajar
itu terdapat sifat takbur selain daripada ia ingin membandingkan ilmu yang ada pada dirinya
dengan ilmu yang ada pada guru tersebut. (Dr. Hasan Hj. Mohd Ali, 1994).

Akhlak manusia sesama manusia yang seterusnya ialah akhlak suami isteri. Dalam Islam, suami
isteri akan sentiasa membantu antara satu sama lain dalam membangunkan keluarga dan
memikul tanggungjawab. Walau bagaimanapun, keutamaan tanggungjawab isteri ialah
melaksanakan peranan yang khusus sesuai dengan tabiat keperempuanannya seperti mengurus
rumahtangga, mendidik anak-anak dan seumpamanya. Manakala tugas keutamaan suami pula
ialah melaksanakan tangggungjawab yang sesuai dengan tabiat dan sifat kelakiannya, iaitu
mencari nafkah untuk mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak, melindungi keluarga dari
cabaran dan sebarang kesulitan. (Jamalia Aurani, 2014)

Akhlak dengan alam

Seluruh alam, termasuk bumi dan segala isi kandungannya dijadikan Allah untuk kegunaan
manusia bagi menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahNya. Manusia diamanahkan oleh
Allah supaya menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya dan tidak mencemarkan alam ini dengan
perkara-perkara yang mendatangkan kermurkaanNya.. (Jamalia Aurani, 2014)

Alam ini merupakan anugerah Allah kepada manusia supaya ia dapat menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah dengan sempurna dan baik. Oleh itu setiap manusia perlulah
memelihara alam ini seperti menjaga dan mengendalikannya dengan sebaiknya. (Jamalia Aurani,
2014)

Contohnya tanggungjawab manusia terhadap binatang iaitu dengan tidak membunuh atau
menyeksa sesuka hati. Jika binatang tersebut adalah binatan yang merbahaya dan perlu dibunuh,
maka bunuhlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara yang menyeksakannya. Di
samping itu, tanggungjawab terhadap tumbuh-tumbuhan ialah tidak memusnahkan atau
menebangnya dengan sesuka hati. Setiap manusia juga perlu menjaga alam ini dari pencemaran
udara, air, kerana semua ini diperlukan oleh manusia di dalam menjalani kehidupan.. (Jamalia
Aurani, 2014) Oleh itu, segala isi alam harus dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menggunakan
akal fikiran, ilmu pengetahuan dan teknologi. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-
hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Pengampun. ” (Fatir: 28)

Perbezaan Akhlak, Moral dan Etika


Yang dimaksudkan dengan akhlak secara umum ialah sistem atau tingkah laku manusia yang
bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara yang dimaksudkan dengan etika ialah
sistem tingkah laku manusia yang selain daripada wahyu, tegasnya yang bersumberkan falsafah.
Kata etika berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa
maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan.
Kata moral pula ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah
ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat dinamakan moral. Moral ini terbahagi kepada dua
iaitu baik dan jahat. Yang baik ialah segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik.
Danyang jahat ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat.

Perbezaan Antara Akhlak dan Moral/Etika


i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral
ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral
mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan
manusia sahaja.
iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw
manakala moral ditentukan oleh manusia.
iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif,
subjektif dan sementara.

Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya
mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana
telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika
seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka
masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.
2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi
suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara
ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian
sudah dianggap tidak berakhlak.
3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah
haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini
dibolehkan dalam sistem moral.

You might also like